IRAMA HATI SAYA

Oh, Dunia! Aku Dilamun Cinta...

p/s: jangan mengada-ngada baca puisi ni kalau tak ada mood, ok?
____________________________________________________________________
For those who enjoy their lives to the fullest:

Awan menari-nari
membentuk lukisan hati
Gerimis rintik dinihari
mengundang pelangi
Senyum terukir kembali

Riang
meniti batas waktu
Bunga mekar menguntum

Bias-bias luka tidak mencalar
Nada-nada sinis tidak mencabar
Bait-bait gurindam terus terlakar
Sebebas terbangnya sang camar

Terus
menapak penuh kemesraan
Bibir tidak lekang siulan
Menyusun indah angan-angan
bersulam seribu kenangan
tanpa dijejak bayangan kekalutan

Oh, Dunia!
Aku kini dilamun cinta
Izinkan aku selamanya bahagia
Tanpa hadir rasa hiba

Terima kasih buatmu
Yang tersayang.

26 feb 2008 - 4:45am
-------------------------------------------------------------------------------------------------
note:
sebenarnya cik agak keliru untuk "menyusun angan-angan bersulam kenangan" atau menyusun kenangan bersulam angan-angan".
Tapi akhirnya cik ambil keputusan untuk gunakan frasa yang awal tu supaya nampak lebih optimistik dan lebih realistik.(tak ada maknanya nak susun kenangan dan angan-angan lalu. kita tak akan dapat ulangi masa lampau,betul tak?..hidup mesti pandang ke hadapan! jadi, tak salah kita membina angan-angan untuk maju). Fighting!!

Having composed this poem, I found out (or rather realized) that people tend to be concise and 'straight-to-the-point' in their words when they are HAPPY or excited.
However, they tend to be wordy and lenghty in their writing (and speech) when they are in misery or emotionally disturbed. Perhaps there are so much to tell or to share that merely simple words does not befitted their expression
.

Therefore, HAPPY people have less vocabularies compared to MISERY ones (aku tahu teori ni tak masuk akal).

Does mood really influence our writing, anyway?

Only The Strong

SALAM...
Dah dekat 2 minggu cik asik rasa nak tidur dan malas nak melayan orang.
Makan dan pemakanan sesuka hati. Susu untuk sarapan pun tak terbancuh walaupun bangun awal.

This is surely not a good sign for me.

Setahu aku, aku akan mengalami fenomena ini bila aku berjiwa kacau.
Biasanya bila aku stress, secara tak sedar, aku tend to be excessively attached to my bed.
Most of the time aku akan rasa nak melenakan mata, merehatkan badan dan melonggarkan pemikiran dengan cara yang sangat klasik - Tidur.
Aku ni pemalas, even untuk berfikir pun aku malas..maka cara paling mudah untuk mengelakkan otak daripada berfikir adalah dengan tidur. Aku akan tertidur sebelum sempat berfikir apa yang harus aku fikirkan.
Dalam minggu ni sahaja rasanya masa aku pejam mata lebih lama daripada celik.

Seriously, aku tak berapa melihat dan menikmati dunia, dalam erti kata lain, aku tak berapa hidup la dalam 2 minggu ni.

Bayangkanlah, aku balik kelas tengahari terus tidur, bangun pergi kelas petang, balik kelas tidur. Lepas solat maghrib, pergi kelas pukul 8. Balik kelas dalam pukul 10:30 terus terbongkang.

Hari selasa dan khamis lagi parah, lepas makan tengah hari dengan kawan-kawan, balik bilik terus pejam mata sampai asar, Bangun solat Asar then masuk kerja jam 6 petang. Balik kerja pukul 11 terus landing.Tidur.
Tudung baju sekolah untuk esok yang belum bergosok tak payah cakap la kan..dengan buku-buku bersepah atas meja tak berkemas..Anak-anak yang berterabur kat serata bilik tak bercara..Seingat aku,aku hanya akan peluk Me'on dan genggam Uneng sebelum menutup mata.. Hanya merekalah yang jadi peneman lenaku setiap kali. Anak-anak lain langsung tak sempat dicapai.

Inilah rutin aku selama hampir 2 minggu. Physical trainning dan riadah pun aku tak care. Dah lama benar aku tak turun ke convest hill dan bersantai di tasik.

Entah angin apa lah yang dah menyampuk aku. Aku memang tak ada desire untuk menghadap dunia.

Letih? aku sendiri tak pasti untuk apa aku perlu berletih.
Adakah aku penat untuk meneruskan hari-hari aku?

