Tentang Korban, Ikhlas dan Niat



Salam...
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Hari ini hari raya yang ketiga.
Bagi sesetengah muslim, Qurban masih dijalankan.

Sebenarnya kan, banyak amalan atau perkara yang masih menjadi tanda tanya bagi kita tentang ibadah Qurban ini. Aku sendiri pun bukanlah pakar dalam hal ini. Cuma ada beberapa perkara yang aku nak petik dan fikir.

Perkara yang bakal aku ketengahkan sebentar lagi mungkin sudah lama, sedang, masih dan akan terus berlaku di mana-mana, selagi tiada kesedaran atau penerangan ilmu yang jelas tentang tatacara yang sebaiknya.

Aku nak ceritakan secara terperinci pun aku tak berapa reti sebenarnya. Tapi aku cuba lah ye.

Pada hari raya Aidil Adha yang pertama, aku berpeluang menyaksikan upacara Qurban oleh keluarga terdekat. Sehari sebelum raya, datang sebuah lori penghantar lembu. Lembunya sederhana sahaja, tidak begitu gemuk dan tidak pula kurus. Harganya aku kurang pasti. Mungkin kurang dari lima ribu ringgit.

Keesokan harinya, lewat jam 11 pagi, datanglah penyembelih ke rumah.
Lembu yang sudah disembelih ditinggalkan di bawah pokok sementera menunggu 'Kumpulan Melapah'.
Kumpulan Melapah tiba selepas zohor dan menjalankan aktiviti melapah daging di depan rumah kami.
Aku agak kagum melihat kecekapan Kumpulan Melapah yang siap mengemas dua jam kemudian.
Sambil melihat mereka melapah, sempat juga aku bertanya kepada saudaraku yang turut duduk memerhati.
Rupa-rupanya Kumpulan Melapah ini sudah diupah untuk melangsaikan segala proses dari penyembelihan sehinggalah pembungkusan dan agihan.

Dari satu sudut pandang, bagus juga ada Kumpulan Melapah ni. 
Mereka memudahkan kerja keluarga atau orang yang berniat menjalankan ibadah Qurban tanpa perlu mengeluarkan setitik peluh pun. Cuma mungkin kena keluarkan wang yang lebih sedikit berbanding orang yang memilih untuk membuat gotong-royong melapah bersama ahli keluarga sendiri.
Aku tengok semua ahli keluarga terdekat aku semasa di kampung kelmarin goyang kaki sahaja sambil duduk atas bangku bersembang sesama mereka. Tiada seorang pun yang memegang pisau apatah lagi mengotorkan tangan memegang daging. Sesekali sahaja tangan beberapa orang yang memerhati itu menuding jari ke arah beberapa bahagian lembu tersebut. Mungkin sedang mengarah ewah-ewah la tu.

Namun begitu.. haa.. namun begitu.. dari satu sudut pandang yang lain pula, ada beberapa isu yang berbangkit setelah selesai majlis. Inilah yang aku nak kupas dan rungkaikan dalam episod ini. 
Tentang korban, ikhlas, dan niat.

Agak kurang enak didengar telinga bila mana suara-suara sumbang mula berbunyi menyatakan rasa hati.
Kebanyakannya tentulah yang tidak berpuas hati.
Maklumlah, masyarakat kita terkenal dengan sikap 'terperinci'. Segala benda pun akan diungkit.

Apa ceritanya ni Kak Yom? Menggaru kepala aje nampaknye?
"Apa lagi.. pasal pembahagian daging korban lah." Kak Yom duduk mencangkung menghadap bungkusan daging.

Begini ya,
selepas semua Kumpulan Melapah beredar pulang, tinggallah kami sekeluarga dengan beberapa bungkus daging untuk diagihkan kepada penerima. Agak terperanjat juga Wak Sarman sebab cuma ada kurang 20 bungkus. Aku cuma perhati sahaja dari jauh.

"Ini sahaja yang tinggal untuk diberi kepada orang kampung? Budak-budak yang melapah tadi semua dah balik?" Wak Sarman bertanya kepada dua orang pelapah yang hendak beredar dengan motorsikal. Mereka berdua hanya mengangguk.

Rupanya yang aku nampak mencampak tulang, daging dan bahagian lain lembu ke atas daun pisang dalam beberapa longgokan tadi, adalah untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Macam mana nak cakap dengan ayat mudahnya.. kira mereka Kumpulan Melapah tadi tu dah siap asingkan bahagian untuk diri sendiri dengan 'portion' yang agak besar. Bayangkan jika yang melapah tu dalam tujuh hingga sepuluh orang, berapa kilogram daging yang diasingkan untuk sesama mereka? Jadi berapa kerat sahaja yang tinggal untuk diagihkan kepada orang kampung? Mungkin itulah bayangan ketidakpuasan hati ahli yang membuat Qurban tersebut. Ada riak hampa pada wajah mereka seusai acara. 

Aku bukanlah hendak mempersoalkan, tapi menurut cakap-cakap yang lepas ke telinga aku, bukankah Kumpulan Melapah itu sudah pun mendapat upah sebelum menjalankan proses Qurban itu? Maka kenapa perlu berlebih-lebih mengambil bahagian Qurban kalaupun tuan rumah sendiri berkata "Ambillah mana-mana yang kau mahu, lagipun kau penat membantu." Malah tuan rumah juga menyediakan makan dan minum untuk menghilangkan lelah. Bagi aku yang hanya pemerhati, cuma terdetik di hati, apa sebenarnya niat kita? Sebagai tukang lapah yang dibayar sebelum bekerja, adakah kita melapah bagi pihak tuan rumah dengan niat membantu memudahkan ibadah mereka, atau kita sebenarnya melapah untuk berebut daging untuk dibawa pulang kepada keluarga kita?

