Habis sekolah rendah, aku masuk sekolah asrama. Hampir empat bulan aku di sekolah menengah kebangsaan agama, aku ditawarkan ke sekolah asrama penuh yang diilhamkan oleh Dato’ Najib.
Sekolah ni sekolah yang baru dibuka pada tahun tersebut dan bukanlah seperti sekolah menengah lain. Ia menggabungkan pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5 di bawah satu bumbung. Dan semua pelajar tinggal di asrama (termasuk pelajar sekolah rendah).
Masalah buli memang tiada, kerana kebanyakan senior atau kakak-kakak di’buli’ oleh adik-adik sekolah rendah dengan tiket ‘adik angkat’. Budak sekolah rendah pula bukan sembarangan budak. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian akademik semasa di Tahun Satu hingga Tahun Tiga sekolah masing-masing. Zaman tu ada Penilaian Tahap Satu (PTS), pelajar Tahun Tiga yang cemerlang akan lompat terus ke Darjah Lima atau ditawarkan ke Tahun Empat sekolah aku.
Korang paham tak sifir kat atas ni? Kalau tak paham pun, lantaklah!
Settle background information, sekarang kita teruskan dengan kisah aku dan cinta monyet. Mungkin juga bukan cinta, dan yang pasti aku bukan monyet.
Selang beberapa bulan selepas aku berpindah sekolah, ada seorang budak lelaki pula mendaftar ke sekolah baru aku. Dia budak Tingkatan Dua, katanya dari Sekolah Sains Selangor. Aku masih di Tingkatan Satu. Aku tahu dia budak baru pun sebab dia seorang je yang pakai tali leher lain dari yang lain. Tak mungkin dia ketua pelajar sebab fizikal dia agak kecil. Biasanya ketua pelajar ni kenalah yang berbadan besar dan bermuka bengis plus berlagak. Itu standard.
Masa mula-mula aku tengok dia, hati aku cakap “macam pernah nampak”. Tapi mungkin itu mainan perasaan aku sahaja. Tak mungkin dia saudara atau kerabat aku sebab dia dari Kuala Lumpur.
Aku jadi ‘secret admirer’ dia semenjak itu. Tak ada siapa pun yang tahu aku minat kat dia kecuali Zulikha, junior yang sebilik denganku. Yang paling kelakar aku tak tahu maksud secret admirer. Aku ingat ‘secrect admirer’ merujuk kepada ‘orang yang kita suka’. So, setiap kali aku nampak dia, aku akan siku Zulikha sambil menggelarnya secret admirer aku. Semasa di university baru aku tahu yang secret admirer bermaksud sebaliknya. Sah-sah bodoh Inggerish aku ni!
Aku jadi ‘secret admirer’ dia semenjak itu. Tak ada siapa pun yang tahu aku minat kat dia kecuali Zulikha, junior yang sebilik denganku. Yang paling kelakar aku tak tahu maksud secret admirer. Aku ingat ‘secrect admirer’ merujuk kepada ‘orang yang kita suka’. So, setiap kali aku nampak dia, aku akan siku Zulikha sambil menggelarnya secret admirer aku. Semasa di university baru aku tahu yang secret admirer bermaksud sebaliknya. Sah-sah bodoh Inggerish aku ni!
Seperti juga orang lain, I went chasing him secrectly. Macam-macam benda aku buat waktu tu, kalau diingatkan semula memang aku akan rasa macam nak sekeh palotak sendiri. Bukan setakat childish, tapi langsung tak membawa manfaat kepada aku mahupun umat manusia sejagat.
For example, aku tahu dia masuk kelas sains teknikal semasa di tingkatan empat. Aku cuba bertindak romantic dengan membeli buku Lukisan Kejuruteraan untuknya.
Hari sabtu adalah hari ‘outing’ atau keluar bandar bagi budak asrama. Biasanya mengikut giliran. Kalau minggu ini budak asrama putera keluar, minggu depan asrama puteri pula. Aku rasa cikgu buat macam tu supaya budak-budak tak dapat dating kot.
Waktu minggu kami (pelajar perempuan) dibenarkan keluar bandar, aku terus berjalan kaki ke kedai buku. Nama kedai tu Sri Wangi, tak tahulah sekarang masih ada lagi atau tidak. Aku pergi ke bahagian kejuruteraan lalu terus mencapai buku yang kuanggap ada kena mengena dengan aliran beliau. Duit aku dah kumpul lama, zaman tu nak dapat dua puluh ringgit bukan senang. Kena keluar duit biasiswa dengan mereka alasan yang nampak akademik. Contohnya dalam borang keluar duit tu aku tulis ‘membeli peralatan dan keperluan diri’. Padahal maksud sebenar adalah ‘membeli-belah untuk kepentingan sendiri’. Haha!
Settle bab beli buku, timbul pula masalah untuk buat sesi penyerahan. Kalau tak silap kelas aku terletak bertentangan dengan blok kelas beliau. So, aku selalu jugak lah mengintai dari tirai kamar, memerhati dari kejauhan, dia pergi dan pulang dari kelas semua aku teropong.
