jangan sesal..jangan kesal dengan siapa sebenarnya kita. dan terbang tinggi di langit yang luas..terima dirimu seadanya..
Itu Engkau
Mata yang kalut
Hati yang ribut
Itu engkau
Bibir dimanis ukir
Hati berolak usir
Itu engkau
Langkah damai girang
Hati kemarau gersang
Itu engkau
Tutur berpanjang kisah
Hati menepis resah
Itu juga engkau
Engkau itu
Usah lagi bernafas semput
Jika hati mula direnggut
Engkau itu
Usah lagi berpahit senyum
Jika hati tenangnya belum
Engkau itu
Usah lagi menapak gah
Jika hati berhujan bah
Engkau itu juga
Usah berpura sebalik kata
Jika gelisah bilang sahaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment