Kisah Klasik #2

Aku dan Edi bagai belangkas, ke mana-mana mesti berdua.

Sewaktu kenduri kahwin saudara-mara, kami sepupu-sepapat wajib berkumpul dan berkejar-kejaran tanpa mengira waktu. Bermain buaya duduk ataupun rebut kerusi. Selain itu, aku ditugaskan mengedar kotak telur kepada jemputan (zaman sekarang kita panggil ‘goody bag’). Most of the time, Edi akan turut serta sebagai pemegang bakul dan top-up telur apabila kehabisan.

Setiap kali cuti sekolah, Geng Kami akan berkampung di rumah Nenek. Masuk hutan beramai-ramai, aku ikut. Jadi bodyguard kepada kekasih hati kononnya. Aku tidak pernah missed apa sahaja aktiviti merentas belantara yang dianjurkan oleh Walid adik-beradik. Walid adalah sepupu kami yang tinggal di kampung. Rumahnya terletak berhampiran rumah Nenek. Ibunya merupakan menantu kesayangan Nenek.

Malam-malam ke surau, dia akan meneman. Zaman dulu mana ada lampu jalan. Kiri dan kanan jalan semua hutan. Jika mahu menapak ke surau yang letaknya hampir 400 meter dari rumah Nenek, Pak Man akan bekalkan lampu picit untuk seorang sahaja. Maka yang mahu mengikut perlu beratur dan bergerak dalam kumpulan. ‘Askar-askar’ kecil berkain pelekat bersongkok senget dan berkopiah mula melangkah untuk solat jemaah di surau. Aku seorang sahaja yang terkedek-kedek dengan telekung melurut ke tanah.

Walaupun aku seorang sahaja perempuan dalam Geng Kami, namun aku bukanlah pujaan ramai. Mendapat layanan istimewa, jauh sekali. Lasak mereka, lasaklah aku. Kami semua anak jantan!

Dalam kasar tu, aku dengar cerita si Walid ada hati sama aku.
(Hot la jugak aku ni sebenarnya, erm..boleh la..kan?)

Tapi aku tetap ‘steady’ je dengan si Edi. Suka sama suka la katakan. Kalau salah seorang dari kami tak balik kampung pada waktu cuti, biasanya Makcik Mah iaitu ibu si Edi akan menelefon dan berkirim salam. Ecceh. Cinta direstui keluarga nampaknya.

Pernah satu ketika, aku tak dapat balik kampung kerana demam. Hanya bapak aku sahaja yang pulang dengan abang aku. Aku dapat berita Edi turut demam selepas pulang dari kampung. Chemistry gitew!

Amboi, kecik-kecik dah gatal, ye dak?

Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi, selepas mengasingkan biji kopi di laman rumah Nenek, kami beramai-ramai bercadang ke dusun Pak Jabir. Bapak aku cakap durian sedang gugur, kami diminta membantu mengutip durian untuk dijual. Sambil tu boleh la juga mengisi perut.

Dusun Pak Jabir terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah Nenek. Biasanya kami akan berhenti rehat di surau sebelum meneruskan perjalanan.



Semasa keluar dari rumah Nenek, kelihatan Edi memasuki pagar dengan menaiki basikal. Apabila nampak sahaja kami semua sedang berebut-rebut mencapai selipar masing-masing, Edi segera melompat dari basikal yang ditunggangnya. Entah ke mana tercampak basikal milik Yazid tersebut. Basikal tiada tongkat, bukan boleh parking elok-elok pun. Haha!

Tanpa berlengah, Edi menyertai kami dari belakang. Dia sempat mengejar dan berlari ke sisi aku.

Jenuh juga berjalan kaki ke surau. Kami keletihan, mujur Bapak aku sudah siapkan air sirap di surau. Zul Gemuk dan Fikri sedang mengutip buah manggis untuk memanis lidah. Selesai membasah tekak, Bapak aku mengajak rombongan kami terus ke dusun Pak Jabir. Lagi satu kilometer perjalanan. Kami diberi parang, sabit dan guni untuk dibawa bersama.

Kami bergerak meninggalkan perkarangan surau. Semasa berjalan ke simpang jalan, aku dapati Edi tiada bersama. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Edi sedang berdiri berhampiran tiang di bawah surau (dalam loghat negeri dipanggil ‘kolong’). Dia berdiri sambil memijak-mijak tanah dikawasan itu.

Aku berpatah langkah dan pergi ke bawah kolong surau. Edi hanya senyum. Katanya dia ingin ‘menanam janji’. Aku jadi semakin hairan. Aku tanya bagaimana untuk ‘tanam janji’?

