NOTA Untuk Anak Murid

Banyakkan mulut untuk ilmu yang berguna
Berkata-kata dan bersuaralah
jika kamu tahu apa yang kamu sampaikan.
Jika sekadar cakap kosong yang tiada berisi,
Diam adalah lebih baik bagi kamu.

Kejarlah berkat dalam setiap lakumu.
Tiada hak bagi kamu untuk menduga guru
Kerana batasan pengetahuan antara kamu dan dirinya (guru)
mungkin umpama jaraknya pulau dari pesisir pantai.
Meski pulau itu kelihatan, laut tetap memisah keduanya.
Dan sepanjang jalan menuju pulau tidaklah jelas apa aralnya.

Jika ilmu itu hidangan
Maka apa yang kamu dapatkan itu rencahnya
Dan apa yang kamu amalkan adalah rasanya.

Jika sikap adalah pakaian
Maka pertuturan kamu adalah jenis fabriknya
Dan hormat kamu adalah perhiasan dan kemasannya.

Versi Terjemahan (bagi paras kewarasan dibawah normal)

1. Kalau nak buat bising tu untuk tarik perhatian, tak perlu lah terkinja-kinja di dalam kelas. Hormatlah kawan-kawan lain yang datang dengan niat untuk belajar dan mendengar syarahan guru, bukannya karut-marut kamu.

2. Kalau dah rasa diri tu bijak dan pandai lagi bestari, tak perlulah pulun belajar lagi. Membazir namanya.

3. Kalau kamu itu manusia, maka bertindaklah seperti manusia (yang waras), berbicaralah seperti manusia (yang berakal), dan bergaullah seperti manusia (yang beragama).

Hidup ini hanya sementara
Mari kita ingat Tuhan bersama-sama.

*Nota Kukukaki (untuk diri sendiri)

Kau tu guru, penyampai ilmu.
Perlu jaga bahasa dan tingkah laku
Yang buruk mudah diikut
Yang elok kurang dilihat

Kita juga manusia
Ada jiwa yang mungkin terasa
Ada masa emosi beraja
Namun kita ada laras pengetahuan dan kematangan
Jangan sampai dihasut syaitan.

Reminder of Self-Reliance (It's 25 and who cares?)

In relation to my marking day of getting older, I wish to share the gist from a DVD I watched (alone) at the library few weeks before.

'The Way to Happiness'

It is simply a manifestation of how to lead your life better by being positive to yourself as well as those around you.

Here are some quotations that I thought might be useful for me and interesting enough to be taken as something worth knowing.

  • When good text is exist, value them and study them well. When they don’t, assemble what data is available, study that and work the rest of it out.
  • What is true is what true for you.
  • Encourage people around you to look good by complimenting them when they do or even gently helping them with their problems when they don’t. It could improve their self-regard and their morale as well.
  • Work is not always pleasant.
  • Sorrow can be eased by simply getting busy at something.
  • People who are not industrious dump the workload on those around them. They tend to burden one.
  • Look at things and life and others directly, not through any cloud of prejudice, curtain of fear or the interpretation of another.


Happy Birthday! Be a Nice Girl Please...

Membabikan Manusia

*Perhatian: entri ini mengandungi laras bahasa lorong-gelap-belakang-jalan haji taib. harap maklum.

Kaki carut.
Bukan aku.

Kaki ampu.
Bukan aku.

Kaki jaga tepi kain orang.
Juga bukan aku yang ini.

Satu persoalan yang aku nak cuba bahasakan kali ini:
Apa perasaan korang kalau korang dapat tahu ada orang mengata korang sedangkan korang tak ada kaitan langsung dengan mereka? Dan korang tak pernah langsung kacau hidup mereka?

Bengang? Mesti punya!

Tapi apa yang kita boleh buat?
Setakat mencarut belakang saja? Cukup ke?
Kita takkan rasa puas hati dan hati yang dah panas tu tak akan mudah untuk sejuk.

Nak ditambahkan minyak lagi, orang tu kutuk atau mengata korang in public. Dan korang adalah orang terakhir yang tahu.

Hoi MANGKUK! (see? aku tak babikan kau pun. bagus tak aku?)
Kalau kau setakat nak mengumpat aku versi belakang tabir secara sorok-sorok, dengan kawan baik kau aje, aku tak kisah beb, aku halalkan. Tapi kalau sampai kau cakap kat semua orang yang mulut aku macam cibai (kau tahu ke apa makna cibai anyway?), aku rasa kau dah buat silap besar. Dan kau dah berdosa dengan aku beb.

Aku tak pernah naik angin sampai tahap nak tunjal kepala orang.
Sepanjang hayat aku ni aku tak pernah kacau orang yang tak usik aku.
Tangan aku ni tak pernah lagi melekat kat mana-mana muka orang.
Kaki aku pun tak pernah lagi cecah mana-mana tubuh manusia lain.
(kalau ada pun waktu latihan Aikido atau bertepuk tampar tanpa unsur khianat)

Aku patut puji diri aku yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Aku juga ada tahap profesionalisme yang mantap.
Memang aku terbaik!

Kau apa ada?

Otak kau tu lagi berkarat dari besi buruk.
Hati kau tu dah hitam sebab kerja kau cuma nak membabikan orang lain.
Mulut kau tu dah naik kudis bernanah sebab yang keluar dari mulut kau tu tak ada yang elok langsung.

Aku boleh cakap yang kau seorang manusia yang tak sedar diri.
Tak tahu bumi mana yang kau tengah pijak.
Tak nampak langit mana yang payung kau.
Tak perasan dekat tanah mana kau sedang berdiri.

Kalau aku sekeh kau, atau aku tunjal kepala otak kau tu, aku tak rasa kau akan sedar dan fikir dosa silap kau pada orang-orang keliling kau.

Kalau aku potong lidah kau yang tak pernah bersopan tu, aku tak rasa kau akan sujud mintak maaf dekat orang yang dah haramkan ape yang dia dah bagi kat kau.

