Malaikat Yang Bercakap Tentang Syaitan

Kebanyakan orang akan berasa diri banyak kurangnya berbanding orang lain. Tapi lebih ramai yang mudah berbangga dan berlagak mewah. Jika bercakap soal jodoh, pasangan dan pilihan, sering kali jawapan ini yang kedengaran.

"Aku ni manalah sepadan dengan dia. Dia tu baik umpama malaikat, solat tak pernah tinggal. Sedangkan aku ni tiang agama pun macam nak roboh, amalan sunat jauh sekali nak buat.
Menyetan sahaja yang aku tahu."

Mengaku sajalah. Ini memang ayat kita. Kita semua lah. Kalau anda pernah berkata seperti di atas, TAHNIAH! Nampaknya anda memang sedar diri (sekurang-kurangnya).

Tetapi, benarkah kita sesyaiton itu? Pernahkah kita terfikir bahawa kita ini mungkin malaikat dimata yang lain? Secara sedar mahupun tidak. Tak semua orang jahat itu baik. Dan tak semua orang baik itu jahat. Eh?

Aku bagi contoh. Aku ada kawan. Dia adalah anak buah Geng 77 katanya. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya, tapi masa hari lahir aku dia pernah memberi hadiah berupa speaker set lengkap dengan subwoofer.  Katanya "Ambil sahaja, jangan ditanya mana aku dapat. Aku jaga gudang." Ya. muka dia berparut. Aku dengar rakan menggelarnya 'taiko'. Laras bahasanya juga agak berbeza dengan pertuturan semasa. Tapi dia tidak pula nampak ganas macam pelakon dalam filem melayu-poyo-bajet-gangster-KL-haktuih.

Pada suatu pagi, sedang aku menapak ke tempat kerja. Melawan arus trafik. Aku nampak seorang pakcik sedang menolak motosikal dari arah bertentangan. Ada anak kecil sedang duduk tergantung kaki di tempat duduk hadapan motosikalnya. Kehabisan minyak barangkali. Aku cuma memandang sekilas tatkala berselisih. Matahari mula naik. Tiba-tiba ada satu suara seperti menjerkah, "Aku masuk lambat tau. Ada hal sikit!" Rupanya Man Taiko yang mengekor di belakang aku. Apabila aku toleh, dia sudah berpatah balik dan berlari anak ke arah pakcik tadi. Aku perhatikan tingkahnya. Dia menyapa pakcik itu seperti bertanya sesuatu. Kemudian kulihat Man Taiko menolak motosikal menggantikan pakcik itu menuju stesen minyak berhampiran. Cerita tamat.
   
Aku suka memandang setan. Sebab aku mahu mencari sisi malaikat dalam diri mereka. Dari kaca mata manusia yang lumrahnya sungguh judgemental, aku suka menukar sudut pandang. Takkanlah dalam diri si jahat ini tiada langsung nilai kemanusiaan?

Tapi ini tidak cukup mencabar. Apa kata kita cuba tukar perspektif pula. Mari kita merenung 'malaikat'.

Malaikat yang orang sanjung itu, yang kita nampak mulia itu, pasti ada celanya juga. Kita selalu rasa malaikat itu tidak layak berjalan seiring kita. Bagi kita, malaikat itu terbangnya tinggi. Tidak sajak berganding sama. Jauh punggung dari jamban.

Namun malaikat dimata kita itu, mungkin seorang syaiton kepada yang lainnya. Siapa tahu.
Tapi kita peduli apa, bukan? Asalkan malaikat itu berbuat baik dan berlaku mulia di hadapan kita cukuplah. Ye dak?


Sebenarnya, menyibuk dan mengambil tahu adalah dua perbuatan yang berbeza. Perlu diingat, yang patut itu - Ambil Tahu. Kalau nak lebih - jadilah Penyibuk.

Aku nak cakap benda lain tadi. Tapi tertulis benda lain. Setan betul!

Kawan-kawan aku kebanyakannya malaikat. Semua berwajah 'suci tak buat dosa' punya stok. Pada akhirnya, aku yang dipersetankan. Sebab itu aku lebih suka berkawan dengan setan-setan. Kerana aku nampak sisi malaikat dalam diri mereka yang tidak orang lain sedari.




Notakaki: Aku bukan tak suka kau berkawan dengan dia. Cuma aku tak mahu kau terkena. Jangan nanti cari aku. Jangan nanti cakap aku tak pernah warning.

"Eh, dah kahwin ke? Tahniah! Sampai hati tak jemput."


6 SEBAB KORANG TAK PATUT POST KAT WALL KAWAN KORANG AYAT DI ATAS.
(oleh Prof. Siti Rope'ah)

1. Mungkin kawan korang tu terlalu sibuk dan terlepas pandang. Maklumlah, bukan korang seorang je kawan dia.

2. Mungkin dia cuma buat majlis tertutup yang dihadiri oleh saudara terdekat. Dan korang bukanlah dalam senarai VIP dia.

3. Korang cuma friend yg suk
a 'like' setiap status dia, tp tak pernah bertanya khabar, apatah lagi bersua muka. Kalau jemput pun belum korang datang.

4. Korang asyik tukar nombor, bila kawan tu nak contact tak pernah dapat.

5. Korang ada buat salah, dan dia berdendam dengan korang. Mungkin juga korang pernah tolak cinta dia. Puih!

6. Dia memang tak ada niat pun nak jemput korang. Seriously, are we friends anyway?!



Notakaki: Doakanlah kebahagian kawan kita walaupun kita tak dijemput.
Jangan la buat dia rasa bersalah pulak. They're just wanna be happy. Maybe without us around. =)

JOM KEMAS: Tepak Cincin

Salam..
Kepada gegirls yang memang suka kumpul set aksesori yang macam-macam jenis dan bentuk tu, sini Cik nak ajar cara housekeeping yang paling sempoi. Kita ni kalau dah banyak sangat koleksi, kadang tak tahu nak simpan mana kan? Nak beli bekas takut membazir, lebih baik tambah koleksi lain pula, ye dak?

Ok la, tanpa membuang masa, hari ini Cik akan tunjukkan secara ringkas bagaimana kita ni boleh simpan barang kemas dengan kemas. (Kenapa namanya barang kemas sedangkan barang ni lah yang kita duk sepahkan..?)


