Showing posts with label CERITANYA... Show all posts
Showing posts with label CERITANYA... Show all posts

Tentang Korban, Ikhlas dan Niat



Salam...
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Hari ini hari raya yang ketiga.
Bagi sesetengah muslim, Qurban masih dijalankan.

Sebenarnya kan, banyak amalan atau perkara yang masih menjadi tanda tanya bagi kita tentang ibadah Qurban ini. Aku sendiri pun bukanlah pakar dalam hal ini. Cuma ada beberapa perkara yang aku nak petik dan fikir.

Perkara yang bakal aku ketengahkan sebentar lagi mungkin sudah lama, sedang, masih dan akan terus berlaku di mana-mana, selagi tiada kesedaran atau penerangan ilmu yang jelas tentang tatacara yang sebaiknya.

Aku nak ceritakan secara terperinci pun aku tak berapa reti sebenarnya. Tapi aku cuba lah ye.

Pada hari raya Aidil Adha yang pertama, aku berpeluang menyaksikan upacara Qurban oleh keluarga terdekat. Sehari sebelum raya, datang sebuah lori penghantar lembu. Lembunya sederhana sahaja, tidak begitu gemuk dan tidak pula kurus. Harganya aku kurang pasti. Mungkin kurang dari lima ribu ringgit.

Keesokan harinya, lewat jam 11 pagi, datanglah penyembelih ke rumah.
Lembu yang sudah disembelih ditinggalkan di bawah pokok sementera menunggu 'Kumpulan Melapah'.
Kumpulan Melapah tiba selepas zohor dan menjalankan aktiviti melapah daging di depan rumah kami.
Aku agak kagum melihat kecekapan Kumpulan Melapah yang siap mengemas dua jam kemudian.
Sambil melihat mereka melapah, sempat juga aku bertanya kepada saudaraku yang turut duduk memerhati.
Rupa-rupanya Kumpulan Melapah ini sudah diupah untuk melangsaikan segala proses dari penyembelihan sehinggalah pembungkusan dan agihan.

Dari satu sudut pandang, bagus juga ada Kumpulan Melapah ni. 
Mereka memudahkan kerja keluarga atau orang yang berniat menjalankan ibadah Qurban tanpa perlu mengeluarkan setitik peluh pun. Cuma mungkin kena keluarkan wang yang lebih sedikit berbanding orang yang memilih untuk membuat gotong-royong melapah bersama ahli keluarga sendiri.
Aku tengok semua ahli keluarga terdekat aku semasa di kampung kelmarin goyang kaki sahaja sambil duduk atas bangku bersembang sesama mereka. Tiada seorang pun yang memegang pisau apatah lagi mengotorkan tangan memegang daging. Sesekali sahaja tangan beberapa orang yang memerhati itu menuding jari ke arah beberapa bahagian lembu tersebut. Mungkin sedang mengarah ewah-ewah la tu.

Namun begitu.. haa.. namun begitu.. dari satu sudut pandang yang lain pula, ada beberapa isu yang berbangkit setelah selesai majlis. Inilah yang aku nak kupas dan rungkaikan dalam episod ini. 
Tentang korban, ikhlas, dan niat.

Agak kurang enak didengar telinga bila mana suara-suara sumbang mula berbunyi menyatakan rasa hati.
Kebanyakannya tentulah yang tidak berpuas hati.
Maklumlah, masyarakat kita terkenal dengan sikap 'terperinci'. Segala benda pun akan diungkit.

Apa ceritanya ni Kak Yom? Menggaru kepala aje nampaknye?
"Apa lagi.. pasal pembahagian daging korban lah." Kak Yom duduk mencangkung menghadap bungkusan daging.

Begini ya,
selepas semua Kumpulan Melapah beredar pulang, tinggallah kami sekeluarga dengan beberapa bungkus daging untuk diagihkan kepada penerima. Agak terperanjat juga Wak Sarman sebab cuma ada kurang 20 bungkus. Aku cuma perhati sahaja dari jauh.

"Ini sahaja yang tinggal untuk diberi kepada orang kampung? Budak-budak yang melapah tadi semua dah balik?" Wak Sarman bertanya kepada dua orang pelapah yang hendak beredar dengan motorsikal. Mereka berdua hanya mengangguk.

Rupanya yang aku nampak mencampak tulang, daging dan bahagian lain lembu ke atas daun pisang dalam beberapa longgokan tadi, adalah untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Macam mana nak cakap dengan ayat mudahnya.. kira mereka Kumpulan Melapah tadi tu dah siap asingkan bahagian untuk diri sendiri dengan 'portion' yang agak besar. Bayangkan jika yang melapah tu dalam tujuh hingga sepuluh orang, berapa kilogram daging yang diasingkan untuk sesama mereka? Jadi berapa kerat sahaja yang tinggal untuk diagihkan kepada orang kampung? Mungkin itulah bayangan ketidakpuasan hati ahli yang membuat Qurban tersebut. Ada riak hampa pada wajah mereka seusai acara. 

Aku bukanlah hendak mempersoalkan, tapi menurut cakap-cakap yang lepas ke telinga aku, bukankah Kumpulan Melapah itu sudah pun mendapat upah sebelum menjalankan proses Qurban itu? Maka kenapa perlu berlebih-lebih mengambil bahagian Qurban kalaupun tuan rumah sendiri berkata "Ambillah mana-mana yang kau mahu, lagipun kau penat membantu." Malah tuan rumah juga menyediakan makan dan minum untuk menghilangkan lelah. Bagi aku yang hanya pemerhati, cuma terdetik di hati, apa sebenarnya niat kita? Sebagai tukang lapah yang dibayar sebelum bekerja, adakah kita melapah bagi pihak tuan rumah dengan niat membantu memudahkan ibadah mereka, atau kita sebenarnya melapah untuk berebut daging untuk dibawa pulang kepada keluarga kita?

Itu satu cerita.
Lain pula ceritanya bagi pihak keluarga yang menjalankan ibadah Qurban tersebut. Dalam kes ini, keluarga terdekat akulah. Apa pula kata mereka?

Keluarga terdekat aku ni pada awalnya merancang untuk menumbangkan dua ekor lembu untuk ibadah Qurban tahun ini. Namun kerana beberapa kekangan, mereka hanya mampu membeli seekor sahaja. Dengan tujuh bahagian dan beberapa penama, maka berlangsungkah majlis Qurban seperti dirancang. Berdasarkan temubual aku dengan saudara-mara yang terlibat, ini merupakan kali kedua keluarga ini menjalankan ibadah Qurban sejak beberapa tahun yang lalu.

Semasa Kumpulan Melapah sedang memotong dan membahagi daging, aku nampak tujuh buah baldi disusun di tepi bangsal. Baldi yang sama saiz itu berfungsi sebagai bekas simpanan daging untuk tuan rumah. Kalau tidak silap kiraannya, satu pertiga dari lembu Qurban itu dibahagikan kepada tujuh bahagian pula secara sama rata untuk keluarga tuan rumah. Aku dapat lihat setiap baldi bertulis nama pemilik bahagian tersebut. (Aku tak berapa pandai nak terangkan, harap kau orang paham jela ye). Untuk agihan orang kampung pula, tuan rumah memutuskan untuk menyukat satu kilogram bagi setiap bungkusan.

Berdasarkan sifir Kumpulan Lapah kali Tuan Rumah di atas, dapatkah anda julatkan baki yang tinggal untuk agihan kepada orang kampung? Aku sendiri boleh nampak dengan jelas betapa kita-kita semua ini ada tamak dalam hati walaupun dengan niat 'korban'. Maka terjawablah isu kenapa daging untuk orang kampung cuma beberapa plastik sahaja.

Sifir yang aku buat mudah sahaja - Kesimpulannya, lembu itu hanya ada tiga bahagian, satu bahagian tuan rumah, satu bahagian tukang lapah, satu bahagian lagi untuk agihan sekampung. Nama penerima pun boleh bilang dengan jari sahaja. Mana perginya tujuan bersedekah dan Qurban itu jika pada akhirnya bungkusan-bungkusan kecil yang kononnya untuk diagihkan kepada orang kampung itu dibuka semula lalu dikurangkan pula jumlahnya supaya boleh menambah bilangan penerima?

Bukan. Aku bukan hendak menidakkan tindakan mereka yang terlibat. Cuma mata jahat aku ini semacam menghidu sedikit kepincangan dalam mereka merealisasikan niat menjalankan ibadah itu sendiri. Yelah, lagipun banyak kepala, tentulah banyak ragam dan karenah. Tapi bila jadi benda macam ni, semua orang akan merungut. Bila merungut, manisnya ibadah tu sudah jadi tawar. Setuju?

Pokok pangkalnya, HATI.
Dari hati itu ada niat.
Dengan niat, kita membuat amalan.
Dengan amalan, kita menyukat ikhlas.
Iman? Itu milik Allah.

Aku cuma harap perkara-perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Aku pasti perkara ini juga berlaku di tempat-tempat lain seluruh Malaysia ni kan? Aku harap Ustaz di media mahupun surau dan masjid akan terangkan dengan lebih mendalam tentang isu bahagian Qurban ini selain bersurah tentang hikmah dan pengertian Aidil Adha semata. 



Notakaki:
Sebenarnya aku tiada merakam gambar. Tapi blogger.com ni macam ada bengong sedikit. Kalau tiada foto, maka aku tak dapat menaip. Jadi, hadap jela goole image tu ya. Janji cerita aku sampai. Kih! Kih! 

Sebut Betul-betul

Kelas sudah tamat.

Semua pelajar beransur pulang meninggalkan bilik darjah.

Aku masih mengemas buku rujukan dan komputer riba.

Pelajar terakhir itu memberi salam dan mengucap terima kasih kepadaku.

Aku cuma tersenyum sambil menutup suis lampu dan pendingin hawa.

Pintu kelas kukunci.