Aku tak tahulah penawar apa yang paling mujarab untuk ubat hati busuk kau tu.

Tolong fikir dan sedarkan diri kau.

Kalau kau belajar tapi tak ada berkat,
Sampai akhirat kau tak akan selamat.

Kalau kau bekerja tapi tak pernah ikhlas dan redha,
Rezeki yang kau labur dan leburkan tu tak akan kemana.

Kita ada Tuhan, Kita ada kiblat.
Aku doakan kau cepat bertaubat.

(Ya Allah..ampunkan dosa hati ini. Kekalkan rasa sabar, redha dan syukur aku padaMu. Jauhkan kami dari bisikan syaitan. Amin.)

Janji Seorang Kawan

Aku ada ramai kawan (dulu-dulu lah).

Sekarang masing-masing sudah beransur hilang. Sibuk. Dengan kawan baru, kekasih baru, keluarga baru, dan tempat baru.

Dalam masa-masa senggang aku ada terlintas ingatan pada mereka kawan-kawan aku. Tentang janji-janji yang pernah ditutur kepada aku.

Kata mereka: "Mas, nanti..."

...gaji pertama aku belanja kau Pizza, ok?

...kita pergi tengok wayang sama-sama.

...aku bawak kau jalan-jalan dengan Myvi baru aku.

...bila aku dah ada kereta, tiap hari aku ambil dan hantar kau pergi kerja.

...aku bagi kau CD gambar-gambar tu.

...aku datang jumpa kau.

...kita kumpul duit dan pergi Jepun sama-sama ye.

...aku bayar duit kau.

...kita main bot kayuh kat Titiwangsa.

...kahwin aku jemput kau.

Hmmm...Aku kira semuanya itu hanya cakap kosong yang tidak dimaksudkan. Mereka mungkin sudah melupakannya, atau melupakan aku.

Maka mulai hari ini aku juga mula mencari ingatan tentang kata-kata yang pernah aku lafazkan pada mereka kawan-kawan aku suatu masa dahulu. Mungkin kata-kata aku juga dianggap janji yang masih diingati oleh sesetengahnya.

Anda bagaimana?

Suku Untuk Kamu

Jika senyum itu gula
Maka aku manis

Jika hati itu bunga
Maka aku mekar

Jika pandangan itu lampu
Maka aku bercahaya

Jika kasih itu sungai
Maka aku mengalir

Jika bahagia itu cermin
Maka aku biasannya

Jika kelembutan itu sutera
Maka aku bergaya

Jika ceria itu pelangi
Maka aku bersilang warna

Jika semangat itu permata
Maka aku kemilau

Jika kamu adalah hati
Maka aku penuh perasaan

Dan

Jika cinta itu nyawa
Maka aku hidup

Panggung Wayang Gambar

Entri picisan kali ni dengan motif tanpa faedah aku nak review kisah aku dan panggung wayang gambar (PAWAGAM)

Selepas sedikit usaha memerah otak, dapat aku rumuskan bahawa aku hanya menjejak panggung kurang 15 kali dalam masa 3 tahun.

Pertama kali aku masuk pawagam ialah pada tahun 2008, itupun semasa semester terakhir aku di universiti. Dulu-dulu aku memang spesis tak-tengok-wayang. Kakak aku pernah cakap, orang yang beli tiket wayang ni sama la macam menempah tiket ke neraka (bunyinya ekstrim tapi ada betulnya juga kan?)

Filem pertama yang aku tonton ialah 10, 000 BC. Tak best langsung! Ada gajah besar, ada macam askar pakai cawat lawan-lawan dengan perisai dan lembing. Banyak binatang zaman purba dan segala yang sewaktu dengannya.

Tak lama lepas tu one of my best friend belanja tengok cerita

Hellboy II: The Golden Army

That is it for the year.

Masuk tahun 2009 banyak la juga siri aku ke wayang bersama rakan-rakan. Mula bersosial dengan so-called the 'pop culture'. Antaranya...

Jangan Tegur

Cerita hantu yang boleh tahan la untuk kategori filem melayu. Cuma ada unsur seram yang tidak berjaya difahami oleh penonton. Ada satu scene diakhir cerita ini satu pawagam ketawa dengan keseraman yang bertukar menjadi lawak. Semua orang ingat yang kat belakang tu hantu, rupanya bapak dia (dah tak ingat le jalan ceritanya).

Transformers: Revenge of the Fallen

Walaupun aku tak berapa minat cerita robot lawan manusia, tapi aku pergi la jugak untuk memenuhi tuntutan sosial. haha. Waktu ni pergi dengan geng kelab bujang office aku. So, layan jela. Jalan ceritanya menarik dengan macam-macam efek. Tapi towards the end, cerita tu dragging sampai jadi bosan.

G.I Joe: The Rise of Cobra

Aku suka cerita ni sebab ada pelakon korea yang aku minat jadi ninja. Walaupun watak dia jahat tapi dia tetap hensem. Lain-lain yang aku ingat cuma adegan lawan-lawan yang agak over. Jalan cerita mampos tak paham.

Fighting

Cerita ni pun lawan-lawan gak. Tajuk pun fighting kan.
The details of the movie tak mampu aku recall. huh!

Blood: The Last Vampire

This bloody (hell) movie entah ape-ape. Pasal budak pempuan lawan dengan musuh yang ramai. Dia pandai bermain pedang dan boleh terbang. tapi aku rasa cerita Fury (thailand) jauh lebih bagos. Cerita ni has so much splashes of blood, putus kepala, kaki dan tangan. Wek!


The Storm Warriors

Cerita ni lebih kepada unsur-unsur pahlawan zaman tamadun kecinaan (kecinaan?!)
Yang baik berlawan dengan yang jahat (biasa la tu).
Kesan khas juga agak keterlaluan ala-ala Power Rangers.
And as expected, yang baik menang.


Ninja Assassin

Sama juga cerita ninja membalas dendam kepada musuh lama yang nak membunuhnya.
Hero mati lambat sekali.
Tapi plot tentang dia belajar to enhance his fighting skills agak menarik.
Cerita ni mungkin menarik sebab ada Rain (dalam poster pun duk dalam hujan ka? haha).

