Langkah Mayat Aku Dulu

Langkah mayat aku dulu
IF YOU DARE TO TAKE HIM FROM ME.

Memanglah dia tu lurus dan nampak bodoh
Tapi aku tak akan biarkan kau memperbodohkan dia.
Sebab dia kawan aku..Kawan baik aku..
Aku tak akan benarkan sesiapa pun 'usik' kawan aku..
Kalau kau berani buat sesuatu pada dia..
LANGKAH MAYAT AKU DULU.

Entah dari mana kau datang,
Tiba-tiba muncul dan menyemak depan mata aku..
Kalau kau tak kacau hidup aku,
Aku pun tak hingin mess around with your life.
But you are the one who started it..
BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG LAH..

Kau silap la..
Kalau kau nak cari kawan, jangan cari dia..
Dia kawan aku..Kawan baik aku..
Always be my bestfriend...And will never be your friend.
Ingat tu...

Sebab kau, dia berubah.
Dia dah tak macam dulu lagi dengan aku.
Sebab kau jugaklah dia tak layan aku macam dulu.
Sebab kaulah perangai dia jadi pelik.
Sebab kau, dia jadi orang yang bendul.
Sebab kau, dia dah tak reti nak jaga hati kawan dia.
Semuanya disebabkan kau!
Tak kiralah teori aku ni betul atau tidak,
tapi aku tetap nak tuduh kau.
Kaulah punca segala-galanya..

Kalau kau berani cari pasal lagi
Kalau kau berani buat benda-benda pelik lagi kat dia..
Aku takkan lepaskan kau.

Buat baik dibalas baik,
Buat jahat dibalas DENDAM...

Kalau kau berani nak ambil kawan aku tu,
LANGKAH MAYAT AKU DULU...



*p/s:
apparently, orang ni dah berjaya bunuh dan langkah mayat aku..kejam

aku bengang sebab hari ini...

  1. mulut aku ader ulser.nak senyum pun sakit, apatah lagi nak bercakap.
  2. kaki aku sakit sebab training futsal. nak berjalan pun lembab jer. so aku lambat sampai ke kelas.
  3. sangat lapar, maka aku pesan bihun goreng ayam bungkus..sekali dia bagi secotet jer bihun. ayam langsung tak kelihatan.hampehnyer!
  4. aku bawak laptop g kerja dengan harapan nak download antivirus.. tapi network laptop aku lak buat dajal..huh..hangin!
  5. esok pagi pekse kul 8 dan aku tak mampu nak study coz terganggu dengan semua di atas!
  6. somebody help me please!!!!!!!!!

Bila saya TAK KISAH

Bila orang kata "saya tak kisah" maknanya dia kisah..
bila kita tanya lagi "betul ke tak kisah ni? karang kecil hati pula.."..
masa ni orang yang tak kisah ni akan mula ada rasa sikit kecil hati..
lepas tu kita tanya lagi.."Tak ape ke ni?"
maka dengan automatik orang yang tak kisah ni akan bertambah kecil hati dan mula rasa sedih..
lepas tu kita tanya lagi.."Sure? Tak Kisah?".
maka orang yang tak kisah ni tadi akan mula kisah dan akan ingat segalanya dan dia akan rasa sedih sepanjang hari..
pernah tak kita terfikir apa sebenarnya perasaan seorang yang tak kisah ni?

so, moral of the story...bila orang tu dah cakap dia tak kisah, kita jangan banyak soal lagi..nanti hati dia pulak yang akan kisah..dan kita lak yang buat tak kisah tanpa sedar...

Mana Semua Orang?

Salam..
pepagi ni cik ker yang bangun paling lambat?
cik bukak mata jer dah tak ada orang dah kat bilik..
pepagi tadi rasanya cik ada dengar macam suara Jihah panggil nama cik..mungkin dia baru nak pergi kerja kot..dia masuk kerja pukul 9..
cik intai2 bilik Ja..dia pun takder..puas cik pikir ke mana la minah sorang nih sebab setahu cik dia ni jarang keluar pagi2 kecuali kalau ada emergency ataupun kalau kami plan nak jogging..
at last baru la cik teringat yang rupanya dia pergi Humanitarian Walk.. maknanya dia dah keluar seawal jam 7 lagi..
maknanya jugak...cik la yang tinggal sekor kat bilik nih..
rumet thailand cik yang sorang tuh dah kompem2 tak nampak batang hidung dari semalam.. maybe dia overnight kat luar kot..
hmmm..mujur la cik kerja harini..so tak ada la bosan sangat..
lalalala....