Pagi tadi aku mula rasa tak sedap badan. Bila badan aku rasa tak berapa sihat aku akan cepat-cepat bagitahu kat diri aku "Tolong la jangan sakit...Kalau kau sakit, tak ada siapa nak jaga kau, tak ada tempat pun kau nak mengadu, jadi, tolong jangan sakit..Be strong! please be strong because you must be strong..You need to be strong.."

Selalunya aku berjaya pujuk diri aku dan kekal sihat (atau sekurang-kurangnya nampak sihat).

Now that aku dah terjaga dari mimpi yang agak panjang, aku harap aku dapat terus bangkit dan tak sambung tidur lagi..Aku nak hidup.Aku nak menikmati hidup aku. Aku nak bergembira dengan insan-insan disekeliling aku serta menggembirakan mereka. Aku masih mencuba. Sedang mencuba. Bukan susah pun. I just need to smile. Senyum untuk hidup!

"Apabila kita tiada teman(istimewa), diri sendiri adalah teman paling rapat yang kita perlukan pada setiap saat kita kesunyian."
- Falsafah orang bujang dari cikselampit

"PABBO SARANG"

"Young ladies always get so nervous when their prince is about to come..."

Betul ke orang kata kalau kita berdebar-debar maknanya jodoh kita ada dekat dengan kita..mungkin dia adalah orang yang sedang berdiri depan mata kita saat tu.

How far can you believe this to be true?

Siang tadi, cik ternampak seseorang..dan cik terus rasa berdebar..cik cakap kat kawan cik "Huh..berdebarnya.." dengan merujuk kepada orang yang cik nampak tuh.. Kawan cik pun terus cakap "oo..patut la berdebar..kau nampak dia ek?.."..dengan merujuk kepada orang lain (yang dia ingat cik nampak).

Jadi, persoalannya disini, cik berdebar kerana siapa sebenarnya?
Kerana dia (yang cik nampak) atau kerana si dia (yang kawan cik nampak)?
Cik mulanya berdebar sebab orang yang cik nampak tu ada kaitan dan mengingatkan cik pada orang yang kawan cik nampak tu..maka, masa kawan cik tunjuk orang yang dia nampak tu pada cik, secara automatik degupan jantung cik semakin kencang..mujur tak terkeluar jer..

Tapi, orang yang memberi cik debaran ni juga telah memberi cik kekeliruan..
Hadoi la..malas nak cakap banyak lah..
Tak payah percayalah dengan semua bendalah perasaan yang tak keruan nih.
Mengarut!
Selamat hari kekasih awal dan akhir.....


*macam to be continued jer nih..tunggu jelah ek..

Simpan Saja Dalam Hati

Ada rindu tidak tertahan
Simpan sahaja dalam hati

Ada duka rasa terkilan
Simpan sahaja dalam hati

Tiada jemu dalam penantian
Simpan sahaja dalam hati

Masih di sini memendam perasaan
Simpan sahaja dalam hati

Adakah penawar ubati kelukaan?
Simpan sahaja dalam hati

Biar berderai tangisan sendiri
Biar bermalam tanpa mimpi
Biar berlemas dilaut sepi
Biar (sampai) berhenti denyutan nadi

Biar... Biar kita lupa...
Biar kita simpan sahaja
Simpan sahaja segala lara
Pada satu sisi hati...


110208 - isnin - 9:25 am

Warkah kah kah untuk Saudara 2

SEMEKOM,
KEHADAPAN, KE KIRI KE KANAN, KE TEPI DAN KE BELAKANG...DALAM ERTI KATA LAIN...MENEMUI SAUDARA YANG KINI BERADA DI SANA... SEMOGA SAUDARA SENTIASA BERADA DI SANA KERANA SAYA BERADA DI SINI...

SAUDARA,
UNTUK WARKAH KALI INI, INGIN SEKALI HAMBA BERCERITA TENTANG ASAL-WAL-USUL...ADAPUN PADA KALI INI HAMBA AKAN MENERANGKAN HAL EHWAL ASAL-USUL NASI LEMAK, NASI KERABU DAN NASI BERIYANI. DIHARAP SAUDARA SUDI MEMBACA DAN TERHARU DENGAN KISAH INI............

