Aku Mahu Pergi

..dengan beban sarat aku melangkah..

Aku agak parah dua minggu kebelakang ini.
Ada sesuatu yang ingin aku lepaskan
tapi sangat berat.

Aku sudah cuba, lama dahulu.
untuk bebaskan sedikit-sedikit
tapi hingga sekarang aku masih belum mampu
walau seinci.

Sesuatu itu telah melekat
dalam hati. pada daging. seluruh kulit.
Agak mustahil untuk dikikis.
Jika sahaja dibuang sedikit, pasti aku terjerit terlolong menahan sakit.
Inikan pula mahu hilangkan semuanya.
Bukan sahaja memakan masa, malah mugkin memakan diriku.

Seseorang,
tolong bawa aku pergi
dari siksa tiada penghujung ini.
Aku benar mahu pergi.
Mahu hapus sesuatu yang terdalam itu.

Misteri Satu Nama

Siapa
itu soalnya
pada hati kian celaru

Bila
akan datangnya jasad itu
mungkin masih jauh sebelum ketemu
atau mungkin sudah singgah
pada selisih waktu yang tidak disedari

Bagaimana
jisimnya nama misteri itu
cukup sifatnya
atau separa sempurna
cela cacatnya
akankah diterima

Apa
suratan dan siratan
takdir dan waktu
permulaan dan akhiran
manis dan pahit

Mengapa
selalu terpinga
kadang terusik
selalu terpana
kadang tersentuh
selalu terlena
kadang tersentak

Tuhan,
berikan kiasan
untuk ku rungkai jawapan
pada misteri satu nama

IRAMA HATI SAYA