KeLuh



for Fathiya and those who were hurt by me:

Ada satu rasa
Keluhan jiwa yang meronta
Mahu jawapan bagi tiap persoalan
Mengapa itu jadi ini.

Kenapa aku dikurniakan sahabat yang halus hatinya..
sedang aku hanya menghiris luka pada mereka.

Sungguh aku ini tak layak untuk kamu semua.
aku Sayang kamu semua.
tapi aku tak mampu menjadi seorang yang sempurna di mata kalian.

Kenapa aku diburu kesalan dari rasa bersalah.
sedang aku sendiri tidak mengerti apa onar telah kulaku.

Wahai teman,sahabatku sekalian..
beriku jawapan beriku penjelasan.
Mengapa itu jadi ini?

Maka dengan tulus sila berikanku maaf
jika ada tingkah kasarku
tingkah sumbangku
yang mecuit amarahmu

Maafkan aku, teman..
andai kalian dilukai
tanpa melukai..

Sirih Pelupa

kalaulah ada sirih pelupa
dinda nak lupakan semua yang mengingatkan dinda pada kanda
kalau ada sirih pelupa
dinda nak lupakan semua tempat yang ada kaitan dengan kanda
yang pernah kita jelajah bersama

kalaulah ada sirih pelupa
hamba tak mahu ingat lagi
kenangan yang pernah kita hikayat bersama
yang mahu kita abadikan sampai bila-bila

kalaulah ada sirih pelupa
serahkan pada hamba
hamba nak kunyah sampai tiada lagi
ingatan dinda pada kanda
sampai kosong fikiran dinda
dan jikalau sirih pelupa itu benar mujarab

hamba tak akan berduka lagi

HeShe

when he asked "do you like me?"
she said "yes, I do"

then he asked " do you love me?"
she answered "I don't know"

he asked "why?"
she said "coz I'm not so sure"

he asked "but,why?"
she said "coz I used to love someone else before"

he asked "Who?"
she said "Somebody from my past"

he asked "Who?"
she said "You don't know him"

he said "I'm asking,who?"
she said "my admire"

so he said "Oh...."

Bicara Pada Hati


bicara pada hati

ada dunia berbeza antara kita
kau di sana
dan aku di sini

terkadang kita terselisih
namun waktu
tak pernah memberi peluang
untuk kita sama merasa
manis saat bersama

terus apa lagi mahu kunanti
andai kau tak mungkin kembali
lalu ku cuba bangkit berdiri
mencari sisa kekuatan hati
mampukah aku terus begini?

sakit.
benar pedih dalam jiwa
tiap sela ruang dalam hidupku
mengingatimu dalam khayal jua lena
pasti gurisan tercalar duka

kira kau tahu ini bentak naluriku
maka kembalilah padaku
yang tak pernah jemu
menantimu.

070807 - tuesday

*ni sesi chatting aku dengan my fren "j"(bukan nama sebenar) kat kelas journalism last year:
please be noted that waktu ni we're both singles..Greatfully, she is now happy with her lover..he's a nice guy..let' pray for her,shall we? :)


M : I'm scare of loosing him
because I had lost once..
So don't want the banana to berbuah two times!

J : It's ok..if banana can berbuah many times, can make cekodok, goreng pisang etc..

M : Ya, but hello...we're not concerning about the banana..
we're talking about win, loose or draw...
I won't let anybody takes him away..

J : Ok, now I know..
So you have to lock him in your heart and throw away the key.
so that he can be with you forever and ever.
Don't ever let him go..
Me? I'm sooooo in love woth that stupid ketam.
I don't know what happen to me?
I don't want to loose him.
I want him to be my ketam forever.

M : So, just ask him to sepit you lah..
He's ketam, rite?
Are you willing to be sepited?
The thing is...I need a confirmation...
Although i've thrown away the key, but what if he has the duplicated one?
He'll soon opens it and let himself go..
Waaa...so scary!

J : Don't be so scared..
For the time being, just get close to him.
Don't reveal all to him.
Maybe someday he'll realize
the truth in you..

M : Ape daa...so jiwang and unrealistic...
I don't want to hope for anything...
But the responses from him are positive...
Why boys like to make girls perasan?
Stupid la...No...not so stupid actually...
Maybe they tried to give signals which seem ambiguous to us.