WAHAI SAU YANG DARA,
MARILAH KITA MULAKAN CERITERA INI DENGAN KISAH NASI LEMAK... ADAPUN DALAM SEBUAH KAMPUNG YANG TERPENCIL, DIAM SEORANG IBU TUA BERSAMA TIGA ORANG ANAKNYA YANG MASIH MUDA REMAJA. KETIGA-TIGANYA ADALAH PEREMPUAN...TETAPI MEREKA BUKANLAH DIPANGGIL TIDA ANAK DARA KERANA NAMA MAKCIK TERSEBUT IALAH KONAH...MAKA TIGA EKOR ANAKNYA DIGELAR 'TIGA ANAK KONAH'. MASING-MASING BERNAMA KIAH, JENAH DAN PE'AH (memang nama sebenar).

MALANG BAGI MAKCIK KONAH KERANA ANAK-ANAKNYA INI KURANG PINTAR DAN TIDAK SEBIJAK KANCIL. UNTUK MEMENDEKKAN CERITA, SUATU HARI MAKCIK KONAH TERPAKSA MELAWAT ADIK IPAR BELAH IBU TIRI KEPADA AYAH ANGKAT BELAH MAK MERTUA SEPUPU KANDUNG KEPADA AYAM PELIHARAANNYA YANG KINI MENETAP DI KAWASAN UTARA SEMENANJUNG GAZA...

PERJALANAN YANG JAUH ITU MEMAKSA MAKCIK KONAH MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN DAN ANAK PEREMPUAN KESAYANGANNYA...BELIAU BEGITU BERAT HATI KERANA MEREKA TIDAK PANDAI BERDIKARI, APATAH LAGI MEMASAK KARI...

MAKA BERANGKATLAH MAKCIK KONAH KE RUMAH ADIK IPAR AYAM PELIHARAANNYA DENGAN PENUH BERAT HATI. PADA HARI PERTAMA PEMERGIANNYA, MAKCIK KONAH TELAH MENELEFON KE RUMAHNYA KERANA BELIAU TERLUPA MEMBELI BERAS UNTUK SIMPANAN BEKALAN MAKANAN ANAK-ANAKNYA. TAMBAHAN PULA BELIAU TIDAK MEMBERI SEBARANG WANG SAKU KEPADA MEREKA. YANG TINGGAL DI RUMAHNYA HANYALAH SECUPAK BERAS DAN SEBELAH BIJI KELAPA YANG TIDAK SEMPAT DIPARUT.

OLEH KERANA ANAK YANG DITINGGALKAN ITU SANGAT LAPAR DAN DAHAGA, MEREKA TELAH MENGADAKAN A.G.M UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT. BAGI MENJIMATKAN MASA, KIAH SELAKU PRESIDENT TELAH MENCADANGKAN SUPAYA KEDUA-DUA BAHAN TADI DIMASAK SERENTAK. KELAPA TELAH DIPARUT DAN DIPERAH UNTUK MENDAPATKAN SUMBER MINUMAN YANG LAZAT. JENAH TELAH BANGUN MEMBERIKAN CADANGAN AGAR SANTAN KELAPA TERSEBUT DIMASUKKAN KE DALAM BERAS SUPAYA MEREKA DAPAT MENJIMATKAN MASA ATAU DENGAN KATA LAIN -"NGAP SEKALIGUS, MAKAN MINUM SEKALI HARUNG". INI ADALAH KERANA HOBI KETIGA-TIGA MEREKA TIADA LAIN MELAINKAN TIDUR SEPANJANG ZAMAN. PE'AH AKHIRNYA MENCADANGKAN CADANGAN DITUTUP.

MAKA, SIAPLAH NASI BERCAMPUR SANTAN YANG DIMASAK DENGAN PENUH PERASAAN. SEBELUM SEMPAT MEREKA MEMBUAT SUAPAN PERTAMA, TELEFON RUMAH MEREKA BERBUNYI. LALU PE'AH MENGANGKAT TELEFON TERSEBUT...

"ASSALAMUALAIKUM...SIAPA DI SANA? PE'AH DI SINI...KALAU ANDA DI SINI, PE'AH DI SANA...KAIFA HALUKA?..."
BEGITULAH CERIANYA PE'AH MENJAWAB PANGGILAN DENGAN SECO'ET LOGHAT ARAB.

"HALUK...HALUK..." JAWAB MAKCIK KONAH DI HUJUNG TALIAN.. JUGA DALAM BAHASA ARAB. MAKLUMLAH..DIA KINI BERADA DI SEMENANJUNG GAZA.

