My Best Friend's Engagement

Selamat bertunang kepada Muhamad Nabil bin Yusoff dan tunangnya Rozilawati.
Pada hari ini, 30 November 2009 jam 2.00 petang di UiTM Shah Alam.

Tahniah dan Semoga kamu berdua berbahagia.

To Nabil,
Maaf la aku tak dapat datang coz kena kerja.
Nanti korang kawen insyaAllah aku amek cuti k.
Congratulation!!!

Notakaki: sebak pulak tetiba. Nabil ni kawan baik aku dari matrik lagi. Susah senang aku semua aku ngadu kat dia. Sesak duit semua pinjam kat dia. Kisah-kisah cintan aku seme dia tahu. Gelak aku, nangis aku semua dia simpan. Kira sahabat aku dunia akhirat la dia ni. Bila dia dah ada tunang ni aku tak boleh la nak manja dengan dia lagi kan. Huhu. Gurau aje. Friends forever. You are my best brother,dude!

New Day With My New Shoes

Notakuku: ini entri mengada-ngada sesuka hati gua.

Cakap lah aku poyo ke apa ke, yang penting aku nak tayang kasut baru aku nih. Memang cun dan terasa hensem bila digayakan bersama Uniform Kuning a.k.a Coverall aku ni kan? kan?..

Dan aku menapak ke pejabat di pagi isnin dengan penuh gaya seorang model kasut sukan antarabangsa.

Kenapa aku rasa riak dengan kasut ni? Sebabnya, aku beli dengan harga yang murah (berbaloi-baloi..).
RM 9.90.
tak percaya?
aku lagi tak percaya..
tapi sebab tak percaya jugaklah aku telah mengangkut kasut itu dari rak menuju ke kaunter dan terus membayar.
Serius, memang RM 9.90 tak lebih tak kurang.

Saiz 37
(promosi kasut kanak-kanak di Carrefour Wangsa Maju..
yang mana kaki-kaki gajah tu boleh lah mula menggigit jari ye.. Heheh..)

Jangan Pada Aku



jangan pada aku
kau hambur segala rasa
dilepas segala bahana
dibeban semua sengsara

jangan aku
hanya dicari waktu kau sunyi
cuma terlintas difikirmu kala bersendiri
hanya dibelai saatnya kau bahagia
cuma ditatang pada hari kau tersenyum menjela

bukan aku
yang lali terima semua selar
yang kebal menahan calar
yang kalis dengan duri menjalar

sungguh
hati ini bisa luluh
jiwa ini makin rapuh
mulut kadang mengeluh
pada surut naik kisah tanpa usul
kita mungkin hanya tersasul

harusnya
kita kongsi suka juga duka
harusnya aku
jadi penenang kalut hatimu
jadi kilau pada suram harimu
jadi bintang pada malam kelammu
dan
kau juga harusnya begitu, bukan?

IRAMA HATI SAYA