Peperiksaan dan Pemeriksaan

Aku sedang sibuk dengan ini.

Situasi 1
Subjek: OSH Fundamental
Miss..macam mana nak eja noise?
N.O.I.S.E..
thanks miss (sambil menulis di kertas jawapannya NOICE)

Situasi 2
Subjek:Pengajian Malaysia
Sir..soalan Sir ni semua susah la..banyak sangat tanya tarikh, mana la saya nak ingat.
Saya sendiri yang buat soalan pun tak hafal tarikhnya.(huhu..)

Situasi 3
Subjek: Ergonomik
Miss..'Great Herniated Tomato' ni ape miss?
Ohh..dia macam nasi tomato tapi dia masam sikit.
???? (menyesal aku tanya)

Situasi 4
Subjek: Workers Compensation and Rehabilitation
Miss..'turun pangkat' in english aper?
Erm..saya tak tahulah..sebab saya tak pernah turun pangkat...selalu naik pangkat je.

Situasi 5
Subjek: Proficiency Skills in English
Miss..ape jawapannya ni? Grammar saya confuse lah..
Eh, jangan tanya saya, saya cuma buat soalan je, bukan jawapan.

Situasi 6
Subjek: Introduction to IT
Kamu ni puasa-puasa pun nak meniru ke? (sambil menjeling ke arah beberapa orang pelajar)
Saya tak pe kan Miss?..saya tak puasa.. - kata seorang pelajar India.

Situasi 7
Subjek: Human Body
Sir, sengal-sengal dalam B.I aper?
Awak cuba tanya lecturer B.I tu.
Miss..sengal dalam B.I?
Muscle pain. tapi kalau awak tulis nama awak je pun tak per, nanti mesti Sir paham.
Ha?Kenape pulak? (sambil menggaru kepala)
Awak kan sengal. (berlalu sambil tersengih)


Faisal (The IT Lecturer) tertidur kepenatan selepas jaga exam.
Kena cubit sebab snap this picture tanpa pengetahuannya. Cakit woo..

sambil


currently downloading this series. me fren said its a good drama to watch. hmm...we'll see

Harapan Ramadhan (entri wajib dan ceremonial kalau tak mahu dituduh outdated)

Sempena bulan yang suci ni aku ada azam:

Aku nak ubah diri aku menjadi orang yang lebih baik.
Menjadi seorang yang tenang dan menenangkan.
Menjadi seorang yang selalu tersenyum dan boleh buat orang lain tersenyum.
Mahu jadi seorang yang sejuk hati dan menyejukkan hati sesiapa yang memandang.
Aku rasa diri aku dah hilang Nur
Dah kurang seri.
Hopefully Bulan Ramadhan ni dapat la cikit berkat.
Amin...

Ok la.. Ok la.. (tak wish kang kata tak sopan pulak)
Selamat berpuasa semua-semua yang terlibat
Jangan nakal-nakal
Jom jadi orang baik.

Karenah Birokrasi

Isnin – 05.01.09
Jam 00:12


Seorang student berkerut kening dan bersusah hati tiap kali bertandang ke rumah aku. Bila aku risik, katanya “Karenah Birokrasi”.

Kesnya picis sahaja: ibunya agak berat hati untuk mengizinkan dia tinggal/ bermalam di rumah aku (Aku kadang mempelawa dia habiskan hujung minggu bersama dirumahku, and she seems to be happy).

Maklumat tambahan tentang student yang sudah kuanggap seperti adik sendiri ini:
berasal dari Utara semenanjung Malaysia, sedang dan akan tinggal bersama ibu saudaranya di Kuala Lumpur selama 2 ½ tahun (sepanjang tempoh pengajiannya).

Masalah ketara mungkin kerana kurang rasa percaya pada anak saudaranya untuk dilepaskan tinggal bersama orang yang baru dikenali (iaitu aku). Atau mungkin juga si ibu dan ibu saudara ini tidak punya yakin pada aku. Pernah juga aku disua SMS yang dikirim si ibu kepada si anak ini, “Kalau dia suruh buat benda yang bercanggah dengan agama jangan buat.” Aku hanya senyum (dengan sedikit guris dalam hati) tatkala membaca SMS itu. Sampai ke situ fikir gusar si ibu ini. Tak apalah.. aku maafkan prejudis si ibu ini kerana dia ada hak untuk bersangka buruk kepada orang yang tidak dikenalinya.