J : I think that's the nature of boy.
They like to give signals but refuse to tell the truth.
Maybe you can't wait until the graduation day then...

M : Yeah..I used to wait for the graduation/convo to reveal everything...
People said "Slow and Steady WIN the Race"
But see.. I had lost..
I tried to be slow and steady...and eventually I lost the game...
And I think I shouldn't wait any longer...
or else, I'll regret it..
"So tell to someone that you love, just what you're thinking of...If tomorrow never comes.."-ronan keating

J : But, you have to be sure whether he is ready for the relationship or not..
if not, u'll regret...
don't worry my fren,
If he's for you...
he'll come to you sooner or later...
for me, I don't want to chase love
because I'm afraid that things will be the same like it used to be during my relationship with
the stupid fat guy!
But, deep in my heart, I'm truly 'ikhlas' for ketam.
I'm never felt like this with any other guy before.
He's so special.
Even just looking at him, my heart feels so different, I don't know how to describe it.
This is totally amazing for me.

M : I am not into a relationship maa....
All i need is just a humble clarification..for me to have a confirmation...
Come on, we aren't desperate, are we?
But we need a security...security of heart..of feeling..so that we won't be confused by leceh2 thing as love...

J : For me, we don't have to rush for love,
Just wait and see...
love can change.

M : I'm tired of being in this "bercabang" road..
I really need a firm truth..
Love can always change but not ourselves...
Tired heart...sometimes I wanna let it go..
But cannot afford to do so...
Keeps revolving in my mind...
Boleh become BENGONG woo..

J : So, follow your heart and choose the correct path if you feel that way...
Then 'istikharah' first and let ALLAW s.w.t shows and guides you to the right path.
(ceh,ustazah lak)
I know, it's hard to play 'tarik tali'..
I once revealed my love to ******...
suddenly I know that he played with my heart after all this time.
Now I hate to confess everything...
I'm afraid of that happen to me once again.

M : Mine was happened the other way around..
I regretted for not telling him how I felt..
The guy had been taken away in all of the sudden (I'm talking about the former guy la)
And that is why I'm scared of not telling and not knowing the truth..
I'd asked Allah to firm my heart..
I guess HE gave me the answer...
But perhaps I need to be sure...

J : I'm also sad for you..
Maybe you deserve someone else
who is a good person that suits you well..
maybe there's something lie in it.
Maybe Allah has a great plan for you which you don't know yet.

M : Nothing is more mendebarkan than ketidakpastian..
You will never know whether the thing is right or wrong...
You will always live in confusion...
O. poor me...What should I do...

END.

(plz mind the grammar coz it's authentically typed from the original source..)

PeRGi

Jauh aku cuba lari
makin dekat kurasa dihampiri

Pergi!
Pergi dari pandangan ini
Pergi dari mata hati ini
Pergi dari semua yang kau cemari

Ada sendu dihujung renungan
Ada harapan tidak kesampaian
Ada jiwa dalam tangisan
Ada hati yang masih rawan

Walau cuba melakar senyuman.

-sempena thn baru..selamat tggl 2007..
selamat tinggal kisah lalu

Kalau Hensem

kalau kacak dan ramai girlz minat lak tuh,naper tak kawin-kawin?
susah sangat ke jadi orang hensem..?
kalo hensem dan bujang selamanya pun tak guna gak..
tak lengkap la hidup..
tapi bila orang hensem tuh kawin, mesti kita akan nampak dia tak hensem dah..
tak caya tengok la..
saham dia akan jatuh serta merta dan sangat mendadak..
oh..kesian..kawin susah..tak kawin pun susah.
moral of the story..jangan jadi hensem..
heheh..:p

senyum pada hati

for ikhram

Gagal mencari, jangan mencuri
terus berjalan lagi..
hingga kau temui
di sisi hati
masih ada yang sudi
untuk mengerti
dirimu bukan sendiri
walau sunyi..
walau sepi..
Tetap ada yang memerhati...

QURBAN dan HiJRAH

SALAM MAAL HIJRAH
lepas sibuk menumbangkan lembu kambing masa raya qurban, kita sekarang sibuk lak menyambut tahun baru hijrah.

aper sebenarnya significant qurban dan hijrah ni untuk kita?
bagi cik sendiri..walauppun tak banyak, sedikit sebanyak cik perlu berkorban dan berhijrah..

antaranya:
1-aku dah korbankan masa yang sia-sia untuk berhijrah dan berazam untuk memanfaatkan masa yang ada dengan kawan2 dan keluarga.

