Aku.Dia.Hujan.Mentari.

Katanya dia tidak suka hujan kerana hujan membuatnya sedih teringat kisah lalu.
Tapi kukatakan padanya yang aku sukakan hujan.
Kerana hujan membuat aku merasa segar.
Aku suka menulis kala hujan. Aku paling suka hujan lebat.
Air yang mencurah-curah seolah membawa satu harapan untukku.
Kegembiraan pada hari yang tenang selepas hujan amat mendamaikan jiwa.
Burung-burung juga akan keluar berterbangan bebas selepas hujan.

Katanya dia suka hari yang cerah. Hari yang panas dan kering.
Mudah untuknya bergerak dan menjalani hari dengan ceria.
Kataku pula, matahari yang terlalu cerlang dan hari yang panas buat aku mengantuk.
Aku akan tidur dan bermalas-malasan sepanjang hari, kerja pun tidak menjadi.

Sungguhpun begitu,
kami tak pernah menyalahkan hari yang cerah mahupun kelam
Kerana kami memahami hukum alam.
Tanah perlukan mentari dan limpahan hujan.
Seperti manusia perlukan suka dan duka dalam kehidupan.
Mentari juga Hujan mewarnai bumi Tuhan.
Kegembiraan juga Kepahitan mencorak hati seorang insan.

Maka ayuh kita sama senyum.
Pada alam dan dunia
yang menjadi saksi perit derita lara,
yang menjadi bukti bahagia tawa ceria
Pada Satu Sisi Hati

Sesungguhnya
Hujan dan Mentari itu harus saling melengkapi
Seperti adanya manusia di bumi
Perlu saling menghargai.

KOSONG kerna TIADA

Dirinya sunyi
Dirinya sepi
Dirinya ingin teman
Tapi tiada siapa yang sudi
Dirinya sendiri
Ketawa sendiri, tangis sendiri
Tiada yang peduli
Dialah hatinya
Suka...Suka...Suka...
Sedih...Sedih...Tangis...
Suka...Tawa...Gembira...Bahagia...
Sunyi...Sendu...Tangis...Derita...Sengsara
Kesian la dia
Tapi padan muka
Ada orang ada teman
Ada orang kesunyian
Bila orang suka, dia tawa...
Bila orang sedih, dia tangis...
Bila orang sunyi, dia teman...
Bila dia sunyi, ada orang teman?
Tak pasti lah.

Dia sedih. Dia kecewa. Dia juga terkilan.
Dia dah tak ada tempat mengadu.
Dia dah tak ada airmata untuk meratap lagi...
Dia itu sungguh kosong...
Terlopong...Bengong...
Jalan-jalan cari gembira
Tak jumpa kat mana-mana pun.
Sia-sia perjalanan yang dekat..
Yang jauh belum dicuba lagi
Aduhai kasihan...
Pada hatinya yang dah terluka
Tak kuat seorang mahu berteman..
Cari teman...teman tak jumpa...
Teraba-raba dia mencari...
Masih tak ketemu
Akhirnya dia putus harapan.

Alamak!.. Kenapa air matanya keluar?
Dia dah cuba tahan tetapi gagal
Akhirnya dia menangis sebab tak mampu bangkit lagi...
Hanya airmata yang merawat lukanya saat itu..

[180205, 2:15 am]

-------------------------------------------------------------------------------------------------
note: masa kemas-kemas barang nak simpan dalam stor, cik terjumpa CoReTaN cik ni. bertarikh 18 FEBRUARI 2005. JAM 2:15 PAGI.
2005? lebih kurang 3 tahun yang lalu.rasanya inilah PUISI PERTAMA cik. tak ada tajuk.Maka cik judulkan saja "KOSONG kerna TIADA". (cipta tajuk selepas 3 tahun hasilkan puisi? hmm..unik. tapi sekarang cik biasanya mendapat ilham tajuk sebelum berfikir untuk mula melarik pena )

IRAMA HATI SAYA