Itu satu cerita.
Lain pula ceritanya bagi pihak keluarga yang menjalankan ibadah Qurban tersebut. Dalam kes ini, keluarga terdekat akulah. Apa pula kata mereka?

Keluarga terdekat aku ni pada awalnya merancang untuk menumbangkan dua ekor lembu untuk ibadah Qurban tahun ini. Namun kerana beberapa kekangan, mereka hanya mampu membeli seekor sahaja. Dengan tujuh bahagian dan beberapa penama, maka berlangsungkah majlis Qurban seperti dirancang. Berdasarkan temubual aku dengan saudara-mara yang terlibat, ini merupakan kali kedua keluarga ini menjalankan ibadah Qurban sejak beberapa tahun yang lalu.

Semasa Kumpulan Melapah sedang memotong dan membahagi daging, aku nampak tujuh buah baldi disusun di tepi bangsal. Baldi yang sama saiz itu berfungsi sebagai bekas simpanan daging untuk tuan rumah. Kalau tidak silap kiraannya, satu pertiga dari lembu Qurban itu dibahagikan kepada tujuh bahagian pula secara sama rata untuk keluarga tuan rumah. Aku dapat lihat setiap baldi bertulis nama pemilik bahagian tersebut. (Aku tak berapa pandai nak terangkan, harap kau orang paham jela ye). Untuk agihan orang kampung pula, tuan rumah memutuskan untuk menyukat satu kilogram bagi setiap bungkusan.

Berdasarkan sifir Kumpulan Lapah kali Tuan Rumah di atas, dapatkah anda julatkan baki yang tinggal untuk agihan kepada orang kampung? Aku sendiri boleh nampak dengan jelas betapa kita-kita semua ini ada tamak dalam hati walaupun dengan niat 'korban'. Maka terjawablah isu kenapa daging untuk orang kampung cuma beberapa plastik sahaja.

Sifir yang aku buat mudah sahaja - Kesimpulannya, lembu itu hanya ada tiga bahagian, satu bahagian tuan rumah, satu bahagian tukang lapah, satu bahagian lagi untuk agihan sekampung. Nama penerima pun boleh bilang dengan jari sahaja. Mana perginya tujuan bersedekah dan Qurban itu jika pada akhirnya bungkusan-bungkusan kecil yang kononnya untuk diagihkan kepada orang kampung itu dibuka semula lalu dikurangkan pula jumlahnya supaya boleh menambah bilangan penerima?

Bukan. Aku bukan hendak menidakkan tindakan mereka yang terlibat. Cuma mata jahat aku ini semacam menghidu sedikit kepincangan dalam mereka merealisasikan niat menjalankan ibadah itu sendiri. Yelah, lagipun banyak kepala, tentulah banyak ragam dan karenah. Tapi bila jadi benda macam ni, semua orang akan merungut. Bila merungut, manisnya ibadah tu sudah jadi tawar. Setuju?

Pokok pangkalnya, HATI.
Dari hati itu ada niat.
Dengan niat, kita membuat amalan.
Dengan amalan, kita menyukat ikhlas.
Iman? Itu milik Allah.

Aku cuma harap perkara-perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Aku pasti perkara ini juga berlaku di tempat-tempat lain seluruh Malaysia ni kan? Aku harap Ustaz di media mahupun surau dan masjid akan terangkan dengan lebih mendalam tentang isu bahagian Qurban ini selain bersurah tentang hikmah dan pengertian Aidil Adha semata. 



Notakaki:
Sebenarnya aku tiada merakam gambar. Tapi blogger.com ni macam ada bengong sedikit. Kalau tiada foto, maka aku tak dapat menaip. Jadi, hadap jela goole image tu ya. Janji cerita aku sampai. Kih! Kih! 

Back for Good?

Pelindung Pantai, 2011
Salam..

Getting inspired by Aini who is consistently updating her blog, here I am finding tune and momentum in writing.

Hence, just for the sake of posting, this picture depict what I miss the most recently:
Enjoying Life Like Nothing Else Matters.

I wish I could go for a walk.
I wish I could watch the sunset at the beach.
I wish I could bring my beloved family for a vacation.
I wish I am healthy enough to keep running, playing, yelling, and fooling around.
I wish I have many good friends to talk and to share all the stories I made up.
I wish I could watch live performance or any concert, I really want to shout at my favourite artists.
I wish I can scream my lungs out on a hill.
and ultimately
I wish that I would not abandon this little blog of my.


P/S: Well done, I can't believe I start posting!

Sebut Betul-betul

Kelas sudah tamat.

Semua pelajar beransur pulang meninggalkan bilik darjah.

Aku masih mengemas buku rujukan dan komputer riba.

Pelajar terakhir itu memberi salam dan mengucap terima kasih kepadaku.

Aku cuma tersenyum sambil menutup suis lampu dan pendingin hawa.

Pintu kelas kukunci.

Semasa melalui koridor, pelajar terakhir tadi berhenti seperti menanti aku.