Semasa melalui koridor, pelajar terakhir tadi berhenti seperti menanti aku.

Dia budak... baik dan pendiam. Tak banyak bercakap di dalam kelas.

Dalam teragak-agak dan wajah yang serba salah, beliau membuka bicara.



"Er..Cikgu.. saya nak tahu pronunciation untuk satu perkataan ni.."



"Perkataan apa?"



"Tapi kalau saya sebut ni, Cikgu jangan pikir bukan-bukan pulak ye.."

(Mukanya keliru. Macam rasa bersalah untuk meneruskan perbualan)



"What is the word?"

Aku bertanya dengan nada mesra supaya beliau tidak kekok.

Lalu beliau mengeja perkataan itu dengan jelas satu persatu.



"P..E..N..I..S.."



Ya. Beliau adalah pelajar lelaki.

Wajahnya sangat inginkan kepastian. @.@~~

~TAMAT~

google image

Pisau dan Helmet


Tengah kemas beg nak pergi kerja.
Aku nampak kelibat di tingkap rumah.
Aku perhati langsir. Bergerak-gerak.
Macam ada orang selak.
Bunyi bingkai ram tingkap dibuka.
Aku berjalan perlahan ke dapur.
Mencapai pisau dapur yang paling besar.
Tingkap sebelah pintu.
"Siapa kat luar tu?!"
Aku menyergah sambil membuka pintu rumah.
Bersarung coverall, helmet di kepala, dan pisau di tangan kiri, kupandang tajam ke arah lelaki bertopi di hadapanku, cuba merekod wajahnya.
"Err.. kat sini bukan rumah sewa ke?"
Butir perkataan yg keluar dari mulut lelaki itu agak berterabur.
"BUKAN!"
Jawabku keras.
Pisau masih kugenggam kemas.
Tanpa menunggu jawapan dariku, lelaki itu berjalan pantas melarikan diri.
Aku sempat melihat 'beliau' menghidupkan motorsikal dan beredar.

Ok. Cemas juga sebenarnya...(-.-')

Roti Gulai Sardin

Pagi tadi Jihah bangun pukul 4.00 untuk masak kari sardin.
Aku pula bangun jam 5.15 untuk goreng roti canai.
Kami berdua berhajat besar untuk puasa sunat hari khamis.


Lebih kurang jam 5.40 semasa menggoreng roti terakhir, jihah bertanya,
"Subuh kul berapa?"
Lalu dijawab oleh aku
"6.15 kot.. lambat lagi.."

tiba-tiba ....

'AllahuAkbar! Allahu Akbar!!!........................'

berkumandang  azan suboh..

Aku dan Jihah serentak berpandangan sesama sendiri ... lalu..

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Kali pertama dalam hidup kami bersarapan seawal jam 5.30 pagi!  :(

Kita sebut kari. Orang utara sebut gulai.
Tapi, nak habaq hang.. kari sardin Jihah memang best in the world!




Notakaki: Tiapkali puasa aku mesti teringat kisah ni. Romdon datang lagi. Selamat berpuasa sekalian umat.

Kisah Klasik #5

Habis sekolah rendah, aku masuk sekolah asrama. Hampir empat bulan aku di sekolah menengah kebangsaan agama, aku ditawarkan ke sekolah asrama penuh yang diilhamkan oleh Dato’ Najib.
Sekolah ni sekolah yang baru dibuka pada tahun tersebut dan bukanlah seperti sekolah menengah lain. Ia menggabungkan pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5 di bawah satu bumbung. Dan semua pelajar tinggal di asrama (termasuk pelajar sekolah rendah).
Masalah buli memang tiada, kerana kebanyakan senior atau kakak-kakak di’buli’ oleh adik-adik sekolah rendah dengan tiket ‘adik angkat’. Budak sekolah rendah pula bukan sembarangan budak. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian akademik semasa di Tahun Satu hingga Tahun Tiga sekolah masing-masing. Zaman tu ada Penilaian Tahap Satu (PTS), pelajar Tahun Tiga yang cemerlang akan lompat terus ke Darjah Lima atau ditawarkan ke Tahun Empat sekolah aku.
Korang paham tak sifir kat atas ni? Kalau tak paham pun, lantaklah!
Settle background information, sekarang kita teruskan dengan kisah aku dan cinta monyet. Mungkin juga bukan cinta, dan yang pasti aku bukan monyet.
Selang beberapa bulan selepas aku berpindah sekolah, ada seorang budak lelaki pula mendaftar ke sekolah baru aku. Dia budak Tingkatan Dua, katanya dari Sekolah Sains Selangor. Aku masih di Tingkatan Satu. Aku tahu dia budak baru pun sebab dia seorang je yang pakai tali leher lain dari yang lain. Tak mungkin dia ketua pelajar sebab fizikal dia agak kecil. Biasanya ketua pelajar ni kenalah yang berbadan besar dan bermuka bengis plus berlagak.  Itu standard.
Masa mula-mula aku tengok dia, hati aku cakap “macam pernah nampak”. Tapi mungkin itu mainan perasaan aku sahaja. Tak mungkin dia saudara atau kerabat aku sebab dia dari Kuala Lumpur.

Aku jadi ‘secret admirer’ dia semenjak itu. Tak ada siapa pun yang tahu aku minat kat dia kecuali Zulikha, junior yang sebilik denganku. Yang paling kelakar aku tak tahu maksud secret admirer. Aku ingat ‘secrect admirer’ merujuk kepada ‘orang yang kita suka’. So, setiap kali aku nampak dia, aku akan siku Zulikha sambil menggelarnya secret admirer aku. Semasa di university baru aku tahu yang secret admirer bermaksud sebaliknya. Sah-sah bodoh Inggerish aku ni!
Seperti juga orang lain, I went chasing him secrectly. Macam-macam benda aku buat waktu tu, kalau diingatkan semula memang aku akan rasa macam nak sekeh palotak sendiri. Bukan setakat childish, tapi langsung tak membawa manfaat kepada aku mahupun umat manusia sejagat.
For example, aku tahu dia masuk kelas sains teknikal semasa di tingkatan empat. Aku cuba bertindak romantic dengan membeli buku Lukisan Kejuruteraan untuknya.
Hari sabtu adalah hari ‘outing’ atau keluar bandar bagi budak asrama. Biasanya mengikut giliran. Kalau minggu ini budak asrama putera keluar, minggu depan asrama puteri pula. Aku rasa cikgu buat macam tu supaya budak-budak tak dapat dating kot.
Waktu minggu kami (pelajar perempuan) dibenarkan keluar bandar, aku terus berjalan kaki ke kedai buku. Nama kedai tu Sri Wangi, tak tahulah sekarang masih ada lagi atau tidak. Aku pergi ke bahagian kejuruteraan lalu terus mencapai buku yang kuanggap ada kena mengena dengan aliran beliau. Duit aku dah kumpul lama, zaman tu nak dapat dua puluh ringgit bukan senang. Kena keluar duit biasiswa dengan mereka alasan yang nampak akademik. Contohnya dalam borang keluar duit tu aku tulis ‘membeli peralatan dan keperluan diri’. Padahal maksud sebenar adalah ‘membeli-belah untuk kepentingan sendiri’. Haha!
Settle bab beli buku, timbul pula masalah untuk buat sesi penyerahan. Kalau tak silap  kelas aku terletak bertentangan dengan blok kelas beliau. So, aku selalu jugak lah mengintai dari tirai kamar, memerhati dari kejauhan, dia pergi dan pulang dari kelas semua aku teropong.
Tapi aku tak pernah menegur, apatah lagi bercakap dengan dia. Untuk memberikan hadiah dalam tangan aku kepadanya, aku perlu membuat perancangan yang teliti. Aku tak boleh bagitahu sesiapa. Kalau budak kelas dia atau budak kelas aku tahu, mampos la aku, mana nak sorok muka.
In the end, what I did is.. aku telah menceroboh ke kelas beliau pada waktu riadah. Waktu riadah semua wajib ke padang, jadi tak ada sesiapapun yang sepatutnya berada di kawasan sekolah.
Suatu petang yang hening, aku mulakan operasi bersama Zulikha. Dia jadi pemerhati di sudut koridor. Kami merangkak perlahan menyusuri laluan ke kelas beliau, bimbang ada orang nampak. Sampai sahaja di kelas teknikal itu, aku segera memasukkan buku yang aku belikan itu ke dalam laci mejanya. Meja dia agak kemas dan tersusun. Kalau tak silap, aku ada selitkan sekeping nota di celah helaian buku itu. Tulis apa? Aku pun tak ingat la.

Malam itu aku jeling kelibat dia dari kelas aku. Waktu ‘PREP’ aku pura-pura mengasah pensel di belakang kelas. Sebenarnya nak dapatkan view yang lebih jelas kerana tong sampah terletak di sebelah pintu kelas. Aku tengok dia selamba je, macam tak terkejut pun. Mungkin dia tak perasan agaknya. Atau mungkin juga buku itu tidak berguna baginya. Entah lah.