Aku tidak komen banyak tentang SMS itu. Cuma bila disoal tentang jawapan bagi mengatasi masalah si anak yang kepingin sedikit kebebasan ini, aku hanya berulang suara ,“Kita kena paham, risau mereka itu munasabah… Apa yang kita perlu buat selepas ini adalah untuk cuba meyakinkan mereka bahawa kita ini boleh dan pandai jaga diri.”

Macam mana? Mudah saja, yakinkanlah diri sendiri sebelum kita meyakinkan orang lain. Kerana yakin itu adalah doa yang paling mujarab.

Mak juga seorang ibu. Ibu aku ini juga seorang yang sering berisau fikir dan lebih suka bersangka yang macam-macam. Dia suka meramal yang bukan-bukan akan berlaku. Suatu hari, dia sangat cemas tentang satu perkara dan mula mereka cerita dan sangka yang bakal terjadi. Diajukan rasa resah itu pada aku dan kakak yang kebetulan berada di rumah bercuti bersama. Masih ku ingat kata kakak kepada Mak “Mak, Allah bersama sangkaan kita. Kalau buruk yang kita sangka, maka buruklah yang terjadi.”

Aku tabik spring toing-toing sama kakak. Ungkapan itu telah berjaya menjadikan Mak seorang yang lebih positif dan kurang sikit susah hatinya (Pecayalah, kadang-kadang dia tak perlu bersusah hati pun kerana perkara-perkara remeh). Kata-kata ini juga sedikit sebanyak telah membentuk aku menjadi seorang yang berusaha untuk sentiasa bersangka baik. Aku punyai tabiat memerhati dan meramal karektor orang (dan normalnya kita pasti akan meramal yang negatif sahaja).

Pengajaran: untuk menjadi seorang yang positif dan efisien, kita perlu mencari jalan penyelesaian, bukannya terlalu sibuk mengkaji sesuatu masalah (working on the solution rather than focusing on the problem). Lalu bagaimana mahu kita hadapi orang yang punya kerisauan tidak berasas atau mungkin asasnya sedikit relevan ini? Senang saja, mari aku bawakan satu lagi situasi yang hampir sama tetapi dengan pendekatan yang agak berbeza.

Seorang kawan baik aku, Jihah (memang nama sebenar), selalu juga bertandang ke rumah sewa aku. Tahun lalu, dia minta izin sama ibunya untuk datang dan tinggal (aku tidak suka perkataan tumpang) dirumahku kerana dia mahu uruskan ‘clearance’ serta hal-hal graduasinya. Aku memang amat gembira dan alukan sesiapapun ke pondok buruk aku yang bagiku cukup damai dan bahagia walaupun tidak punya apa. Ruang tamu kami kosong tanpa sebarang perabot hatta kotak bergambar a.k.a peti televisyen.

Nak dijadikan cerita, ibunya memberi izin (mungkin juga dengan berat hati) untuk beliau tinggal dirumahku beberapa malam.

Analogi dari kes awal-awal tadi: ibu-ibu ini semuanya risau anak-anak ini bisa menyusahkan tuan rumah, dalam erti kata lain ‘menghabiskan beras’ di rumah aku. Jujurnya aku tak pernah bercatur kira dengan itu semua. Sumpah. Bagi aku, sesiapa sahaja yang cecah kaki ke pintu rumahku akan jadi isi rumah aku. Maka automatisnya segala apa adanya di rumah ini juga akan menjadi haknya.