Gambar di atas merupakan hasil kerjahanam tangan Cik iaitu Tepak Cincin Siti Rope'ah. Well, Cik memang suka pakai cincin. Hari-hari tukar, ikut kesesuaian majlis dan pakaian. Cik ada pelbagai jenis cincin dari buatan plastik, besi, rotan, emas celup dan emas tulen. Bila dah banyak tu kita nak lah juga ada tempat letak kan? senang la nak pilih kalau nak cepat.

Actually, Cik juga survey kat kedai harga bekas aksesori ni ada yang mencecah RM50. Apa kau gila mahu membazir uwang kau hanya untuk bekasnya sahaja? Kerna itu, daku fikirkan adalah lebih jimat kalau daku boleh buat sendiri.

Bahan-bahannya juga simple amat. Anda hanya memerlukan 4 bahan utama. 
  1. Kotak kosong (kayu atau plastik)
  2. Span nipis
  3. Kain baldu (kain biasa pun boleh)
  4. Double-sided tape.
Mula-mula potong span nipis mengikut saiz kotak.
Lekatkan double-sided tape di atas span yang telah dipotong dadu tersebut.
Kemudian, tampal kain baldu pada permukaan span yang telah dilekatkan dengan pelekat itu.
Akhir sekali, gulung dan susun ke dalam kotak kecil itu sehingga padat.
Boleh juga digam setiap helaian kalau takut tercabut.

Siap!
Seriously, sangat senang.
Order pizza delivery pun tak senang macam ni. Kan Jonet kan? kan?
  

Royal Selangor Pewter

Macam mana nak mula ye?
Ok. Aku ringkaskan.
Nurul ajak aku pergi Family Day company tempat dia bekerja.
Aku tiada halangan. Hujung minggu memang bosan kalau bujang.
So aku ikut sahaja.

ROYAL SELANGOR Factory and Visitor Centre

Terletak di Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya. Kalau turun kat LRT Wangsa Maju, dalam 10 minit naik teksi dah sampai. (Aku rempit je dari rumah).

Menatang gedabak di belakang aku adalah landmark untuk Royal Selangor.Tankard atau kole logam ini boleh dilihat di perkarangan pintu masuk. Diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai  World's Largest Pewter Tankard, kole ini dibuat pada tahun 1985 sempena seratus tahun penubuhan Royal Selangor.


Dengan ketinggian 1.987 meter, dan seberat 1557kilogram, tankard ini boleh mengisi sehingga 2,796 liter air. Replika ini telah dibawa dan dipamerkan di serata dunia seperti Kanada, Australia, Singapura dan China. 
(Apa macam? Ada tokoh dak aku jadi pemandu pelancong?)


Berbalik kepada cerita sebenar kita tadi.
Sebelum bertolak ke sana, aku dibekalkan dengan satu booklet kupon untuk digunakan semasa hari keluarga berlangsung.
Pelbagai permainan disediakan. Satu kupon hanya untuk sekali main sahaja.

So, kalau rasa nak replay game, pergi la curi kupon orang lain. Hehe..
Aku sendiri pun tak main semua game. Ramai sangat yang beratur menunggu giliran. Buang masa aku je.
Tengoklah ni. Mengalahkan budak-budak berebut nak main game.
Belon udara panas turut disediakan secara percuma.



Selesai memeluhkan badan di padang, Nurul ajak aku meninjau sekitar Visitor Center. Kalau ikut tahap kerajinan yang dah low, aku memang malas. Tapi sebab dia nampak excited sangat nak menunjuk, maka aku ikutkan sahaja.

Kaki dah penat, naik eskalator la kita kan?
Pada tahun 1885, seorang peniaga barangan logam bernama Yoong Koon  telah membuka sebuah gerai kecil yang dinamakan 'Ngeok Foh' atau Jade Peace.

Selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, beliau mula melebarkan sayapnya dengan menghasilkan produk tankards, ashtrays and tea services.
Produk ini mula dikenali dengan nama Selangor Pewter.
   
Ukiran nama pengasas dalam pinyin berbunyi 'Yang Kun'. 

Antara hasil kraftangan pewter yag dihasilkan.

Di ruang pameran ni ada satu sudut yang dinamakan
The Hall of Frames. Mempamerkan pelbagai jenis bingkai
dengan tema tersendiri seperti Disney, abstrak dan geometri. 
  
 
  







Replika ikon nombor satu negara, Menara Berkembar Petronas ini telah dihasilkan dengan 7,000 pewter tankards!



Selain menjamu mata, kami juga berpeluang merasai pengalaman membuat handcraft yang dinamakan 'Hammering Pewter'. Ada lagi satu corner tu nama dia  'School of Hard Knock'.
Kena bayar RM50 untuk belajar buat pewter dan akan dapat sijil on-the-spot.  


 

 
Yang ini paling menarik. Menurut kata si Nurul, mana-mana staff Royal Selangor yang berkhidmat lebih dari 5 tahun akan mengabadikan plaque tapak tangan mereka di dinding laluan masuk ke Visitor Centre.
Bak kata Boboiboy.. TERBAIK!!!!
 
Dengar cerita sekarang Visitor Centre ni dalam proses ubahsuai.
Mesti lagi mengancam after make-up.
Datang jangan tak datang!



Tiba-Tiba

Tanpa tauliah,
Tiba-tiba semua orang adalah penulis.
Tiba-tiba semua orang adalah jurugambar.
Tiba-tiba semua orang menjadi model.
Tiba-tiba semua orang adalah pengkritik.
Tiba-tiba semua orang bergelar ahli politik.

Tiba-tiba semua orang mengaku ahli akademik.
Tiba-tiba semua orang berunsur islamik.
Tiba-tiba semua orang menjadi pencinta.
Tiba-tiba semua orang turut membenci.
Tiba-tiba semua orang berpura-pura bahagia.

Tiba-tiba semua orang adalah kaunselor rumahtangga.
Tiba-tiba semua orang berlumba menayang harta.
Atas dasar apa semua orang ini?
Atas dasar berkongsi.
Rasa dalam diri.


Atau tiba-tiba ada niat untuk tidak menjadi diri sendiri?