Edi menunjukkan tapak tangannya yang bergenggam. Dibukanya perlahan-lahan seraya menyuakan tapak tangan kanannya. Ada tiga biji gula-gula perisa kopi yang dibelinya di Kedai Syarikat pagi tadi. Dulu-dulu, harga gula-gula 10 sen boleh dapat tiga atau lima biji. Zaman sekarang sudah cecah 30 sen sebiji, kan?

Kata Edi lagi, dia mahu tanam gula-gula tersebut sebagai simbolik kasih kami. Dua biji gula-gula akan ditanam bersama-sama di bawah surau ini. Menjadi saksi cinta aku dan dia. Katanya lagi,
“Bila kita besar nanti, kita akan korek semula dan ambil balik gula-gula ini. Sama-sama.”

Aku mana la paham sangat soal hati dan perasaan ni kan. Hingus pun Mak aku yang tolong kesatkan. Tapi aku sungguh teruja dengan pengalaman ini.

Aku cepat-cepat cari batu pipih untuk mengorek tanah. Maka mencangkunglah kami berdua dengan tekun. Kami membuat liang dengan kedalaman mencecah pergelangan tangan.

Edi meletakkan dua biji gula-gula ke dalam lubang pada tanah yang telah siap. Aku sempat mengalasnya dengan daun sebelum tanah dikambus kembali. Baki sebiji lagi sudah selamat masuk mulut dia. Aku hanya menelan air liur.

Petang itu Geng Kami ke surau seperti biasa untuk bersolat Maghrib. Abang aku ditugaskan untuk melaungkan azan. Aku dan Edi berlagak biasa, tetapi sesekali tersengih mengada.

Selepas asar tadi, aku pulang agak lewat dari surau, menemani Bapak mengemas cawan dan pinggan yang digunakan didusun Pak Jabir. Sebelum pulang ke rumah Nenek, aku sempat menjeling ke arah kolong surau. Aku tersenyum seorang diri.

Senyap-senyap aku menuju ke arah tanah yang terdapat kesan gembur - berdekatan tiang kolong kedua bersebelahan tangga surau. Aku mendekati tempat kami ‘menanam janji’ pagi tadi. Aku mengorek tanah itu dengan gelojoh. Aku berhenti menggali sejurus ternampak cebisan hujung pembalut gula-gula. Aku menguis tanah itu dengan berhati-hati.

Yes! Dua biji gula-gula perisa kopi masih lagi elok, cuma terpalit tanah pada pembalutnya.

Kuambil sebiji.

Kubuka pembalutnya...lalu..

Ngap!

Pembalut itu kuletak kembali ke tempat asal, tanah dikambus elok.

Puas hati aku, tadi kau telan sorang-sorang kan?

Tamatlah riwayat kesan degil.




Notakaki: Biarkan aku hidup dalam kenangan kalau cuma itu ‘kehidupan’ yang aku ada.

sumber foto

Kisah Klasik #1

Ok. Bulan ni aku akan sajikan kau orang dengan cerita-cerita cinta yang tak berapa nak feeling sangatlah. (Budget ramai je orang nak baca, kan?)

Masa kecik-kecik dulu, aku bercinta dengan sepupu aku.
Dia tua setahun dari aku. Masa tu aku baru darjah empat kalau tak silap.

Aku rasa kitorang bukan bercinta, tapi saudara-mara selalu ‘kenenkan’ kami berdua.
Setiap kali pulang dan berkumpul di kampung, mesti dia cari aku dan aku cari dia.
Sepupu-sepupu aku yang sebaya pada zaman itu semuanya lelaki. Kira aku seorang la perempuan. Dia ni antara yang kacak-versi-budak lah.

Zaman kanak-kanak kami bukan macam budak-budak sekarang. The world is all about us and we enjoyed every second by indulging ourselves with adventurous activities. Nothing to be afraid of. Bukan macam budak sekarang, masuk hutan pun time jambori pengakap sekolah. Asal petang je mak pimpim pergi taman permainan. Bapak pesan jangan kawan dengan anak jiran. Jalan seorang diri kena culik.

Aku masa kecik-kecik dulu, main kejar-kejar dengan babi hutan. Nak makan pauh panjat sendiri. Pergi dan balik sekolah menapak merentas padang dan masuk celah pagar belakang sekolah. Hujung minggu mandi paya dengan anak orang kemboja rumah sebelah. Eh, banyak lagilah pengalaman yang tak terbayangkan. Kau ada?

Kalau tak ada, nanti besok rajin-rajin aku story, ok? Sebab sekarang ni kita dah lari topik, lari tema. Kan aku cakap tadi aku sebenarnya nak cerita pasal kisah klasik aku kan? Haish!

Berbalik kepada cerita diawal episod tadi....