Rumusannya, sepanjang tahun 2009 aku telah layan most cerita action and fighting movies.
Brutal betul!
Tahun 2010 aku bermula dengan cerita


The Wolfman

Serigala Jadian yang tak tahu pun dia sendiri adalah pembunuh.
Kira macam dia tak rela buat semua tu tapi dia tak ada pilihan. Penyakit keturunan kot.

A Nightmare on Elm Street

Scary the merry!
Mereka mati dalam mimpi. So sesiapa yang berkaitan kalau tak mahu mati tak boleh tido.
Kalau tidur akan kena bunuh dalam mimpi.
Last sekali ada sesi bunuh hantu yang bunuh orang dalam mimpi ni. Kalau nak tahu macam mana, korang kena tengok sendiri.


Mantra

Selamat datang ke dunia bomoh melayu.
Ini cerita tentang tok bomoh dan tok dukun berlawan kuasa sesama mereka.
Ilmu hitam pekat.
Aku suka mantera dalam Bahasa Jowo yang diorang guna. Memang real.
Ceritanya menarik tapi endingnya hampeh sebab ade adegan fire macam Dragon Ball.


The Book of Eli

Cerita ni pun banyak bloody scene. Mengisahkan seorang pembawa buku yang tak nak bagi buku tu kat sesiapapun. Buku itu sebernanya Bible. Dan orang yang bawak tu buta. So, seme orang yang duk kejar dia untuk mendapatkan buku tu memang tak berapa bijak la kan.
Cerita ni ada sedikit philosophical dan bosan.
Erm, ada babak orang lawan-lawan gak.


Inception

Umpama mimpi dalam mimpi.
Cerita tentang kita mereka mimpi kita dan masuk ke dalam mimpi orang untuk menukar mindset orang. Orang yang terlibat ni bukan orang biasa tapi professional seperti Jurutera, Arkitek dan Pembesar. Menceroboh mimpi seseorang sebagai misi utama dan demi keselamatan dan kepentingan individu. Cerita ni la yang paling best dalam banyak-banyak movie yang aku pernah tengok. (Sebab aku suka berangan!)

Akhir kata, aku ni bukanlah seorang penonton wayang yang up-to-date dan genre aku berterabur. Sekian, terima kasih kerana sudi membuang masa anda dengan entri yang tidak berfaedah ini.

Dosa Kering Pagi Ramadhan

Aku tidak peduli
Aku mahu hambur semua rasa
Aku simpan sekian lama

Ini dosa aku
Kering. Lembab. Basah. mungkin.

Aku sudah mula benci
sama semua jasad keliling aku
sama semua tubuh yang singgah lalu depan mataku

Kalaulah boleh aku halau semuanya untuk seketika
atau aku lari ke tempat tersorok dari jelingan mereka.
Beri aku sedikit ruang untuk bernafas, tolong!

Manusia itu macam-macam:

Yang suka ambil kesempatan
akan mendekati bakal mangsanya
akan mencari ruang rongga untuk ditumpang selit.
Mengira kepentingan sendiri semata
tanpa ada rasa ihsan maupun belas
untuk membantu antara sesama.

Yang terlalu taksub dengan hasad
akan mencari walau sekelumit silap sesiapa sahaja
untuk diadu domba
akan menokok ceritera
memuaskan hati sendiri
melihat orang lain menanggung tuduhan dan membetul tanggapan
terkial membersih nama yang tercalar

Yang bodoh sombong
kekal dengan egonya
tidak mahu bertuan
tidak betah diajar
mengaku diri sendiri paling benar
tidak layak ditegur.

Orang-orang yang macam-macam ini
cuma patut ditukul kepala mereka
ditampar mulut mereka
dicili segala deria
Biar mereka ini rasa
pijar, siksa, azabnya disakiti.



AMARAN keras buat sang hati:
Aku perlu dampingi Qur'an lebih lama, mungkin.
Biar sejuk sedikit rasa amarah dari bisikan syaitan ini.

Bila Kita Bukan Yang Pertama

Pada para normal
kita rasa tergugat (automatik emosi terganggu dan jiwa kacau)
mahu bandingkira, yang kita pasti kurang
memikir kemungkinan tragis
kronologi rekaan minda pathetic
melayan lara membawa duka
meremuk hati tanpa ada simpati pada diri

Pada para positif berkias rasional
Menerima bahawa semua itu hanya sejarah
yang harus lupus
tiada perlu diungkit
Tidak bisa jadi asbab penggugat
Takkan mungkin menggoyah
Sungguh kamu jauh lebih gagah
(dan tampan)

Pada para negatif berbau kejam
Mahu hapus saki-baki antara mereka
Walau sekelumit jua takkan tertinggalkan
Bunuh segala rasa yang bisa terbit
atau hapuskan sahaja pemberi rasa itu
Akan tabur racun paling mujarab
hilangkan kuman melekat dan
gugurkan parut terkesan
pada dia,kau,aku,kita.
Biar mati semua.
Mati!

*toleh kanan*
*toleh kiri*
*senyum*
Kau, takkan aku kisah!
Salam..

Ikut la gerak hati yang terdetik.

Dan ikut la perancangan (kalau ada) yang paling relevan dengan peluang yang terdekat.

obviously we need a plan to keep on living...

Berhenti

Kamu sangat patut BERHENTI daripada...

... dendam dan iri hati
... dengki dengan kelebihan orang lain
... bermegah-megah dengan kelebihan sendiri
... bermuka-muka
... mencari silap orang sekeliling
... menghina dan menjaja keburukan orang
... terlalu mementingkan diri sendiri
... tidak menghormati sesama sahabat
... terlalu memaksa
... lokek untuk membantu sesiapa sahaja didalam kesusahan.

Tuhan kan Maha Adil, setiap perbuatan pasti ada balasannya. Tak elok mendoakan yang buruk untuk orang lain, tapi doa orang yang teraniaya kan mustajab?