Diari Rempit Siti Rope'ah: Throttle

Salam.
Tolong aku weh.
gugel image

Tadi masa nak pergi kerja, selepas turun dari flyover,
throttle sangkut (agaknyalah).
sebab motor aku tak mau perlahan walaupun dah lepas minyak.
tengah gear 4 time tu.

aku try pijak brake, tapi lepas tu dia lajak lagi...nak benti pun tak boleh.
BAHAYA BETUL.
aku cuba turun gear 3, motor macam nak melompat.
aku bagi signal kiri then cuba juga sampai jadi Neutral.

selepas parking, aku cepat-cepat matikan enjin.
tapi bila aku pulas semula kunci,
motor terus hidup sendiri (tanpa starter).
aku dah tak tahu dah nak buat apa. takut aku nak naik lagi. ='(

dah la berkejar nak ke office.
office aku tepi highway. jalan sehala.
guard tu tengok je aku lalu terus tanpa berhenti di pagar office.
mujur depan sikit ada training centre. situ la aku parking.

haih~

Pisau dan Helmet


Tengah kemas beg nak pergi kerja.
Aku nampak kelibat di tingkap rumah.
Aku perhati langsir. Bergerak-gerak.
Macam ada orang selak.
Bunyi bingkai ram tingkap dibuka.
Aku berjalan perlahan ke dapur.
Mencapai pisau dapur yang paling besar.
Tingkap sebelah pintu.
"Siapa kat luar tu?!"
Aku menyergah sambil membuka pintu rumah.
Bersarung coverall, helmet di kepala, dan pisau di tangan kiri, kupandang tajam ke arah lelaki bertopi di hadapanku, cuba merekod wajahnya.
"Err.. kat sini bukan rumah sewa ke?"
Butir perkataan yg keluar dari mulut lelaki itu agak berterabur.
"BUKAN!"
Jawabku keras.
Pisau masih kugenggam kemas.
Tanpa menunggu jawapan dariku, lelaki itu berjalan pantas melarikan diri.
Aku sempat melihat 'beliau' menghidupkan motorsikal dan beredar.

Ok. Cemas juga sebenarnya...(-.-')

‎Surat Untuk Makpak Budak


Salam MakCik dan Pakcik,
Tanpa banyak mukadimah, saya nak straight to the point. Anak Makcik dan Pakcik sudah bikin saya hangin sejak minggu lepas lagi. Sebelum saya menuduh mereka sebagai anak tak kenang budi, ingin saya bertanya kepada Makcik mahupun Pakcik sekalian: adakah mereka memang biasa buat perangai macam ni? Adakah kerja mereka hanya untuk menghabiskan duit Makcik dan Pakcik sahaja?

Makcik dan Pakcik yang dihormati,
Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka tinggal di asrama atau bersama Makcik dan Pakcik di rumah. Yang pasti, kelibat mereka tidak kelihatan di dalam kelas saya. Dan saya juga pasti Makcik dan Pakcik tidak bersubahat dalam gejala ponteng ini.

Makcik dan suaminya Pakcik,
Saya tidak mahu memaksa mereka untuk belajar, cuma saya kesian sama Makcik dan Pakcik sebab telah melabur wang kepada anak-anak Makcik dan Pakcik yang tidak reti menghargainya. Apa kata Makcik dan Pakcik beri sahaja wang tersebut kepada saya, boleh juga saya buat belanja kahwin kelak.

Akhir kata, izinkan saya menengking anak-anak Makcik dan Pakcik sekiranya saya bertembung dengan mereka. Kira saya ni wakil Makcik dan Pakcik yang jauh di kampung halaman lah. Ikut hati saya nak rotan je sekor-sekor. Diorang ingat aku ni tunggul? Eh, maafkan saya, terkasar bahasa pula.

Itu sahaja untuk kali ini. Diharap Makcik dan Pakcik redha jika anak-anak Makcik dan Pakcik sekalian pulang beraya bersama lima kesan jari di pipi masing-masing. Mungkin itu yang terbaik.

Sekian. Salam Satu Syawal 'Janji Diketupati'!

Yang Bengang,
-Cikgu Siti Rope'ah-

Roti Gulai Sardin

Pagi tadi Jihah bangun pukul 4.00 untuk masak kari sardin.
Aku pula bangun jam 5.15 untuk goreng roti canai.
Kami berdua berhajat besar untuk puasa sunat hari khamis.


Lebih kurang jam 5.40 semasa menggoreng roti terakhir, jihah bertanya,
"Subuh kul berapa?"
Lalu dijawab oleh aku
"6.15 kot.. lambat lagi.."

tiba-tiba ....

'AllahuAkbar! Allahu Akbar!!!........................'

berkumandang  azan suboh..

Aku dan Jihah serentak berpandangan sesama sendiri ... lalu..

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Kali pertama dalam hidup kami bersarapan seawal jam 5.30 pagi!  :(

Kita sebut kari. Orang utara sebut gulai.
Tapi, nak habaq hang.. kari sardin Jihah memang best in the world!




Notakaki: Tiapkali puasa aku mesti teringat kisah ni. Romdon datang lagi. Selamat berpuasa sekalian umat.

Career and PostGraduate Fair

DATE: 30.06.12
TIME: NOON
LOC: Kuala Lumpur Convention Centre

Pada satu hujung minggu, Shah ajak aku pergi KLCC. Ada career fair katanya. Aku cuma menurut sebab bosan. Aku memang tak minat sangat pergi fair yang macam ni sebab kita tahu chances are very mini tiny.
Aktiviti wajib adalah mengumpul goodies. Kan? Kan?

Kami pergi sehelai sepinggang je, memang niat nak mengisi masa lapang sambil survey apa yang patut. Oleh sebab itulah kami sempat dipandang serong di beberapa booth kerana tidak membawa salinan resume dan sijil berkaitan. Pakaian pula langsung tak formal. Ah, kami bukan datang untuk interview pun. Datang melawat dan meramaikan majlis pun salah ke? At least berterima kasih lah sikit sebab kami dah menambah bilangan pengunjung kan. Banyak bunyi pulak diorang ni.

