Showing posts with label SITI ROPE'AH. Show all posts
Showing posts with label SITI ROPE'AH. Show all posts

JOM KEMAS: Tepak Cincin

Salam..
Kepada gegirls yang memang suka kumpul set aksesori yang macam-macam jenis dan bentuk tu, sini Cik nak ajar cara housekeeping yang paling sempoi. Kita ni kalau dah banyak sangat koleksi, kadang tak tahu nak simpan mana kan? Nak beli bekas takut membazir, lebih baik tambah koleksi lain pula, ye dak?

Ok la, tanpa membuang masa, hari ini Cik akan tunjukkan secara ringkas bagaimana kita ni boleh simpan barang kemas dengan kemas. (Kenapa namanya barang kemas sedangkan barang ni lah yang kita duk sepahkan..?)


Gambar di atas merupakan hasil kerjahanam tangan Cik iaitu Tepak Cincin Siti Rope'ah. Well, Cik memang suka pakai cincin. Hari-hari tukar, ikut kesesuaian majlis dan pakaian. Cik ada pelbagai jenis cincin dari buatan plastik, besi, rotan, emas celup dan emas tulen. Bila dah banyak tu kita nak lah juga ada tempat letak kan? senang la nak pilih kalau nak cepat.

Actually, Cik juga survey kat kedai harga bekas aksesori ni ada yang mencecah RM50. Apa kau gila mahu membazir uwang kau hanya untuk bekasnya sahaja? Kerna itu, daku fikirkan adalah lebih jimat kalau daku boleh buat sendiri.

Bahan-bahannya juga simple amat. Anda hanya memerlukan 4 bahan utama. 
  1. Kotak kosong (kayu atau plastik)
  2. Span nipis
  3. Kain baldu (kain biasa pun boleh)
  4. Double-sided tape.
Mula-mula potong span nipis mengikut saiz kotak.
Lekatkan double-sided tape di atas span yang telah dipotong dadu tersebut.
Kemudian, tampal kain baldu pada permukaan span yang telah dilekatkan dengan pelekat itu.
Akhir sekali, gulung dan susun ke dalam kotak kecil itu sehingga padat.
Boleh juga digam setiap helaian kalau takut tercabut.

Siap!
Seriously, sangat senang.
Order pizza delivery pun tak senang macam ni. Kan Jonet kan? kan?
  

Siti Rope'ah Veil - The Red Rose

Tudung ni aku jahit semalam.
Khas untuk Hari Lahir Nazariah yang ke-28.
Sepit reben yang comel tu adalah special complimentary.

"Gua Sayang Sama Lu!" 

Hand-Made Veil (Siti Rope'ah Collection)

Salam,
Hai Kak Tijah, Kak Limah, Eton, Majidah dan semua yang mengenali Siti Ropeah. Hari ni kita ada edisi special tau. Siti Ropeah nak ajar cara-cara buat tudung.


Sekarang ni dah ada macam-macam spesis tudung, ada tudung Ekin, selendang Mawi, pastu trend latest tudung awning dengan pelbagai fesyen. Paling gojes kononnya sekarang ni style pakai selendang lilit-ubi. Ala..yang kita pintal dan bungkus kepala kita ikut arah pusingan jam tuh..kalau boleh buat 7 lapisan, colour pulak wajib ikut warna pelangi. Cik ada dengar yang jiran Cik pernah cuba nak tiru lilitan Hana Tajima kat youtube tapi dia tercekik sebab silap step. Berdarah-darah dagu dia tercucuk kerongsang, dan berbirat jugaklah leher dia terjerut selendang tu.



So, tudung yang Cik nak buat kali ni adalah tudung yang sangat ringkas. Boleh buat pergi sekolah, pergi mengaji, ke pejabat, mahupun menghadiri mesyuarat tingkap. Tudung ni basic dia biasa je, cuma Cik nak ajar korang untuk tambah hiasan supaya tudung kita tu tak nampak old-school sangat disamping membuat Kak Senah menegur di pasar dengan bertanya:


"Eh, fesyen baru..kau beli online ke?"



Uih..panjang pulak Cik membebel kan..let us go straight to the point..sila betulkan duduk anda dan baca dengan penuh minat. Dahi kerut sikit please...


Dah sedia? Ok..Mula-mula sekali, ambil gunting dan pastikan tidak tumpul.


Sebelum memotong kain, anda dinasihatkan untuk mengukur mengikut saiz yang bersesuaian. Kalau nak jadi ustazah pilihan, labuhkan sedikit sehingga paras pinggang. Kalau sekadar nak jadi sarung nangka, singkatkan hingga cukup-cukup bawah leher. Kain mestilah dipotong membentuk segiempat sama. Kalau susah sangat nak buat ukuran tu, tekap aje dengan tudung bawal, zap!

