Cicak Itu Aku?

Aku ini sudah makin goyah
Hati aku juga sudah goyang amat
Makin hari aku makin buntu
Kenapa lakunya kian buat aku keliru
Aku sungguh-sungguh keliru

Aku tak tahu
Aku ini sudah jadi apa?
Kami ini benarnya sudah bagaimana?
Haruskah aku terus
Seperti cicak memanjat sinki yang licin?

Tolong aku deh!

The Wish (juga entri yang ceremonial)



SALAM AIDILFITRI
ayat-ayat biasa MAAF ZAHIR BATIN


Kad-kad raya ni dah 4 tahun aku simpan.
Sampulnye pun dah kuning.
Aku tak tahu nak bagi siapa
coz sekarang kan orang kata benda-benda ni dah tak relevan.
Lagipun aku sayang la nak bagi kat orang coz semuanya cantik.

SELAMAT HARI RAYA
buat semua!!!

MARI DEKO: Balang Kuih Raya

Salam Lebaran..

Sempena menyambut Hari Raya ni cik nak ajak korang semua berdekoratif dan berkreatif bersama cik. Untuk entri kali ini cik nak share hobi baru cik. Cik mulakan sudut 'Mari Deko' ini dengan dekorasi balang kuih raya. Gerenti Syiokk!!!



BAHAN-BAHANNYA SIMPLE SAJA



Beli atau kutip(jika tak mampu) balang plastik kosong
mengikut saiz dan jumlah yang anda inginkan.
Cik cadangkan beli yang murah saja.
Balang yang ni cuma 80 sen saja seunit.




Foam atau span nipis, kain satin, ropol,..




Bunga hiasan kecil, riben labuci kecil, riben lebar berwarna kontra,...




Gam UHU atau Gam tembak
(mengikut kesesuaian dan kemampuan)

Setelah berpuas hati dengan warna dan corak pilihan anda bolehlah mulakan kerja tangan ini.
Jangan lupa baca Bismillah banyak-banyak supaya kerja kita berhasil dengan elok.

MARI KITA DEKO



Mula-mula, tandakan bentuk dan ukuran penutup balang pada foam atau span nipis tadi.




Kemudian gunting span tersebut. Pastikan ada lebihan diluar bentuk yang telah dilukis.
(rujuk gambar)




Lekatkan span yang telah dipotong tadi ke atas penutup balang menggunakan gam.




susun elok-elok kalau tak nak bersepah yea




Letakkan penutup yang telah dilekat span tadi di atas kain satin.
Gunting satin dengan bentuk empat segi sama.




Lekatkan kain satin tersebut disekeliling penutup balang dengan kemas.
Seterusnya lekatkan pula ropol mengelilingi penutup balang tadi.
Ropol tersebut akan menutupi sisi kain satin.




Dan inilah hasilnya..

Itu baru bahagian penutup, sekarang kita teruskan dengan dekorasi berikutnnya.





Balut badan balang anda menggunakan riben lebar.
Untuk kesan yang lebih cantik, anda boleh juga gunakan riben berwarna dan bercorak.




Cik memilih riben warna krim dan jarang ini untuk tampak lebih ringkas.
Selain itu,boleh intai kuih raya kat dalamnya.




Teruskan dengan melekatkan riben berlabuci di sekeliling badan balang anda.




Putar dan lekatlah mengikut kreativiti masing-masing.




Akhir sekali, tampal bunga hiasan di tengah-tengah penutup balang.




Bunga hiasan ini boleh didapati di mana-mana kedai hiasan pengantin.

Anda boleh menggunakan gam atau beli sahaja yang siap berpin.




Arakian, inilah hasilnya...Balang Kuih Raya Cikselampit
Hm..nampak macam tak berapa mengancam la pulak.
Mungkin padanan warna yang agak tak sesuai.

Tak apa, cik dah ronda-punya ronda sambil mencari.
Dan akhirnya....



Cik cuma tukar ropol keliling penutup itu kepada ropol yang lebih besar dengan hiasan sarat.
Amacam? Nampak berbeza dan lebih wow kan?
So, anda juga boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kesedpan mata anda memandang.





Jadi, lepas ni tak perlu la nak membazir beli balang yang mahal-mahal.
Boleh jimat duit dan beli kuih raya lagi.