Rata-rata yang menjadi jurucakap bagi booth yang diwakili ni aku tengok macam tak ikhlas je. Bila kita approach their booth, they are not ready to help us with our query. Contoh conversation between aku dan the spokesperson..or you can call him 'SpookyPerson'. erk!
"Kak, nak tanya sikit boleh?"
"Nak tanya apa?"
"Ini booth apa?"
"TalentCorp.." (krik..krik.. bunyi cengkerik..)
 "Oh..(dengan muka penuh minat). Erm...TalentCorp ni buat apa ye?"
"Kita ni sebagai jambatan antara kerajaan dengan majikan la. Kita sediakan training untuk orang yang nak bekerja and bla.. bla.. bla.." (cakap punyalah slang)
"Kira korang ni agen la?"
"Eh..bukan.. we all ni macam.. er..macam.. erm.. we provide and link the person that want to work and we advise them on the suitable job for them la.. we all ni kira..erm... jambatan la..ye naw.. between the worker and the government.."
"So, sini provide training ke?"
"Eer..something like that."
"Kalau kitorang ni nak apply untuk jadi trainer kat sini ke..boleh tak?"
"Hm.. so far.. kita tak buka vacancy untuk position tu."
(Aku) ............?
Entah lah. Aku agak frust dengan PR diorang ni. Please don't judge the book by its cover. Memang la muka aku dan Shah macam budak sekolah, tapi itu bukan salah kami. Dah takdir kami ni keturunan awet muda, nak buat macam mana lagi. Tolong la terima hakikat. Jangan la cakap kami ni baru lepas sekolah, kemudian buat muka tak nak layan bila kami bertanya. Siap buat-buat tak nampak lagi. Baik tak payah jadi promoter or spokesperson kalau you sendiri in avoidance to speak. Aku sepak juga muka sorang-sorang ni kang.

Dan disebabkab kekecewaan itu, Shah cadangkan aku join satu game ni. Kebetulan kitorang lalu dekat booth myHarapan. Booth diorang ni penuh dengan butterfly. Bila kami mintak penerangan lanjut pun mereka memberi kerjasama. Apa yang aku paham, myHarapan macam provide dana untuk program dengan budget RM5K ke atas. Kita just kena submit proposal dan nanti pihak myHarapan akan saring.

Tapi lantaklah dengan natang tu, yang penting aku nak story pasal game yang aku join ni. Orang myHarapan tu cakap, kalau kami tangkap 5 gambar di mana-mana booth dalam Career Fair ni, kami boleh dapat T-shirt special. Aku sebenarnya tak berminat nak buat kerja tak berfaedah ni. Tapi Shah paksa. So aku ikutkan sahaja, lagipun mana ada orang kenal aku.

Syaratnya kena pakai topeng yang diberi dan bergambar di booth yang berbeza.

Task yang senang macam ni mustahil lah aku tak boleh completekan. Dengan goreng pisang panasnya kami kembali ke booth myHarapan untuk menebus hadiah.

Nampak tak butterfly kat belakang tu? Semua handmade.

Saiz baju ni tidak berpadanan dengan proportion aku. So aku bagi kat orang. Menghadiahkan hadiah.

Yey!




Notakaki: Ada pepatah menyatakan bunga yang yang layu haruslah disiram nampak segarnya. Bunga yang rosak haruslah dibuang cari penggantinya. Supaya halaman nampak cantik dan berseri-seri. Kepada yang frust tu, enjoy the feeling, bukan selalu putus cinta, ye dak?

Surau Jumaat Pudu Sentral

Hentian Puduraya? Nope!
Sekarang sudah tukar.. PUDU SENTRAL.

Aku tak nak komen tentang Pudu Sentral yang telah dibuka semula pada Ogos 2011 selepas renovation yang melibatkan kos sebanyak 3 juta pada tahun 2006. (info cik wikipakdia di sini.. haha!)

Dua minggu yang lalu, aku berpeluang ke Puduraya. Itupun sebab temankan si Nurul, dia nak beli tiket raya.
Tempat jual tiket dia agak kepam sebab berlantaikan karpet dan tertutup. Maybe because of the poor ventilation. Ecceh.. sejak bila pula aku bijak sains ni kan?

Selepas selesai membeli tiket, kami singgah solat Zuhur.
Weh, tiket bas habis nak habaq hang.. itupun depa bukak tiket bas tambahan tau!
Padahal belum bulan posa lagi tu.
Awatnya aku duk cakap utagha ni?
Pasai Nurul nak balik ke Kulim..
Mai cik mai cik mai... Mai ke Negheri Kedaahhh...
Ha, aku la ni versi 1 Malaysia, semua loghat aku dah master. Hang ado?

Aduih.. Out of Topic lagi.. minta maaf ye.
Sebenarnya aku nak berkongsi tentang Surau Jumaat di Pudu Sentral.
Jauh beza dengan surau Pudu di jaman aku balik naik bas dolu kala.

Ok, untuk sesiapa yang tak tahu, 'Surau Jumaat' adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada surau yang boleh digunakan bagi menunaikan solat fardhu Jumaat.


Nama surau ini adalah Surau Jumaat Al-Hidayah. Sebelum masuk ke dewan solat, kita kena tinggalkan bagasi di kaunter yang disediakan. Kalau tidak, nanti makcik tu marah. Jangan risau, tak payah bayar pun.


Tengok la hallway dia.. bersih dan cantik. Lantai jubin. Aku memang spesis cepat teruja. Mungkin dia nak elak orang berebut-rebut semasa peak hour, jadi laluan masuk ni cukup lebar dan luas. Jangan main kejar-kejar kat sini sudah la ye.


Rak kasut juga ditempatkan di pintu masuk. That's why la hallway dia bersih. Korang yang pakai kasut branded tu mesti risau kasut korang hilang kalau tinggal kat rak luar kan? Haha! Orang kata, semahal-mahal kasut, letaknya di kaki juga, so nak buat apa berlagak mewah.. ye dak? Kalau sayang sangat, simpan dalam beg. Ataupun, bawak sekali masa solat, buh kat depan korang. Kih! Kih!


Tempat berwuduk dan tandas di hujung laluan masuk. Aku suka sebab tempat wuduk ni tertutup, jadi kita tak perlu risau untuk membuka tudung atau nak lipat seluar. Pintu yang ada signage biru pecah tu adalah tandas. Tandasnya juga besar dan selesa. Sebelum masuk ke dewan solat wanita, sila baca peringatan ni kalau tak nak kena 'sound'.