2-aku cuba korbankan perasaan yang melalaikan dan menghanyutkan aku untuk berhijrah dan cuba untuk berpijak di bumi yang nyata..be realistic!

3-aku korbankan dan lupakan kesedihan aku demi berhijrah ke arah kebahagiaan hati sendiri..aku nak jadi orang yang lebih memandang ke hadapan secara positif.

4-aku dah korbankan rambut aku untuk behijrah (physically) ke arah dunia baru sempena tahun baru hijrah ni..bagi nafas baru kat diri sendiri with new style.

5-aku korbankan semua rasa serba-salah yang membuatkan aku jadi pesimis dan berhijrah untuk menjadi orang yang lebih matang dan rasional.

ni la antara korban,azam dan usaha cik sempena maal hijrah ni..


cik jugak berazam nak publish corat-coret dan writing sebanyak mungkin..cik nak jadi pemerhati dan pentafsir...eccewah!


kalo bukan untuk orang lain pun, at least cik dah buat sesuatu untuk diri cik sendiri personally kan..

so,korang macam mana plak?

HecTiC!

SALAM..
My arms terkehel because of yesterday's workout..
sengal kanan-kiri pulak tuh..hadoi la..
padahal cik just buat around 10X sit-ups, pumping yang tak berapa nak menjadi and playing around with all the recreation gadgets kat convest hill tuh..and cuci mata kat male sport complex sambil bercerita dengan my rumet...(skodeng?)

rasanya tak ada la heavy sangat my phsical training ni kan?..
mungkin sebab dah lama tak exercise kot..so, the muscles macam terperanjat..

It hurts so much that I couldn't galas my beg sekolah to kelas..
nak menulis kat kelas pun cam aaaaduuuuuhhhh...macam cracking-cracking..

Do i sound so bad? haha..
Dalam injured2 pun sempat gak cik posts on my blogs...
nampak sangat sakit2 manja gitu (Yerkh!!!)

differ view

Salam..

me and jihah were introduced to a new fren semalam.
he's a fren of my "so-called" brother.

from the way he talked cik dapat rasa yang he was a pakwe yang setia,penyabar,and sangat dying for his love..such an innocent kan?

cik macam tak percaya yang masih ada lelaki yang sangat "into" the love, sangat percaya yang dia takkan ditinggalkan,sangat percaya yang dia akan bahagia selama-lamanya,sangat percaya yang hati manusia takkan berubah,dan sangat mengagungkan orang yang disayangi sampai tak boleh terima kenyataan yang sayang tu boleh hilang bila-bila dan takder guarantee pun..kesian..

dia ni mengubah perspektif cik tentang cinta.. selama ni cik ingat cuma perempuan jer yang beria and mati-mati dengan cinta..rupanya laki pun sama..
he makes me see a total deviated guy from what i used to see..sangat contra in every term -cara dia layan orang...cara dia bercakap and respons..cara dia mengadu dan mendengar...
he's so natural in his way..
he gave me different views of "guy vs love".
a nai've lover i supposed.

slama ni cik rasa cik ni agak bodoh sebab selalu try my best to please others yang akhirnya melukakan hati cik..tapi bila cik have my day with this new fren of my, i could feel that am not the one who's striving by all means to comfort others..maknanya aku takla bodoh sorang-sorang kan?

he's a nice guy..in fact very nice...i would recommend him to any good girls coz i knew he deserved it..

hmm,some advices to him:
lupakan la kisah-kisah lama tuh..kalo dah tak larat nak mencari, dok jela menunggu..nanti ader la yang datang..shincan kate,jodoh tak datang bergolek..dia datang berguling-guling macam tenggiling..:P

Ada Cerita Duka

SALAM,
sejak akhir-akhir ni cik asek ditemukan (bertembung) dengan orang (mungkin bukan cuma seorang) yang cik tak mahu dan tak expect to meet.

mungkin betul la kata org, makin kita mengelak makin kerap la kita akan berselisih dengan orang tu..tapi lain plak ceritanya dengan orang yang kita harap sangat dapat tengok dia tiap-tiap hari. lagi kita rasa nak jumpa dengan orang tuh, lagi tipis dan nipis la harapan utk stumble with him or her. kenapa agaknyer ek?

