Pagi tadi Jihah bangun pukul 4.00 untuk masak kari sardin.
Aku pula bangun jam 5.15 untuk goreng roti canai.
Kami berdua berhajat besar untuk puasa sunat hari khamis.
Lebih kurang jam 5.40 semasa menggoreng roti terakhir, jihah bertanya,
"Subuh kul berapa?"
Lalu dijawab oleh aku
"6.15 kot.. lambat lagi.."
tiba-tiba ....
'AllahuAkbar! Allahu Akbar!!!........................'
berkumandang azan suboh..
Aku dan Jihah serentak berpandangan sesama sendiri ... lalu..
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Kali pertama dalam hidup kami bersarapan seawal jam 5.30 pagi! :(
Kita sebut kari. Orang utara sebut gulai.
Tapi, nak habaq hang.. kari sardin Jihah memang best in the world!
Notakaki: Tiapkali puasa aku mesti teringat kisah ni. Romdon datang lagi. Selamat berpuasa sekalian umat.
No comments:
Post a Comment