Memang syok lah kalau solat di sini. Kalau dulu tu, surau dia kat tempat parking, pastu kadang-kadang kena kongsi tempat wuduk dengan lelaki. Sekarang... tengoklah ruang solat surau ini....

Cantik sangat!

Aku duduk betul-betul di tengah ruang solat ni. Nampak tak rak kasut kat cermin kaca tu? Itu kan laluan masuk tadi. So, dapat bayangkan tak betapa luasnya dewan solat ni? Bagi aku design ni sangat praktikal. 
Oh ya.. in case korang tak boleh solat, atau nak tunggu kawan yang make-up kemain lama, boleh la duduk di bangku lekuk yang disediakan di bahagian belakang surau ini.

Overall.. aku bagi 4 bintang..
Jangan lupa singgah solat kat sini ye!



Notakaki: Kualiti gambar kurang memuaskan sebab aku snap dengan Samsung Champ je. But it's not that bad, kan? Yang penting aku nak share the good thing in it. You follow?

Siti Rope'ah Veil - The Red Rose

Tudung ni aku jahit semalam.
Khas untuk Hari Lahir Nazariah yang ke-28.
Sepit reben yang comel tu adalah special complimentary.

"Gua Sayang Sama Lu!" 

Kisah Klasik #5

Habis sekolah rendah, aku masuk sekolah asrama. Hampir empat bulan aku di sekolah menengah kebangsaan agama, aku ditawarkan ke sekolah asrama penuh yang diilhamkan oleh Dato’ Najib.
Sekolah ni sekolah yang baru dibuka pada tahun tersebut dan bukanlah seperti sekolah menengah lain. Ia menggabungkan pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5 di bawah satu bumbung. Dan semua pelajar tinggal di asrama (termasuk pelajar sekolah rendah).
Masalah buli memang tiada, kerana kebanyakan senior atau kakak-kakak di’buli’ oleh adik-adik sekolah rendah dengan tiket ‘adik angkat’. Budak sekolah rendah pula bukan sembarangan budak. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian akademik semasa di Tahun Satu hingga Tahun Tiga sekolah masing-masing. Zaman tu ada Penilaian Tahap Satu (PTS), pelajar Tahun Tiga yang cemerlang akan lompat terus ke Darjah Lima atau ditawarkan ke Tahun Empat sekolah aku.
Korang paham tak sifir kat atas ni? Kalau tak paham pun, lantaklah!
Settle background information, sekarang kita teruskan dengan kisah aku dan cinta monyet. Mungkin juga bukan cinta, dan yang pasti aku bukan monyet.
Selang beberapa bulan selepas aku berpindah sekolah, ada seorang budak lelaki pula mendaftar ke sekolah baru aku. Dia budak Tingkatan Dua, katanya dari Sekolah Sains Selangor. Aku masih di Tingkatan Satu. Aku tahu dia budak baru pun sebab dia seorang je yang pakai tali leher lain dari yang lain. Tak mungkin dia ketua pelajar sebab fizikal dia agak kecil. Biasanya ketua pelajar ni kenalah yang berbadan besar dan bermuka bengis plus berlagak.  Itu standard.
Masa mula-mula aku tengok dia, hati aku cakap “macam pernah nampak”. Tapi mungkin itu mainan perasaan aku sahaja. Tak mungkin dia saudara atau kerabat aku sebab dia dari Kuala Lumpur.

Aku jadi ‘secret admirer’ dia semenjak itu. Tak ada siapa pun yang tahu aku minat kat dia kecuali Zulikha, junior yang sebilik denganku. Yang paling kelakar aku tak tahu maksud secret admirer. Aku ingat ‘secrect admirer’ merujuk kepada ‘orang yang kita suka’. So, setiap kali aku nampak dia, aku akan siku Zulikha sambil menggelarnya secret admirer aku. Semasa di university baru aku tahu yang secret admirer bermaksud sebaliknya. Sah-sah bodoh Inggerish aku ni!
Seperti juga orang lain, I went chasing him secrectly. Macam-macam benda aku buat waktu tu, kalau diingatkan semula memang aku akan rasa macam nak sekeh palotak sendiri. Bukan setakat childish, tapi langsung tak membawa manfaat kepada aku mahupun umat manusia sejagat.
For example, aku tahu dia masuk kelas sains teknikal semasa di tingkatan empat. Aku cuba bertindak romantic dengan membeli buku Lukisan Kejuruteraan untuknya.
Hari sabtu adalah hari ‘outing’ atau keluar bandar bagi budak asrama. Biasanya mengikut giliran. Kalau minggu ini budak asrama putera keluar, minggu depan asrama puteri pula. Aku rasa cikgu buat macam tu supaya budak-budak tak dapat dating kot.
Waktu minggu kami (pelajar perempuan) dibenarkan keluar bandar, aku terus berjalan kaki ke kedai buku. Nama kedai tu Sri Wangi, tak tahulah sekarang masih ada lagi atau tidak. Aku pergi ke bahagian kejuruteraan lalu terus mencapai buku yang kuanggap ada kena mengena dengan aliran beliau. Duit aku dah kumpul lama, zaman tu nak dapat dua puluh ringgit bukan senang. Kena keluar duit biasiswa dengan mereka alasan yang nampak akademik. Contohnya dalam borang keluar duit tu aku tulis ‘membeli peralatan dan keperluan diri’. Padahal maksud sebenar adalah ‘membeli-belah untuk kepentingan sendiri’. Haha!
Settle bab beli buku, timbul pula masalah untuk buat sesi penyerahan. Kalau tak silap  kelas aku terletak bertentangan dengan blok kelas beliau. So, aku selalu jugak lah mengintai dari tirai kamar, memerhati dari kejauhan, dia pergi dan pulang dari kelas semua aku teropong.
Tapi aku tak pernah menegur, apatah lagi bercakap dengan dia. Untuk memberikan hadiah dalam tangan aku kepadanya, aku perlu membuat perancangan yang teliti. Aku tak boleh bagitahu sesiapa. Kalau budak kelas dia atau budak kelas aku tahu, mampos la aku, mana nak sorok muka.
In the end, what I did is.. aku telah menceroboh ke kelas beliau pada waktu riadah. Waktu riadah semua wajib ke padang, jadi tak ada sesiapapun yang sepatutnya berada di kawasan sekolah.
Suatu petang yang hening, aku mulakan operasi bersama Zulikha. Dia jadi pemerhati di sudut koridor. Kami merangkak perlahan menyusuri laluan ke kelas beliau, bimbang ada orang nampak. Sampai sahaja di kelas teknikal itu, aku segera memasukkan buku yang aku belikan itu ke dalam laci mejanya. Meja dia agak kemas dan tersusun. Kalau tak silap, aku ada selitkan sekeping nota di celah helaian buku itu. Tulis apa? Aku pun tak ingat la.