itu la namanya lumrah hidup kot..tak semua yang kita hendak dalam hidup ni kita akan dapat.
kita kena selalu ingat tak semua yang kita suka tu akan berada di samping kita dan menyenangkan kita..dan perkara-perkara yang kita nak elak akan selalu mendekati kita..ujian dari Tuhan..

mungkin Dia nak menguji sejauh mana kita menghadapi kenyataan yang pahit dan meneruskan hidup tanpa melupakan kepahitan lalu yang menjadikan siapa kita pada hari ini..

secara peribadi,cik agak terkilan kerana cik telah menyaksikan diri cik yang seems to be brave enough ni rupanya belum cukup kuat untuk menghadapi masa depan dengan bayangan masa lampau cik yang agak perit (perasaan aku jer tu kot..). i found it's hard for me to move on each time the 'thing' keeps coming and crossing my mind yang sempit nih..
YA ALLAH, tenangkan hatiku..amin...

PETUA KECANTIKAN

Cut


Salam..
mesti ramai yang nak nampak cantik dan "flawless" especially pompuan.
macam-macam cara, cosmetics,petua,dan jenama yang korang guna..ada yang murah dan ada jugak yang mahal..ada yang berkesan,dan tak kurang juga yang memakan diri..

so kat sini aku nak invite korang seme untuk sama-sama berkongsi petua or rutin kecantikan atau kesihatan yang korang praktikkan...

apa kesannya pada korang dan ada tak side effect?
bagus ke tak produk tu?

kita nak tau gak macam mana lelaki jaga kecantikan diorang (kalau ader la..)
kalau ader yang very particular on their appearance,apa first thing that u'll take into account? would you consider yourself a metrosexual guy?

HOW IMPORTANT IS YOUR APPEARANCE TO YOU?

HOW INTERESTED ARE YOU IN MAKE-UP?

jom kita share amalan kecantikan dan kesihatan yang korang buat!

I love Myself (15122007)

salam...

22..i love the number as much as I love myself.

harini hari lahir aku.

terima kasih pada semua.

yang datang ke kfc jj untuk makan-makan dengan aku.

korangla the most important persons in my life after my beloved family.

special dedication to fatiya,hani and dayah for making the event a reality...I love you all wholeheartedly..sumpah tak tipu!!

also thanks to wak,mekna,rudy,wawa,ja and jiha sebab sudi luangkan masa untuk aku..

tak lupa gak terima kasih yang amat banyak kat my dear Ariffshah..

dia sanggup gak datang and layan aku walaupun demam..let's pray that he will get well soon..(xnak cakap banyak pasal dia coz nanti ader spekulasi lak)

so far,aku bahagia harini..this is the most happiest day of my life.

this is the first time ever i celebrated my birthday after 22 years.

i will never forget this day and the whole things in it.

aku harap perjalanan hidupku selepas ni akan dipermudahkan dan diberkati oleh Yang Maha Pengasih.

walaupun agak terkilan sikit sebab berusia genap 22 tahun tanpa someone special,tapi aku sangat bersyukur kerana dikurniakan kebahagiaan bersama teman-teman yang sentiasa disisi..

may this prosperity continue till the end of my time..

May ALLAH be my Guidance and Protector..

Amin......

KALAU SUKA

kalau suka kat orang hensem..tipikal..
kalau suka kat orang muka pecah rumah..unik
kalo kita suka orang biasa-biasa jer.. orang tak kata aper pun..

kalau orang hensem suka kat kita..waah..
tapi kalau orang muka kerapu suka giler kat kita..alamak..
kalau orang biasa-biasa je yang suka kat kita..kita pun tak tau nak kata aper..

kalau kita jumpa orang kacak...kita teruja..
tapi, agak-agak kalau orang kacak tu jumpa kita..dia teruja ke..terus jump? hahah..

kalau kita jumpa orang tak ada rupa,
kita buat acuh tak acuh je..nak tengok sebelah mata pun pikir 18 kali..
tapi penah tak kita fikir apa perasaan orang yang tak ada rupa tu bila jumpa kita?
mungkin dalam hati dia tengah confius "aku tgh tgk cermin ke ni?..sebijik jer.."
hahah..:p

to love or to be loved?

for Tahril:

this is the copy of my own comment in my fren's blog.. case of "menyayangi atau disayangi.."