Banyak juga la siri aku menjadi pemerhatinya dari jauh. Waktu riadah, waktu makan di dewan, hari sukan, perhimpunan, pendek kata, dalam setiap kesempatan yang ada la. Tapi sampai ke sudah aku tak tahu dia sedar atau tidak tentang aku. But it’s kinda exciting to do those sorts of stupid things, you know?
Jangan tak tahu, aku juga sanggup berlatih dengan gigih untuk masuk pemilihan pemain hoki sekolah semata-mata untuk join dia. Tak sangka pula aku terpilih dan kami dapat mewakili sekolah sampai peringkat negeri.
Sampai la satu hari tu, aku dan Zulikha bertembung dengannya di tangga sekolah. Aku masih tidak tahu sama ada dia tahu aku suka kat dia atau tidak. Jadi seperti gadis gedik biasa, aku jadi kekok dan malu dalam teruja tatkala melihat lelaki pujaan berada hampir denganku.
Dia melangkah laju menuruni anak tangga bersama Benjamin. Benjamin adalah pelajar sekolah rendah yang agak rapat dengannya. Dia menjeling sekilas kepadaku. Aku dan Zulikha masih duduk bersidai di kaki tangga berhampiran koridor. Buat muka tak bersalah.
Sampai di hujung tangga aku terdengar Benjamin bersuara.
“Itu la budak tu Abg Aman!”
“Mana?”
“Tadi tu lah.”
“Kampang betul...!!”
Maka dari situ sedarlah aku bahawa lelaki ini, yang aku puja dalam diam ini, yang aku berhabis untuknya ini, sebenarnya tidak langsung memandang aku hatta sebelah mata. Aku ada dengar cerita  yang dia sedang bercinta dengan si Orked, rakan setingkatan aku pada ketika itu.
That was the turning point –he cursed at me. And that was the time I put a full stop to my own pathetic story.
Epic Fail.


Notakaki: ‘Kampang’ adalah ungkapan mencarut yang membawa maksud yang hampir serupa dengan ‘Anak Harrum’ dan sewaktu dengannya. Zaman sekarang tak guna dah kot perkataan ni. Bunyi vulgar gila. Anyway, Selamat Pengantin Baru Muhammad Nurussaman. Walaupun kau tak pernah suka kat aku, tapi terima kasih sebab bagi aku peluang melalui fasa excited as a your secret admirer. Tahniah juga cuz berjaya menempat diri anda dalam senarai Kisah Klasik ini.

Kisah Klasik #4

Semasa di tahun enam, ada satu permainan conteng-conteng yang sangat famous.
Menulis nama penuh rakan sambil mengira chemistry percentage.
Kau orang yang sezaman dengan aku mesti pernah, kan?

Waktu tu boleh dikatakan buku-buku latihan budak sekolah akan penuh dengan nama-nama berserta kiraan. Biasanya budak perempuanlah yang seronok dengan perkara semacam ini, ye dak?

Semua pakat kira nama masing-masing dengan lelaki yang diminati.
Aku lain, aku cinta sama Zamani dan Ziana Zain.
Jadi, aku kira nama aku dengan artis sahaja.
Lepas tu aku padam, takut orang tahu!

Satu hari, selepas waktu rehat, aku masuk ke dalam kelas seperti biasa.
Sambil mengelap sisa nasi lemak di mulut dengan lengan baju, aku berjalan tunduk dan terus ke tempat duduk.
Semasa membetulkan kerusi, terdengar suara rakan sekelasku tertawa kecil.
Mungkin ada gurauan lucu sesama mereka.

Aku kurang bercakap di dalam kelas.
Lagipun aku bukan ada kawan. Cuma Sally dan Madiah sahaja yang selalu berborak denganku.
Dah la selalu kena buli dengan si Daha.
Jadi di dalam kelas aku banyak mendiamkan diri.

Daha ni setan dia satu macam.
Nanti aku cerita tentang dia di lain episod, ok?

Aku masih tunduk untuk bersedia dengan mata pelajaran seterusnya.
Mencari-cari buku latihan di dalam laci meja.
Aku dapat menangkap suara gelak-gelak tadi semakin kuat.
Kini disertai dengan sorakan galak pula.

Eh, apesal diorang semua ni? Macam hari sukan sekolah pula teriaknya.
Bak kata orang Pahang - ‘Sakai benor gayenye.’

Semua mata tertumpu di pintu hadapan kelas.
Danial sedang melangkah dengan senyum kambing.
Dia hairan kerana seisi kelas seperti bersorak kepadanya.
Aku masih lagi tertanya-tanya melihat gelagat yang lain.

Tiba-tiba muka Danial berubah apabila memandang papan hitam.
Dia segera berlari ke hujung papan hitam lalu mencapai pemadam papan hitam dengan gelojoh.

Rupa-rupanya di papan hitam tertulis namaku dan namanya berserta kiraan mantap.
Besar pulak tu.

Tak guna kau Daha!
(aku hanya mampu maki dalam hati).

Kisah Klasik #3

Sekolah rendah dulu, aku budak comot. Tak ramai kawan.
Yang aku ingat aku berkawan dengan Madiah dan Sally.
Aku kenal mereka pun waktu Darjah Enam sebab cikgu rombak kelas.
Mereka anak orang kaya.

Madiah tinggal di kawasan perumahan (zaman dulu, kalau yang duduk taman perumahan ni dikira orang berada la). Madiah ni ada bau-bau bacang dengan family aku. Kadang-kadang hujung minggu dia ajak aku bermalam di rumahnya. Dialah yang ajar aku main roller-blade. Dari situ aku berazam nak kumpul duit untuk beli sapasang buat diri sendiri. Tapi sampai hari ni aku tak beli pun. Tak apalah, mungkin aku boleh ‘k.i.v’ dan mintak dijadikan hantaran nanti. Haha!

Sally anak cikgu. Dia ikut ibunya pindah dari Kuala Lumpur.
Sally ni pelik sikit. Dia suka bercakap dengan pokok. Mungkin sebab tu tak ada sesiapa nak kawan dengan dia. Mungkin sebab itu jugalah kami bertiga menjadi sahabat (sebab kami tak ada kawan lain).

Ok. Enough with the mukaddimah.

Dalam kelas, cikgu susun meja budak perempuan sebelah meja budak lelaki. Berdua-dua.
Itu masa Darjah Dua.

Aku ingat lagi, budak laki sebelah aku namanya Hafiz. Aku rasa dia tak suka kat aku.
Well, akupun tak suka dia. Kami saling membenci walupun dia agak kacak (tetiba).

Hafiz letak tape merah dan buat line antara meja aku dan mejanya. Macam Farid Kumar dan Lisa Suriram dalam filem “I’m Not Single” tu. Hafiz cakap sama aku,

“Siapa lebih kawasan, bayar sepuluh sen!”

Masa tu seposen tu besar nilainya. Boleh dapat gula-gula 5 biji tau.

Jadi, kami berhati-hati setiap kali nak susun barang atau buat kerja atas meja. Eh, mana ada orang buat kerja bawah meja ye dak?

Pernah juga dia punya hujung pembaris terlebih masuk ke kawasan meja aku. Dapat la simpan tabung sekupang dua. Kadang-kadang kalau tak ada syiling, aku bagi dia pemadam je. Dia boleh guna untuk main ‘lawan pemadam’ dengan Kerol.

Bila buat kerja sekolah, aku duduk ke kiri..Hafiz duduk ke hujung kanan.
Oleh sebab aku bukan penulis kidal, maka siku aku selalu khianat tuannya dengan buat-buat terlajak masuk ke meja sebelah semasa aku sedang tekun.

Dekat setahun jugalah kami berdua hidup dengan ‘peraturan’ ciptaan sendiri tu. Dah la duduk kat depan sekali (sebab dua-dua rendah), mujur cikgu tak perasan. Cuma cikgu pernah tanya kenapa ada tape merah kat meja. Aku dah tak ingat apa aku dengan Hafiz jawab.



Notakawanlama:
Kepada Ahmad Hafiz kelas Dua Merah, aku dah maafkan kau.
Sebab aku suka tengok muka kau masa marah. Hensem, tapi pendek!

Kisah Klasik #2

Aku dan Edi bagai belangkas, ke mana-mana mesti berdua.

Sewaktu kenduri kahwin saudara-mara, kami sepupu-sepapat wajib berkumpul dan berkejar-kejaran tanpa mengira waktu. Bermain buaya duduk ataupun rebut kerusi. Selain itu, aku ditugaskan mengedar kotak telur kepada jemputan (zaman sekarang kita panggil ‘goody bag’). Most of the time, Edi akan turut serta sebagai pemegang bakul dan top-up telur apabila kehabisan.

Setiap kali cuti sekolah, Geng Kami akan berkampung di rumah Nenek. Masuk hutan beramai-ramai, aku ikut. Jadi bodyguard kepada kekasih hati kononnya. Aku tidak pernah missed apa sahaja aktiviti merentas belantara yang dianjurkan oleh Walid adik-beradik. Walid adalah sepupu kami yang tinggal di kampung. Rumahnya terletak berhampiran rumah Nenek. Ibunya merupakan menantu kesayangan Nenek.

Malam-malam ke surau, dia akan meneman. Zaman dulu mana ada lampu jalan. Kiri dan kanan jalan semua hutan. Jika mahu menapak ke surau yang letaknya hampir 400 meter dari rumah Nenek, Pak Man akan bekalkan lampu picit untuk seorang sahaja. Maka yang mahu mengikut perlu beratur dan bergerak dalam kumpulan. ‘Askar-askar’ kecil berkain pelekat bersongkok senget dan berkopiah mula melangkah untuk solat jemaah di surau. Aku seorang sahaja yang terkedek-kedek dengan telekung melurut ke tanah.

Walaupun aku seorang sahaja perempuan dalam Geng Kami, namun aku bukanlah pujaan ramai. Mendapat layanan istimewa, jauh sekali. Lasak mereka, lasaklah aku. Kami semua anak jantan!

Dalam kasar tu, aku dengar cerita si Walid ada hati sama aku.
(Hot la jugak aku ni sebenarnya, erm..boleh la..kan?)

Tapi aku tetap ‘steady’ je dengan si Edi. Suka sama suka la katakan. Kalau salah seorang dari kami tak balik kampung pada waktu cuti, biasanya Makcik Mah iaitu ibu si Edi akan menelefon dan berkirim salam. Ecceh. Cinta direstui keluarga nampaknya.

Pernah satu ketika, aku tak dapat balik kampung kerana demam. Hanya bapak aku sahaja yang pulang dengan abang aku. Aku dapat berita Edi turut demam selepas pulang dari kampung. Chemistry gitew!

Amboi, kecik-kecik dah gatal, ye dak?

Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi, selepas mengasingkan biji kopi di laman rumah Nenek, kami beramai-ramai bercadang ke dusun Pak Jabir. Bapak aku cakap durian sedang gugur, kami diminta membantu mengutip durian untuk dijual. Sambil tu boleh la juga mengisi perut.

Dusun Pak Jabir terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah Nenek. Biasanya kami akan berhenti rehat di surau sebelum meneruskan perjalanan.



Semasa keluar dari rumah Nenek, kelihatan Edi memasuki pagar dengan menaiki basikal. Apabila nampak sahaja kami semua sedang berebut-rebut mencapai selipar masing-masing, Edi segera melompat dari basikal yang ditunggangnya. Entah ke mana tercampak basikal milik Yazid tersebut. Basikal tiada tongkat, bukan boleh parking elok-elok pun. Haha!

Tanpa berlengah, Edi menyertai kami dari belakang. Dia sempat mengejar dan berlari ke sisi aku.

Jenuh juga berjalan kaki ke surau. Kami keletihan, mujur Bapak aku sudah siapkan air sirap di surau. Zul Gemuk dan Fikri sedang mengutip buah manggis untuk memanis lidah. Selesai membasah tekak, Bapak aku mengajak rombongan kami terus ke dusun Pak Jabir. Lagi satu kilometer perjalanan. Kami diberi parang, sabit dan guni untuk dibawa bersama.

Kami bergerak meninggalkan perkarangan surau. Semasa berjalan ke simpang jalan, aku dapati Edi tiada bersama. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Edi sedang berdiri berhampiran tiang di bawah surau (dalam loghat negeri dipanggil ‘kolong’). Dia berdiri sambil memijak-mijak tanah dikawasan itu.

Aku berpatah langkah dan pergi ke bawah kolong surau. Edi hanya senyum. Katanya dia ingin ‘menanam janji’. Aku jadi semakin hairan. Aku tanya bagaimana untuk ‘tanam janji’?

Edi menunjukkan tapak tangannya yang bergenggam. Dibukanya perlahan-lahan seraya menyuakan tapak tangan kanannya. Ada tiga biji gula-gula perisa kopi yang dibelinya di Kedai Syarikat pagi tadi. Dulu-dulu, harga gula-gula 10 sen boleh dapat tiga atau lima biji. Zaman sekarang sudah cecah 30 sen sebiji, kan?

Kata Edi lagi, dia mahu tanam gula-gula tersebut sebagai simbolik kasih kami. Dua biji gula-gula akan ditanam bersama-sama di bawah surau ini. Menjadi saksi cinta aku dan dia. Katanya lagi,
“Bila kita besar nanti, kita akan korek semula dan ambil balik gula-gula ini. Sama-sama.”

Aku mana la paham sangat soal hati dan perasaan ni kan. Hingus pun Mak aku yang tolong kesatkan. Tapi aku sungguh teruja dengan pengalaman ini.

Aku cepat-cepat cari batu pipih untuk mengorek tanah. Maka mencangkunglah kami berdua dengan tekun. Kami membuat liang dengan kedalaman mencecah pergelangan tangan.

Edi meletakkan dua biji gula-gula ke dalam lubang pada tanah yang telah siap. Aku sempat mengalasnya dengan daun sebelum tanah dikambus kembali. Baki sebiji lagi sudah selamat masuk mulut dia. Aku hanya menelan air liur.

Petang itu Geng Kami ke surau seperti biasa untuk bersolat Maghrib. Abang aku ditugaskan untuk melaungkan azan. Aku dan Edi berlagak biasa, tetapi sesekali tersengih mengada.

Selepas asar tadi, aku pulang agak lewat dari surau, menemani Bapak mengemas cawan dan pinggan yang digunakan didusun Pak Jabir. Sebelum pulang ke rumah Nenek, aku sempat menjeling ke arah kolong surau. Aku tersenyum seorang diri.

Senyap-senyap aku menuju ke arah tanah yang terdapat kesan gembur - berdekatan tiang kolong kedua bersebelahan tangga surau. Aku mendekati tempat kami ‘menanam janji’ pagi tadi. Aku mengorek tanah itu dengan gelojoh. Aku berhenti menggali sejurus ternampak cebisan hujung pembalut gula-gula. Aku menguis tanah itu dengan berhati-hati.

Yes! Dua biji gula-gula perisa kopi masih lagi elok, cuma terpalit tanah pada pembalutnya.

Kuambil sebiji.

Kubuka pembalutnya...lalu..

Ngap!

Pembalut itu kuletak kembali ke tempat asal, tanah dikambus elok.

Puas hati aku, tadi kau telan sorang-sorang kan?

Tamatlah riwayat kesan degil.




Notakaki: Biarkan aku hidup dalam kenangan kalau cuma itu ‘kehidupan’ yang aku ada.

sumber foto

Kisah Klasik #1

Ok. Bulan ni aku akan sajikan kau orang dengan cerita-cerita cinta yang tak berapa nak feeling sangatlah. (Budget ramai je orang nak baca, kan?)

Masa kecik-kecik dulu, aku bercinta dengan sepupu aku.
Dia tua setahun dari aku. Masa tu aku baru darjah empat kalau tak silap.

Aku rasa kitorang bukan bercinta, tapi saudara-mara selalu ‘kenenkan’ kami berdua.
Setiap kali pulang dan berkumpul di kampung, mesti dia cari aku dan aku cari dia.
Sepupu-sepupu aku yang sebaya pada zaman itu semuanya lelaki. Kira aku seorang la perempuan. Dia ni antara yang kacak-versi-budak lah.

Zaman kanak-kanak kami bukan macam budak-budak sekarang. The world is all about us and we enjoyed every second by indulging ourselves with adventurous activities. Nothing to be afraid of. Bukan macam budak sekarang, masuk hutan pun time jambori pengakap sekolah. Asal petang je mak pimpim pergi taman permainan. Bapak pesan jangan kawan dengan anak jiran. Jalan seorang diri kena culik.

Aku masa kecik-kecik dulu, main kejar-kejar dengan babi hutan. Nak makan pauh panjat sendiri. Pergi dan balik sekolah menapak merentas padang dan masuk celah pagar belakang sekolah. Hujung minggu mandi paya dengan anak orang kemboja rumah sebelah. Eh, banyak lagilah pengalaman yang tak terbayangkan. Kau ada?

Kalau tak ada, nanti besok rajin-rajin aku story, ok? Sebab sekarang ni kita dah lari topik, lari tema. Kan aku cakap tadi aku sebenarnya nak cerita pasal kisah klasik aku kan? Haish!

Berbalik kepada cerita diawal episod tadi....

Budak-budak basically memang kurang sensitif dan tak reti bahasa. Jadi janganlah marahkan mereka kerana tindakan tersebut adalah sia-sia. Kami tidak terkecuali.
(‘Kami’ merujuk kepada ‘aku dan sepupu-sepupu seangkatan.’)

Kami memang spesis ikut-dan. Asal ada kenduri, kami akan mengikut keluarga masing-masing dan berkumpul di rumah Nenek. Sepupu-sepapat ada lebih kurang 20 orang, lima daripadanya masih kategori ‘bawah umur’ dan tidak layak menyertai aktiviti lasak atau masuk hutan bersama kami. Mereka sedang dalam proses bertatih, nak berjalan pun belum pandai, berlari apatah lagi.

Program lazim sewaktu kenduri arwah adalah main ‘kahwin-kahwin’. Mangsa yang terlibat tentulah aku dan Edi sebagai hot couple. Yang lain-lain bersedia sebagai watak tambahan.


Dua pasangan akan dinikahkan pada malam ini. Jangan lupa, ini malam kenduri arwah tau!

Tapi kami budak lagi, apa yang kami faham hanyalah perkataan KENDURI yang bermaksud MAKAN-MAKAN. Kami cuma tahu lepas solat dan tahlil pasti ada jamuan makan.

Di luar kedengaran jemaah sedang menyambut bacaan Surah Al-Fatihah dengan gema “AaaaaMiiiinnnnnnnnn......”

Kaum hawa, yakni ibu-ibu kami sedang sibuk menyiapkan lauk dan masakan untuk jamuan tetamu.Kebiasaannya kami akan ditempatkan di bilik arwah Atuk kerana ruang tamu akan dijadikan tempat solat berjemaah dan jamuan makan.

Adab yang kami faham cuma satu – JANGAN BUAT BISING!
Habis tu, kalau dah disumbat dekat 20 orang kanak-kanak ke dalam bilik kecil arwah Atuk tu, apa sangatlah permainan yang kami boleh layan tanpa membuat sebarang bunyi bising, kan? Jadi Walid sebagai sepupu yang paling tua merangkap penyelia pasukan kami mula memberi arahan.

Beliau menyuruh Amri dan adiknya Amar menyusun bantal buruk dan kusyen lama yang terdapat di dalam bilik arwah Atuk untuk dijadikan pelamin. Setelah selesai, Walid memberi watak kepada sepupu yang lain secara paksa.

Fikri sebagai Tok Kadi, Zul Gemuk sebagai Pengapit lelaki, Senah Pengapit perempuan, Safura jadi Mak Andam yang perlu memegang kipas menutup muka pengantin, Aku, Edi, Haiza dan Jamil sebagai pasangan pengantin. Yang lain-lain memilih watak masing-masing mengikut kesesuaian majlis. Tiada tangisan bayi kedengaran, mungkin semuanya tertarik dengan permainan ini.

Kesemua role-player mengambil kedudukan masing.
Fikri bersila mengadap Edi sambil membetulkan songkok dikepalanya.
Jamil duduk menunggu giliran di belakang Edi.
Aku dan Haiza diminta berada di atas pelamin berbau kepam hasil susunan si Amri dan Amar.
Pengapit setia di sebelah pengantin, menghayun cebisan kotak, mengipas diri sendiri.