Malam itu aku jeling kelibat dia dari kelas aku. Waktu ‘PREP’ aku pura-pura mengasah pensel di belakang kelas. Sebenarnya nak dapatkan view yang lebih jelas kerana tong sampah terletak di sebelah pintu kelas. Aku tengok dia selamba je, macam tak terkejut pun. Mungkin dia tak perasan agaknya. Atau mungkin juga buku itu tidak berguna baginya. Entah lah.

Banyak juga la siri aku menjadi pemerhatinya dari jauh. Waktu riadah, waktu makan di dewan, hari sukan, perhimpunan, pendek kata, dalam setiap kesempatan yang ada la. Tapi sampai ke sudah aku tak tahu dia sedar atau tidak tentang aku. But it’s kinda exciting to do those sorts of stupid things, you know?
Jangan tak tahu, aku juga sanggup berlatih dengan gigih untuk masuk pemilihan pemain hoki sekolah semata-mata untuk join dia. Tak sangka pula aku terpilih dan kami dapat mewakili sekolah sampai peringkat negeri.
Sampai la satu hari tu, aku dan Zulikha bertembung dengannya di tangga sekolah. Aku masih tidak tahu sama ada dia tahu aku suka kat dia atau tidak. Jadi seperti gadis gedik biasa, aku jadi kekok dan malu dalam teruja tatkala melihat lelaki pujaan berada hampir denganku.
Dia melangkah laju menuruni anak tangga bersama Benjamin. Benjamin adalah pelajar sekolah rendah yang agak rapat dengannya. Dia menjeling sekilas kepadaku. Aku dan Zulikha masih duduk bersidai di kaki tangga berhampiran koridor. Buat muka tak bersalah.
Sampai di hujung tangga aku terdengar Benjamin bersuara.
“Itu la budak tu Abg Aman!”
“Mana?”
“Tadi tu lah.”
“Kampang betul...!!”
Maka dari situ sedarlah aku bahawa lelaki ini, yang aku puja dalam diam ini, yang aku berhabis untuknya ini, sebenarnya tidak langsung memandang aku hatta sebelah mata. Aku ada dengar cerita  yang dia sedang bercinta dengan si Orked, rakan setingkatan aku pada ketika itu.
That was the turning point –he cursed at me. And that was the time I put a full stop to my own pathetic story.
Epic Fail.


Notakaki: ‘Kampang’ adalah ungkapan mencarut yang membawa maksud yang hampir serupa dengan ‘Anak Harrum’ dan sewaktu dengannya. Zaman sekarang tak guna dah kot perkataan ni. Bunyi vulgar gila. Anyway, Selamat Pengantin Baru Muhammad Nurussaman. Walaupun kau tak pernah suka kat aku, tapi terima kasih sebab bagi aku peluang melalui fasa excited as a your secret admirer. Tahniah juga cuz berjaya menempat diri anda dalam senarai Kisah Klasik ini.

Diari Rempit Siti Rope'ah: Tiket


Cadangnya petang ini nak mengisi tangki dan mencari tiket.
Minyak berkelip, mahu ke Jelatek.
Seingat aku, landmark ke kaunter Trans --> Petronas di sebelah kiri.

Memecut dari pejabat menghala Keramat.
Jalannnya lurus sahaja.
Pecutan semakin perlahan.
Sampai hujung jalan, Petronas masih tidak kelihatan.
Sambil lalu, terperasan "Transnasional" di sebelah kanan.
Lor..Petronas tu dah tak ada rupanya.
Tinggal construction je kat kawasan tu.

Bila dah terlepas, tak sempat nak U-Turn.
Kereta banyak pula tu. 'Peak Hour' lah katakan.
Maka dengan yakin aku masuk ke satu simpang.
Harap-harap ini  jalan patah balik.

Tapi, kenapa tiada kenderaan langsung yang lalu jalan ni?
Waktu ni sepatutnya jalan sibuk, semua orang keluar pejabat kan.
Keluar sahaja dari selekoh sunyi itu...
Hah sudah, serta merta jadi gelabah...HIGHWAY?!

"Ni highway mana pulak ni? Itu la..siapa suruh main masuk je simpang tadi. Siot betullah..ke mana hala ni.. haduih.!"

Aku membebel dan menjerit sendiri sambil motorsikal ditunggang tanpa arah.
Di hujung lebuhraya, ada signboard bertulis 'IPOH' dan 'SEREMBAN'.
Satu susur kiri, satu lagi terus.
Tidak!!!!

Terpaksa redah je.
Keluar highway, tembus Kampung Baru.
Aik?

Kalau terus lagi, ke pusat bandar lah jawabnya.
Jalan confirm jem teruk ni.
Tadi pun dah bersempit-semput dengan kereta besar warga Key-El.
Mana mau pergi?

Dalam kalut itu, sedar-sedar aku sudah berada di lebuhraya.
Again? Oh no!

Baru aku tahu, laluan motorsikal di plaza tol sangatlah azab.
Beratur macam kereta tak lepas bayar tol tau.
Akhirnya, aku nampak signboard susur ke Wangsa Maju dan Jelatek.
Fiuh~~~

Asalnya nak cari tiket yang lebih dekat dan cepat.
Tak sangka lain pula jadinya.. Haih...!



Notakaki: Selama ni kalau merempit malam-malam buta tak pernah pula haru macam ni. Tenang je layan angin kat highway. Mungkin aku tak sesuai jadi rider siang hari.

F for Fella *3: BUDAK INI

Salam.
Kes aku hari ini adalah tentang seorang budak.
Budak kelas aku.