Salam…

Sebenonye kes ni berlaku kepada hampir semua orang.dan mungkin di mana jua..cik pun slalu gak diberi soalan ini n kadang2 terfikirkan about this issue walaupun xder org yg suh pk..(ops..macam penah tlibat dgn this case jer..hmm..)

Well,4 me, kite tgk gender gak la..berdasarkan pemerhatian n penaakulan mantik cik la kan..kalo B adalah laki, maka dia perlu memilih orang yang disayangi..dan jika B adalah pompuan, maka seharusnya dan selayaknya dia memilih orang yang menyayanginya..this solution is applicable for all la kan..bukan utk wak sorang jer..

Sebab munasabab cik berpendapat demikian adalah kerana kita perlu menggunakan konsep “memelihara dan dipelihara”.. bukan semata-mata persoalan ‘disayangi atau menyayangi’..sebab..takat kasih dan syg ni seme org boleh cakap macam2..bg cik, memelihara dan dipelihara lebih kepada rasa tanggungjawab…sayang-menyayang tu cuma mainan perasan jer wak..bila2 masa jer boleh hilang..tapi rasa tanggungjawab ni lain sikit..bila ko dah sanggup tanggung,hah pastu ko jawab lah sendiri nanti..(xreti nak terang tp lebih kuang gitu la dari segi makna kasarnyer).

Okes, ngaper cik kata lelaki patut memilih insan yang disayangi rather than yang menyanyaginya? Sebabnyer cukup mudah, cuba kita kembali pada fitrah kita dan kaitkan dengan konsep dipelihara dan memelihara yang cik mention awal2 tadi k.. lelaki diciptakan sebagai pemimpin dan antara tugas2 seorang lelaki (yang sudah menjadi suami) adalah memelihara kebajikan isterinya..menyayangi dengan sepenuh hati..hmm..xpyh cakap pasal suami istri la kan..contoh paling senang, seorang lelaki yang bergelar abang dlm kuarga wajib menjaga kehormatan dan kebajikan adik perempuannya, kakaknya, dan yang paling utama ibunya..tanggungjawab yang terletak kat bahu lelaki ni Allah dah sesuaikan sgt dengan fitrah mereka sebagai pemelihara.. kalo kita nak memelihara,mestilah kita akan pelihara atau jaga sesuatu yang kita sayang kan? So, cik rasa sebagai lelaki, dia berhak memilih seseorang yang benar2 disayangi untuk berada dibawah pemeliharaannya…

Sama kes nye dgn pompuan wak..kalo kita tgk pompuan memang susah or xkan dapat orang yang dia suka walau dia dah buat macam2 utk tarik perhatian org tu..(ader gak la 2-3 kerat yang berjaya kan..tahniah la kat gadis yang bertuah itu.. memang kompem perasaannya amat bahagia tul tak?..)
Knaper agaknye pompuan susah sgt nak dapat laki yang dia suka? First, coz naturally wanita ni sifatnya adalah malu..malu tu adakah pakaian wanita..org pompuan ni walau macammana lasak atau kasar pun, dia tetap ada sekeping hati yang lembut..dia xkan terlalu berani untuk berterus terang..dan biasanya laki akan jauhkan diri lepas pompuan ni berterus terang..(kecuali laki tu pun sama2 memendam rasa).bila jadi kes camni, keadaan akan jadi bertambah buruk dan pompuan tu tadi akan seumur hidup menyesal dgn tindakan dia yang disifatkan sbgai ‘tak tahu malu’ tu..akibatnya, dua2 jadi xselesa lagi bila bertemu..cam ada gap..daripada berkawan baik terus jadi kawan biasa jer..sian kan…dengan itu kebanyakan girls akan pilih or I should say preferably terima orang yang menyayanginya.. rather than orang yang disayangi..

Second, sebab fitrahnya wanita memerlukan perlindungan..(berbalik pada konsep memelihara dan dipelihara tadi la kan)..bila yang dipelihara berbahagia dan redha dengan yang memelihara..maka dengan izin Allah kedua2nya akan TERPELIHARA..

hmm..aper pendapat korang? Cik tahu memang susah nak membuat pilihan…memang kita rasa kita perlukan orang yang kita suka tu, kita nak sangat dia jadi milik kita..tapi masalahnyer dia tu perlukan kita ke tak? Dia tu ada perasaan ker nak sayang kat kita macam kita sayang kat dia? Tanya diri sendiri la ye.. kalo kita g giant n bawak duit selepet jer..mesti ler kita kena beli barang keperluan sahaja dan bukannya barang kehendak..nanti lari bajet lak kan..