“Aku nikahkan dikau... Edi dan Ropeah... dengan emas kahwin... empat belas ringgit... Tunaaaaiiiiiii...” Fikri mula bersuara sambil menjabat kemas tangan Edi.

Seluruh bilik menjadi sunyi.
Semua sedang menumpukan perhatian kepada acara gilang-gemilang ini.

Edi senyum nakal ke arahku. Dia menarik nafas panjang lalu menyambut, “Aku terima nikahnya.. Ropeah... dengan emas kahwinnya... empat belas ringgit.. Tu..naiiii...”

Kedengaran gelak-gelak kecil anak-anak dalam bilik arwah Atuk.
Kami berpandangan sesama sendiri.
Muka aku dan Haiza masih dilindungi oleh Safura.
Kami tersengih-sengih di belakang kipas di tangan Safura.

Selesai sesi akad untuk pasangan Haiza dan Jamil, Walid memberi arahan untuk acara ‘membatalkan air sembahyang’.
Pengantin lelaki bangun menuju kearah pelamin.
Hadirin semakin teruja.

“Eh, kita mana ada cincin..tadi siang tak tikam pun!” Senah menjerit.

“Takpe, kita guna bunga je. Zul, pergi ambil kat luar tu sekejap, dalam almari cawan Nenek.”

Zul berlari keluar dan kembali selang beberapa saat.
Bunga telur berwarna merah dan hijau dihulurkan kepada pengantin lelaki.
Safura mengalihkan kipas untuk menyerlahkan muka pengantin perempuan.
Edi dan Jamil menyerahkan bunga telur kepada aku dan Haiza dengan lagak gentleman.

Seisi bilik bersorak sakan.
Makcik Jah menjenguk dan menunjukkan isyarat diam.
Kami semua mendiamkan diri.
Sesaat kemudian, ketawa berderai lagi.

“Orang dah habis tahlil woi, jom makan!” jeritan Zul Gemuk menyebabkan kami semua berlari bertempiaran keluar dari bilik arwah Atuk. Pelamin? Kipas? Bunga? Pengantin? Pengapit? Tok Kadi? Mak Andam?

Ah, semua sedang kusyuk bersila di atas seperah beralas tikar gulung.
Masing-masing menadah tangan di sisi ibu dan makcik.
Doa makan dibacakan oleh Pak Imam. Dan kami melahap sekenyang-kenyangnya.

Sungguh seronok!





Notakaki: Aku dengar cerita, 'bekas bakal boyfriend' aku masa belajar dulu,masuk surat khabar, kisah dia nak menikah katanya. Untunglah jadi orang terkenal..boleh masuk Nona.



Nasi dan Kuah


Seorang pelajar beratur di belakang aku semasa membeli makan tengah hari di kantin.
Aku sempat menjeling ke arah lengannya yang sarat.
Nasi penuh sepinggan.

Dia mencapai senduk lauk, mencurah kuah ke atas nasi. Lalu terus menuju kaunter.

Aku menegur sekadar berbasa-basi, “Hai..itu je?”

Dia senyum sambil menjawab, “Ha’ah..ini jela rezeki untuk hari ini.”

Aku sangka dia hanya bergurau.
Dia cuma mengambil nasi berlaukkan kuah semata, tanpa aksesori lain seperti ayam, ikan, mahupun sayur.

Aku tenung pinggan sendiri.
Nasi putih separuh. Ayam goreng, kuah kari dan kangkung goreng belacan.

Semasa membuat bayaran, aku menangkap isi perbualan dia dengan seorang pensyarah di belakangnya.

“Nasi sahaja? Mana lauknya?” tegur pensyarah itu.

“Tak cukup budgetlah, Miss. Ini saja yang mampu.” Jawabnya dengan ketawa kecil.

“Ha iyelah.. ada juga makanan kan..?” pensyarah itu membalas.

“Ya..syukurlah..sekurang-kurangnya masih dapat makan. Kak, tolong kira..” katanya kepada cashier.

Aku mengambil baki sambil berlalu dengan rasa bersalah.
Aku sangkakan tadi dia sedang menunggu ayam di kuali siap digoreng.

Aku duduk di meja bertentangan.
Sambil berbual-bual dengan rakan semeja makan, aku memerhati pelajar tadi.

Dia tunduk membaca doa lalu makan perlahan-lahan di samping pelajar-pelajar lain.
Dia mengunyah berat nasi kosong itu. (Atau mungkin aku yang terlalu empati agaknya? Entah).
Wajahnya tenang dan sesekali tersenyum disapa rakan yang lalu-lalang.
Seperti tiada apa yang aneh atau janggal.

Mungkin ini situasi biasa bagi pelajar kolej.
Namun tidak bagi aku.
Sejak tengah hari tadi hati aku jadi ralat.

Apa salahnya jika pada waktu itu aku belanja dia makan tengah hari?
Aku terlalu gamam sebenarnya, tetapi cuba berlagak biasa.
Aku tak mahu dia rasa rendah diri pula jika aku menawarkan untuk membayar makanannya.

(Ah, kau orang takkan faham ‘the awkward moment’ yang aku alami. Cuba kau orang yang berada dalam situasi aku, antara senyum yang keliru dengan tindakan sendiri serta otak memproses input dari organ pendengaran sambil mencerna tingkahlaku abstrak di sekeliling. Ahh! Aku dah kata, kau orang apa tahu?!)

Maka, untuk menebus rasa bersalah aku for being so ignorant, aku mogok.
Malam ini aku dinner hanya dengan sebungkus Maggi (dengan niat menyelami perasaan pelajar itu. ‘Saya minta maaf’).


Notakaki:
Kalau dia yang hanya makan nasi berlauk kuah semata pun boleh bersyukur, kenapa kita yang selalu tak habis makan ni selalu merungut dan rasa ‘tak cukup’?

Bomoh Rokiah


PART 1

Beliau tinggal di hujung kampung, di sebuah rumah usang.
Mukanya berkedut seribu dan jarinya mengerekot. Mengerikan.
Beliau sering kelihatan duduk di beranda rumah menggonyeh sirih sambil berbual sendiri ditemani burung peliharaannya.

Beliau terkenal sebagai bomoh wanita terhandal di daerah tersebut.
Saban hari rumahnya yang hampir roboh itu dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai niat dan tujuan.
Jika ditanya, mereka akan segera menjawab

"Nak pergi berubat".








Apa? Terlalu klise? Fine, kita tukar profile....
.



.

Bomoh Rokiah atau lebih dikenali sebagai Roki, tinggal di sebuah banglo mewah tiga tingkat, di tengah kota metropolitan.

Wajahnya mirip pelakon drama Tasha Shila.
Dengan mata yang bulat, kening lebat, bulu mata yang lentik serta kulit yang sangat mulus ayu berseri walaupun tanpa make-up.
Beliau sering kelihatan duduk di buaian halaman rumahnya sambil melayari internet, kadang-kadang main DotA.

Ramai yang tidak menyangka bahawa Roki adalah seorang bomoh, malah ramai yang meragui kebolehan beliau dalam ilmu perbomohan.
Tambahan lagi, dikatakan sesiapa yang datang 'berubat' dengannya tidak akan menjejakkan kaki lagi ke rumah agam beliau.

Sebelum sempat ditanya, mereka sudah awal-awal cakap

"Tobat aku tak mai dah!"




PART 2

Seorang wanita lewat 30-an datang menemui Bomoh Rokiah selepas pulang dari klinik. Dia baru selesai menjalani ujian air kencing dan disahkan mengandung.
Jenab sudahpun mempunyai 4 orang anak.

"Tok..kalau saya tak nak baby ni boleh tak? Anak saya dah ramai la. Duit lagi." kata wanita itu dengan wajah hiba.

"Eh, kenapa pulak? Bukankah anak tu rezeki?" Bomoh Rokiah bertanya hairan.

"Itu la Tok, saya ingat cukup la 4 orang, yang ada ni pun tak terjaga, Tok." balas wanita itu.

'Dah tahu tak nak tu apesal tak rancang? hadoi..' ngomel Bomoh Rokiah di dalam hati.

"Erm.. beginilah..Apa kata lepas lahir anak yang ni, kamu jangan mengandung lagi," Bomoh Rokiah memberi cadangan.

Wanita itu bertanya sekali lagi "Habis tu Tok..yang dalam perut ni tak boleh buang ke? Tok bagi la apa-apa ubat supaya baby ni tak menjadi."

Bomoh Rokiah diam sejenak, sambil menggelengkan kepala beliau sempat mencapai Blackberrynya untuk 'update' Twitter.

Bomoh Rokiah menarik nafas dalam-dalam, disentuhnya paha wanita itu sambil berkata..

"Jenab..aku bukan tak nak tolong..dah memang tak boleh Jenab oi.. DOSA!"




PART 3

Selang beberapa ketika selepas Jenab (yang semalam kena sound pasal nak abort baby tu) beredar, datang pula seorang gadis manis awal 20-an.
Nampak macam pemalu, tapi agak fashionable.

"Camni Tok..saya berkawan dengan seorang lelaki ni. Saya memang minat kat dia."
kata gadis itu bermukadimah sambil membetulkan duduk.

"So..apa masalahnya? Kau nak guna-gunakan dia supaya suka kat kau, macam dalam drama Melayu tu? Ke kau nak aku bagi minyak pengasih supaya dia asyik mimpikan kau? Ape hensem sangat ke mamat tu sampai kau tergila-gilakan dia?" Bomoh Rokiah memintas bicara.

"Ish..Tok ni..sabarlah..biar la saya story bagi habis dulu, dah tua-tua pun suka menyampuk!"

"Habis tu cakap sepatah-sepatah, ingat aku takde kerja lain ke? Can you go straight to the point..no belok-belok..kan easy.." Bomoh Rokiah mula speaking London sebab bengang kena setepek dengan gadis tersebut.

