Aku yang tidak dapat melihatmu


Aku yang tidak dapat melihatmu
Kabur pandangan
Dibayangi kelam hari tanpamu
Jika telus ruang mata hanya ingin menatapmu
Biar silau terpancar sinar wajahmu.

Aku buntu.
Rela pejam dari celik tiada kelibat dirindu.
Sayu ini tak pernah ku adu.
Hanya kau kuperlu.

Isikan hari-hari suramku,
Bisikkan nada mesra berlagu,
Ku takkan pernah jemu.
Asal kau temani sisiku
Duniaku pasti indah selalu.

Kenapa awak..?

tues-220806

"At this point,
i dont know who's to love,who is loving me, or who is worth to be loved..

i dont really know.."

Entah kenapa saya asyik teringat kat awak.
Awak makin jauh.sangat jauh.jauh dari mata..jauh dari hati.
tapi kenapa awak juga yang ada dalam kepala otak saya?
Saya tak nak kat awak. tolong blah.
Saya tak suka awak. awak sombong.
Awak tak suka saya. Jadi, kenapa mesti saya suka orang yang tak suka saya?
Orang kata, hidup ni mesti adil. kita mesti adil pada diri kita sendiri.
Kesian kat saya, saya tak sepatutnya biarkan hati saya sakit macam ni.
saya kena bahagiakan hati saya.
siapa lagi yang akan bahagiakan hati saya kalau bukan saya sendiri?

Awak,
tolonglah pulangkan..
tolong pulangkan hati saya yang awak dah curi tu.
kalau awak tak nak pulangkan hati saya, sila bagi hati awak sebagai pengganti.
atau..awak nak saya curik hati awak macam awak curik hati saya?
saya tak mampu. saya tak mampu nak curik hati awak..
sebab saya tak mahu curi hati sesiapa
yang tak rela hatinya diambil...

My Sweet Small World

SALAM…

Selasa,03 Jun 2008.
Hari pertama mengajar anak-anak berumur 4 tahun di IIUM Educare.
Mula-mula rasa agak bosan juga kerana asyik mengulang perkataan yang sama kepada anak-anak yang berbeza. Tetapi lama-kelamaan keseronokan terasa tatkala melihat karenah mereka yang pelbagai.

Tak pasti juga bagaimana mahu menggelar mereka: terlalu muda untuk digelar pelajar, terlalu kekok untuk menggelar mereka ‘anak’, dan terlalu kebaratan pula rasanya jika menggelar mereka kids.
*fikir*
Hmm, mungkin enak juga memanggil mereka adik, tetapi mereka menggelarku ‘teacher’. Janggal lah pula nampaknya.

Baik. Untuk entri ini aku ingin gelar mereka sebagai anak. Anak kecil.Ya, merekalah anak-anak baruku.

Aku menapak ke Educare kira-kira jam 8.15 pagi.
Perasaanku tika melangkah ke sana sebagai bakal pendidik sukar nak digambarkan.
Ada rasa gementar, gembira, suspen, kaget, penuh tanda tanya dan sebagainya bercampur baur. I don’t know how to expect them. Will they accept me? Would there be any problems on my first day? What would the other teachers observe me as? How do I have to present myself in front of the kids and my new colleagues? Pergh, korang tak akan paham betapa aku berdebar and full of expectations.

Sebaik melangkah ke bilik persiapan (atau istilah normalnya, ‘bilik guru’), aku disapa lembut oleh Teacher Nurin, penyelia bahagian Kindergarten. Pagi di bilik itu nampak meriah, semua staff mesra. Namun aku hanya tunduk dan senyum sahaja sambil menyemaskini data-data anak-anak jagaanku.

Ini hari pertamaku, jadi aku tak mahu suasana jadi kalut. Sebab itu aku datang awal. Kufikir perlu buat beberapa persiapan sebelum memulakan sesi. ”Mas, pukul 9 boleh lah mula ya. ” Teacher Nurin bersuara sambil menyerahkan fail profil bakal anak-anak aku. Aku angguk dan senyum. Jam menunjukkan jam 8.30 pagi, tetapi suara anak-anak kecil sudah mula riuh di luar. Mungkin sedang seronok bertemu semula rakan masing-masing.
Aku terus sibuk menyusun atur dan melengkapkan fail yang baru kuterima tadi. Menurut penyelia, aku perlu mengajar kanak-kanak 4 tahun membaca menggunakan modul yang disediakan. Aku perlu uruskan kesemua kanak-kanak 4 tahun yang dibahagikan kepada 3 kelas –Daisy, Rose dan Tulip. Setiap kelas mempunyai 30 orang pelajar, maka jumlah keseluruhan pelajar aku adalah 90 orang (erkkk!!!). Tapi mujur juga sekarang ini musim cuti sekolah, jadi tidak ramai ibubapa yang meghantar anak mereka ke mari. Oleh itu, anak-anak yang tinggal hanya dalam 30-40 orang sahaja (Fuhh..at least my first day is not a disaster, Alhamdulillah).

Tepat jam 9 aku bergerak membontoti Teacher Nurin untuk mengambil murid pertamaku. Difahamkan aku perlu mengajar secara one-to-one, bermakna setiap seorang pelajar adalah tanggungjawabku. Walaupun aku prefer mengajar secara mass, tetapi personal approach sebegini mungkin dapat memberi peluang kepada guru baru sepertiku untuk mengenali setiap anak dengan lebih dekat.

Sebaik melangkah keluar dari bilik guru, seorang anak kecil berseragam biru menyapaku “Teacher!!!”.. Tergamam aku seketika. Alahai..adakah itu title baruku? Kekok sekali. Aku ni tak layak digelar guru. Belum. Aku belum apa-apa lagi wahai anak. Anak yang menyapa aku itu tadi bukan kalangan pelajar dibawah jagaanku kerana pelajar 4 tahun tidak perlu memakai seragam. Mungkin anak itu dari kelas 5 atau 6 tahun. Teriakan mesra itu buat jantung aku debarnya semakin kuat.

Aku terus menuju ke kelas anak-anak 4tahun.Mereka sedang duduk bersidai di luar kelas sambil mendengar kata-kata teacher mereka. Teacher mereka juga punya seragam. Warna krim dan coklat cair. Hanya aku sahaja yang berbaju kurung. Anak-anak nampak agak cuak melihat aku berbisik dengan salah seorang teacher mereka. Aku meminta salah seorang daripada anak-anak itu untuk mengikutku ke bilik bacaan. Aku bebas memilih mana-mana bilik untuk mengajar.

Anak pertamaku akur sahaja sambil terus mencapai tanganku. Ku bawanya keluar dan terasa lembut sekali jari-jari kecil dalam genggamanku itu. Ada satu rasa sayang mula menjalar dihati kecilku. Sambil melangkah aku berdoa moga hari ini berakhir dengan baik sepertimana bermulanya. Dan dalam debaran itu aku memulakan tugas pertamaku sebagai seorang ’guru tadika’ separuh masa. Semoga Allah mempermudahkan urusanku dan memberikan kesabaran untukku menghadapi hari mendatang bersama anak-anak kecil ini. Amin.

Inilah dunia baru aku.

IRAMA HATI SAYA