Nasihat Yang Berguna

Salam,
Selama aku dalam sakit, macam-macam petua yang aku dapat.
Pada kasarnya kecederaan yang aku alami nampak ringan.
Namun sehingga kini luka dihujung kaki kanan aku masih belum sembuh.

Ada dua keadaan sakit pada diri aku yang berlagak kuat ini iaitu Lebam dan Luka yang agak dalam, kesan daripada geseran diatas jalan raya.

Sepanjang aku terhencut ke tempat kerja, bergerak ke sana- ke mari dalam pejabat dan ke kelas, tentunya aku tidak dapat mengelak dari mata yang menjeling pada kekurangan upaya aku. Ada yang meluah simpati dan tidak kurang juga yang mengejek tanpa kritikan membina. Hati? memang pedih. Tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kadang terlepas juga dari mulut pedas aku, selebihnya aku diamkan sahaja.

Tak mengapalah, mulut tempayan pun kadang-kadang terbuka sendiri, inikan pula mulut manusia. Aku terima sahaja. Oh ya, ingin aku tegaskan ye, aku bukan merempit, tetapi aku dihimpit. Memang aku tak memecut. Langsung. Kalau betul meter aku paras tinggi, tentu aku juga sudah melambung tinggi. Dan mungkin aku tak dapat lagi mencoret disini. Paham?

Sebenarnya bukan itu yang mahu aku utarakan, tetapi aku mahu kongsi sama kamu-kamu yang mungkin akan menghadapi situasi serupa aku suatu hari nanti, tentang nasihat yang berguna yang singgah padaku kala aku menderita dengan cedera aku.

Pertamanya aku mahu terima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan petua kesihatan padaku walaupun aku masih mencari penawar yang benar-benar mujarab (luka aku belum sembuh weh..kaki juga masih bengkak.)

Ringkasnya,
Aku berjumpa dengan Doktor 2 hari selepas kemalangan kerana aku sibuk dengan 'Safety Day' (sebenarnya aku takut kena cucuk. 'Saya Takut Jarum').
Doktor kata "You kena cuci dengan dettol, gosok ini macam (sambil buat demo menggosok kaki aku dengan kasarnya), lepas tu taruk krim yang saya bagi ni. Kalau tak aa..you punya kaki akan bengkak disini (sambil menekan sisi kaki aku yang dah memang membiru. Adoi.)"
Keluar sahaja dari klinik itu aku bersumpah tak mahu lagi berjumpa doktor selain kakak.

Kali pertama MC dalam sejarah aku bekerja. Rekod pekerja contoh.Huhu
Aku berehat di rumah.
Jumaat. Sabtu. Ahad.
Isnin aku menggagahkan diri ke pejabat.
Waktu perhimpunan pagi, aku hanya duduk diatas kerusi sewaktu nyanyian lagu Kolej.

Bermula itulah petua-petua ini singgah di cuping aku.
antaranya..

Untuk bengkak:
1.Tuam kaki dengan air suam.
2.Kikis biji asam jawa, dan sapukan pada bahagian yang bengkak.
3.Rendam kaki dalam ais.
4. Ambil isi asam jawa, gaulkan dengan sedikit garam sehingga sebati, sapukan pada kaki dan balut dengan kain.
5. Urutlah kaki sekerap yang mungkin. bengkak tu sebab darah tak jalan.
6. Eh, Jangan urut, nanti salah urat.

Untuk Luka:
1. Beli ubat cuci luka.
2. Rendam kaki dengan dettol.
3.Sapu ubat kuning. Nanti luka cepat kering.
4. Balut kaki supaya tak kena bakteria.
5. Eh, kenapa balut ni? Biarkan aje terdedah. Baru lah luka cepat kering kena angin.
6. Ala..susah apa, letak lah Aloe Vera(Lidah Buaya), esok confirm kering. Kalau tak kering jugak, kasi potong!