Dia budak... baik dan pendiam. Tak banyak bercakap di dalam kelas.

Dalam teragak-agak dan wajah yang serba salah, beliau membuka bicara.



"Er..Cikgu.. saya nak tahu pronunciation untuk satu perkataan ni.."



"Perkataan apa?"



"Tapi kalau saya sebut ni, Cikgu jangan pikir bukan-bukan pulak ye.."

(Mukanya keliru. Macam rasa bersalah untuk meneruskan perbualan)



"What is the word?"

Aku bertanya dengan nada mesra supaya beliau tidak kekok.

Lalu beliau mengeja perkataan itu dengan jelas satu persatu.



"P..E..N..I..S.."



Ya. Beliau adalah pelajar lelaki.

Wajahnya sangat inginkan kepastian. @.@~~

~TAMAT~

google image

Tikus Membaiki Labu

Salam.
Al-kisahnya charger laptop aku buat hal. Penyakit sawan dia datang. Jawabnya kena beli charger baru sebab dan tak boleh supply power.

Orang kata normal charger laptop akan ada masalah kat sini.

Aku pergi beli kat IT Centre. Payah juga nak cari sebab brand laptop aku tak banyak spare-part di pasaran. Terpaksa beli universal cahrger. Cina kedai tu cakap harga tak ada diskaun. Melayang RM 69.

On the way nak campak charger habis-madu-sepah-dibuang itu ke dalam tong sampah, aku teringat radio buruk aku yang dah lama hilang siaran sebab aerial dah patah.

Aku nak cerita sikit sejarah radio kesayangan aku ni. Radio ni aku dapat masa aku masuk kampus utama selepas habis matrikulasi. Aku share duit dengan Nabil sebab aku tak ada hiburan kat asrama. Kami pergi pasaraya Giant, pilih radio yang paling murah. Sebenarnya aku mintak sebagai hadiah harijadi, tapi sebab kami sama-sama student, maka duit terpaksa kongsi. Sejak itu, radio ini menjadi teman setia dan sumber bagi aku dan Cik Embong (roommate aku) melalak sampai jam dua pagi. Layan 'Suria Cinta' kalau tak silap.

Ini lesen berbentuk sticker supaya barang elektrik anda tidak dirampas semasa spot-check. Harga pendaftaran  mengikut jenis barang. Radio RM15 satu semester kalau tak silap.

Bila aku dah ada laptop, aku banyak dengar lagu dari CD mp3 yang aku beli dari kawan-kawan. Jadi aku bagi Cik Embong pinjam radio ni, letak atas meja study dia. Bila aku habis belajar dan tinggal di rumah sewa, aku pasang radio ni buat teman aku memasak di dapur.

Cukuplah cerita sentimental setakat ni. Mata aku dah mula berkaca. (Siapa percaya ayat terakhir ni, dia memang bodoh. Kih! Kih!)

Hari ini, radio buruk tersebut hanya dipandang sepi. Terbengkalai dan berhabuk di dalam stor. Bunyinya juga sekejap kuat sekejap perlahan. 'Beliau' mula diabaikan sejak tidak mampu bersiaran kerana aerialnya patah sewaktu aku kalut mencari signal. Pusing ke kiri dan kanan, pulas sikit, tap! Patah. Kemudian aku guna buat penunjuk baca Qur'an boleh laras. Kau hado?

Dipendekkan cerita, aku mengambil keputusan untuk menginovasikan charger laptop yang tidak lagi mampu berkhidmat kepada tuannya. Maka, aku kerat wayarnya mengikut saiz yang aku suka.

Seterusnya aku memberanikan diri untuk jadi juruletrik tidak bertauliah. Aku ambil pemutar skru dalam bekas hardware, lalu dengan penuh yakin aku buka 'body' radio tukun itu.


Maka terbarailah papan litar radio malang ini. Aku sebenarnya tak tahu pun kat mana tempat sambung aerial radio ni. Masa sekolah dulu aku suka sangat tolong kawan-kawan aku pateri papan litar untuk buat kotak muzik. Mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Masa tu aku baru pindah sekolah. Rakan sekolah baru aku cakap aku buat soldering kemas dan memang selalunya berjaya. Dari bab sambung kaki LED, perintang, sampailah kepada complete circuit, memang serah kat aku. Confirm bernyala dan berbunyi. Waktu itu memang ada dua lagu sahaja iaitu Mozart dengan Love Story by Beethovan. Mereka ingat aku ambil Kemahiran Manipulatif Tambahan, padahal aku budak Ekonomi Rumah Tangga. Cumanya aku memang minat kerja kayu dan logam, jadi memang tak ada masalah langsunglah aku nak selesaikan kerja kursus tu kan. Eh, sekarang ni silibus Kemahiran Hidup masih sa-perti dahulu ke ha? Orang kata, kalau kita tak passed subject ni, maknanya kita ni memang tak layak hidup lah.

Berbekalkan ilmu yang cetek didada, aku ambil masking tape lalu aku tampal di atas sambungan yang macam nak lerai tu.

Anda perlu test dulu untuk pastikan tempat yang betul.

Setelah selesai, aku cantumkan kembali badan radio ni. Test power sekali.

Pastikan skru dipasang lengkap.

Wayar kat dalam tadi tu sepatutnya keluar ikut lubang ni tau.

