Perbezaan Poco-Poco dan Tarian Zapin

Adakah senaman yang dibenarkan (atau disunatkan) di Malaysia ni hanya yang mempunyai gerakan takbiratul ihram, sujud, rukuk dan mengangkat dua tangan sahaja, dan gerakan-gerakan lain adalah haram?

Adakah hanya lagu nasyid yang dibenarkan semasa erobik? (Well aku akan ade masalah dengan ini sebab aku die-hard fan erobics. Harap maklum.)

Dulu masa di universiti, aku belajar Aikido. Dalam rutin latihan Aikido juga terdapat beberapa gerakan mengelak musuh dari pelbagai arah. Utara, Selatan, Timur, Barat, (eh, macam gerakan poco-poco dowh, serius!)

Maka adakah seni bela diri Aikido ini juga dikira haram kerana ada unsur-unsur gerakan membentuk tanda campur (+)? (Aku taknak sebut salib sebab nanti jadi isu pula).

Wah, maknanya aku ni dah banyak buat dosa la walaupun aku belajar di universiti islam? Maknanya juga aku berdosa belajar Aikido untuk mempertahankan diri? Mungkin aku patut belajar silat. Lebih afdal.

Habis tu macam mana pula dengan seni bela diri silat yang mempunyai ritual atau rutin yang aneh-aneh? Penggunaan kemenyan, cadar putih, limau nipis, semangat keris dan sebagainya itu apa pula penjelasannya? Bolehkah kemenyan itu ditukar kepada setanggi?

Kenapa kerajaan tak wajibkan wanita muslim pakai tudung padahal Allah dah suruh? Atau wajibkan purdah sekali sebab perempuan arab semua pakai purdah. Kita kena ikut budaya arab sebab mereka keturunan nabi.

Apesal tak haramkan penjualan sanggul tu sebab aku ade terbaca yang sanggul itu menyerupai masyarakat arab zaman jahiliyah? Pandang kiri, pandang kanan..eh, ramai la pulak yang pakai tudung sanggul toncet tu. Habis kalau diharamkan jual, macam mana penjual tudung nak cari makan?

Kepada kawan-kawan tudung cendawan, janganlah tuduh aku ni ahli neraka pula. Aku masih tahu bahawa perempuan takkan boleh jadi imam solat Jumaat, Amina Wadud je yang pernah buat. Aku masih tahu solat Subuh tidak batal kalau kita tidak membaca doa qunut. Eh, ke korang pun baru tahu?!

Disclaimer:coretan ini ditulis selepas mendengar berita tentang pengharaman poco-poco di negeri perak. This is merely a personal thought with no intention to offend any party. Apepun, aku hormat segala keputusan ulama-ulama di Malaysia ni. Semua keputusan pun ada hujah masing-masing kan. Mereka lebih arif tentang hukum. Aku masih belajar (dari pemerhatian yang terkadang judgemental).

IRAMA HATI SAYA