Apabila aku cakap ‘buat macam rumah sendiri’, maka lakulah kira selayaknya, sungguh aku maksudkan. Kalian langkah masuk, maka kalian jadi isinya. Apa sahaja yang masuk ke perut kami akan juga masuk ke perut kalian. Ada sedikit sama merasa, jika banyak,syukurlah dengan nikmatNya. Rezeki itu semuanya dari Allah. (Rata-rata mereka yang pernah bermalam di pondok buruk aras 4 ini akan tangkap apa zahirnya kata ini. Mereka akan sendiri tahu apa gaya hidupnya. Dan aku harap mereka berpuas hati dan feel at home without any hesitation; not even a thought about it).

Lalu kronologi kepada situasi kawan aku yang mendapat izin si ibu dengan kegusaran yang sama seperti ibunya student aku di awal entri ialah satu resolusi yang ku kira sangat relevan dan praktikal lagi amat bernas. Apakah?!

Si ibunya sahabat aku ini telah membekalkan si anak yang bakal menyinggah di tempat orang ini dengan beberapa cupak beras, gula dan barangan dapur yang difikir perlu.

Ya. Sungguh. Ini bukan rekaan. Ini yang benar dibuat oleh si ibu. Supaya tidak berasa terhutang dengan orang yang tidak dikenalinya, mungkin.

Dan kawan aku ini, gunakan sepenuh ‘kepercayaan’ dan bekalan yang dititip ibunya dengan kaedah yang sangat unik. Dia punya cara.. (kan sudah kubilang rumah ini milik sesiapa sahaja yang melangkah jadi isinya.Begitu juga kawan aku ini suka sekali menyediakan juadah untuk kami. Dapur itu sudah jadi kamarnya) tiapkali dia menanak, akan dicampur beras yang sedia ada dikampit kami bersama beras yang dibekal amanah oleh ibunya dari kampung.

Di akhir cerita, semua menyuap makan tanpa ada rasa terhutang, bersalah atau apa-apa yang sewaktunya. How sweet it is.

Nota ibujari:
Aku ingin berterima kasih yang amat kepada sahabat aku-Jihah (memang nama sebenar walaupun bukan nama penuh) kerana telah mengisi perutku dengan pelbagai hidangan air tangannya sepanjang penginapannya di rumah ini. Aku benarnya terharu kerana tiapkali pulang dari kerja pasti terhidang menu yang enak lagi lazat menanti. Dan paling manis apabila di suatu tengah hari, telefonku berunut pesanan ringkas: “Mas, aku buat nasi minyak, dengan ayam masak merah. Nanti balik makan.”
Can you imagine how bahagia I am to be granted a moment of life like this?
(aku tahu ada mata-mata yang terangkat kening sedang cemburu. Benar? kan? Well..Ini Hidup Aku.)

Awak, Saya...Tapi..

Saya nak cakap kat awak
Tapi saya tak pernah berani

Setiap hari saya bangun
Otak saya mesti berfikir
Kenapa la awak tak ingat kat saya
(erm...memang awak tak pernah ingat kat saya ker?)

Awak..
Saya ingat lagi (saya tak kisah pun kalau awak tak pernah ingat)
masa kali pertama saya tengok awak
Masa kebetulan awak kena duduk kat sebelah saya.
Saya jeling-jeling tengok awak
tapi awak tak perasan.
Tapi saya tak kisah pun.
Janji saya suka tengok awak.

Saya suka semuanya tentang awak (walaupun kadang awak ni begitu menyampahkan).
Saya suka dengar awak bercakap (awak membebel sebenarnya)
saya suka dengar awak ketawa (walaupun kadang nampak buruk)
saya suka tengok awak makan (walaupun kadang comot)
saya suka tengok awak berjalan (walaupun macam orang tak ada tulang lutut)
saya paling suka bila awak senyum pada saya dari jauh.
dan saya paling suka bila awak tercari-cari saya bila awak perasan saya tak ada.

Awak tahu tak saya selalu harap dapat tengok awak setiap hari
Saya selalu harap ada kebetulan yang menemukan kita
saya selalu mereka cerita dalam kepala saya yang saya akan terserempak ngan awak kat mana-mana.