Pergh.... memang menjadi. Siaran Radio Klasik Nasional sangat jelas. Cristal clear habaq hang!




Notakaki: Masa kecil dulu aku pernah baiki telefon kat rumah aku. Mungkin aku sesuai jadi juruteknik atau jurutera elekrik dan elektronik. Oh my, aku salah pilih kerjaya rupanya selama ni. Haih!

Malaikat Yang Bercakap Tentang Syaitan

Kebanyakan orang akan berasa diri banyak kurangnya berbanding orang lain. Tapi lebih ramai yang mudah berbangga dan berlagak mewah. Jika bercakap soal jodoh, pasangan dan pilihan, sering kali jawapan ini yang kedengaran.

"Aku ni manalah sepadan dengan dia. Dia tu baik umpama malaikat, solat tak pernah tinggal. Sedangkan aku ni tiang agama pun macam nak roboh, amalan sunat jauh sekali nak buat.
Menyetan sahaja yang aku tahu."

Mengaku sajalah. Ini memang ayat kita. Kita semua lah. Kalau anda pernah berkata seperti di atas, TAHNIAH! Nampaknya anda memang sedar diri (sekurang-kurangnya).

Tetapi, benarkah kita sesyaiton itu? Pernahkah kita terfikir bahawa kita ini mungkin malaikat dimata yang lain? Secara sedar mahupun tidak. Tak semua orang jahat itu baik. Dan tak semua orang baik itu jahat. Eh?

Aku bagi contoh. Aku ada kawan. Dia adalah anak buah Geng 77 katanya. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya, tapi masa hari lahir aku dia pernah memberi hadiah berupa speaker set lengkap dengan subwoofer.  Katanya "Ambil sahaja, jangan ditanya mana aku dapat. Aku jaga gudang." Ya. muka dia berparut. Aku dengar rakan menggelarnya 'taiko'. Laras bahasanya juga agak berbeza dengan pertuturan semasa. Tapi dia tidak pula nampak ganas macam pelakon dalam filem melayu-poyo-bajet-gangster-KL-haktuih.

Pada suatu pagi, sedang aku menapak ke tempat kerja. Melawan arus trafik. Aku nampak seorang pakcik sedang menolak motosikal dari arah bertentangan. Ada anak kecil sedang duduk tergantung kaki di tempat duduk hadapan motosikalnya. Kehabisan minyak barangkali. Aku cuma memandang sekilas tatkala berselisih. Matahari mula naik. Tiba-tiba ada satu suara seperti menjerkah, "Aku masuk lambat tau. Ada hal sikit!" Rupanya Man Taiko yang mengekor di belakang aku. Apabila aku toleh, dia sudah berpatah balik dan berlari anak ke arah pakcik tadi. Aku perhatikan tingkahnya. Dia menyapa pakcik itu seperti bertanya sesuatu. Kemudian kulihat Man Taiko menolak motosikal menggantikan pakcik itu menuju stesen minyak berhampiran. Cerita tamat.
   
Aku suka memandang setan. Sebab aku mahu mencari sisi malaikat dalam diri mereka. Dari kaca mata manusia yang lumrahnya sungguh judgemental, aku suka menukar sudut pandang. Takkanlah dalam diri si jahat ini tiada langsung nilai kemanusiaan?

Tapi ini tidak cukup mencabar. Apa kata kita cuba tukar perspektif pula. Mari kita merenung 'malaikat'.

Malaikat yang orang sanjung itu, yang kita nampak mulia itu, pasti ada celanya juga. Kita selalu rasa malaikat itu tidak layak berjalan seiring kita. Bagi kita, malaikat itu terbangnya tinggi. Tidak sajak berganding sama. Jauh punggung dari jamban.

Namun malaikat dimata kita itu, mungkin seorang syaiton kepada yang lainnya. Siapa tahu.
Tapi kita peduli apa, bukan? Asalkan malaikat itu berbuat baik dan berlaku mulia di hadapan kita cukuplah. Ye dak?


Sebenarnya, menyibuk dan mengambil tahu adalah dua perbuatan yang berbeza. Perlu diingat, yang patut itu - Ambil Tahu. Kalau nak lebih - jadilah Penyibuk.

Aku nak cakap benda lain tadi. Tapi tertulis benda lain. Setan betul!

Kawan-kawan aku kebanyakannya malaikat. Semua berwajah 'suci tak buat dosa' punya stok. Pada akhirnya, aku yang dipersetankan. Sebab itu aku lebih suka berkawan dengan setan-setan. Kerana aku nampak sisi malaikat dalam diri mereka yang tidak orang lain sedari.




Notakaki: Aku bukan tak suka kau berkawan dengan dia. Cuma aku tak mahu kau terkena. Jangan nanti cari aku. Jangan nanti cakap aku tak pernah warning.

"Eh, dah kahwin ke? Tahniah! Sampai hati tak jemput."


6 SEBAB KORANG TAK PATUT POST KAT WALL KAWAN KORANG AYAT DI ATAS.
(oleh Prof. Siti Rope'ah)

1. Mungkin kawan korang tu terlalu sibuk dan terlepas pandang. Maklumlah, bukan korang seorang je kawan dia.

2. Mungkin dia cuma buat majlis tertutup yang dihadiri oleh saudara terdekat. Dan korang bukanlah dalam senarai VIP dia.

3. Korang cuma friend yg suk
a 'like' setiap status dia, tp tak pernah bertanya khabar, apatah lagi bersua muka. Kalau jemput pun belum korang datang.