Aku Budak Comot!

aku nak kahwin
nak love somebody
nak jaga somebody
nak bagi dia makan
nak tidurkan dia
nak kejut dia pagi-pagi
nak kemaskan baju dia sebelum dia pergi kerja
nak salam tangan dia
nak lambai babai kat dia sambil cakap 'elok-elok jalan ye..'
nak tumbuk dia kalau dia buat jahat
nak gigit dia kalau dia degil
nak cubit dia kalau dia usik perempuan lain

sebab tu
kita kena doa

from the first moment hati kita berdebar
sampai la hati kita betul-betul yakin bahawa dialah orangnya

aku nak tanya Allah
siapa yang Dia bagi untuk aku
siapa nama misteri tu

kalau aku jumpa dia
aku nak cakap kat dia

hai!!
saya lah budak comot yang akan habiskan sisa-sisa hidup awak..
saya la budak comot yang nak berusaha untuk mati dengan awak
saya budak comot yang nak sayang awak macam awak sayang saya
saya budak comot yang sanggup belajar untuk senangkan hati awak
saya la budak tu
saya!

awak! jgn la pandang tempat lain
saya cakap dengan awaklah!

walaupun awak nampak saya ni comot,
tapi saya ni sebenarnya kiut sangat tau...
syhh..
jgn bagitahu org..

awak..walaupun saya ni kecik
tapi hati saya besar sangat
besar sangat sampai tak muat untuk diri saya
sebab tu saya nak bagi sikit kat awak
sebab saya nampak hati awak kecit jer

aku tak mau main kawen ajer
aku nak aku ada rasa untuk bersama dia

tapi aku harap
satu hari nanti
aku akan suka kat orang yang suka kat aku
dan aku akan mintak Allah tetapkan hati aku untuk dia
dan hati dia untuk aku

dan hati kami untuk anak-anak kami

wah...........
syoknyer kawen.........:P

kalau org tanya aku sekarang,
aku cakap
aku cuma nak jatuh cinta dengan bakal suami aku ajer

umur bukan faktor untuk aku kawen
yang penting rasa kesediaan
untuk pikul tanggungjawab

Oh, siapakah lelaki yg bertuah dapat aku tu kan?



notakukukaki: ini lah entri berani mati paling tak malu yang pernah aku tulis. aku pun ada perasan apa? Blekkk!!!

Rasa,Bisa,Jiwa

Biar aku simpan
segala rasa yang tak terungkapkan
Pada kamu, kamu, dan kamu.
Ada sesuatu
yang aku mahu kamu tahu.

Kamu yang pernah aku nanti,
Sekarang rasa itu telah mati
Sisanya juga tiada berbaki.

Kamu yang muncul tanpa diduga,
Bikin aku berkalut jiwa
Saban musim sekala.

Dan kamu yang aku mula sayangi,
Buat aku tersenyum sendiri
Meski tanpa ada janji
Hanya berharap rasa ini kekal begini.

Kadang - Kadang kan...

Kenapa aku orang marah kau kita?
  1. sebab kau kita ulang kesilapan yang sama
  2. sebab aku orang tu kena marah dengan orang lain
  3. sebab aku orang tu dah tak larat nak simpan marah
  4. sebab aku orang tu kecil hati dengan kau kita
  5. sebab kau kita dah menyusahkan orang lain
  6. sebab aku orang tu tak tahu bila lagi aku dia boleh bersabar dengan kau kita
  7. sebab aku orang tu sayang kat kau kita dan harap kau kita berubah.

Jujur Itu Perlu

Aku percaya kita semua lebih rela berkata bohong daripada menyakitkan hati orang lain.
Tapi kan, kita sedar tak yang sebenarnya cakap bohong kita tu sebenarnya akan makan diri kita walaupun menyenangkan hati orang lain?

Untuk diri aku yang sekarang, aku dah pencen dari segala ini.
Aku belajar menjadi jujur pada diri sendiri dan pada orang yang aku anggap berbaloi untuk berlaku jujur pada mereka (though i realize it really hurts them).
Aku mengaku aku masih tak jujur pada kebanyakan orang, kerana mereka tak layak dan tak akan dapat terima kebenaran yang amat menyakitkan.

Untuk kawan-kawan yang selalu 'pedih' kerana aku,

Aku itu jujur
Jika kamu tertusuk dalam.
Aku benar telus
Jika kamu rasa remuk
Aku memang ikhlas
Jika kamu terpanah tembus
Aku adalah diri aku
Jika kamu tersentap pada setiap patah yang keluar dari bibir aku.

Bukan aku tak mahu minta maaf, tapi untuk apa kamu maafkan aku jika berkata benar itu bukanlah satu dosa. Kita patut minta maaf dan maafkan diri sendiri atas apa jua perkara tidak jujur yang pernah kita buat pada diri kita. Kesian la kat diri sendiri woi!

Untuk tidak menghampakan hati seorang kawan yang dah banyak telan rasa bersalah disebabkan aku terlalu jujur berkata-kata, aku petik lah cerita yang dia cerita kat aku dan paksa aku untuk cerita sama korang.

Ceritanya begini (versi tokok tambah):
Ada dua orang sahabat baik, Markonah dan Jusoh (mungkin nama sebenar).
Jusoh ni selalu buat salah dan seorang yang cemerkap, dan Markonah pula sebagai seorang sahabat yang baik akan menegur, memarahi dan kadang-kadang menjentik kening Jusoh yang tebal tu setiap kali Jusoh melakukan kesilapan dan terpaksa diselamatkan oleh Markonah. Kira macam hero lah Markonah ni kan.

Oh ya, untuk pembaca yang mempunyai tahap IQ yang agak lemah, perkataan "CEMERKAP" dalam baris teratas tadi tu bukanlah membawa maksud cekap atau cemerlang, atau gabungan kedua-duanya, jauh panggang dari api, jauh punggung dari jamban tau. Adapun "cemerkap" bermaksud 'tidak cermat/lalai/sesuka hati (dalam melakukan sesuatu pekerjaan dll)' . Harap maklumat.