Sebenarnya ini cerita semalam, tapi tak sangka lak ada episod sequel.
Haih, aku letih sebenarnya nak ulang-ulang cerita yang sama.

Macam ni...
Semalam kelas aku ada Guest Lecturer. Aku jemput dia khas dari HR Unit sebab topik terakhir untuk subjek ini adalah berkaitan Job Application Techniques and Effective Resume Writing.

Pensyarah Jemputan ini dijadualkan menjadi penatar bagi ketiga-tiga kelas aku, bermula jam 9 pagi dan berakhir lewat jam 3 petang. Dua jam bagi setiap sesi.

Aku tegar berada dalam kalangan pelajar kelas sepanjang waktu tersebut.
Naik gila isim jugak aku mendengar lecture yang sama sebanyak tiga kali!

Kelas pertama agak senyap.
Mungkin mereka cuak dengan kedatangan pensyarah baru itu.

Kelas kedua agak aktif dan pelajar memberi kerjasama dengan komunikasi dua hala (mungkin secara paksa, haha!).

Kelas ketiga yakni kelas terakhir... di sinilah bibit-bibit drama swasta mula berputik..

Sementara menunggu ketibaan Puan Pensyarah Jemputan, aku menelek helaian tugasan(assignments) yang dihantar pelajar. Kepala dah naik penin, mungkin kerana berada dalam kelas yang sesak itu sepanjang hari.

Melihat hasil kerja mereka yang sangat cincai itu membuatkan aku menjadi semakin panas hati. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak puas hati.
Mulut aku membebel kecil merungutkan perangai mereka.

“Hish.. tak tahulah nak cakap macam mana lagi.. Sebenarnya dengan kelas kamu semua ni, saya tak ada masalah langsung. Awak semua rajin dan bagus-bagus. Cumanya, saya tak suka dia..dia..dan dia..”
Aku mengeluh sambil menuding jari ke arah tiga orang pelajar di hadapan aku.

Tiba-tiba pintu kelas terbuka, Puan Pensyarah Jemputan melangkah dengan senyuman.
Aku membalas senyumannya lalu terus meninggalkan meja pensyarah.
Aku duduk di tengah menyertai pelajar yang lain.

Ketika membetulkan duduk, satu suara berbunyi dari arah belakang..

“Miss..Miss tunjuk kat saya ke tadi?”

“Tak tahulah..” aku menjawab malas.

“Miss..kalau ada masalah cakap la dengan saya.. saya bukan suka-suka datang sini..” beliau bersuara lagi.

Seisi kelas mula memandang ke arah kami.
Begitu juga Puan Pensyarah Jemputan.

“Kejap lagi kita bincang, belajar dulu, ok?” balasku dengan suara mendatar.
Mulut masih mampu tersenyum. Tak ikhlas punya.

Aku kembali mengalih pandangan ke hadapan. Puan Pensyarah Jemputan juga sudah mula memberi kata-kata aluan kepada kelas.

“Hei, Miss.. Jangan buat macam ni.. Saya bayar untuk belajar kat sini tau!” kali ini suaranya semakin keras dan bernada tinggi.

Sekali lagi kelas menjadi gumam.
Aku menoleh ke arahnya yang duduk selang seorang di belakang aku.
Beliau memandang tajam ke arahku sambil mengetap bibir.
Mungkin dia ada niat nak terajang aku.

“Ye..saya tahu..kita belajar la dulu ye..?”
Aku sehabis mungkin melembutkan suaraku. Tidak mahu mengganggu kelas.

Puan Pensyarah Jemputan menjeling ke arah kami. Seperti bertanya what’s going on there.
Aku segera menggeleng dan memberi isyarat untuk meneruskan pelajaran.

Keadaan kelas nampak tegang untuk suku masa pertama.
Aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada penerangan Puan Pensyarah Jemputan.

Hati sudah mula bengkek.
Ikut rasa tadi mahu sahaja aku seret budak itu keluar kelas.
Aku tak tahu angin mana yang masuk badan dia sampai begitu semberono sekali lagaknya.
Jantung aku berdegup laju, darah menyirap, jariku yang tadinya memegang pen tiba-tiba kelihatan mengetuk permukaan meja berulang kali tanpa disedari.
Otak aku toksah cakap la, sambil fikir sambil maki, sambil mendengar lecture Puan Pensyarah Jemputan, oh aku memang unsettled.

Mengenangkan Puan Pensyarah Jemputan yang nampak sangat bersemangat mengajar, aku cuba tenangkan diri sendiri. Perlahan-lahan aku kumpulkan fokus untuk stay dalam kelas itu hingga akhir.

Tuhan saja yang tahu..perasaanku..berperang dengan suasana...
(sempat lagi zamani menyampuk).

Lewat jam 3 petang, kelas tamat.
Aku mengemas kembali meja pensyarah.

Budak itu hanya beredar melepasi aku.
Mungkin dia ada menoleh, tapi aku tak perasan.
Mungkin juga tiada. Ah, bukan urusan aku.
Aku sangka dia akan berjumpa aku di luar.
Negatif.

Jadi aku kira tutup kes. Mungkin dia rasa bersalah.
Kalau dia tak nak datang minta maaf pun aku tak ambil port.


* * *


Rupanya hari ni lain pula ceritanya.
Tengah seronok-seronok lepas kelas tambahan dengan Geng Pulun, aku dapat call.

Tuan Sharin datang cari aku di pejabat.
Katanya ada hal mustahak hendak dibincang.
Aku diminta ke bilik Tuan Samat.

Tuan Sharin said that there were 3 students came to meet him today.
They asked Tuan Sharin on how could they possibly lodge a complain on me.
Tuan Sharin then advised them to meet me personally first before proceeding with the complain form.
They finally requested me to meet them.


Mereka tidak puas hati sama aku.
Jadi mereka nak adakan perjumpaan exclusive dengan aku.
Aku suspect ini mesti pasal kes semalam. Positif!

Yang paling best tu, mereka siap cakap sama Tuan Sharin, kalau aku ni nak tegur mereka, boleh...tapi jangan depan orang lain. Panggil one-to-one.

Amboi.. Amboi.. Amboi.. Apa kau ingat aku ni siapa?
Siap boleh bagi syarat nak menegur anak murid sendiri lagi.