Personally, cik rasa kita perlu berfikir secara matang la wak..walaupun cik xpenah ada pengalaman dalam cintanwalcintun nih kan..tapi bagi diri cik sendiri cik selalu bertanya dan berfikir “dengan siapa seharusnya aku hidup nanti?”..(hidup yang dimaksudkan adalah perkahwinan).maka kita kena jadi seorang yang realistik..hidup ni memang selalu dipengaruhi emosi..tapi hidup dengan emosi saja memang xkan aman wak..gunakan rasional..be practical n realistic..satu hari nanti kalau Allah izinkan kepanjangan umur kita ni, kita akan berkahwin dan ada pasangan hidup sendiri..Untuk kita berkongsi segala-gala suka duka payau pahit manis hidup bersama..tiap2 hari buka mata kita kena tgk muka dia..adakah kita dah bersedia untuk semua nih?

Kalo belum betol2 bersedia tak payah susah susutkan otak untuk pikir wak..kalo stakat nak bercinta dan nak main2 jer, xpayah pilih mana2..coz jelasnya nanti akhirnya tak ke mana..silap2 nanti berdosa lak kita..lagipun kita bukan monyet..bukan zaman nak bergayut dan hinggap kat mana2 pokok yang kita suka..(memang xsalah nak bershopping skali-skala tapi time sale je la..hik hik..cik pun kadang2 try gak ;p)

Ehem..so, kepada semua kaum adam sekalian, mula la berfikir siapa yang anda nak pelihara nanti…and for all girls.. carik lah orang yang sudi memelihara kita dengan seikhlasnya…semoga kita semua terpelihara dalam rahmatNYa..

Rumusannya : kalo dah bercinta jangan la curang..
Kalo nak mencurang..baik jangan bercinta..

(ni pesanan utk B..sian la kat A..sedangkan C belum tentu lagi akan menerima B sebaik A..jadi kenaper B menidakkan takdir?)

Wassalam..

-----------------------------------------------------------------------------

*benornyer byk lagi leh goreng pasal nih coz cik pun tgh runsing dgn hal yg sama, xleh la cik nak cerita kat sini kan..tapi kwn cik penah kata “mas, just follow the flow..”

{Cik slalu tenangkan hati yang miserable dengan lagu ni}

“SATU MISTERI” - Waheeda feat Brothers

Hadirnya bak hembusan bayu
Meniup lembut dan mengusik kalbu
Dibuai lena hingga terlupa
Semuanya ditelan masa

Namun ada yang memelihara
Bunga-bunga cinta disemai dijaga
Kerna percaya pada kembangnya
Yang akan mewarnai dunia

Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Mungkin bukan cinta biasa
Bukan jua helah pendeta
Yang memuja..Yang terkecewa
Tampak kabus dipinggir senja

Terleraikah segalanya
Satu misteri di dunia yang fana
Namun harus dipelihara
Walau sementara tak mengapa

Yang tiada pernah memungkiri janjinya...
Yang kekal untuk selama-lamanya...

Am Hurt

Sad The Hurt In My Heart is so Hard to Heal.

salam..

(this memo is specifically dedicated to my only one)

"u might need time to think it over

but i just fine moving forward.."

well..it's actually not that fine..

somehow i feel lonely without you..

but i just let the feeling ignored..truly it's hard

so hard that it hurts me so much inside.

makes my heart dying and got nothing left to be felt.

i need a happiness..or at least some peaceful mind and soul..

for me to live my life like others..

to enjoy every moment in time that i have

to think of every loving thought that i wish

to realize every dream that i used to imagine with you by my side.

please.. give me a space..just a little room to breath..

take me far away from this suffer and predicament

that caused by you..

i'm blaming myself for blaming you..

forgive me..

Sad1

Hadeh!

