Cadangnya petang ini nak mengisi tangki dan mencari tiket.
Minyak berkelip, mahu ke Jelatek.
Seingat aku, landmark ke kaunter Trans -->
Petronas di sebelah kiri.
Memecut dari pejabat menghala Keramat.
Jalannnya lurus sahaja.
Pecutan semakin perlahan.
Sampai hujung jalan, Petronas masih tidak kelihatan.
Sambil lalu, terperasan
"Transnasional" di sebelah kanan.
Lor..Petronas tu dah tak ada rupanya.
Tinggal
construction je kat kawasan tu.
Bila dah terlepas, tak sempat nak
U-Turn.
Kereta banyak pula tu.
'Peak Hour' lah katakan.
Maka dengan yakin aku masuk ke satu simpang.
Harap-harap ini jalan patah balik.
Tapi, kenapa tiada kenderaan langsung yang lalu jalan ni?
Waktu ni sepatutnya jalan sibuk, semua orang keluar pejabat kan.
Keluar sahaja dari selekoh sunyi itu...
Hah sudah, serta merta jadi gelabah...
HIGHWAY?!
"Ni highway mana pulak ni? Itu la..siapa suruh main masuk je simpang tadi. Siot betullah..ke mana hala ni.. haduih.!"
Aku membebel dan menjerit sendiri sambil motorsikal ditunggang tanpa arah.
Di hujung lebuhraya, ada
signboard bertulis 'IPOH' dan 'SEREMBAN'.
Satu susur kiri, satu lagi terus.
Tidak!!!!
Terpaksa redah je.
Keluar
highway, tembus Kampung Baru.
Aik?
Kalau terus lagi, ke pusat bandar lah jawabnya.
Jalan
confirm jem teruk ni.
Tadi pun dah bersempit-semput dengan kereta besar warga
Key-El.
Mana mau pergi?
Dalam kalut itu, sedar-sedar aku sudah berada di lebuhraya.
Again? Oh no!
Baru aku tahu, laluan motorsikal di plaza tol sangatlah azab.
Beratur macam kereta tak lepas bayar tol tau.
Akhirnya, aku nampak
signboard susur ke Wangsa Maju dan Jelatek.
Fiuh~~~
Asalnya nak cari tiket yang lebih dekat dan cepat.
Tak sangka lain pula jadinya.. Haih...!
Notakaki: Selama ni kalau merempit malam-malam buta tak pernah pula haru macam ni. Tenang je layan angin kat highway. Mungkin aku tak sesuai jadi rider siang hari.