Dulu kan, saya suka sangat kat awak
Tapi saya selalu rasa saya tak padan dengan awak
Awak budak pandai, selalu dapat markah tinggi
Saya pulak biasa-biasa je.
Jadi saya segan sangat dengan awak.
Tapi saya nak kawan dengan awak.
Saya nak kenal awak
Tapi lagi banyak yang saya tahu pasal awak,
lagi saya rasa rendah diri.
Tapi sebab awaklah saya banyak berusaha
sebab saya nak jadi macam awak.

Awak tahu tak
sejak saya sedar yang saya ada perasaan kat awak
saya berusaha keras
saya rajinkan diri saya
saya nak dapat markah yang bagus-bagus
walaupun dah agak lewat untuk perbaiki markah-markah hampeh saya yang dulu
tapi sekurang-kurangnya saya dah mula ada matlamat hidup
saya cuba ikut cara awak (yang rajin belajar)
senyap-senyap saya pasang angan-angan nak naik pentas konvo bersama awak

Dulu
saya selalu lepak kat masjid,
saya akan tidur di masjid sementara nak tunggu waktu kelas petang saya
saya suka duduk sorang-sorang dan jauh dari orang yang saya kenal.
(saya ada rasa nak ulangkaji, tapi mata saya dah tertutup lebih awal lalu buku menjadi bantal saya)

Suatu hari,
semasa sedang menapak keluar dari masjid (menuju ke kelas)
saya ternampak kelibat seseorang melintas depan saya
saya rasa saya kenal orang tu
saya toleh sekali lagi
saya nampak awak sedang beredar menghala ke perpustakaan
saya rasa macam nak menjerit tegur awak
tapi saya perlu segera ke kelas
saya batalkan saja niat saya
saya hantar awak dengan pandangan mata sahaja
dan awak pula langsung tak pandang kiri kanan.

Bila dah dekat waktu periksa
saya tanam semangat nak study betul-betul
sebelum ni saya tak pernah study kat library
tapi sejak saya nampak awak ke library
saya pun mula study kat sana
mula-mula saya pilih meja besar kat ruang utama
sebab saya tak biasa
lama-lama saya dah jumpa port yang saya suka
dan saya study kat box tu
dulu saya selalu juga jeling-jeling kalau-kalau awak pun ada
tapi lama-lama saya dah tak hairan lagi
saya dah tak kisah awak ada ataupun tak
yang penting saya belajar untuk diri saya
tapi kalau kebetulan awak ada dan saya ternampak awak
saya akan lagi bersemangat
pernah juga awak singgah di box saya dan tegur saya
masa tu saya tertidur sebab letih
kenapa la waktu-waktu hodoh macam tu awak datang jenguk saya?
malu betul muka selebet saya

awak ingat tak (mesti tak ingat punya)
saya pernah letak coklat cloud9 kat box awak
tapi hari tu awak tak datang pun library.
saya tunggu dari pagi sampai petang
sampai malam pun awak tak ada juga
rupanya awak ada paper esoknya, jadi awak study kat bilik aje.

tak lama lepas tu awak tamat belajar a.k.a graduated
awak tinggalkan saya
awak senyap
lama
saya tunggu awak
tunggu je
saya tak tahu awak di mana dan buat apa

saya tak bagitahu awak yang saya dah semester terakhir
saya nak sangat habis belajar macam awak
jadi saya sungguh-sungguh belajar
walaupun awak tak ada
saya tetap pergi study kat library
tiapkali masuk tingkat 4,tempat awak selalu duduk
saya akan terbayang awak ada kat situ
awak tengah tekun baca nota
saya cuma senyum pada box kosong tu
kadang-kadang saya singgah lalu di box itu
saya tahu awak tak akan ada kat situ
tapi saya pergi juga
(bodoh kan saya ni?)