Potong kain mengikut ukuran dan bakar kelilingnya dengan lilin. (Kalau ada mesin jahit tepi lagi bagus)


Lipat dan cantumkan bahagian tengah tudung dengan jahitan suka hati. Cik tak tahu ape nama jahitan ni tapi ni memang standard jahitan untuk tudung sekolah dari dulu lagi.


Pilih renda yang tidak terlalu besar untuk kelihatan lebih ringkas. Dinasihatkan memilih renda dari jenis kapas(cotton) bagi mengelak anda kelihatan seperti cendawan atau tudung saji. Sambungkan renda pada hujung kain yang telah dililin(atau dijahit tepi).



Anda boleh menggunakan mesin jahit atau buat kemasan dengan jahitan tangan. Sebenarnya kain hitam ni agak licin dan renda pula halus, jahitan Cik agak lari jika menggunakan mesin, maka Cik jelujur halus sahaja. Habis cerita!

Akhirnya, siap sudah tudung klasik Siti Ropeah Collection. Kemas dan sweet-sweet kan?
Thanks to Jihah as the model. Dia tak ada mood tapi kena paksa. haha!



~Selamat Mencuba dan Bergaya~






Notakaki: Adakah kau tertunggu-tunggu entri aku, sebab kau ingat aku nak tulis pasal kau?
Well..Aku bukannya artis yang perlu bagi kenyataan balas dalam Melodi. You are just that pathetic.

MARI DEKO: Balang Kuih Raya

Salam Lebaran..

Sempena menyambut Hari Raya ni cik nak ajak korang semua berdekoratif dan berkreatif bersama cik. Untuk entri kali ini cik nak share hobi baru cik. Cik mulakan sudut 'Mari Deko' ini dengan dekorasi balang kuih raya. Gerenti Syiokk!!!



BAHAN-BAHANNYA SIMPLE SAJA



Beli atau kutip(jika tak mampu) balang plastik kosong
mengikut saiz dan jumlah yang anda inginkan.
Cik cadangkan beli yang murah saja.
Balang yang ni cuma 80 sen saja seunit.




Foam atau span nipis, kain satin, ropol,..




Bunga hiasan kecil, riben labuci kecil, riben lebar berwarna kontra,...




Gam UHU atau Gam tembak
(mengikut kesesuaian dan kemampuan)

Setelah berpuas hati dengan warna dan corak pilihan anda bolehlah mulakan kerja tangan ini.
Jangan lupa baca Bismillah banyak-banyak supaya kerja kita berhasil dengan elok.

MARI KITA DEKO



Mula-mula, tandakan bentuk dan ukuran penutup balang pada foam atau span nipis tadi.




Kemudian gunting span tersebut. Pastikan ada lebihan diluar bentuk yang telah dilukis.
(rujuk gambar)




Lekatkan span yang telah dipotong tadi ke atas penutup balang menggunakan gam.




susun elok-elok kalau tak nak bersepah yea




Letakkan penutup yang telah dilekat span tadi di atas kain satin.
Gunting satin dengan bentuk empat segi sama.




Lekatkan kain satin tersebut disekeliling penutup balang dengan kemas.
Seterusnya lekatkan pula ropol mengelilingi penutup balang tadi.
Ropol tersebut akan menutupi sisi kain satin.




Dan inilah hasilnya..

Itu baru bahagian penutup, sekarang kita teruskan dengan dekorasi berikutnnya.





Balut badan balang anda menggunakan riben lebar.
Untuk kesan yang lebih cantik, anda boleh juga gunakan riben berwarna dan bercorak.




Cik memilih riben warna krim dan jarang ini untuk tampak lebih ringkas.
Selain itu,boleh intai kuih raya kat dalamnya.




Teruskan dengan melekatkan riben berlabuci di sekeliling badan balang anda.




Putar dan lekatlah mengikut kreativiti masing-masing.




Akhir sekali, tampal bunga hiasan di tengah-tengah penutup balang.




Bunga hiasan ini boleh didapati di mana-mana kedai hiasan pengantin.

Anda boleh menggunakan gam atau beli sahaja yang siap berpin.




Arakian, inilah hasilnya...Balang Kuih Raya Cikselampit
Hm..nampak macam tak berapa mengancam la pulak.
Mungkin padanan warna yang agak tak sesuai.

Tak apa, cik dah ronda-punya ronda sambil mencari.
Dan akhirnya....



Cik cuma tukar ropol keliling penutup itu kepada ropol yang lebih besar dengan hiasan sarat.
Amacam? Nampak berbeza dan lebih wow kan?
So, anda juga boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kesedpan mata anda memandang.





Jadi, lepas ni tak perlu la nak membazir beli balang yang mahal-mahal.
Boleh jimat duit dan beli kuih raya lagi.

Jeling-jelingkan dan.. Selamat berdeko!

IRAMA HATI SAYA