Hebat ek zaman sekarang ni, anak murid pulak yang boleh mengajar cikgu.
Kalau macam ni, cikgu-cikgu boleh goyang kaki la. Ataupun cucuk idung macam lembu, suruh anak murid tarik.


* * *

Obviously perkara ini sedikit menjejaskan reputasi aku jika dibesarkan oleh budak bertuah ni.

By the way, memandangkan aku sendiri pun tak tahu apa nasib aku lepas ni, maka kat sini aku nak buat profiling tentang mereka ini. Sorry if I am a bit transparent. Kau orang yang cari pasal dulu k.

Budak Satu:
Masa awal aku masuk kelas, aku suspect dia ni kaki bodek.
Melihat daripada perangai dia yang selalu sangat menempel kat mana-mana event dan selalu kelihatan mesra alam.

Beliau aktif dengan Majlis Perwakilan Pelajar, which is good.
Cuma masalahnya, komitmen dia dengan tugas luar yang sepatutnya jadi add-on value itu telah pun membuatkan dia menjadi seorang yang bersikap ‘ambil mudah’.
Contoh yang nyata adalah apabila dia telah menciplak idea Majlis tersebut bulat-bulat.
Baris ayat dalam pembentangan kertas kerja bagi kumpulan beliau juga sangat meragukan.
Malah, mereka gagal menjelaskan penggunaan perkataan seperti “impart” dan “positive intervention culture” yang terdapat dalam kertas kerja mereka sendiri.

Dalam kes lain pula, beliau tidak melengkapkan tugasan yang diberi dengan sempurna. Plus beliau lewat menghantar tugasan tersebut.

Dan lagi, pada hari yang sama, beliau meminta pengecualian dari menghadiri sesi kuliah oleh Puan Pensyarah Jemputan. Senang cerita, nak mintak excuse lah. Alasannya, ada kerja Majlis Perwakilan yang perlu diuruskan.
As expected, aku tidak membenarkan sama sekali.

Aku bukan nak menghalang, tapi sebagai pelajar di mana-mana institusi pun, kau kena tahu which one is your priority. Aku dulu aktif juga, pergi show sana-sini.
Tapi aku tak pernah ponteng kelas walaupun persatuan sediakan excuse letter. Tak pernah seumur hayat aku waktu belajar dulu buat macam tu.
Kalau tak percaya, pergi tanya kawan-kawan aku.

Budak Dua:
Budak kedua ni aku sengaja tunjuk dekat dia.
Sebab dia selalu datang lambat ke kelas aku.
Biasanya dia akan muncul selepas satu jam kelas bermula.
Pernah juga dia tiba hampir 5 minit sebelum kelas tamat.
Tapi aku tetap juga benarkan dia masuk. Better late than never, kan?

However, dia ni baik budaknya.
Duduk depan je kat kelas.
Alasan dia lewat pun alahai nak marah pun tak sampai hati.
Dia pernah cakap dia datang lewat sebab ‘ada masalah sikit kat rumah'.
Bila disoal lanjut, rupanya ‘saya jemur baju dulu tadi, mak suruh’.
Mudah-mudahan jadi anak soleh.

Dia ni tak ada masalah pun, lepas kena marah pun dia still senyum.
Dan esoknya dia datang juga hantar tugasan yang dia lupa nak print semalam.
Jadi aku rasa Budak Kedua ni tak ada isu pun dengan aku.

Aku dengar dia ada video rap sendiri kat Youtube. Wah, retis kau dol~
Aku minta maaf la sebab selalu bahan kau.
Nak mintak autograph boleh?
Kih kih!

Budak Tiga:
Hoh yang ini memang aku hangin satu badan la.
Tengok muka je aku dah rasa nak bagi tangan.
Kadang-kadang aku rasa dia buat muka mintak penampo jepun.

Budak ketiga ni kan, kalau sebut je nama dia terus darah aku menggelegak.
Apa taknya, dalam kelas sibuk sangat dengan handphone.
Macam bergam Blackberry dia tu kat tapak tangan hah.
Menurut sumber-sumber alami, beliau selalu update BB status or BBM kejadah apa tah tu, waktu kelas.
Beliau juga dikatakan sedang hangat dibuai cintan.
Baka kata omputeh, Love is in the Ass.
Setiap seminit status BaBi nya cuma ‘I Miss You’ dan ‘I Love You’.
Even during class time!

Kalau dalam kelas aku tu, sikit-sikit menunduk je, bukan sebab tekun membaca.
Tapi sibuk tekan keypad telefonnya. Aku tak paham lah apa natang la yang disibukkan sangat. Kadang aku rasa nak halau, tapi aku tak sampai hati.

Kalau ditanya, haram tak boleh nak jawab.
Absent-minded to the total.

Tapi bila time kawan sekelas dia tengah susah payah waktu Read Aloud, dialah orang pertama yang akan gelak guling-guling bila kawan tu salah sebut mana-mana perkataan.
Then pasti disambut pula oleh dekahan annoying oleh Pelakon-Utama -Drama-Swasta kita yang kat awal cerita nu bersama geng-geng beliau.

What a mess, kan?

Aku sendiri pun kadang-kadang terlepas gelak juga dengan telatah mereka.
Tapi, aku paham perasaan kawan yang kena gelak tu.
Mereka jadi down, rasa rendah diri, dan malu la nak sebut unfamiliar words.

Therefore, I take an effort to identify and place them in an extra class.
A sort like tuition yet intensively.
I really want them to project themselves and improve.
I want them to be progressive.
Not to be laughed at again in the future.


Aku harap misi aku ni tidak terhenti sekerat jalan.
Semuanya bergantung kepada usaha dan semangat mereka juga.

Seriously, aku sayang Geng Pulun!
Full stop.



FAKTAYANGDIASORANGJETAKTAHU:
Budak yang mengamuk tak tentu hala kat atas tu sebenarnya dah salah faham. Aku bukan tunjuk kat dia. Aku tunjuk kat budak depan dia, Budak Tiga, yang selalu sangat main Blackberry time aku mengajar. Dah kenapa beliau yang tak terlibat dalam profiling pulak yang fakap? Cuba jawab!

IRAMA HATI SAYA