4. Korang asyik tukar nombor, bila kawan tu nak contact tak pernah dapat.

5. Korang ada buat salah, dan dia berdendam dengan korang. Mungkin juga korang pernah tolak cinta dia. Puih!

6. Dia memang tak ada niat pun nak jemput korang. Seriously, are we friends anyway?!



Notakaki: Doakanlah kebahagian kawan kita walaupun kita tak dijemput.
Jangan la buat dia rasa bersalah pulak. They're just wanna be happy. Maybe without us around. =)

JOM KEMAS: Tepak Cincin

Salam..
Kepada gegirls yang memang suka kumpul set aksesori yang macam-macam jenis dan bentuk tu, sini Cik nak ajar cara housekeeping yang paling sempoi. Kita ni kalau dah banyak sangat koleksi, kadang tak tahu nak simpan mana kan? Nak beli bekas takut membazir, lebih baik tambah koleksi lain pula, ye dak?

Ok la, tanpa membuang masa, hari ini Cik akan tunjukkan secara ringkas bagaimana kita ni boleh simpan barang kemas dengan kemas. (Kenapa namanya barang kemas sedangkan barang ni lah yang kita duk sepahkan..?)


Gambar di atas merupakan hasil kerjahanam tangan Cik iaitu Tepak Cincin Siti Rope'ah. Well, Cik memang suka pakai cincin. Hari-hari tukar, ikut kesesuaian majlis dan pakaian. Cik ada pelbagai jenis cincin dari buatan plastik, besi, rotan, emas celup dan emas tulen. Bila dah banyak tu kita nak lah juga ada tempat letak kan? senang la nak pilih kalau nak cepat.

Actually, Cik juga survey kat kedai harga bekas aksesori ni ada yang mencecah RM50. Apa kau gila mahu membazir uwang kau hanya untuk bekasnya sahaja? Kerna itu, daku fikirkan adalah lebih jimat kalau daku boleh buat sendiri.

Bahan-bahannya juga simple amat. Anda hanya memerlukan 4 bahan utama. 
  1. Kotak kosong (kayu atau plastik)
  2. Span nipis
  3. Kain baldu (kain biasa pun boleh)
  4. Double-sided tape.
Mula-mula potong span nipis mengikut saiz kotak.
Lekatkan double-sided tape di atas span yang telah dipotong dadu tersebut.
Kemudian, tampal kain baldu pada permukaan span yang telah dilekatkan dengan pelekat itu.
Akhir sekali, gulung dan susun ke dalam kotak kecil itu sehingga padat.
Boleh juga digam setiap helaian kalau takut tercabut.

Siap!
Seriously, sangat senang.
Order pizza delivery pun tak senang macam ni. Kan Jonet kan? kan?
  

Royal Selangor Pewter

Macam mana nak mula ye?
Ok. Aku ringkaskan.
Nurul ajak aku pergi Family Day company tempat dia bekerja.
Aku tiada halangan. Hujung minggu memang bosan kalau bujang.
So aku ikut sahaja.

ROYAL SELANGOR Factory and Visitor Centre

Terletak di Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya. Kalau turun kat LRT Wangsa Maju, dalam 10 minit naik teksi dah sampai. (Aku rempit je dari rumah).

Menatang gedabak di belakang aku adalah landmark untuk Royal Selangor.Tankard atau kole logam ini boleh dilihat di perkarangan pintu masuk. Diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai  World's Largest Pewter Tankard, kole ini dibuat pada tahun 1985 sempena seratus tahun penubuhan Royal Selangor.


Dengan ketinggian 1.987 meter, dan seberat 1557kilogram, tankard ini boleh mengisi sehingga 2,796 liter air. Replika ini telah dibawa dan dipamerkan di serata dunia seperti Kanada, Australia, Singapura dan China. 
(Apa macam? Ada tokoh dak aku jadi pemandu pelancong?)


Berbalik kepada cerita sebenar kita tadi.
Sebelum bertolak ke sana, aku dibekalkan dengan satu booklet kupon untuk digunakan semasa hari keluarga berlangsung.
Pelbagai permainan disediakan. Satu kupon hanya untuk sekali main sahaja.

So, kalau rasa nak replay game, pergi la curi kupon orang lain. Hehe..
Aku sendiri pun tak main semua game. Ramai sangat yang beratur menunggu giliran. Buang masa aku je.
Tengoklah ni. Mengalahkan budak-budak berebut nak main game.
Belon udara panas turut disediakan secara percuma.



Selesai memeluhkan badan di padang, Nurul ajak aku meninjau sekitar Visitor Center. Kalau ikut tahap kerajinan yang dah low, aku memang malas. Tapi sebab dia nampak excited sangat nak menunjuk, maka aku ikutkan sahaja.

Kaki dah penat, naik eskalator la kita kan?
Pada tahun 1885, seorang peniaga barangan logam bernama Yoong Koon  telah membuka sebuah gerai kecil yang dinamakan 'Ngeok Foh' atau Jade Peace.

Selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, beliau mula melebarkan sayapnya dengan menghasilkan produk tankards, ashtrays and tea services.
Produk ini mula dikenali dengan nama Selangor Pewter.
   
Ukiran nama pengasas dalam pinyin berbunyi 'Yang Kun'. 