"MACAM MANA KEADAAN DI SANA? MAK LUPA NAK BERI DUIT, BERAS PUN TINGGAL SECUPAK...BAGAIMANA ANDA SEMUA DAPAT SURVIVE?" SOAL MAKCIK KONAH PANJANG LEBAR...

LALU PE'AH DENGAN SELAMBA BADAK MENJAWAB; BADAK PUN TIDAK SELAMBA MACAM DIA...
"OH..BEREH MAK...KAMI MASAK NASI..."

"NASI? CUKUP KE? PANDAIKAH ANDA SEMUA@KALIAN MEMASAK NASI? WALHAL ANDA SEMUA TAK PERNAH PERGI KE DAPUR..." MAKCIK KONAH BERTANYA KEHAIRANAN...

"WELL MAK... YOU KNOW LAH WE ALL CLEVER-CLEVER BELAKA... KAMI TELAHPUN MEMASAK SEJENIS MAKANAN DAN MINUMAN BERNAMA NASI..."

"NASI APA YANG KAMU MASAK?"

"NASI LA..MAK.."

"YELAH...NASI APA? NASI GORENG ATAU GORENG NASI? ATAU MUNGKINKAH ANDA SEMUA MASAK NASI CAMPUR?"

"TIDAKLAH...KAMI MASAK NASI LER...MAK."

"NASI APA?"

"NASI LER..MAK.."

"NASI APA?" MAKCIK KONAH MENEKAN SUARANYA..

"NASI LER..MAK OII!!!"

BEGITUKAH MAKCIK KONAH DAN PE'AH BERBALAH SEHINGGA TALIAN TERPUTUS KERANA MAKCIK KONAH TELAH KEHABISAN KREDIT...BELIAU TERLUPA TOP-UP HOTLINK 'AKTIFKAN DUNIAMU'...

PADA KEESOKAN HARINYA TELEFON RUMAH ITU BERBUNYI LAGI...KALI INI KIAH PULA YANG MENJAWAB..

"HOLA...ALOHA..LOHAI..LOHAN...MOSHI-MOSHI..WATASHI WA KIAKUKA... ARIGATO GOZAIMASTURA!" KIAH MEMANG MINAT TENGOK CERITA JEPUN.

"MAK NI..SUNDAY SUZUKI TOYOTA COROLLA MOTOROLA?"
TERDENGAR SUARA MAKCIK KONAH YANG MEMANG HEBAT DAN TELAH MENGUASAI BANYAK BAHASA.

"MAK CUMA NAK BERITAHU KEPADA ANDA SEMUA, DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWASANYA MAK AKAN PULANG PADA HARI KHAMIS. JADI, PANDAI-PANDAILAH KAMU NAK HIDUP YA!"
KLETAK! TALIAN TERUS TERPUTUS KERANA MAKCIK KONAH HANYA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN '3 SAAT' YANG DITAWARKAN OLEH MAXIZ PADA WAKTU ITU.

MAKA KIAH MENYAMPAIKAN PESANAN PENAJA ITU KEPADA JENAH DAN PE'AH. MEREKA MENGADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR DAN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENYIMPAN SEDIKIT SISA MAKANAN SEHINGGA KEPULANGAN MAKCIK KONAH PADA HARI KHAMIS .UNTUK MAKLUMAN, HARI KEJADIAN ADALAH HARI AHAD...MAKA MEREKA TERPAKSA MENYIMPAN NASI DAN SANTAN ITU HINGGA HARI RABU KERANA MAKCIK KONAH AKAN BALIK PADA HARI KHAMIS..LALU JENAH MENGELUH "HADOI LA... MAK BALIK HARI KHAMIS..MAKNANYA KITA KENA SIMPAN NASI SAMPAI LAH KE HARI RABU... NASI KE RABU..NASI KE RABU...NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..." JENAH MENGELUH SEHINGGA TERTIDUR DAN BERDENGKUR DALAM POSISI TERSUNGKUR DENGAN KAKI TERLUNJUR..KADANG-KADANG LIDAHNYA TURUT TERJULUR...

TIBALAH HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU HARI KEPULANGAN MAKCIK KONAH DAN KAWASAN-KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA..KIAH, JENAH DAN PE'AH MENANTI DI DEPAN PINTU RUMAH MEREKA DENGAN PENUH HARAPAN... LAGAK MEREKA SEPERTI PELAKON-PELAKON 'BERSAMAMU - PENUHI IMPIAN..'. SEBENARNYA MEREKA MENUNGGU KALAU-KALAU ADA OLE-OLE-OLE..HERE WE GO!..ALE-ALE-ALE DARI SEMENANJUNG GAZA..