Nak dijadikan cerita, di satu petang Jusoh bersama Markonah bersiar-siar ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi language. Mereka berbual-bual, bercerita dan bergurau senda sambil mengacau kanak-kanak yang sedang membina istana pasir di situ. Jusoh kenyit mata kat budak kecil separuh bogel yang sedang memasukkan pasir ke dalam baldi kenit untuk renovate istana pasir separuh siapnya sebelum melempar segenggam pasir ke arah Markonah yang tengah tergelak sakan. Secara tak sengaja, pasir yang dilempar penuh perasaan oleh Jusoh itu telah terkena mata Markonah. Gila kau tak pedih? "Adus! Adus!" maka terjeritlah Markonah disaksikan budak separuh bogel yang terlopong melihat istana pasirnya yang hampir siap itu musnah dipijak-pijak oleh Markonah yang kesakitan. Jusoh segera mendapatkan Markonah dan tidak semena-mena 'PANNGGGGG!!!!' sebijik penampar jepun hinggap tepat di muka Jusoh yang tak berapa nak kacak tu disertai hujan air liur Markonah yang tidak berhenti membebel marah.

Jusoh redha menerima birat merah dipipi. Sambil menggosok-gosok sisi mukanya yang terkesan lima jari kecil, Jusoh melarik ranting pokok (mana datangnye ranting tu yer?) pada permukaan pantai berpasir disekelilingnya. "HARI INI KAWAN BAIK SAYA TELAH MENAMPAR SAYA". Dia duduk termenung ditengah-tengah tulisan yang diukir itu untuk beberapa ketika. Markonah segera mengajak Jusoh pulang kerana sudah senja.

Di suatu hari yang lain pula, Jusoh dan Markonah berjalan-jalan di hutan. Ala-ala jungle trekking la gitu kan. Mereka merentas denai, sungai dan semak samun. Seperti biasa, Markonah lah yang akan lead (hero katanya). Semasa melalui curam di tebing yang agak tinggi, kaki Jusoh tersempat akar pokok yang melintangi laluan mereka. Bedebuk Jusoh terjatuh macam nangka gugur. Markonah sempat menarik tangan Jusoh yang hampir tergolek ke dalam gaung. Maka terselamat Jusoh dengan pertolongan Markonah. Jusoh duduk di banir pokok dengan muka pucat lesi ditemani Markonah yang sedang melonggarkan sendi-sendi lengannya yang sengal kerana menarik Jusoh tadi. 'Kuat jugak aku ni rupanya,' bisik Markonah dalam hati.

Jusoh meraba poket seluarnya dan mengeluarkan syiling 50sen yang biasa digunakan untuk menggaru dagu (sebenarnya dia nak belah dan buat tatu kat dagu, tapi tak pernah menjadi). Tangan Jusoh perlahan-lahan mengukir pada batu sungai sebelum keluar dari hutan tersebut, "HARI INI KAWAN BAIK SAYA TELAH MENYELAMATKAN SAYA".

Markonah yang agak hairan melihat kelaku sahabatnya itu terus bertanya, "Kenapa masa aku tampar kau dulu, kau tulis atas pasir? Tapi bila aku selamatkan kau, kau ukir atas batu pulak?"
Jusoh dengan lagak macam orang pandai pun menjawab sambil berfalsafah:

"Biarlah kesalahan orang pada kita pergi bersama angin kemaafan,sepertinya tulisan pada pasir di tepi pantai itu. Dan ingatlah selalu kebaikan dia pada kita sepertinya ukiran aku pada batu ini yang tak akan hilang..."(ayat kawan aku nih..eccewah!!!!)

Jadi, pengajaran daripada cerita ini adalah, kita janganlah berkira sangat dengan orang-orang disekeliling kita, mana yang buruk dari mereka tu kita lupakanlah. Jasa dan budi yang diorang pernah tabur kat kita tu kenang-kenangkanlah.

Ada masanya kita perlukan kawan-kawan yang menyakitkan ni untuk kita muhasabah diri kita. Untuk kita kaji dan buat post-mortem tentang kelemahan diri yang kita sendiri tak perasan. Kawan-kawan yang selalu buat kita terasa ni lah sebenarnya yang jadikan kita lebih banyak berfikir kesan dan akibat daripada perbuatan kita terhadap orang lain.

Lumrahnya kita sukakan kawan yang ringan mulut memuji setiap tindakan kita yang kita rasakan betul. Tapi pernah tak kita fikir bahawa tindakan yang kita rasa betul dan memuaskan hati kita itu mungkin mencalarkan hati orang lain? Walaupun dalam sudut hati kita tu ada secebis rasa bersalah, kita tetap akan pertahankan perbuatan yang kita rasakan betul itu dan berkata 'Korang peduli ape? Hidup aku, suka hati aku lah. Ada aku kisah?'.
Memang sekarang kau tak kisah, tapi esok,ape cerita?

Dalam cerita dan coretan yang berterabur ni harapnya dapatlah kita sama-sama ambil pengajaran bahawa hidup, kawan, lawan, dan tindakan, sebenarnya berasal dari emosi yang mungkin atau tidak dipengaruhi oleh akal kita sendiri.

Jangan takut untuk berterus-terang dan jujur dengan kawan-kawan yang kita sayang.




~erm..kalau kita selalu kecil hati dengan seseorang, maknanya kita suka kat dia ker???...~

Hujung Minggu Yang Penat, Sibuk dan Seronok

Salam,

Entri kali ini seriusnya tidak begitu ilmiah untuk kalian,
tetapi memberi kenangan dan ilmu untuk aku dan yang terlibat.

Ujung minggu baru-baru ni, aku telah menyibukkan diri untuk menyertai budak-budak pejabat aku untuk Kursus Melawan Kebakaran (Basic FireFighting Course). Sebenarnya kursus ini hanya untuk yang terpilih menjadi Emergency Respon Team untuk syarikat tempat aku bekerja. Dek kerana bosan dan takut berkulat di rumah, maka aku ambil keputusan untuk turut serta dalam kursus ni (tambah ilmu kan boleh tambah pahala juga).