Antara hasil kraftangan pewter yag dihasilkan.

Di ruang pameran ni ada satu sudut yang dinamakan
The Hall of Frames. Mempamerkan pelbagai jenis bingkai
dengan tema tersendiri seperti Disney, abstrak dan geometri. 
  
 
  







Replika ikon nombor satu negara, Menara Berkembar Petronas ini telah dihasilkan dengan 7,000 pewter tankards!



Selain menjamu mata, kami juga berpeluang merasai pengalaman membuat handcraft yang dinamakan 'Hammering Pewter'. Ada lagi satu corner tu nama dia  'School of Hard Knock'.
Kena bayar RM50 untuk belajar buat pewter dan akan dapat sijil on-the-spot.  


 

 
Yang ini paling menarik. Menurut kata si Nurul, mana-mana staff Royal Selangor yang berkhidmat lebih dari 5 tahun akan mengabadikan plaque tapak tangan mereka di dinding laluan masuk ke Visitor Centre.
Bak kata Boboiboy.. TERBAIK!!!!
 
Dengar cerita sekarang Visitor Centre ni dalam proses ubahsuai.
Mesti lagi mengancam after make-up.
Datang jangan tak datang!



Tiba-Tiba

Tanpa tauliah,
Tiba-tiba semua orang adalah penulis.
Tiba-tiba semua orang adalah jurugambar.
Tiba-tiba semua orang menjadi model.
Tiba-tiba semua orang adalah pengkritik.
Tiba-tiba semua orang bergelar ahli politik.

Tiba-tiba semua orang mengaku ahli akademik.
Tiba-tiba semua orang berunsur islamik.
Tiba-tiba semua orang menjadi pencinta.
Tiba-tiba semua orang turut membenci.
Tiba-tiba semua orang berpura-pura bahagia.

Tiba-tiba semua orang adalah kaunselor rumahtangga.
Tiba-tiba semua orang berlumba menayang harta.
Atas dasar apa semua orang ini?
Atas dasar berkongsi.
Rasa dalam diri.


Atau tiba-tiba ada niat untuk tidak menjadi diri sendiri?

Diari Rempit Siti Rope'ah: Throttle

Salam.
Tolong aku weh.
gugel image

Tadi masa nak pergi kerja, selepas turun dari flyover,
throttle sangkut (agaknyalah).
sebab motor aku tak mau perlahan walaupun dah lepas minyak.
tengah gear 4 time tu.

aku try pijak brake, tapi lepas tu dia lajak lagi...nak benti pun tak boleh.
BAHAYA BETUL.
aku cuba turun gear 3, motor macam nak melompat.
aku bagi signal kiri then cuba juga sampai jadi Neutral.

selepas parking, aku cepat-cepat matikan enjin.
tapi bila aku pulas semula kunci,
motor terus hidup sendiri (tanpa starter).
aku dah tak tahu dah nak buat apa. takut aku nak naik lagi. ='(

dah la berkejar nak ke office.
office aku tepi highway. jalan sehala.
guard tu tengok je aku lalu terus tanpa berhenti di pagar office.
mujur depan sikit ada training centre. situ la aku parking.

haih~

Pisau dan Helmet


Tengah kemas beg nak pergi kerja.
Aku nampak kelibat di tingkap rumah.
Aku perhati langsir. Bergerak-gerak.
Macam ada orang selak.
Bunyi bingkai ram tingkap dibuka.
Aku berjalan perlahan ke dapur.
Mencapai pisau dapur yang paling besar.
Tingkap sebelah pintu.
"Siapa kat luar tu?!"
Aku menyergah sambil membuka pintu rumah.
Bersarung coverall, helmet di kepala, dan pisau di tangan kiri, kupandang tajam ke arah lelaki bertopi di hadapanku, cuba merekod wajahnya.
"Err.. kat sini bukan rumah sewa ke?"
Butir perkataan yg keluar dari mulut lelaki itu agak berterabur.
"BUKAN!"
Jawabku keras.
Pisau masih kugenggam kemas.
Tanpa menunggu jawapan dariku, lelaki itu berjalan pantas melarikan diri.
Aku sempat melihat 'beliau' menghidupkan motorsikal dan beredar.

Ok. Cemas juga sebenarnya...(-.-')

‎Surat Untuk Makpak Budak


Salam MakCik dan Pakcik,
Tanpa banyak mukadimah, saya nak straight to the point. Anak Makcik dan Pakcik sudah bikin saya hangin sejak minggu lepas lagi. Sebelum saya menuduh mereka sebagai anak tak kenang budi, ingin saya bertanya kepada Makcik mahupun Pakcik sekalian: adakah mereka memang biasa buat perangai macam ni? Adakah kerja mereka hanya untuk menghabiskan duit Makcik dan Pakcik sahaja?

Makcik dan Pakcik yang dihormati,
Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka tinggal di asrama atau bersama Makcik dan Pakcik di rumah. Yang pasti, kelibat mereka tidak kelihatan di dalam kelas saya. Dan saya juga pasti Makcik dan Pakcik tidak bersubahat dalam gejala ponteng ini.

Makcik dan suaminya Pakcik,
Saya tidak mahu memaksa mereka untuk belajar, cuma saya kesian sama Makcik dan Pakcik sebab telah melabur wang kepada anak-anak Makcik dan Pakcik yang tidak reti menghargainya. Apa kata Makcik dan Pakcik beri sahaja wang tersebut kepada saya, boleh juga saya buat belanja kahwin kelak.