Cc_jpg

salam....

tak ada cerita best pun..

life is just as plain as a white A4 paper..

mungkin sebab cik tak pernah cari any exciting color to be put on it..

or maybe the "color" had already abes..so what to do?..beli kaler baru la..apelagi..

nak cari kaler dah satu hal..nak mengkaler is another hal..kedua-duanya is very hard 4 me..pasai pa? coz cik sangat busy sekarang ni..sampai tak ada masa nak keluar cari kaler..and maybe bila i've bought or found the kaler, i might not have the time to put it on my "A4 paper"...hmm..dull kan?..

hey..korang ingat senang ke nak cari kaler yang boleh mencantikkan A4 paper kita? kalau salah pilih satu kaler jer..memang bancau terus kertas kita yang plain tuh..silap-silap kita kena buang and find A4 paper yang baru..tak ke banyak kerja tuh?

so..think first before u choose your kaler aa..make sure u get a very mery good fantastic amazing and perfect colour for your white A4 paper...may your choice amused your paper as much as your life..

nampak macam senang..tapi susah sebenarnya..tak percaya..try la..


perlu ker?

Muffin salam..

sebenarnya kan...kenapa kita tulis blog ha?

perlu ke kita buat blog ni?

untuk apa dan untuk siapa kita buat blog ni?

sebab kita tak nak bazir duit beli diary kan?

atau..sebab kita nak jual kisah hidup kita dekat org?

ataupun nak meraih simpati dengan cerita-cerita sedih kita?

tapi..ada ke orang yang bother untuk baca blog kita ni?

klu tak ada..maknanya kita ni sebenarnya syok sendiri..diulangi..Syok Sendiri..

tapi..ada juga yang defend their stands that depa buat blog ni untuk "kongsi cerita dan pengalaman.." hmm..betul ke tuh?

kalau betul macam tu cik pun nak stat this so called "sharing stories with others"..can i?

tapi cik ni perahsia..so how???

tombam ker?

salam..

tadi cik pergi kelas..nak exam..ader 2 tests nih..

terserempak lak dengan member..dia pun nak pergi to the same exam..

dia cakap kat cik:

"oit..lewat hari ni.."cik pun jawab.."ala slalu pn aku lewat gak..tapi awal sikit dari ko la.."

hmm..point ni tak penting sangat..but then dia cakap.."ko nampak tembam sekarang..balik umah ker?"

cik jawab :"tak adelah..bulan-bulan puasa nih banyak tido..sebab tensen.."

tau jer lah cik ni kaki tido..bukan kaki jer tdo..mata,telinga,hidung,tangan,satu badan pun tdo la..especially bila depresssed..tu yg macam kena pam jer..

Pucca_gallery_03

kalau

Kalau kita dah gembira dengan seseorang,kenapa kita nak cari yang lain lagi?..

Apakah kita ni tamak untuk memiliki semua yang belum tentu dapat kita miliki..?..

Only Love

just click to view full size...

Ada Sesuatu

salam...

kawan aku cakap..cinta tu macam lucky draw..kalau kita terlalu berharap..kita tak mungkin dapat..

aku pulak kata...cinta tu macam arnab dan kura-kura...kalau gelojoh mungkin kita akan kantoi kat tengah jalan...biar lambat cam kura-kura tu..asalkan kita selamat..walaupun belum tentu lagi kita akan menang pada akhirnya,tapi yang penting kita tetap berusaha dan yakin pada diri kita...slow and steady win the race...

pupus


hanya org yg faham saja tahu lagu ni untuk dia...

TOAST..(260206)

Tengok teater kat taman budaya kuala lumpur lagi best daripada pergi buang masa kat BSC..murah,best dan selesa..
sesiapa yang pernah tengok Romeo n Juliet kt UM tahun 2003 dulu mesti kenal dengan the main actor of the teater..
tapi the shocking part of all is that ada uncut scene...cam tak caya..macam teater 18sx lak..astaghfirullah...

190206



Salam…

Hani ajak aku join family day PEPIAS kt pdg ragbi pg tdi..gler best n sonok…rsa mcm zaman skolah..main tiup tepung,isi air dlm botol n baling2 belon..kwn2 baru pn rmai..n yg plg best hani bwk aku round dgn mto dia..

kalau..


kalaulah aku boleh jdi mcm budak kecil ni..mesti aku boleh tersenyum selalu..jadi budak comel yang tak perlu hirau perasaan org lain dan boleh buat sesuka hati sahaja tanpa kena marah..kalau buat silap pun orang tak akan salahkan kita sebab org kata "biarlah..budak kecik..baru belajar."..

IRAMA HATI SAYA