Pagi sabtu itu aku paksa diri untuk bangkit awal untuk pergi ke Training Centre bersama rakan rumah dan pejabat.

-malas pulak rasanya nak cerita panjang-panjang, so dipendekkan cerita-

Kursus bermula dengan kelas teori.
Ya, belajar kimia sikit, bab bahan bakar, gas dan jenis-jenis api, pemadam dan peralatan yang bersesuaian. (aku banyak kacau kawan dikiri dan kanan kerana aku tak berapa nak faham istilah dan teori kimia kejadahnya tu..ngee)

Selesai kelas teori hampir satu jam setengah, kami dibenarkan rehat dan bersedia untuk mengambil 'coverall' bagi sesi seterusnya - praktikal.

Coverall ni semua buruk sebab subsidi ya.
Wajib dipakai bersama topi dan but yang disediakan untuk latihan amali.
Coverall rasmi aku warnya kuning tau.


Bab-bab praktikal ni aku memang segar semulajadi.

Pertama, amali panjat dan turun tangga semasa kebakaran.
Bahang dah mula terasa sebab kami kena berkumpul di tengah terik.

Kemudian kami diarah berada dalam kumpulan secara berlima untuk sesi simulasi ruang tertutup (Confined Space Simulation).
Bergaya diluar Confined Space Simulator tanpa ada idea apa sebenarnya yang akan berlaku di bilik sebelah kiri itu.
Ya, akulah yang terhalus dan hampir tenggelam!
Serius, aku berdebar, peluh panas bercampur kaget semua ada.
Kami diminta mencari jalan keluar dari bilik sempit yang gelap dengan hanya 9% cahaya.
(Kaedah menyelamatkan diri dah diterangkan semasa kelas teori).
Apa pun tak nampak. Duk meraba dan diraba saja lah selama hampir 30 minit di dalam bilik gelap tersebut. Kami terpaksa merangkak dalam terowong kecil, memanjat tangga, dan mencari pintu keluar dalam kegelapan. Aku? ada masanya hampir naik semput sebab kelemasan tanpa cahaya. Saya takut gelap.

Peluh macam haram lah sekeluarnya kami daripada bilik sempit tersebut.
Namun rasa puas dan seronok dengan pengalaman pertama itu membuat kami lupa kepada wajah hodoh kami yang dipenuhi debu, peluh dan kesan hitam.

Sesi terakhir adalah amali memadam api. Menggunakan fire blanket, pemadam api jenis powder dan air (ada lagi satu, tapi aku terlupa, yang untuk padam kebakaran pada barang elektrik itu).
Aku tak berjaya mengeluarkan bahan pemadam api dari botol halus itu. Kecewa!

-Kursus Tamat-
Jurulatih kami adalah En. Roslan (baju T hitam)
dibantu oleh Fire Warden En.Fauzi (berkacamata hitam tanpa topi)

Habis sahaja kursus, aku segera pulang ke rumah untuk mandi (rasa nak berbogel je balik rumah sebab berlengas sangat dengan semua aktiviti tadi).

Selesai mandi dan solat Zohor, Aku dan rakan rumah aku keluar semula untuk makan tengah hari. Mau tak lapar kalau dah seharian panjat memanjat, melompat lari dan mengangkat beban?

Kami tak lepak lama selepas makan, segera pulang ke rumah untuk berehat seketika. Masih ada urusan yang akan dijalankan.

Aku melelap hingga terdengar suara "Jom!". Aku buka mata malas-malas. Badan juga terasa berat mahu bangun.

Kami bersiap selepas solat asar, meneruskan agenda berikutnya.

Pergi Tengok Belon!!! Yeay!!!!

Bertolak kira jam 5 petang. Jalan sangat sesak di MRR2. Kami sempat melihat mangsa kemalangan yang ditutup dengan kertas/kain berwarna putih di atas jalan seberang. Sebiji kereta iswara kelihatan remuk di bahu jalan. Aku segera menadah tangan berdoa berkali-kali minta perjalanan kami ini selamat pergi dan pulang.

Sampai di Putrajaya kira-kira jam 630 petang. Terus kami meramaikan manusia yang sudah sedia berpusu-pusu di tapak karnival belon udara panas tersebut.

Perasaan aku pada ketika itu tidaklah begitu teruja, mungkin kerana letih sepagi tadi masih bersisa. Kaki dan tangan pula masih sengal dek terlalu bermain air semasa berenang pada hari sebelumnya.

Kami berlama-lama disitu sehingga kemuncak pada jam 10 malam padang itu digamatkan dengan dentuman bunga api yang maha asyik. Dan aku terpegun. Seronok. (dalam kepala teringat sesuatu, kenangan, dan seseorang. Ah, itu semua memori yang patut dilupakan.)

Kami bergerak keluar dari Putrajaya dan menerus perjalanan ke Kuala Lumpur.

Rakan aku bercadang makan malam di Kampung Baru. Teringin katanya.
Setelah berhenti solat di R&R Serdang, kereta terus dipandu melalui Cheras ke Jalan Pudu, dan kami terpinga-pinga di simpang lampu isyarat berdekatan Berjaya Times Square.
"tak tahu mana arah untuk kau menuju"
(macam dalam lagu perangkap cinta tu la).

Akhirnya, kami masuk ke arah Pandan Jaya, dan keluar ke MRR2, melalui Ulu Kelang, Setapak, Titiwangsa, Bulatan Pahang, dan ke kiri sebelum Jalan Chow Kit menuju Kampung Baru.
Gila kan?

Tapi nak buat macam mana, dah niat nak berjalan sampai subuh, nasib lah awak semua.

Eh, aku niat mahu coret sikit sahaja, berjela juga jadinya?