Budak-budak basically memang kurang sensitif dan tak reti bahasa. Jadi janganlah marahkan mereka kerana tindakan tersebut adalah sia-sia. Kami tidak terkecuali.
(‘Kami’ merujuk kepada ‘aku dan sepupu-sepupu seangkatan.’)

Kami memang spesis ikut-dan. Asal ada kenduri, kami akan mengikut keluarga masing-masing dan berkumpul di rumah Nenek. Sepupu-sepapat ada lebih kurang 20 orang, lima daripadanya masih kategori ‘bawah umur’ dan tidak layak menyertai aktiviti lasak atau masuk hutan bersama kami. Mereka sedang dalam proses bertatih, nak berjalan pun belum pandai, berlari apatah lagi.

Program lazim sewaktu kenduri arwah adalah main ‘kahwin-kahwin’. Mangsa yang terlibat tentulah aku dan Edi sebagai hot couple. Yang lain-lain bersedia sebagai watak tambahan.


Dua pasangan akan dinikahkan pada malam ini. Jangan lupa, ini malam kenduri arwah tau!

Tapi kami budak lagi, apa yang kami faham hanyalah perkataan KENDURI yang bermaksud MAKAN-MAKAN. Kami cuma tahu lepas solat dan tahlil pasti ada jamuan makan.

Di luar kedengaran jemaah sedang menyambut bacaan Surah Al-Fatihah dengan gema “AaaaaMiiiinnnnnnnnn......”

Kaum hawa, yakni ibu-ibu kami sedang sibuk menyiapkan lauk dan masakan untuk jamuan tetamu.Kebiasaannya kami akan ditempatkan di bilik arwah Atuk kerana ruang tamu akan dijadikan tempat solat berjemaah dan jamuan makan.

Adab yang kami faham cuma satu – JANGAN BUAT BISING!
Habis tu, kalau dah disumbat dekat 20 orang kanak-kanak ke dalam bilik kecil arwah Atuk tu, apa sangatlah permainan yang kami boleh layan tanpa membuat sebarang bunyi bising, kan? Jadi Walid sebagai sepupu yang paling tua merangkap penyelia pasukan kami mula memberi arahan.

Beliau menyuruh Amri dan adiknya Amar menyusun bantal buruk dan kusyen lama yang terdapat di dalam bilik arwah Atuk untuk dijadikan pelamin. Setelah selesai, Walid memberi watak kepada sepupu yang lain secara paksa.

Fikri sebagai Tok Kadi, Zul Gemuk sebagai Pengapit lelaki, Senah Pengapit perempuan, Safura jadi Mak Andam yang perlu memegang kipas menutup muka pengantin, Aku, Edi, Haiza dan Jamil sebagai pasangan pengantin. Yang lain-lain memilih watak masing-masing mengikut kesesuaian majlis. Tiada tangisan bayi kedengaran, mungkin semuanya tertarik dengan permainan ini.

Kesemua role-player mengambil kedudukan masing.
Fikri bersila mengadap Edi sambil membetulkan songkok dikepalanya.
Jamil duduk menunggu giliran di belakang Edi.
Aku dan Haiza diminta berada di atas pelamin berbau kepam hasil susunan si Amri dan Amar.
Pengapit setia di sebelah pengantin, menghayun cebisan kotak, mengipas diri sendiri.

“Aku nikahkan dikau... Edi dan Ropeah... dengan emas kahwin... empat belas ringgit... Tunaaaaiiiiiii...” Fikri mula bersuara sambil menjabat kemas tangan Edi.

Seluruh bilik menjadi sunyi.
Semua sedang menumpukan perhatian kepada acara gilang-gemilang ini.

Edi senyum nakal ke arahku. Dia menarik nafas panjang lalu menyambut, “Aku terima nikahnya.. Ropeah... dengan emas kahwinnya... empat belas ringgit.. Tu..naiiii...”

Kedengaran gelak-gelak kecil anak-anak dalam bilik arwah Atuk.
Kami berpandangan sesama sendiri.
Muka aku dan Haiza masih dilindungi oleh Safura.
Kami tersengih-sengih di belakang kipas di tangan Safura.

Selesai sesi akad untuk pasangan Haiza dan Jamil, Walid memberi arahan untuk acara ‘membatalkan air sembahyang’.
Pengantin lelaki bangun menuju kearah pelamin.
Hadirin semakin teruja.

“Eh, kita mana ada cincin..tadi siang tak tikam pun!” Senah menjerit.

“Takpe, kita guna bunga je. Zul, pergi ambil kat luar tu sekejap, dalam almari cawan Nenek.”