awak ingat tak
awak pernah belanja saya air oren di kafe
petang tu kita baru balik dari latihan
awak ajak saya pergi kafe
awak kata awak nak belanja saya air
tapi awak tak nak minum dengan saya
jadi awak belikan air bungkus untuk kita berdua.
saya rasa pelik tapi saya biarkan aje
itulah kali pertama saya berjalan berdua dengan awak
dan kali pertama awak belanja saya
saya rasa macam tak percaya je
sebab saya segan dengan awak

saya ingat lagi (saya rasa awak pun ingat)
satu hari kat kolej saya tak ada elektrik
then saya mintak tolong awak cas bateri telefon bimbit saya
dan awak bawak masa latihan
malam tu awak pulangkan telefon dan charger saya dalam satu plastik
awak selit benda bulat warna kuning dalam plastik tu
bila saya picit atau lontar ke lantai, menatang tu melantun sambil keluarkan warna
saya bagi nama dia Uneng
itulah satu-satunya hadiah awak kepada saya
walaupun saya tak suka Uneng tu, tapi saya tetap gembira
sebab awak yang bagi
saya gantung Uneng kat dinding bilik saya

di satu hari yang lain pula
kawan saya tumpang tidur di bilik saya
dia ternampak Uneng yang dah berhabuk kat dinding
dia ambil dan main dengan Uneng sebelum tidur
esok paginya saya bangun
saya tengok Uneng dah mati
badan dia dah penyek
dah tak ada angin
jadi saya pulangkan dekat awak
sebab saya tak mahu simpan benda yang dah mati tu
saya tahu awak tak suka saya buat macam tu (pulangkan hadiah awak)
tapi saya peduli apa



awak tahu tak
sebenarnya saya pulangkan Uneng tu
sebab saya tak mahu ada kenangan dari awak
saya takut saya tak dapat lupakan awak
sebab masa tu saya dah tahu yang saya dah mula suka kat awak
saya tak suka perasaan saya tu

Awak nak tahu tak
awaklah orang pertama yang saya suka
dan awaklah orang pertama yang rejek saya

saya paling kecil hati
bila awak bandingkan jam yang saya bagi dengan jam tangan mahal pemberian kakak awak
masa tu jam yang saya bagi pada awak tu rosak, bateri dia mati.
awak kata jam yang kakak awak bagi tu bateri dia boleh tahan 10 tahun!
saya sedar saya mana mampu nak bagi awak hadiah mahal
jadi dengan muka tebal saya mintak balik jam murah cikai tu untuk dibaiki
selepas tu baru saya bagi semula pada awak
saya paling ingat bila awak cakap awak belum sedia lagi nak pakai jam.
entah apa-apa la awak ni
kalau tak nak tak payah la pakai
buang pun tak apa
saya tak kisah
langsung

Sejak saya rasa awak tak sukakan saya
saya cuba kawan dengan orang lain
orang tu bagi respon positif
dan saya rasa dia pun suka saya
saya dapat alihkan minat saya kepada dia
dan perlahan-lahan hilangkan perasaan saya pada awak
saya berjaya
tapi waktu tu kita tetap berkawan..baik
rasa suka saya pada awak tu saya simpan dalam hati.
saya bekukan je kat situ
dan saya tak fikir lagi.

Lama saya berkawan dengan dia
saya mula minat kat dia
tapi saya tak bagitahu dia

tiba-tiba dia hilang
dan satu hari dia muncul
tapi saya sangat terkilan
sebab dia dah berubah
rupanya dia dah ada yang istimewa
dia anggap saya kawan biasa aje
selama ni pun dia memang tak ada perasaan kat saya
saya yang perasan rupanya
saya rasa saya bodoh sangat
hati saya sangat sedih
sebab dia tipu saya
bila saya tanya, dia kata dia tak ada apa-apa dengan perempuan tu
tapi bila saya cakap saya kecik hati dengan dia
dia cakap dia dah tak boleh layan saya macam dulu
dia kena jaga hati perempuan tu
dia kata dia akan bertunang dengan budak perempuan tu dalam masa terdekat
saya sangat kecewa
dan saya rasa tak dapat nak bernafas
separuh nyawa saya hilang

masa saya tengah sedih tu awak tetap ada
saya cakap kat awak yang saya rasa susah nak hidup
tapi saya tak pernah bagitahu awak kenapa
saya rasa nak cerita kat awak
tapi saya tak mampu
saya takut awak ejek saya
saya takut awak cakap saya lembik
saya tak nak awak kata saya ni hegeh sebab lelaki

sejak itu
saya tak fikir langsung tentang perasaan dan soal hati
saya sibukkan diri saya dengan macam-macam kerja
saya tahu yang saya tengah sedih tapi saya tak ada tempat nak cerita
jadi saya diamkan aje
saya ubat hati sendiri

saya mula sedar
mungkin dia datang singgah dalam hidup saya
supaya saya sedar yang saya tak boleh berharap
pada sesiapa pun
termasuklah awak

sejak dia tak ada
awak saja yang saya nampak
dan awak saja yang saya nak tengok
walaupun awak tak pedulikan saya
saya tetap cari awak
bila awak tak ada hidup saya jadi tak berapa seronok

Tapi itu dulu.
Sekarang saya sendiri pun dah tak tahu nak suka awak ke tidak.
Saya takut
kalau saya suka kat awak, awak pulak suka kat orang lain.

Awak...
Kenapa awak tak pernah cakap awak suka kat saya?
Saya rasa saya selalu cakap yang saya suka kat awak.
Kadang-kadang saya perasan bila awak bagi respon positif.
Tapi lepas tu bila saya pikir-pikir balik, saya rasa saya kena kelentong aje.
saya rasa awak sama je macam dia
Jadi cepat-cepat saya buang rasa perasan tu.

Sekarang
saya rasa saya dah mula tawar hati
sebab awak dah jarang ada
awak datang dan pergi sesuka hati awak je
saya pun dah malas nak ambil kisah
bila awak cari saya, saya akan luangkan masa
bila awak senyap tanpa berita
saya pun tak paksa dan bertanya
sebab saya rasa saya perlu biarkan awak bebas
dengan hidup awak
dan saya juga harap dapat bebaskan diri saya
daripada rasa yang tak menentu ni

kadang saya rasa awak perlukan saya
tapi selalunya saya rasa awak tak pernah hirau saya
dan awak tak perlukan saya setiap masa
saya ikut saja rentak awak

selama kita berkawan ni
awak tak pernah cakap atau luah perasaan awak
dulu saya berharap juga
tapi saya takut akan kecewa
jadi saya pendamkan saja

dari kali pertama saya nampak awak
hingga kali terakhir saya tengok awak
saya tahu dan saya pasti saya akan tetap sukakan awak

selagi awak tak cakap yang awak tak sukakan saya
sampai bila-bila pun saya akan tunggu awak
saya cuma mahu satu kepastian
dari awak

walaupun saya dah lama tahu
tapi saya nak dengar dari mulut awak sendiri
tolong bisik kat telinga saya yang
awak tak pernah suka kat saya

Bukan Aku Tak Nak

Satu petang aku terserempak dengan Nori di tandas KLCC. Aku senyum, lalu dia menyapa. Sambil berbasa-basi bertanya khabar, dia memberitahuku
“Kita dah kahwin tau. Bulan 5 hari tu lepas grad. Sekarang duduk kat Taman Melati. Dulu jadi cekgu sekejap, lepas kahwin berhenti. Nak sesuaikan diri dulu.”
Aku hanya tersenyum mendengar sambil dalam hati berkata “Huh, kahwin tak jemput..eh, dengan siapa dia kahwin ha?”.
Agak kurang ajar rasanya jika ku zahirkan kata hati tadi tu kan? Jadi aku diam saja sambil terus mengangguk faham.

6 bulan lalu, aku terima SMS dari adikku dikampung ‘NORHAYATI MOKHTAR KAHWIN 25HB NI. MAK MARHABAN KAT RUMAH DIA’. Yati rakan sekelas aku di sekolah menengah itu juga merupakan anak murid ibuku. Kami berkawan sebelum aku masuk sekolah rendah, bapak aku mengajar budak-budak kampung mengaji di Balai Raya pada ketika itu.

Jealous juga benarnya tatkala menatap kad undangan dan menerima berita pernikahan kawan-kawan sebaya yang pernah sepadang sesekolah sekubang sekampung denganku.

****************************************************************************

“Miss.. Bila nak kahwin?” Lukman, muridku, bertanya selamba semasa kelas intensif pertamanya bersamaku.