Tapi aku tak pernah menegur, apatah lagi bercakap dengan dia. Untuk memberikan hadiah dalam tangan aku kepadanya, aku perlu membuat perancangan yang teliti. Aku tak boleh bagitahu sesiapa. Kalau budak kelas dia atau budak kelas aku tahu, mampos la aku, mana nak sorok muka.
In the end, what I did is.. aku telah menceroboh ke kelas beliau pada waktu riadah. Waktu riadah semua wajib ke padang, jadi tak ada sesiapapun yang sepatutnya berada di kawasan sekolah.
Suatu petang yang hening, aku mulakan operasi bersama Zulikha. Dia jadi pemerhati di sudut koridor. Kami merangkak perlahan menyusuri laluan ke kelas beliau, bimbang ada orang nampak. Sampai sahaja di kelas teknikal itu, aku segera memasukkan buku yang aku belikan itu ke dalam laci mejanya. Meja dia agak kemas dan tersusun. Kalau tak silap, aku ada selitkan sekeping nota di celah helaian buku itu. Tulis apa? Aku pun tak ingat la.
Malam itu aku jeling kelibat dia dari kelas aku. Waktu ‘PREP’ aku pura-pura mengasah pensel di belakang kelas. Sebenarnya nak dapatkan view yang lebih jelas kerana tong sampah terletak di sebelah pintu kelas. Aku tengok dia selamba je, macam tak terkejut pun. Mungkin dia tak perasan agaknya. Atau mungkin juga buku itu tidak berguna baginya. Entah lah.
Banyak juga la siri aku menjadi pemerhatinya dari jauh. Waktu riadah, waktu makan di dewan, hari sukan, perhimpunan, pendek kata, dalam setiap kesempatan yang ada la. Tapi sampai ke sudah aku tak tahu dia sedar atau tidak tentang aku. But it’s kinda exciting to do those sorts of stupid things, you know?
Malam itu aku jeling kelibat dia dari kelas aku. Waktu ‘PREP’ aku pura-pura mengasah pensel di belakang kelas. Sebenarnya nak dapatkan view yang lebih jelas kerana tong sampah terletak di sebelah pintu kelas. Aku tengok dia selamba je, macam tak terkejut pun. Mungkin dia tak perasan agaknya. Atau mungkin juga buku itu tidak berguna baginya. Entah lah.
Banyak juga la siri aku menjadi pemerhatinya dari jauh. Waktu riadah, waktu makan di dewan, hari sukan, perhimpunan, pendek kata, dalam setiap kesempatan yang ada la. Tapi sampai ke sudah aku tak tahu dia sedar atau tidak tentang aku. But it’s kinda exciting to do those sorts of stupid things, you know?
Jangan tak tahu, aku juga sanggup berlatih dengan gigih untuk masuk pemilihan pemain hoki sekolah semata-mata untuk join dia. Tak sangka pula aku terpilih dan kami dapat mewakili sekolah sampai peringkat negeri.
Sampai la satu hari tu, aku dan Zulikha bertembung dengannya di tangga sekolah. Aku masih tidak tahu sama ada dia tahu aku suka kat dia atau tidak. Jadi seperti gadis gedik biasa, aku jadi kekok dan malu dalam teruja tatkala melihat lelaki pujaan berada hampir denganku.
Dia melangkah laju menuruni anak tangga bersama Benjamin. Benjamin adalah pelajar sekolah rendah yang agak rapat dengannya. Dia menjeling sekilas kepadaku. Aku dan Zulikha masih duduk bersidai di kaki tangga berhampiran koridor. Buat muka tak bersalah.
Sampai di hujung tangga aku terdengar Benjamin bersuara.
“Itu la budak tu Abg Aman!”
“Mana?”
“Tadi tu lah.”
“Kampang betul...!!”
Maka dari situ sedarlah aku bahawa lelaki ini, yang aku puja dalam diam ini, yang aku berhabis untuknya ini, sebenarnya tidak langsung memandang aku hatta sebelah mata. Aku ada dengar cerita yang dia sedang bercinta dengan si Orked, rakan setingkatan aku pada ketika itu.
That was the turning point –he cursed at me. And that was the time I put a full stop to my own pathetic story.
Epic Fail.
Notakaki: ‘Kampang’ adalah ungkapan mencarut yang membawa maksud yang hampir serupa dengan ‘Anak Harrum’ dan sewaktu dengannya. Zaman sekarang tak guna dah kot perkataan ni. Bunyi vulgar gila. Anyway, Selamat Pengantin Baru Muhammad Nurussaman. Walaupun kau tak pernah suka kat aku, tapi terima kasih sebab bagi aku peluang melalui fasa excited as a your secret admirer. Tahniah juga cuz berjaya menempat diri anda dalam senarai Kisah Klasik ini.
2 comments:
:'( sedihnya.. hmm its hurted.
kenapa die mencarut pule????
Post a Comment