Zul berlari keluar dan kembali selang beberapa saat.
Bunga telur berwarna merah dan hijau dihulurkan kepada pengantin lelaki.
Safura mengalihkan kipas untuk menyerlahkan muka pengantin perempuan.
Edi dan Jamil menyerahkan bunga telur kepada aku dan Haiza dengan lagak gentleman.

Seisi bilik bersorak sakan.
Makcik Jah menjenguk dan menunjukkan isyarat diam.
Kami semua mendiamkan diri.
Sesaat kemudian, ketawa berderai lagi.

“Orang dah habis tahlil woi, jom makan!” jeritan Zul Gemuk menyebabkan kami semua berlari bertempiaran keluar dari bilik arwah Atuk. Pelamin? Kipas? Bunga? Pengantin? Pengapit? Tok Kadi? Mak Andam?

Ah, semua sedang kusyuk bersila di atas seperah beralas tikar gulung.
Masing-masing menadah tangan di sisi ibu dan makcik.
Doa makan dibacakan oleh Pak Imam. Dan kami melahap sekenyang-kenyangnya.

Sungguh seronok!





Notakaki: Aku dengar cerita, 'bekas bakal boyfriend' aku masa belajar dulu,masuk surat khabar, kisah dia nak menikah katanya. Untunglah jadi orang terkenal..boleh masuk Nona.



Hack the Hackers

Salam...

Dalam segmen 'Bijak IT' kali ini kita akan mempelajari teknik untuk meng'ajar' orang-orang yang kurang ajar.

Ceritanya bermula begini (biasalah..aku kan suka elemen-elemen drama nih).

Satu hari aku log in account email aku.
Dalam inbox aku perasan ada notification daripada Facebook.

Seingat aku, aku tak pernah register Facebook menggunakan email yang ini.
Ini email yang aku guna untuk urusan rasmi sahaja. Untuk laman sosial atau lain-lain hal, aku akan gunakan email lain.

Ah, sudah!
Aku suspect ada orang hack email ni.
Atau ada orang gunakan email address aku untuk buat account palsu di Facebook.

Menurut Concise Oxford Dictionary-Tenth Edition, the word "Hack" means 'using a computer to gain unauthorized access to data'.

Yang aku pelik tu, aku ni bukannya artis atau orang kenamaan, yang dia pulun nak hack tu ape motifnya? Tak dapat apa pun der..Bila aku check dengan tekun, aku dapati orang ni last update status pada April tahun lepas. Kira dah lama la tu kan.

Dah la dia letak gambar awek jepun mana tah.
Aku jadi hangin woo..

Aku fikir punya fikir punya fikir, maka datang jualah idea yang agak bernas.
Orang kata, kalau kita nak tangkap penjenayah, kita kena berfikir macam seorang penjenayah. Tapi..kita mana pernah buat jenayah, jadi mana mungkin kita boleh berfikir macam mereka?

Senang je, kita buat la profiling..ala, macam dalam cerita Criminal Minds tu.
Korang tak pernah tengok ke? Ha,kalau tak pernah, pergilah download sekarang!
Kenalkan... tiga dari kiri tu aku punya tau.

So, apa yang aku buat adalah seperti berikut:

1. Cuba sign-in di akaun Facebook palsu tersebut.
2. Bila keluar error (sebab kita tak tahu apa jadah password yang digunakan oleh hacker tu kan), maka kita request la kata laluan yang baru.
3. The new password will be sent to our email (yang kita guna untuk sign-in tu kan).
4. Tindakan selanjutnya bergantung kepada kebijaksanaan anda. (Cuba la fikir sendiri, takkan selamanya nak mengharapkan orang lain, ye dak?)
5. Akhirnya aku dapat access mutlak ke akaun Facebook palsu yang guna email dan nama aku ni.

Setelah puas menggodam akaun tersebut, I decided to close the fake account.
Cari butang 'delete' tak jumpa. Tapi ada line 'deactivate your account'.
Baca syarat dan terma dahulu sebelum menekan apa-apa butang lain, ok.
Soalan-soalan susulan seperti 'Eh, apesal kau nak tutup facebook ni? Kau curang eh?' akan terpampang di skrin anda.
Pilih la alasan yang paling munasabah.
Akhirnya aku click butang "CONFIRM" dengan penuh yakin dan rasa puas hati.

Kau ingat kau pandai sangat? Aku pandai sikit la dari kau!


Notakaki: Artis-artis dalam melodi tu kan, siap report polis bagai. Apa kata suruh diorang tu cuba buat macam aku ni ha. Tutup kes, setel sendiri, diam sudeh, nak kecoh sangat bukan dapat apa pun. But then again, this is the cyber world, nothing is confidential anyway. Hackers is just like penyeluk saku di dunia nyata. Mereka datang dari entah mana-mana pada waktu yang entah bila-bila. Tak gitu?

IRAMA HATI SAYA