Pada kelas dan minggu seterusnya juga aku diasak dengan soalan yang serupa “Bila nak kahwin Miss?” “Calon pun tak ada lagi..Aku menjawab selamba.

Suatu pagi sedang aku sibuk menulis sesuatu di papan kenyataan kolej, Si Lukman ini menegurku dari belakang.
“Miss.. Bila Miss nak kahwin?” Memang itu ayat pertamanya setiap kali juga (tanpa salam).
“Nanti-nanti la..” aku tiada akal mahu membalas sebenarnya.
“Miss ni jual mahal ni.. Bukan tak ada orang nak, Miss tu yang tolak.. Macam la saya tak tahu..” Katanya dengan sedikit loghat Kelantan.
Hish budak ni kang.. “Pandai-pandai je la awak ni. Mana ada la..Saya memang malas nak cari calon lagi la. Saya tak pikir lagi hal ni.”
“Sampai bila Miss nak macam ni?”
Budak ni memang sengal lah. “Saya nak kahwin umur 30 nanti lah!” Balasku geram.
“Miss ni nak jadi anak dara tua ke?” katanya sebelum terus berlalu masuk ke kelasnya.
Aku biarkan saja soalan itu ditelan angin.

Kelas berikutnya, dia masuk lalu singgah di mejaku.
“Miss.. Bila nak kahwin?”
“4 tahun lagi kot..” jawabku selamba sambil menghulur attendance kepadanya.
“Ok, saya tunggu Miss. Janji tau.”
“???..”

Sabar aje lah.


Kalau nak mengikut taqwim hayat yang aku rancang masa kecik dulu, aku sepatutnya bertunang umur 22 tahun dan berkahwin pada umur 24. Tahun ni lah aku genap 24 weh!

Projek Kapal Perang Kertas


Venue: Taman Tasek Kepong
Aktiviti: Membina Model Kapal Perang HMS Norfolk F230
Duration : 1 Hour
Partner-in-Crime : Pian


Time to build! 1..2..3..Go!


Tak dapat agak lagi macam mana rupa kejadiannya...


Part ni banyak kali kena adjust. Dah 2-3 kali pasang pun masih ada yang tak kena sana sini. Haih..


Pian ni pakar gundam. Takat kapal kertas cikai ni kacang jer bagi dia.


Silap match.. kena bukak semula da..


Sesi kemaskini dan Touch-up


Kapal ni siap dengan platform Heli lagi (kalau tak nampak tu maknanya 3 kali Jumat la tu).

Bersedia Berlabuh!!

* Sebenarnya hobi aku main puzzle. Semua spesis puzzle aku suka. Paling minat main jigsaw puzzle la. Menatang yang aku wat kat atas ni namanya 3D puzzle. Aku beli pasal dia murah. Tengoklah.. kalau poket tebal sikit nak belajar main Gundam lak. Tapi pian kata aku ni ganas sikit, so tak berapa sesuai berjinak-jinak dengan dunia Gundam. Pasang Barbie Doll ok kot... =P

Ada Masalah?!

Memang pun
Aku suka dia
Salah ker?

Memang aku taknak kat orang lain pun.
Memang aku tunggu dia sorang je.
Salah ker?

Apa masalah kau?
Jangan nak uruskan hidup aku boleh tak?
Aku tahu apa yang aku nak
Dan aku tahu macam mana nak dapatkan apa yang aku nak.

Biar la aku nak susah pun
Asalkan aku tak susahkan kau.
Biarkan aku sendiri
Asalkan aku tahu jaga diri.

Untuk engkau-engkau yang rasa patut tolong aku tu,
Aku ucapkan banyak-banyak terima kasih
Aku rasa aku tak perlukan bantuan engkau-engkau
Aku tahu mencari jalan aku
Harap engkau-engkau tak kecil hati
Bukan aku berlagak
Tapi cukuplah
Cukup setakat itu

Izinkan aku menapak sendiri.
Aku sudah letih dan sengal dengan semua ini.

IRAMA HATI SAYA