JOM KEMAS: Tepak Cincin

Salam..
Kepada gegirls yang memang suka kumpul set aksesori yang macam-macam jenis dan bentuk tu, sini Cik nak ajar cara housekeeping yang paling sempoi. Kita ni kalau dah banyak sangat koleksi, kadang tak tahu nak simpan mana kan? Nak beli bekas takut membazir, lebih baik tambah koleksi lain pula, ye dak?

Ok la, tanpa membuang masa, hari ini Cik akan tunjukkan secara ringkas bagaimana kita ni boleh simpan barang kemas dengan kemas. (Kenapa namanya barang kemas sedangkan barang ni lah yang kita duk sepahkan..?)


Gambar di atas merupakan hasil kerjahanam tangan Cik iaitu Tepak Cincin Siti Rope'ah. Well, Cik memang suka pakai cincin. Hari-hari tukar, ikut kesesuaian majlis dan pakaian. Cik ada pelbagai jenis cincin dari buatan plastik, besi, rotan, emas celup dan emas tulen. Bila dah banyak tu kita nak lah juga ada tempat letak kan? senang la nak pilih kalau nak cepat.

Actually, Cik juga survey kat kedai harga bekas aksesori ni ada yang mencecah RM50. Apa kau gila mahu membazir uwang kau hanya untuk bekasnya sahaja? Kerna itu, daku fikirkan adalah lebih jimat kalau daku boleh buat sendiri.

Bahan-bahannya juga simple amat. Anda hanya memerlukan 4 bahan utama. 
  1. Kotak kosong (kayu atau plastik)
  2. Span nipis
  3. Kain baldu (kain biasa pun boleh)
  4. Double-sided tape.
Mula-mula potong span nipis mengikut saiz kotak.
Lekatkan double-sided tape di atas span yang telah dipotong dadu tersebut.
Kemudian, tampal kain baldu pada permukaan span yang telah dilekatkan dengan pelekat itu.
Akhir sekali, gulung dan susun ke dalam kotak kecil itu sehingga padat.
Boleh juga digam setiap helaian kalau takut tercabut.

Siap!
Seriously, sangat senang.
Order pizza delivery pun tak senang macam ni. Kan Jonet kan? kan?
  

Royal Selangor Pewter

Macam mana nak mula ye?
Ok. Aku ringkaskan.
Nurul ajak aku pergi Family Day company tempat dia bekerja.
Aku tiada halangan. Hujung minggu memang bosan kalau bujang.
So aku ikut sahaja.

ROYAL SELANGOR Factory and Visitor Centre

Terletak di Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya. Kalau turun kat LRT Wangsa Maju, dalam 10 minit naik teksi dah sampai. (Aku rempit je dari rumah).

Menatang gedabak di belakang aku adalah landmark untuk Royal Selangor.Tankard atau kole logam ini boleh dilihat di perkarangan pintu masuk. Diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai  World's Largest Pewter Tankard, kole ini dibuat pada tahun 1985 sempena seratus tahun penubuhan Royal Selangor.


Dengan ketinggian 1.987 meter, dan seberat 1557kilogram, tankard ini boleh mengisi sehingga 2,796 liter air. Replika ini telah dibawa dan dipamerkan di serata dunia seperti Kanada, Australia, Singapura dan China. 
(Apa macam? Ada tokoh dak aku jadi pemandu pelancong?)


Berbalik kepada cerita sebenar kita tadi.
Sebelum bertolak ke sana, aku dibekalkan dengan satu booklet kupon untuk digunakan semasa hari keluarga berlangsung.
Pelbagai permainan disediakan. Satu kupon hanya untuk sekali main sahaja.

So, kalau rasa nak replay game, pergi la curi kupon orang lain. Hehe..
Aku sendiri pun tak main semua game. Ramai sangat yang beratur menunggu giliran. Buang masa aku je.
Tengoklah ni. Mengalahkan budak-budak berebut nak main game.
Belon udara panas turut disediakan secara percuma.



Selesai memeluhkan badan di padang, Nurul ajak aku meninjau sekitar Visitor Center. Kalau ikut tahap kerajinan yang dah low, aku memang malas. Tapi sebab dia nampak excited sangat nak menunjuk, maka aku ikutkan sahaja.

Kaki dah penat, naik eskalator la kita kan?
Pada tahun 1885, seorang peniaga barangan logam bernama Yoong Koon  telah membuka sebuah gerai kecil yang dinamakan 'Ngeok Foh' atau Jade Peace.

Selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, beliau mula melebarkan sayapnya dengan menghasilkan produk tankards, ashtrays and tea services.
Produk ini mula dikenali dengan nama Selangor Pewter.
   
Ukiran nama pengasas dalam pinyin berbunyi 'Yang Kun'. 

Antara hasil kraftangan pewter yag dihasilkan.

Di ruang pameran ni ada satu sudut yang dinamakan
The Hall of Frames. Mempamerkan pelbagai jenis bingkai
dengan tema tersendiri seperti Disney, abstrak dan geometri. 
  
 
  







Replika ikon nombor satu negara, Menara Berkembar Petronas ini telah dihasilkan dengan 7,000 pewter tankards!



Selain menjamu mata, kami juga berpeluang merasai pengalaman membuat handcraft yang dinamakan 'Hammering Pewter'. Ada lagi satu corner tu nama dia  'School of Hard Knock'.
Kena bayar RM50 untuk belajar buat pewter dan akan dapat sijil on-the-spot.  


 

 
Yang ini paling menarik. Menurut kata si Nurul, mana-mana staff Royal Selangor yang berkhidmat lebih dari 5 tahun akan mengabadikan plaque tapak tangan mereka di dinding laluan masuk ke Visitor Centre.
Bak kata Boboiboy.. TERBAIK!!!!
 
Dengar cerita sekarang Visitor Centre ni dalam proses ubahsuai.
Mesti lagi mengancam after make-up.
Datang jangan tak datang!



Tiba-Tiba

Tanpa tauliah,
Tiba-tiba semua orang adalah penulis.
Tiba-tiba semua orang adalah jurugambar.
Tiba-tiba semua orang menjadi model.
Tiba-tiba semua orang adalah pengkritik.
Tiba-tiba semua orang bergelar ahli politik.

Tiba-tiba semua orang mengaku ahli akademik.
Tiba-tiba semua orang berunsur islamik.
Tiba-tiba semua orang menjadi pencinta.
Tiba-tiba semua orang turut membenci.
Tiba-tiba semua orang berpura-pura bahagia.

Tiba-tiba semua orang adalah kaunselor rumahtangga.
Tiba-tiba semua orang berlumba menayang harta.
Atas dasar apa semua orang ini?
Atas dasar berkongsi.
Rasa dalam diri.


Atau tiba-tiba ada niat untuk tidak menjadi diri sendiri?

Diari Rempit Siti Rope'ah: Throttle

Salam.
Tolong aku weh.
gugel image

Tadi masa nak pergi kerja, selepas turun dari flyover,
throttle sangkut (agaknyalah).
sebab motor aku tak mau perlahan walaupun dah lepas minyak.
tengah gear 4 time tu.

aku try pijak brake, tapi lepas tu dia lajak lagi...nak benti pun tak boleh.
BAHAYA BETUL.
aku cuba turun gear 3, motor macam nak melompat.
aku bagi signal kiri then cuba juga sampai jadi Neutral.

selepas parking, aku cepat-cepat matikan enjin.
tapi bila aku pulas semula kunci,
motor terus hidup sendiri (tanpa starter).
aku dah tak tahu dah nak buat apa. takut aku nak naik lagi. ='(

dah la berkejar nak ke office.
office aku tepi highway. jalan sehala.
guard tu tengok je aku lalu terus tanpa berhenti di pagar office.
mujur depan sikit ada training centre. situ la aku parking.

haih~

Pisau dan Helmet


Tengah kemas beg nak pergi kerja.
Aku nampak kelibat di tingkap rumah.
Aku perhati langsir. Bergerak-gerak.
Macam ada orang selak.
Bunyi bingkai ram tingkap dibuka.
Aku berjalan perlahan ke dapur.
Mencapai pisau dapur yang paling besar.
Tingkap sebelah pintu.
"Siapa kat luar tu?!"
Aku menyergah sambil membuka pintu rumah.
Bersarung coverall, helmet di kepala, dan pisau di tangan kiri, kupandang tajam ke arah lelaki bertopi di hadapanku, cuba merekod wajahnya.
"Err.. kat sini bukan rumah sewa ke?"
Butir perkataan yg keluar dari mulut lelaki itu agak berterabur.
"BUKAN!"
Jawabku keras.
Pisau masih kugenggam kemas.
Tanpa menunggu jawapan dariku, lelaki itu berjalan pantas melarikan diri.
Aku sempat melihat 'beliau' menghidupkan motorsikal dan beredar.

Ok. Cemas juga sebenarnya...(-.-')

IRAMA HATI SAYA