Jeling-jelingkan dan.. Selamat berdeko!

Merdeka Bersama Mereka

Cuti merdeka. Balik kampung. Seronok habiskan masa bersama keluarga terutamanya buah hati aku ni, si YAYU. Umur baru 2 tahun setengah, tapi mulut dan perangai dah macam orang umur 20 tahun.Baju lawa macam ni dipanggil baju pengantin ye, bukan baju raya.

Disuruh senyum dia menyeringai

"Mama dengan Auntie pakai tudung, Ayu pun nak..."

Minah senget kepalanya teleng

Hadiah untuk Tok Wan

Tengok la dia naik kereta sendiri, pantang diajak berjalan.

"Mama..Cepatlah sikit!!"
(sekali tengok macam cicak tanah kan?.hehe..)

Bear buruk tu la adik kesayangan dia. Tak penah lepas.

Si kecik ni tengok aku gunting rambut, dia pun nak join. Sambil tu dia duk membebel
"Hari tu masa Ayu gunting rambut kat kedai dengan Mama kan, Kakak tu asek cubit pipi Ayu je. Ayu Geerrraaaaammmmmm sangat.."

Dia ni tak takut pun dengan gunting atau benda-benda tajam yang lain.

Tengok pipi tembun dan muka serius dia ni, macam mana la Kakak kedai gunting tu tak geram nak cubit pipi dia kan?

Hek eleh..dia ingat dia comel la tu.

Sambil-sambil bercuti tu sempat la juga aku bershoping. Kakak aku bawak aku pergi pasaraya Ten Ten. kat sini murah woo. Macam-macam fashion ada.

Suar Slack belang halus yang memang hensem.

Track merah yang menawan. Harga: RM11.90

T-Shirt MNG, Harga: RM9.90
















Kotak Kadbod
Harga: RM 4.99



SERONOK!!!

Buka Puasa Edisi Penuh Perut

Bulan Ramadhan biasanya diserikan dengan aktiviti untuk tekak dan perut selain menyempurnakan ibadah-ibadah sunah dan wajib.

Kami pun tak terkecuali. Aku dan beberapa orang ahli jawatankuasa persendirian bercadang buat program makan sampai lebam. Bertempat di Maisara Tom Yam Sri Gombak. Makanan kat sini sedap nak mampos. Tak percaya sudah. Ini kali kedua aku makan kat sini.

How to get there?
Masuk simpang ke Sri Gombak yang ada roundabout kecik (aku apa peduli korang dari arah mana pun). Amek jam 12. then straight je sampai jumpa roudabout lagi. Ambek jam 3. anda akan melalui masjid besar kemudian menyusuri Taman Tasik Sri Gombak. Teruskan perjalanan tanpa masuk mana-mana simpang hingga hujung jalan anda bertemu simpang 3. Masuk kiri. Dalam 5 saat terus masuk kanan ke kawasan letak kereta di sebelah surau al-jabar. Sampai.

Aku tak nak cakap banyak sebab bukan ada aktiviti pun selain makan dan bersembang. Tapi aku nak menunjuk sikit antara menu yang menarik dan dijamin menjilat siku. Korang pun boleh cuba. Serius tak rugi beb.

OMBOK
campuran yang tak dapat dikenal pasti. rasa pedas. kalau carik-carik jumpa macam-macam, udang, ayam, sotong, dan cili.

KAILAN CENDAWAN
menu berdasarkan nama. sayur kailan dimasak bersama cendawan butang. mungkin letak sos tiram dan lain2 rencah.


AYAM GORENG SERAI
memang sedap. macam ayam goreng kunyit, tapi dia letak bijan, dan diserabutkan dengan serai hancur. kena selak-selak sebelum makan.




SIAKAP DUA MUSIM
siakap dibahagikan kepada dua belah.
isinya telah dipotong mengikut musim.
tak dapat nak explain rasa dia, tapi sedap.








SIAKAP PEK SAK
ramuan yang tidak diketahui.
tapi dipenuhi halia
dan ada taburan ayam hancur
ikannya macam direbus.
pedas tapi sedap.







--memang susah nak terangkan masak ape, sebab aku sendiri pun tak tahuape yang aku rasa, tapi memang hawaw. aku makan dekat 3 pinggan..kalau terliur, pergi la singgah. la..la..la..---

IRAMA HATI SAYA