Akhir kata, izinkan saya menengking anak-anak Makcik dan Pakcik sekiranya saya bertembung dengan mereka. Kira saya ni wakil Makcik dan Pakcik yang jauh di kampung halaman lah. Ikut hati saya nak rotan je sekor-sekor. Diorang ingat aku ni tunggul? Eh, maafkan saya, terkasar bahasa pula.

Itu sahaja untuk kali ini. Diharap Makcik dan Pakcik redha jika anak-anak Makcik dan Pakcik sekalian pulang beraya bersama lima kesan jari di pipi masing-masing. Mungkin itu yang terbaik.

Sekian. Salam Satu Syawal 'Janji Diketupati'!

Yang Bengang,
-Cikgu Siti Rope'ah-

Roti Gulai Sardin

Pagi tadi Jihah bangun pukul 4.00 untuk masak kari sardin.
Aku pula bangun jam 5.15 untuk goreng roti canai.
Kami berdua berhajat besar untuk puasa sunat hari khamis.


Lebih kurang jam 5.40 semasa menggoreng roti terakhir, jihah bertanya,
"Subuh kul berapa?"
Lalu dijawab oleh aku
"6.15 kot.. lambat lagi.."

tiba-tiba ....

'AllahuAkbar! Allahu Akbar!!!........................'

berkumandang  azan suboh..

Aku dan Jihah serentak berpandangan sesama sendiri ... lalu..

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Kali pertama dalam hidup kami bersarapan seawal jam 5.30 pagi!  :(

Kita sebut kari. Orang utara sebut gulai.
Tapi, nak habaq hang.. kari sardin Jihah memang best in the world!




Notakaki: Tiapkali puasa aku mesti teringat kisah ni. Romdon datang lagi. Selamat berpuasa sekalian umat.

Career and PostGraduate Fair

DATE: 30.06.12
TIME: NOON
LOC: Kuala Lumpur Convention Centre

Pada satu hujung minggu, Shah ajak aku pergi KLCC. Ada career fair katanya. Aku cuma menurut sebab bosan. Aku memang tak minat sangat pergi fair yang macam ni sebab kita tahu chances are very mini tiny.
Aktiviti wajib adalah mengumpul goodies. Kan? Kan?

Kami pergi sehelai sepinggang je, memang niat nak mengisi masa lapang sambil survey apa yang patut. Oleh sebab itulah kami sempat dipandang serong di beberapa booth kerana tidak membawa salinan resume dan sijil berkaitan. Pakaian pula langsung tak formal. Ah, kami bukan datang untuk interview pun. Datang melawat dan meramaikan majlis pun salah ke? At least berterima kasih lah sikit sebab kami dah menambah bilangan pengunjung kan. Banyak bunyi pulak diorang ni.

Rata-rata yang menjadi jurucakap bagi booth yang diwakili ni aku tengok macam tak ikhlas je. Bila kita approach their booth, they are not ready to help us with our query. Contoh conversation between aku dan the spokesperson..or you can call him 'SpookyPerson'. erk!
"Kak, nak tanya sikit boleh?"
"Nak tanya apa?"
"Ini booth apa?"
"TalentCorp.." (krik..krik.. bunyi cengkerik..)
 "Oh..(dengan muka penuh minat). Erm...TalentCorp ni buat apa ye?"
"Kita ni sebagai jambatan antara kerajaan dengan majikan la. Kita sediakan training untuk orang yang nak bekerja and bla.. bla.. bla.." (cakap punyalah slang)
"Kira korang ni agen la?"
"Eh..bukan.. we all ni macam.. er..macam.. erm.. we provide and link the person that want to work and we advise them on the suitable job for them la.. we all ni kira..erm... jambatan la..ye naw.. between the worker and the government.."
"So, sini provide training ke?"
"Eer..something like that."
"Kalau kitorang ni nak apply untuk jadi trainer kat sini ke..boleh tak?"
"Hm.. so far.. kita tak buka vacancy untuk position tu."
(Aku) ............?
Entah lah. Aku agak frust dengan PR diorang ni. Please don't judge the book by its cover. Memang la muka aku dan Shah macam budak sekolah, tapi itu bukan salah kami. Dah takdir kami ni keturunan awet muda, nak buat macam mana lagi. Tolong la terima hakikat. Jangan la cakap kami ni baru lepas sekolah, kemudian buat muka tak nak layan bila kami bertanya. Siap buat-buat tak nampak lagi. Baik tak payah jadi promoter or spokesperson kalau you sendiri in avoidance to speak. Aku sepak juga muka sorang-sorang ni kang.

Dan disebabkab kekecewaan itu, Shah cadangkan aku join satu game ni. Kebetulan kitorang lalu dekat booth myHarapan. Booth diorang ni penuh dengan butterfly. Bila kami mintak penerangan lanjut pun mereka memberi kerjasama. Apa yang aku paham, myHarapan macam provide dana untuk program dengan budget RM5K ke atas. Kita just kena submit proposal dan nanti pihak myHarapan akan saring.