Belakang tu belon panas berbentuk Seluar Jeans Panjang daripada Levi'sKaki rayap yang terlibatSkaf telinga Mickey Lip-Lap ini dipakai oleh kebanyakan pengunjung pada malam itu.
So WOW!!!

*aku dapat rasa yang semua orang yang ada blog akan buat entry tentang karnival ini kerana beriban orang yang datang tau. silap-silap muka aku pun ada terselit dalam blog diorang. huhu.

Lemau

Jika aku bisa latah
Mahu joget sampai patah

Jika aku dihulur dahi
Mahu jontos sampai belalak

Jika diberi sekepal nasi
Mahu telan tak kunyah seinci

Jika ada sebotol racun
Mahu simbah ke dalam mulut longkang kalian

Jika aku berkaki panjang
Mahu terajang semua si budus-bahlul-menyusahkan-orang

Jika besar tapak tangan
Mahu sepuk muka-muka tak kadar yang suka tengok orang sebelah mata

Jika ada kuku rimau
Mahu cakar badan si pengarah yang tak pernah tahu buat kerja

Jika aku berjari runcing
Mahu cekik leher si berlagak yang selalu ingat orang lain bodoh

Jika disua sepapan kek
Mahu tenyeh dimuka huduh mereka-mereka setepek

Jika aku mampu beli sebuah lombong
Mahu sumbat semua yang sombong

Jika berani sorong sebiji bantal empuk
Tolong suruh aku tidur sebelum kamu pula kena hempuk.

Huh!

Untuk Gadis Cantik Itu

Aku rasa kamu cantik
dan manis. sangat.

Melihat kamu yang sangat menawan.
buat aku rasa mahu lari jauh.
kerana aku tahu dia tidak mungkin memandang aku.

Kamu si gadis cantik,
memang selayaknya bersama dia.
Cocok amat.

Bertuah benar.
dia ada kamu si cantik.
Segar hatinya, bunga jiwanya
melihat kamu yang sungguh menyejuk mata.

Aku tak akan terkilan
sama sekali.
Kerna kamu yang cantik itu
turut mengujakan aku.
Masakan tidak dia.

Meski kita tidak saling mengenali.
meneka dari wajah dan manisnya mata kamu itu
Aku bisa membaca
bahawa sungguh kamu itu
Benar cantik
luar juga dalamnya.

Tertulis pada cantiknya rupa kamu itu
ada hati yang mulus
jiwa kudus
raga yang tulus.

Ah, kamu memang cantik segala!

...
..
.

aku?
walaupun kalah sama kamu
tapi

aku comel.
ngeeee.......


*nyanyi lagu "you belong with me"*

Aku Mahu Pergi

..dengan beban sarat aku melangkah..

Aku agak parah dua minggu kebelakang ini.
Ada sesuatu yang ingin aku lepaskan
tapi sangat berat.

Aku sudah cuba, lama dahulu.
untuk bebaskan sedikit-sedikit
tapi hingga sekarang aku masih belum mampu
walau seinci.

Sesuatu itu telah melekat
dalam hati. pada daging. seluruh kulit.
Agak mustahil untuk dikikis.
Jika sahaja dibuang sedikit, pasti aku terjerit terlolong menahan sakit.
Inikan pula mahu hilangkan semuanya.
Bukan sahaja memakan masa, malah mugkin memakan diriku.

Seseorang,
tolong bawa aku pergi
dari siksa tiada penghujung ini.
Aku benar mahu pergi.
Mahu hapus sesuatu yang terdalam itu.

Misteri Satu Nama

Siapa
itu soalnya
pada hati kian celaru

Bila
akan datangnya jasad itu
mungkin masih jauh sebelum ketemu
atau mungkin sudah singgah
pada selisih waktu yang tidak disedari

Bagaimana
jisimnya nama misteri itu
cukup sifatnya
atau separa sempurna
cela cacatnya
akankah diterima

Apa
suratan dan siratan
takdir dan waktu
permulaan dan akhiran
manis dan pahit

Mengapa
selalu terpinga
kadang terusik
selalu terpana
kadang tersentuh
selalu terlena
kadang tersentak

Tuhan,
berikan kiasan
untuk ku rungkai jawapan
pada misteri satu nama

Nasihat Yang Berguna

Salam,
Selama aku dalam sakit, macam-macam petua yang aku dapat.
Pada kasarnya kecederaan yang aku alami nampak ringan.
Namun sehingga kini luka dihujung kaki kanan aku masih belum sembuh.

Ada dua keadaan sakit pada diri aku yang berlagak kuat ini iaitu Lebam dan Luka yang agak dalam, kesan daripada geseran diatas jalan raya.

Sepanjang aku terhencut ke tempat kerja, bergerak ke sana- ke mari dalam pejabat dan ke kelas, tentunya aku tidak dapat mengelak dari mata yang menjeling pada kekurangan upaya aku. Ada yang meluah simpati dan tidak kurang juga yang mengejek tanpa kritikan membina. Hati? memang pedih. Tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kadang terlepas juga dari mulut pedas aku, selebihnya aku diamkan sahaja.

Tak mengapalah, mulut tempayan pun kadang-kadang terbuka sendiri, inikan pula mulut manusia. Aku terima sahaja. Oh ya, ingin aku tegaskan ye, aku bukan merempit, tetapi aku dihimpit. Memang aku tak memecut. Langsung. Kalau betul meter aku paras tinggi, tentu aku juga sudah melambung tinggi. Dan mungkin aku tak dapat lagi mencoret disini. Paham?

Sebenarnya bukan itu yang mahu aku utarakan, tetapi aku mahu kongsi sama kamu-kamu yang mungkin akan menghadapi situasi serupa aku suatu hari nanti, tentang nasihat yang berguna yang singgah padaku kala aku menderita dengan cedera aku.

Pertamanya aku mahu terima kasih kepada semua yang memberi nasihat dan petua kesihatan padaku walaupun aku masih mencari penawar yang benar-benar mujarab (luka aku belum sembuh weh..kaki juga masih bengkak.)