"Saya bukan ape Tok..saya datang ni cuma nak mintak Tok tolong la tengok-tengokkan sama ada budak laki tu sukakan saya ke tidak.. Itu sahaja. Almaklumlah, seperti yang Tok sedia lihat dari perwatakan saya ni kan.. sebagai perempuan secara tipikalnya saya mestilah segan nak bertanya kepada empunya badan.."

"Habis, yang kau duk tanya aku ni, tak reti malu pulak?"

"Eh Tok ni..main kasar nampak..asyik nak ketuk saya je.." gadis itu mula menarik muka kelat.

"Olo lo lo..majuk pulak dia..kalau comel takpe jugak. Ni macam orang tercekik biji durian je aku tengok.. Hmm..berat jugak kes kau ni sebenarnya..Tapi aku rasa aku boleh tolong.." Bomoh Rokiah cuba memujuk gadis itu.

"Ha? Betul ke ni Tok? Cepat la tengok dalam mangkuk tu..ada tak tanda-tanda dia suka kat saya? Saya tak sabar dah nak tahu ni." Riak wajah gadis itu bertukar ceria.

"Hotak kau! Ni mangkuk aku makan megi tadi lah..Kau tak nampak ke cili potong ni ha? Aku memang suka makan pedas." kata Bomoh Rokiah sambil menyua mangkuk itu ke muka gadis berkenaan.

"Dah tu, Tok..macam mana kita nak tahu dia suka saya ke tidak?" gadis itu kembali patah harap.

"Rileks lah..ni semua jodoh dik oi.. bukan kat tangan kita. Kalau dah dia jarang sms kau, layan kau pun nak tak nak je, bukan call kau je tak pernah, nombor kau pun dia tak save.. agak-agak kau lah kan.. BUDAK TU SUKA KAU KE TIDAK?"

PART 4

"Aku kan..menyampah betul dengan si Jenab tu..dah dia tak nak anak, aku kahwin la satu lagi..salah ke tindakan aku tu? Aku nak meramaikan umat."
Samat merungut di kedai kopi, ditemani Atan dan Kamil (standard la cerita Melayu mesti ada geng kedai kopi yang terdiri daripada tiga orang ahli, ye dak?).

"Apa kau nak kisah? Kau dah kahwin pun dengan Cikgu Sally tu kan.. Dia bukan boleh buat apa-apa." Atan cuba menenangkan.

"Ye tak ye jugak. Tapi, dia mengamuk woo lepas dapat tahu yang Cikgu Sally tu madu dia. Habis pecah pinggan mangkuk kat rumah aku semalam. Petang karang kena pulak pergi Econsave beli pinggan mangkuk baru. Aku ingat nak beli barang dapur buatan besi jela, tak ada risiko pecah bagai.."

"Kau ni pun, macam tak paham orang perempuan ni. Semua benda pun diorang nak mengamuk, dari hal kecik sampai la hal jadi besar, semua nak hentak kaki dan meroyan tak tentu hala. Kita ni sebagai lelaki, kena maintain 'cool' dan bijak mengawal suasana." Kamil pula menambah.

"Apa susah..kau pergi la jumpa Bomoh Rokiah, mintak dengan dia ubat untuk bagi lembut hati bini kau tu!" Pak Akob yang dari tadi memasang telinga di dapur tiba-tiba bersuara.




PART 5

Samat memandu laju ke arah Seri Hartamas menuju ke banglo Bomoh Rokiah. Bukan susah pun nak cari, taip je kat GPS, ikut arahan, sampailah.

"Tok.."

"Ape tok-tok?! Tak reti bagi salam ke?"

"Assalamualaikum Tok..tak jawab dosa..boleh saya naik? Saya ni ada hajat sikit Tok.."

"Waalaikumsalam. Tak payah naiklah, tak ada mahram. Bincang kat bawah je sudah. Tunggu kat buai tu, sekejap lagi aku turun." Bomoh Rokiah menjenguk di tingkap.

'Apa cun sangat bomoh ni? Buat bini nombor tiga pun not bad..' Samat menggatal di dalam hati tatkala melihat wajah Bomoh Rokiah.

"Hah, please story. I have not much time." Bomoh Rokiah mula berbahasa sambil menyapu-nyapu permukaan ipadnya dengan jari.

"Macam ni Tok..saya tak puas hatilah dengan bini nombor satu saya tu Tok. Sejak saya menikah lagi satu, tiap-tiap hari dia asyik membebel dan mengamuk. Naik bernanah telinga saya ni Tok."

"So..kau nak ubat nanah la ni ye? Kenapa tak pergi farmasi je?"

"Bukanlah Tok! Saya nak mintak Tok tolong santaukan bini saya tu, buat bagi dia tak boleh bercakap, baru la tenang sikit hidup saya ni Tok. Boleh ke Tok? Tok ada tak ubatnya? Kalau Tok tak boleh tolong tak apalah, saya pergi cari bomoh lain." Samat menerangkan panjang lebar.

"Eh, sabar la dulu. Aku belum cakap apa-apa lagi. Sekejap ye, bagi aku google dulu jenis santau yang bersesuaian. Dia ada banyak jenis, ada santau angin, santau tombak, santau paku, dan yang paling dasyat sekali santau hakiki, kalau kena boleh mati." giliran Bomoh Rokiah pula tunjuk hebat.

"Oh, kalau macam tu bagi yang latest edition la Tok. Cepat sikit kita boleh kahwin..Ops! tersyayul pulak.. ngee..." kata Samat sambil tersengih macam kucing miang.

"Nah, ambil cebisan kertas ni, bawa balik. Simpan elok-elok, jangan sampai orang lain jumpa. Dalam ni ada senarai bahan dan mantera yang diperlukan. Kau ikut je arahan dalam ni ye. Ingat..dah masuk pagar rumah baru boleh buka dan baca. Jangan lupa baca Bismillah dan Istighfar tiga kali. Ingat tu.." pesan Bomoh Rokiah dengan wajah serius.

"Baik, Tok. Saya minta diri dulu Tok. Terima kasih banyak-banyak." Samat beredar sambil bersiul-siul riang. Dia berhajat untuk masuk meminang Bomoh Rokiah pula selepas ni.

Tiba di rumah, Samat segera membuka cebisan kertas yang diberikan oleh Bomoh Rokiah tadi. Dalam cebisan itu tertera baris ayat yang agak kabur berbunyi:

"Bodoh apa kau ni, bini sendiri pun nak disantau? Orang zaman sekarang mana jumpa bomoh dah kalau nak pekena orang, kenapa kau tak pergi je kedai sebaneka, beli RACUN TIKUS nu. Aku tak nak bersubahat!"


~TAMAT~

Bujang Rumah Bawah


PART 1
Aku turun agak lewat ke pejabat pagi ini.
Alamak! motor aku kena 'block' la pula. Macam mana aku nak keluar ni, dah pukul 8 lebih kot. Belakang motor aku kelihatan tiga motor lain diletakkan sederet. Betul-betul di hadapan rumah bujang di 'ground floor' pangsapuri aku. Sambil menghidupkan enjin, otak aku ligat memikirkan jalan.

Sementara memanaskan enjin motorsikal, aku cuba mengalihkan Yamaha LC di belakang motor aku untuk membuka ruang. Dan sebuah Honda Wave, seterusnya sebuah scooter. Ini sebuah kerahan tenaga, pagi-pagi dah berpeluh!

Sedang aku sibuk mengangkat bontot scooter tersebut, tiba-tiba...


PART 2
Sedang aku sibuk mengangkat belakang scooter tersebut, tiba-tiba terdengar bunyi kunci pintu dibuka dari dalam. Pintu rumah bujang itu terletak betul2 di hadapan aku.

"Krekkkk..." pintu dikuak.
Kelihatan seorang lelaki melangkah keluar sambil menjeling aku yang sedang gigih mencari laluan untuk motorsikalku. Dia berpakaian kemas dan bertopi keledar. Sambil menyalakan rokok di mulutnya, beliau menyarung kasut di kaki.
Aku cepat-cepat melompat ke atas motorku dan mula mengundur.

Alamak! tersangkut pula di antara tayar belakang skuter dan bahagian hadapan motorsikal buruk dibelakangnya. Lelaki tadi hanya memerhati dari pintu.
Siot la! Apesal time ni jugak kau nak pergi kerja? Masuk la dalam rumah tu semula, tebal muka aku tahu tak!

Sambil buat muka comel minta kasihan, aku berkata kepadanya,
"Erk..boleh tolong tak??" disertai senyuman manis dan kelipan mata ala-ala iklan maskara Mabilin.


PART 3
Sewaktu membuka kunci dan menghidupkan enjin motorsikalku, sayup-sayup kedengaran muzik perlahan dari tingkap bilik rumah bujang tersebut. Mungkin alarm telefon. Muzik itu macam familiar di telingaku. Semakin lama semakin nyaring intro lagu tersebut lalu..

"Tak sudi memandang..tidak mengapa,
Kerana kutahu..aku insan hina.."


Aku dapat menangkap bait-bait dari lirik lagu Jamal Abdillah ini.
Kejadah apa guna lagu Jamal buat kejut tidur.Confirm tak terbangun der..!


PART 4
Beliau (lelaki bujang yang hisap rokok dalam part 2 tu la) bertanya perlahan
"Nak keluar eh?"

Aku mengangguk sambil mengekalkan momentum senyuman.
'Dah nampak aku terkulat-kulat ni mesti la nak keluar, takkan nak parking pulak', hati aku memang kuat menjawab.
Sambil tu aku buat-buat fokus pada motorku yang sedang tersekat, bersedia untuk menolaknya ke hadapan. Muka kena serius, ok.

Beliau memerhati sekelilingku sambil menghembus asap rokok dimulutnya.
Motor di hadapanku dialihkan olehnya dengan gaya yang budget gagah untuk memberi laluan.