ARAKIAN PADA WAKTU YANG DIJADUALKAN, TIBALAH MAKCIK KONAH DI HALAMAN RUMAH KAYU BERATAP RUMBIA DAN DITAMPAL SEKEPING DUA ZINK... RUMAH GABUNGAN CIRI-CIRI MODEN DAN TRADISIONAL... MAKCIK KONAH MEMBAWA TIGA BEG BESAR..BELIAU MENGHULURKAN DUA BUAH BEG BESAR KEPADA KIAH, JENAH DAN PE'AH LALU BERKATA "NAH! AMBIL NASI NI...BERIKAN KEPADA YANI...JANGAN LUPA...BERI PADA YANI...BERI YANI...BERI YANI...BERI YANI..." KATANYA MERUJUK KEPADA JIRAN MEREKA YANG BERNAMA RINDIANI..YANI TELAH MEMESAN BERAS DAN NASI ISTIMEWA DARI SEMENANJUNG GAZA...

MAKANYA, BEGITULAH ASAL-USUL NASI-NASI SEKALIAN YANG TELAH DI 'MENTION' KAN EARLIER..
SEKIAN DAHULU UNTUK KALI INI...HAMBA TERPAKSA MENAMATKAN WARKAH INI KERANA DAKWAT PENA INI SUDAH KEHABISAN.SAMPAI KETEMU LAGI DI LAIN HARI...
WASSALAM.

YANG BETUL,
~Cik Selampit~
24/02/06

Warkah kah untuk Saudara

perhatian: warkah ini hanya layak dibaca oleh pembaca yang memiliki daya penaakulan yang tinggi dan otak kiri yang sempurna sahaja.

SALAM,
MENEMUI SAUDARA YANG KINI BERADA DI MANA-MANA SAHAJA..
SEMOGA SENTIASA BERADA DALAM KESIHATAN DAN KEBAHAGIAAN YANG BERPANJANGAN WALAUPUN SAUDARA MUNGKIN SEORANG YANG TIDAK BERPANJANGAN.

SAUDARA,
SUDAH LAMA KITA BERSAHABAT... SAHABAT PUN SUDAH LAMA BERSAMA KITA. ADAKAH KITA SEDANG BERSAHABAT...ATAU BERSAHABAT YANG SEDANG KITA?..
ADAPUN HAMBA BEGITU KONPIUS SAAT INI, MUNGKIN JUGA KONPIUS SAAT INI BEGITU HAMBA. MAKA BERGABUNGLAH KONPIUS DAN HAMBA, MENJADI "KOMBA"...
DENGAN ITU, KOMBA MENJADI TUJUAN HAMBA MELAYARKAN WARKAH INI BUAT TUAN HAMBA. NAMUN, JIKA TUAN HAMBA MENJADI KONPIUS, MUNGKIN TUAN HAMBA AKAN BERTUKAR MENJADI KONTUBA... ATAU LEBIH PARAH LAGI, KETUMBAR.

TUAN HAMBA YANG DIINGATI SELALU,
ARAKIAN, BERBALOI SUNGGUH KEDATANGAN TUAN HAMBA KE MARI KERANA HAMBA TAHU TUAN HAMBA SEORANG MUSAFIR YANG BERKELANA... PERNAHKAH TUAN HAMBA BEKERJA DI KEBUN GETAH? ATAU PERNAHKAH TUAN HAMBA MENOREH GETAH? MUNGKIN GETAH PERNAH MENOREH TUAN HAMBA. DI SINI JUGA HAMBA INGIN MENGETAHUI SAMADA TUAN HAMBA TELAH MENGUTIP SAMPAH?
ATAU SAMPAH TELAH MENGUTIP TUAN HAMBA? KALAU TUAN HAMBA TIDAK KUTIP SAMPAH, ELOKLAH TUAN HAMBA KUTIP DURIAN SEBELUM DURIAN MENGUTIP TUAN HAMBA.

TUAN HAMBA YANG HAMBA TUAN,
PERNAHKAH HAMBA BERTUAN ATAU TUAN PERNAH BERHAMBA? HAMBA YANG TUAN ATAU TUAN YANG HAMBA SEBENARNYA?
OH TIDAK... HAMBA SESUNGGUHNYA HAMBA SEDANG MENGALAMI KOMBA...
BANTUKAH HAMBA, TUAN...

p/s:aku buat ni masa kat mclead..giler boring time tuh..
 
◄ Design by Pocket