Ringkasnya,
Aku berjumpa dengan Doktor 2 hari selepas kemalangan kerana aku sibuk dengan 'Safety Day' (sebenarnya aku takut kena cucuk. 'Saya Takut Jarum').
Doktor kata "You kena cuci dengan dettol, gosok ini macam (sambil buat demo menggosok kaki aku dengan kasarnya), lepas tu taruk krim yang saya bagi ni. Kalau tak aa..you punya kaki akan bengkak disini (sambil menekan sisi kaki aku yang dah memang membiru. Adoi.)"
Keluar sahaja dari klinik itu aku bersumpah tak mahu lagi berjumpa doktor selain kakak.

Kali pertama MC dalam sejarah aku bekerja. Rekod pekerja contoh.Huhu
Aku berehat di rumah.
Jumaat. Sabtu. Ahad.
Isnin aku menggagahkan diri ke pejabat.
Waktu perhimpunan pagi, aku hanya duduk diatas kerusi sewaktu nyanyian lagu Kolej.

Bermula itulah petua-petua ini singgah di cuping aku.
antaranya..

Untuk bengkak:
1.Tuam kaki dengan air suam.
2.Kikis biji asam jawa, dan sapukan pada bahagian yang bengkak.
3.Rendam kaki dalam ais.
4. Ambil isi asam jawa, gaulkan dengan sedikit garam sehingga sebati, sapukan pada kaki dan balut dengan kain.
5. Urutlah kaki sekerap yang mungkin. bengkak tu sebab darah tak jalan.
6. Eh, Jangan urut, nanti salah urat.

Untuk Luka:
1. Beli ubat cuci luka.
2. Rendam kaki dengan dettol.
3.Sapu ubat kuning. Nanti luka cepat kering.
4. Balut kaki supaya tak kena bakteria.
5. Eh, kenapa balut ni? Biarkan aje terdedah. Baru lah luka cepat kering kena angin.
6. Ala..susah apa, letak lah Aloe Vera(Lidah Buaya), esok confirm kering. Kalau tak kering jugak, kasi potong!


Dan

Untuk Makluman Kalian,
aku telahpun mencuba KESEMUA petua diatas.
sangat 'berguna' dan 'membantu'.
Terima Kasih lah ye.
(tapi kan, kenapa luka aku tak baik lagi agaknye? Haih..)

Sapu

Salam,

Petang semalam pulang dari kerja
aku berkejar menunggang Weng
sebab nak tengok siri Cinta Balqis.
Entah macam mana tiba di lampu isyarat
sebiji kereta Myvi 'menyapu' aku dari arah belakang.
Tergoleklah aku bersama-sama boyfren aku si GT itu.

Aku tahu dan sedar yang aku sedang terlibat dalam kemalangan.
Aku sedar yang aku sedang terbaring di atas tar. Sendiri.
Aku nampak serpihan kaca berterabur dekat dengan kepala aku.
Aku terus bangun membetulkan helmet.
Aku matikan enjin.
Fikiran masih blur sambil merengus dalam hati sebab dah buang masa aku.
Aku tahu dan sedar yang banyak mata sedang tertumpu kepadaku.
Aku buat tak tahu.
Dalam hati aku cuma risaukan boyfren aku si Weng.
Teruk gak jatuhnya tadi. Entah mana la sakitnya.
Seseorang membantu tegakkan Weng.
Rupanya cermin sisi kanan Weng yang pecah terlanggar sisi Myvi tersebut.

Dalam masih mamai nak memikir apa yang berlaku,
seorang pemandu keluar dari Myvi tersebut.
Cina. Perempuan.
Dia kutip beg plastik kasut aku yang tercampak ke atas jalan.
Sambil menghulur plastik itu dia bertanya kepadaku
"You ok ker? I tak salah, kan? sebab I jalan straight..."
(Abes aku ni jalan senget ker?)
Aku hanya mengangguk terpinga-pinga
"Ha? ha'a..Ok..Ok..Xper.. Xper.."
sambil menggawang tangan (seperti menghalau lalat)
Kemudian dia terus meninggalkan aku, masuk kereta, dan blah.
Begitu sahaja.

Serius.
Aku tak tahu apa harus aku buat.
Yang aku kisahkan adalah Weng.
Hidup lagi tak dia. Parah ke tidak.
Seorang memapah Weng ke sisi jalan.

Aku start enjin.
dan terus memecut balik ke rumah.
Terasa pedih di hujung kaki kananku.
Tapi aku buat tak tahu.
Dalam hati aku cuma nak sampai rumah.

Sampai di rumah
Aku minta Pian periksa Weng.
Katanya tak ada rosak apa-apa.
Sedih aku tengok Weng calar-balar.
Kaki aku luka berdarah kerana bergeser jalan raya tadi.
Selebihnya cuma luka kecil di siku dan jari.

Aku masuk rumah dengan muka selamba.
Orang rumah aku sedang asyik tonton Cinta Balqia (Ces!!)
Aku tegur lebih kurang dan terus masuk bilik ambil kapas.
Aku ke dapur membersihkan luka di kaki.
Sakit nak mampos.

Aku hanya tersenyum keluar dari dapur.
orang rumah aku tanya "kau buat apa dengan tisu tu?"
"Cuci luka" jawabku sambil renyih
"Ha? Kenapa" dia terkejut
"Jatuh sikit tadi.." masih tersengih
"La...Budak nih.."
dan pong-piang lah aku disoal siasat oleh orang rumah aku.

Harini aku pergi kerja macam biasa.
Kaki kanan aku bengkak
tapi aku biarkan saja.
Aku tak boleh cuti atau MC sepanjang minggu ini
sebab aku banyak sangat kerja yang perlu dibereskan
Aku nak kena prepare untuk 'Safety Day' kolej.
Due esok.
Aku mesti sihat. Mesti.

Aku memang macam ni.
Ego.
Degil.
Tak suka berkongsi rasa.
Selalu rasa yang diri tu kuat. Kebal.

Poyo, kan?

IRAMA HATI SAYA