Tapi lantaklah dengan natang tu, yang penting aku nak story pasal game yang aku join ni. Orang myHarapan tu cakap, kalau kami tangkap 5 gambar di mana-mana booth dalam Career Fair ni, kami boleh dapat T-shirt special. Aku sebenarnya tak berminat nak buat kerja tak berfaedah ni. Tapi Shah paksa. So aku ikutkan sahaja, lagipun mana ada orang kenal aku.

Syaratnya kena pakai topeng yang diberi dan bergambar di booth yang berbeza.

Task yang senang macam ni mustahil lah aku tak boleh completekan. Dengan goreng pisang panasnya kami kembali ke booth myHarapan untuk menebus hadiah.

Nampak tak butterfly kat belakang tu? Semua handmade.

Saiz baju ni tidak berpadanan dengan proportion aku. So aku bagi kat orang. Menghadiahkan hadiah.

Yey!




Notakaki: Ada pepatah menyatakan bunga yang yang layu haruslah disiram nampak segarnya. Bunga yang rosak haruslah dibuang cari penggantinya. Supaya halaman nampak cantik dan berseri-seri. Kepada yang frust tu, enjoy the feeling, bukan selalu putus cinta, ye dak?

Surau Jumaat Pudu Sentral

Hentian Puduraya? Nope!
Sekarang sudah tukar.. PUDU SENTRAL.

Aku tak nak komen tentang Pudu Sentral yang telah dibuka semula pada Ogos 2011 selepas renovation yang melibatkan kos sebanyak 3 juta pada tahun 2006. (info cik wikipakdia di sini.. haha!)

Dua minggu yang lalu, aku berpeluang ke Puduraya. Itupun sebab temankan si Nurul, dia nak beli tiket raya.
Tempat jual tiket dia agak kepam sebab berlantaikan karpet dan tertutup. Maybe because of the poor ventilation. Ecceh.. sejak bila pula aku bijak sains ni kan?

Selepas selesai membeli tiket, kami singgah solat Zuhur.
Weh, tiket bas habis nak habaq hang.. itupun depa bukak tiket bas tambahan tau!
Padahal belum bulan posa lagi tu.
Awatnya aku duk cakap utagha ni?
Pasai Nurul nak balik ke Kulim..
Mai cik mai cik mai... Mai ke Negheri Kedaahhh...
Ha, aku la ni versi 1 Malaysia, semua loghat aku dah master. Hang ado?

Aduih.. Out of Topic lagi.. minta maaf ye.
Sebenarnya aku nak berkongsi tentang Surau Jumaat di Pudu Sentral.
Jauh beza dengan surau Pudu di jaman aku balik naik bas dolu kala.

Ok, untuk sesiapa yang tak tahu, 'Surau Jumaat' adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada surau yang boleh digunakan bagi menunaikan solat fardhu Jumaat.


Nama surau ini adalah Surau Jumaat Al-Hidayah. Sebelum masuk ke dewan solat, kita kena tinggalkan bagasi di kaunter yang disediakan. Kalau tidak, nanti makcik tu marah. Jangan risau, tak payah bayar pun.


Tengok la hallway dia.. bersih dan cantik. Lantai jubin. Aku memang spesis cepat teruja. Mungkin dia nak elak orang berebut-rebut semasa peak hour, jadi laluan masuk ni cukup lebar dan luas. Jangan main kejar-kejar kat sini sudah la ye.


Rak kasut juga ditempatkan di pintu masuk. That's why la hallway dia bersih. Korang yang pakai kasut branded tu mesti risau kasut korang hilang kalau tinggal kat rak luar kan? Haha! Orang kata, semahal-mahal kasut, letaknya di kaki juga, so nak buat apa berlagak mewah.. ye dak? Kalau sayang sangat, simpan dalam beg. Ataupun, bawak sekali masa solat, buh kat depan korang. Kih! Kih!


Tempat berwuduk dan tandas di hujung laluan masuk. Aku suka sebab tempat wuduk ni tertutup, jadi kita tak perlu risau untuk membuka tudung atau nak lipat seluar. Pintu yang ada signage biru pecah tu adalah tandas. Tandasnya juga besar dan selesa. Sebelum masuk ke dewan solat wanita, sila baca peringatan ni kalau tak nak kena 'sound'.


Memang syok lah kalau solat di sini. Kalau dulu tu, surau dia kat tempat parking, pastu kadang-kadang kena kongsi tempat wuduk dengan lelaki. Sekarang... tengoklah ruang solat surau ini....

Cantik sangat!

Aku duduk betul-betul di tengah ruang solat ni. Nampak tak rak kasut kat cermin kaca tu? Itu kan laluan masuk tadi. So, dapat bayangkan tak betapa luasnya dewan solat ni? Bagi aku design ni sangat praktikal. 
Oh ya.. in case korang tak boleh solat, atau nak tunggu kawan yang make-up kemain lama, boleh la duduk di bangku lekuk yang disediakan di bahagian belakang surau ini.

Overall.. aku bagi 4 bintang..
Jangan lupa singgah solat kat sini ye!



Notakaki: Kualiti gambar kurang memuaskan sebab aku snap dengan Samsung Champ je. But it's not that bad, kan? Yang penting aku nak share the good thing in it. You follow?

Siti Rope'ah Veil - The Red Rose

Tudung ni aku jahit semalam.
Khas untuk Hari Lahir Nazariah yang ke-28.
Sepit reben yang comel tu adalah special complimentary.

"Gua Sayang Sama Lu!" 

IRAMA HATI SAYA