Aku masuk gear satu. Pulas minyak.

Motor bergerak perlahan di celahan motor yang sedang disendengkannya. Sambil berlalu aku berkata,
"Terima kasih!" senyum masih maintain.

Sebelum beredar, aku sempat menoleh ke arahnya untuk berterima kasih sekali lagi. Aku hampir mengangkat tangan kananku disertai senyuman lebar ke jejaka itu, namun segalanya terbantut kerana..

beliau terus memusingkan badan lalu masuk kembali ke dalam rumahnya.
Seinci pun dia tak tengok kat aku. Jeling dengan ekor mata apatah lagi.
Macho la tu konon. Boleh blah..

(tapi aku dapat rasa kat dalam rumah tu mesti dia tengah melompat eksaited sebab dapat berbakti kepada awek di pagi hari..kan? kan? kan?)

PART 5

Semalam parking tepi. Baik punya.

Selepas bersiap, aku jenguk dari atas.
Pagi ini motor penuh. belah kiri 3 motor, belakang pun ada 3 biji motor lain.
Aku masuk kembali ke dalam rumah. 'Biar diorang pergi kerja dulu la, clear sikit'.

Hampir 0815 pagi.
Aku jenguk lagi. Eh, tak ada perubahan pun.
Nak tak nak kena la turun jugak, dah lewat ni. Aku masuk kerja jam 0830.

Sampai sahaja di bawah, memang confirm tak ada laluan.
Diorang ni memang tak ada sivik betul lah.
Aku plan nak hidup enjin dan bunyikan hon aje supaya tuan motor lain tu alihkan motor mereka. Tapi macam tak berapa sopan la pulak pagi-pagi buta dah ganggu ketenteraman awam kan. Nanti aku pula kena tuduh tak ada sivik.

Enjin sudah dihidupkan, motor masih tidak bergerak.
'Macam mana aku nak buat ni?' hati sudah mula merungut.
Aku toleh kanan, toleh kiri, mencari akal.
Jam digital motor aku sudah menunjukkan angka 0821. Aiyo!

Setelah berfikir sedas dua, aku nekad.
Kucapai batu bata yang diletakkan di hadapan rumah bujang itu, ku susun cantik di penjuru koridor depan motor aku. Apa nak jadi, jadi lah.

Steady atas motor.
Masuk gear satu.
Pulas throttle.

Hambik kau, aku naik terus ATAS KORIDOR dan keluar ikut sebelah belakang.
Puas hati aku!


PART 6
Kalau tak silap aku, rumah bawah tu budak laki bujang yang duduk.
Dalam tengah tahun ni jugaklah diorang masuk.

(Sebelum ni ada keluarga cina yang duduk rumah tu)
Berapa ramai aku tak begitu pasti. Mungkin 5, mungkin 10..tak mungkin 17 orang.

Yang aku pernah nampak budak tinggi sorang, gemuk sorang, sederhana sorang.
Yang gemuk tu kadang-kadang hujung minggu suka duduk lepak depan pintu rumah pagi-pagi hari.
Yang sorang lagi pemalu, kalau balik kerja confirm cepat-cepat masuk rumah terus kunci pintu. Macam anak dara.

Yang tinggi dan kurus tu pulak..


Ha..ni yang aku nak story ni...dialah yang selalu muncul sebagai watak utama dalam cerita ini..lepas dia..dia lagi..memang muka dia aje lah yang selalu terlibat dengan kes-kes dari p.1 sampai p.5 'Bujang Rumah Bawah'.


PART 7
Sabtu.
Aku turun mahu jenguk kawan aku yang motornya pancit di Pandan.
Semasa sedang sibuk buka kunci motor aku, terdengar bunyi pintu dibuka.

Sekali toleh, seorang lelaki di muka pintu rumah itu. Hanya bertuala!


'Apa masalah kau melucah pagi-pagi ni? Hadoi'.

Dia melihat sekilas...lalu kembali menutup daun pintu.


Motif?


PART 8
Aku kembali menunggang motorsikal selepas hampir 6 bulan.
Sebelum ni aku tumpang kereta housemate aku ke tempat kerja.

Agak susah jugak la aku nak biasakan diri dengan motor berkuasa 130CC ni sebab dah lama tak bawak. Dah la besar dari tuannya.

Masalah paling besar bagi aku pada ketika itu adalah untuk 'double-stand'.
Aku perlu berdiri di sebelah kiri motor sambil menegakkannya sebelum menarik badan motor ke belakang.

Sebenarnya tak susah pun kalau kita tahu teknik yang betul, motor pun takkan terasa berat. Sebelum ni pun kalau aku pergi cuci motor kat kedai, aku yang tolong bangla tu 'double-stand'kan motor aku sebab diorang tak boleh nak buat. (Bangla tu siap kena mintak tolong kawan dia lagi seorang, tapi tak berapa nak berjaya, last-last aku cakap 'boleh tak?' sambil tarik sorang-sorang. Setel.)

Berbalik kepada topik kita sebelum ini..tentang aku dan ketidakstabilan motor ini setelah lama tak bergelar rider.

Suatu hari sewaktu pulang dari kerja, aku masuk ke tempat lapang depan rumah bujang itu untuk parking. Time ni bujang-bujang tu semua baru lagi pindah ke sini. Kira masih anak jagung la. Elok je aku tutup enjin, sebijik motor sampai dan park di belakang aku (depan pintu rumah diorang). Aku control macho jela sambil pura-pura membetulkan kedudukan motor.

Aku tegakkan motorku supaya stabil sebelum cuba menganjaknye ke belakang untuk 'double-stand'. Tak semena-mena....


PART 9
Tak semena-mena motor aku hilang keseimbangan dan hampir terjatuh.

'Hish..kenapa la motor ni tak mahu bagi kerjasama, selalu tu molek je perangainya. baru nak tunjuk gagah depan budak bujang neh.'
(Fyi,This is my first encounter with the bachelor.)

Lelaki yang sedang meletak motor di belakang aku itu segera berlari ke arah aku untuk membantu.
"Ok tak?!" beliau bertanya dengan wajah cemas separuh menjerit.

Tak sempat beliau nak sentuh belakang motor aku..
'Kletak!'
Automatik motor aku berjaya di'double-stand'kan. Elok pulak tu. Tadi kemain lagi buat-buat tak balance.

Aku senyum kambing sambil berkata kepadanya, "Hah..Ok..Ok!" lalu terus mencapai solex dan kunci garpu (fork lock).

Tak guna punya motor, dia boleh main-mainkan aku depan mamat ni?
Kali ni aku dapat bayangkan bujang kurus tu tersengih dalam hati gelakkan aku. Cait!


PART 10
OH EM JIEY!!!
Tak mungkin orang yang aku nampak dalam iklan khidmat masyarakat kat TV9 semalam adalah budak Bujang Rumah Bawah tu. Laki kurus tinggi mata sepet dan suka hisap rokok sebelum start enjin motor tu adalah orang yang sama dalam iklan tersebut.

Don't tell me he's an actor!
(karang ada pulak muka aku masuk 'notsobeautifulnara.com' sebab bercerita pasal artis).

~TAMAT~

Cikgu Sekolah Memandu


Percaya atau tidak, aku menghabiskan hampir dua tahun untuk mendapatkan lesen memandu. Well,aku register lesen kenderaan berat termasuklah lori dan bas. *sarcasm*

Sepanjang dua tahun tersebut, bermacam-macam perkara telah berlaku dan aku alami. Jadi aku sendiri tak pasti entri ini akan berjela atau tidak, bergantung kepada kekuatan memori aku.
Seriously two damn years? Orang lain dua bulan je dah settle. Oh, Pehhlissss!!!!)

Antara series of unfortunate events termasuklah:

1. Aku terlibat dengan kemalangan kecil. Cerita lanjut ada dalam entri Sapu . Kemalangan itu menyebabkan aku terpaksa menangguh tarikh ujian jalanraya untuk lesen motor aku selama tiga bulan.

2. Mendapat penyakit misteri yang tak tahu punca selama dua bulan. Boleh rujuk entri Tiga Kali Jumaat pula. Menyebabkan kelas dan ujian memandu pula tertangguh.

3. Sekolah memandu yang ‘mendiamkan diri’ hampir 4 bulan tanpa menghubungi aku.
Aku sendiri pula yang terpaksa mencari inisiatif untuk ‘menjejak’ kembali sekolah yang bertanggungjawab itu. Nak tahu apa yang berlaku?
Apparently sekolah tu dah tutup!
Suka hati je tutup sekolah tak bagi tahu kan? Kan?




Mujur la aku pergi cari,kalau tak..mau burn semua duit aku macam tu je.
Bila aku call dia cakap “Oh, kita dah pindah la..dekat bla bla bla..”
Aku terus ke tempat yang dinyatakan. Sampai sana dia cakap
“Ha..Mastura..akak cari nombor awak tak jumpa la..”
Ada unsur-unsur tak berapa logik di situ. Takkan la borang aku masa register dulu tak ada nombor telefon. Aku terfikir macam mana la nasib orang lain yang tidak dihubungi. Takkan dia biar macam tu je?

4. Oleh kerana lama sangat menunggu panggilan hangit dari sekolah tersebut, aku telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus bahasa di ITNM. It was done and completed after two months. Puas hati aku.

See? Macam-macam hal aku dapat bereskan between the time. Sabar aje lah.

Eh, cerita aku ni tak habis lagi. Yang atas-atas tadi tu semua mukaddimah je.




Cuba skrol atas sekali dan baca tajuk entri ini.

.





.






.

Dah? Ok bagus.




Cikgu yang aku maksudkan adalah cikgu latihan memandu aku. Namanya Faiz (memang nama sebenar). Dia agak muda, mungkin lingkungan awal 30-an. Rupa dan fizikal semua just-so-so la. Garang pun boleh tahan. Aku memang selalu je kena maki kalau enjin kereta mati lepas traffic light.