Dan

Untuk Makluman Kalian,
aku telahpun mencuba KESEMUA petua diatas.
sangat 'berguna' dan 'membantu'.
Terima Kasih lah ye.
(tapi kan, kenapa luka aku tak baik lagi agaknye? Haih..)

Sapu

Salam,

Petang semalam pulang dari kerja
aku berkejar menunggang Weng
sebab nak tengok siri Cinta Balqis.
Entah macam mana tiba di lampu isyarat
sebiji kereta Myvi 'menyapu' aku dari arah belakang.
Tergoleklah aku bersama-sama boyfren aku si GT itu.

Aku tahu dan sedar yang aku sedang terlibat dalam kemalangan.
Aku sedar yang aku sedang terbaring di atas tar. Sendiri.
Aku nampak serpihan kaca berterabur dekat dengan kepala aku.
Aku terus bangun membetulkan helmet.
Aku matikan enjin.
Fikiran masih blur sambil merengus dalam hati sebab dah buang masa aku.
Aku tahu dan sedar yang banyak mata sedang tertumpu kepadaku.
Aku buat tak tahu.
Dalam hati aku cuma risaukan boyfren aku si Weng.
Teruk gak jatuhnya tadi. Entah mana la sakitnya.
Seseorang membantu tegakkan Weng.
Rupanya cermin sisi kanan Weng yang pecah terlanggar sisi Myvi tersebut.

Dalam masih mamai nak memikir apa yang berlaku,
seorang pemandu keluar dari Myvi tersebut.
Cina. Perempuan.
Dia kutip beg plastik kasut aku yang tercampak ke atas jalan.
Sambil menghulur plastik itu dia bertanya kepadaku
"You ok ker? I tak salah, kan? sebab I jalan straight..."
(Abes aku ni jalan senget ker?)
Aku hanya mengangguk terpinga-pinga
"Ha? ha'a..Ok..Ok..Xper.. Xper.."
sambil menggawang tangan (seperti menghalau lalat)
Kemudian dia terus meninggalkan aku, masuk kereta, dan blah.
Begitu sahaja.

Serius.
Aku tak tahu apa harus aku buat.
Yang aku kisahkan adalah Weng.
Hidup lagi tak dia. Parah ke tidak.
Seorang memapah Weng ke sisi jalan.

Aku start enjin.
dan terus memecut balik ke rumah.
Terasa pedih di hujung kaki kananku.
Tapi aku buat tak tahu.
Dalam hati aku cuma nak sampai rumah.

Sampai di rumah
Aku minta Pian periksa Weng.
Katanya tak ada rosak apa-apa.
Sedih aku tengok Weng calar-balar.
Kaki aku luka berdarah kerana bergeser jalan raya tadi.
Selebihnya cuma luka kecil di siku dan jari.

Aku masuk rumah dengan muka selamba.
Orang rumah aku sedang asyik tonton Cinta Balqia (Ces!!)
Aku tegur lebih kurang dan terus masuk bilik ambil kapas.
Aku ke dapur membersihkan luka di kaki.
Sakit nak mampos.

Aku hanya tersenyum keluar dari dapur.
orang rumah aku tanya "kau buat apa dengan tisu tu?"
"Cuci luka" jawabku sambil renyih
"Ha? Kenapa" dia terkejut
"Jatuh sikit tadi.." masih tersengih
"La...Budak nih.."
dan pong-piang lah aku disoal siasat oleh orang rumah aku.

Harini aku pergi kerja macam biasa.
Kaki kanan aku bengkak
tapi aku biarkan saja.
Aku tak boleh cuti atau MC sepanjang minggu ini
sebab aku banyak sangat kerja yang perlu dibereskan
Aku nak kena prepare untuk 'Safety Day' kolej.
Due esok.
Aku mesti sihat. Mesti.

Aku memang macam ni.
Ego.
Degil.
Tak suka berkongsi rasa.
Selalu rasa yang diri tu kuat. Kebal.

Poyo, kan?

IRAMA HATI SAYA