Cerita yang aku nak share ni sangat ringkas tapi bagi aku agak significant. Aku mulakan selepas aku berjaya mencari semula sekolah yang hilang itu. Aku dijadualkan mengikuti satu latihan akhir sebelum ujian JPJ bersama Cikgu Faiz dari jam 9 hingga 11 pagi.




source: yahoo image

Dah dekat 6 bulan aku tidak memegang steering. Banyak sangat yang aku dah lupa. Cikgu Faiz dengan muka serius terus minta aku memandu di dalam kawasan ujian di Cheras. Kemudian aku diminta memandu ke track ujian jalan raya di luar pusat memandu. Lagi dua hari nak ujian ni.
Cuak cam syial.

Jam melepasi 1030 pagi.

“Ok. Berhenti tepi tu,” kata Cikgu Faiz mengarahkan aku bertukar pemandu.

Beliau terus memecut pulang ke Ulu Kelang (tentulah bersama aku. Haha!)

Sepanjang perjalanan pulang itu banyak betul persinggahan di kedai-kedai runcit. Cikgu Faiz nampak kalut mencari sesuatu sambil menelek telefon bimbit beliau. Pada tanggapan aku beliau mungkin sudah berkahwin dan barangkali isterinya memesan barang-barang runcit untuk makanan tengah hari. Setelah berhenti di tiga buah kedai, beliau memandu ke kawasan perumahan yang tidak begitu familiar dengan aku. Beliau tiba-tiba memberhentikan kereta kancil sekolah memandu itu di kawasan letak kereta. Sambil bergegas keluar beliau sempat berpesan, “Tunggu sekejap ek. Kalau kereta depan ni nak keluar, awak pandai-pandai lah reverse, ok?”

Dah aku pulak yang kena jaga kereta ni kan. Aku nampak dia berlari-lari anak menuju ke sebuah rumah. Menghantar barang runcit gamaknya. Aku memuji-muji dalam hati sikap beliau yang nampak bertanggungjawab itu.

Selang 15 minit, dia kembali ke kereta. Aku macam biasa buat muka sengal sambil memasang tali pinggang keledar.

Semasa dia masuk ke kereta, semerbak haram menusuk hidung. Entah bau minyak rambut Tencho atau minyak wangi Malaikat Subuh aku tak pasti. Tapi rambut beliau kelihatan lebih kemas dari tadi. Mungkin bini dia touch-up sikit sebelum sambung kerja.

Cikgu Faiz sempat memberitahuku kelas beliau seterusnya pada jam 12 tengah hari. Aku telek jam tangan. Hampir jam 12.

Sampai sahaja di sekolah memandu, aku berterima kasih lalu keluar dari kereta. Aku nampak Cikgu Faiz tersenyum ke arah luar kereta. Tidak. Dia bukan senyum pada aku.

Semasa menghidupkan enjin motor untuk bergerak pulang, kelihatan seorang gadis sedang berjalan pantas menuju ke kereta Cikgu Faiz. Awek cun dengan seluar ketat bawah lutut dan rambut lepas. Chinese-look itu berjalan sambil tersenyum lebar ke arah Cikgu Faiz. Dan mereka beredar meninggalkan aku.

No wonder la Cikgu Faiz siram perfume satu badan masa singgah kat rumah dia tadi!

Kisah Si Enon


Masa aku pergi bersosial dengan dua tiga geng aku kat satu shopping complex ni, aku terserempak dengan Sukri. Aku nampak Sukri tengah suap ais krim ke mulut minah rugged depan dia. Minah tu sikit punya senyum manja malu-tapi-mahu. Aku masuk gear reverse dan batalkan niat aku nak makan kat restoran tu. Tak mahu kacau daun.

Tapi member aku yang sorang ni merengek-rengek hentak kaki nak makan ais krim kat restoran tu. Mengidam katanya. Nak tak nak aku pun terpaksa la masuk demi melayan karenah budak bertuah ni.

Aku jalan selamba melintasi meja Sukri menuju ke kaunter pesanan. Aku sempat toleh sekali lalu, tapi Sukri nampaknya tak perasan. Dia tengah sibuk kesat mulut minah tu dengan tisu. Mungkin aku ni kecik sangat kot. Atau mungkin dia tengah ‘masyuk’ sangat beromantika sampai tak cara ke dunia sekeliling.

Selesai memesan makanan, aku beredar. Beli bungkus sudah. Ais krim je pun.
Sekali lagi aku ‘menyeberang’ meja manja Sukri (memang tak ada jalan lain sebab meja dia sebelah kaunter, so jangan nak tuduh aku nak kepoh ke apa tau!).

Pun dia tak perasan? Amboi kau!

Aku beredar dengan rasa tak puas hati.
Jelas la aku ni bukan attraction grabber kan? Haha.

Dia memang tak nampak ke aku lalu-lalang tadi? Atau sengaja dia buat-buat tak nampak.

Ish, nyesal pulak aku tak jerkah kat meja tu tadi.

Masa duk layan boring golek-golek sebelum tidur malam tu tetiba aku teringat something.
‘Eh, bukan ke Sukri tu boyfriend si Enon?’ getus aku dalam hati.
(getus? Macam ayat novel kan? Hik hik!)

‘Eh, tapi yang aku nampak tadi bukan Enon rasanya. Enon pakai tudung labuh. Kalau keluar dengan dia pun biasanya dia pakai baju kurung atau blouse labuh. Minah yang makan dengan Sukri tu kemain lagi bajunya tak cukup kain. Duduk kaki silang tonggek sikit, baju singkat, seluar ketat, rambut karat. Tak mungkin itu Enon anak Pak Said.’

Aku tak puas hati.

Aku terus pecut motor pergi rumah si Enon. Lepas borak mukaddimah lebih kurang, aku mula operasi melodi. Aku tanya dia ada pergi dating dengan Sukri tak ujung minggu lepas. Dia kata minggu lepas dia balik kampung sebab sepupu dia nikah.

“Kenapa kau tanya? Kau nampak dia dengan orang lain kan?” kata Enon bersahaja.

Aku terkejut la jugak dengan respon si Enon. Tapi aku buat muka selamba. Then aku tanya,
“Kau dah putus dengan dia ke? Kau tahu jela aku ni kan tak suka dengar gossip, aku nak dengar dari mulut kau sendiri.”

“Pempuan tu macam mana?” Enon minta keterangan lanjut.


Aku pun cerita la lebih kurang.

“Kalau betul la kau nampak dia, kau adalah orang kedua yang cerita something like this..” Enon meneruskan kata-katanya dengan nada kesal.

Aku semakin terkejut tapi still maintain cool. Aku korek lagi.

“Dah ada orang cerita kat kau ke? Kira aku ni outdated la ye Enon?”

“Bukan. Sebelum ni Aman ada cakap kat aku dia nampak Sukri lepak dengan sorang minah ni kat Syed Bistro. Tapi bila aku tanya Sukri mati-mati tak ngaku. Bila kau datang sini tanya soalan yang macam tadi, aku dah boleh agak dah. Aku dah lama bersedia untuk dengar cerita kau.”

Kesian si Enon. Punya baik macam dia pun boleh kena kelepet dengan lelaki. Masalahnya Sukri tu kalau korang tengok, muka pergi surau solat tak tinggal. Wajah kudus macam tak pernah pandang perempuan. Memang tak ada orang akan sangka orang muka macam dia tu akan ada potensi untuk jadi playboy.

Apa lagi la yang tak cukup pada si Enon tu?
Wanita mithali, gadis idaman Malaya, sopan santun, menutup aurat, pilihan mertua.

Aku rasa kalau diorang putus, sure beratur lelaki lain nak register jadi boyfriend baru si Enon tu. Bak kata Nora “I don’t deserve to be treated like that!” – Nora ni kalau bengang memang keluar kecek London.

Aku biarkan si Enon melayan rasa terkilan selepas mendengar cerita aku.
Aku rasa serba salah la pulak.

Mungkin aku tak patut bagi tahu dia yang aku nampak Sukri.
Mungkin aku tak patut jaga tepi kain orang.
Tapi, aku bukan nak menyibuk, aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan.

(aku rasa Enon yang kena tanggung, dan Sukri yang kena jawab pasni).

Salah ke aku berterus-terang?
Salah ke aku nak minta kepastian?
Adakah aku sedang merosakkan satu hubungan?
Dosa ke perbuatan aku ni ha?

Enon,
Aku minta maaf kalau apa yang aku bagi tahu kau tu membuatkan hubungan kau dengan Sukri goyang. Seriously aku tak ada niat apa-apa. Selagi aku tak bagi tahu kau, hati aku rasa tak sedap. Aku tak senang duduk kalau kau tak tahu perkara tu. Apapun yang berlaku antara kau dengan Sukri, apa pun tindakan kau untuk selesaikan hal ni (kalau ada), aku harap kau buat pertimbangan dengan betul. Mungkin kau patut bagi dia peluang kedua. Mungkin juga kau patut tinggalkan dia kalau dia tak reti nak hargai kau. Aku tak ada hak nak nasihatkan kau atau mempengaruhi kau. Cuma aku harap lepas ni kau lebih berhati-hati. Aku anggap apa yang aku sampaikan ni menjadi pengajaran dan ingatan untuk diri aku sendiri.

Enon,

kau jangan layan sangat perasaan tu.

Kalau kecewa ke, terkilan ke, buat biasa je. Jangan frust sangat, dia belum jadi suami kau lagi. Oh ya, untuk lebih touchy, aku cadangkan kau download lagu ‘Cahaya’ nyanyian Kris Dayanti. Aku tuju lagu ni untuk kau!



Notakaki: Dah la. Sorry for dragging you into this. I can handle it myself. As for now, I don’t want to talk about us ANYMORE. We’re done. Don't ever mention my name to whoeva. Neva.

IRAMA HATI SAYA