Tikus Membaiki Labu

Salam.
Al-kisahnya charger laptop aku buat hal. Penyakit sawan dia datang. Jawabnya kena beli charger baru sebab dan tak boleh supply power.

Orang kata normal charger laptop akan ada masalah kat sini.

Aku pergi beli kat IT Centre. Payah juga nak cari sebab brand laptop aku tak banyak spare-part di pasaran. Terpaksa beli universal cahrger. Cina kedai tu cakap harga tak ada diskaun. Melayang RM 69.

On the way nak campak charger habis-madu-sepah-dibuang itu ke dalam tong sampah, aku teringat radio buruk aku yang dah lama hilang siaran sebab aerial dah patah.

Aku nak cerita sikit sejarah radio kesayangan aku ni. Radio ni aku dapat masa aku masuk kampus utama selepas habis matrikulasi. Aku share duit dengan Nabil sebab aku tak ada hiburan kat asrama. Kami pergi pasaraya Giant, pilih radio yang paling murah. Sebenarnya aku mintak sebagai hadiah harijadi, tapi sebab kami sama-sama student, maka duit terpaksa kongsi. Sejak itu, radio ini menjadi teman setia dan sumber bagi aku dan Cik Embong (roommate aku) melalak sampai jam dua pagi. Layan 'Suria Cinta' kalau tak silap.

Ini lesen berbentuk sticker supaya barang elektrik anda tidak dirampas semasa spot-check. Harga pendaftaran  mengikut jenis barang. Radio RM15 satu semester kalau tak silap.

Bila aku dah ada laptop, aku banyak dengar lagu dari CD mp3 yang aku beli dari kawan-kawan. Jadi aku bagi Cik Embong pinjam radio ni, letak atas meja study dia. Bila aku habis belajar dan tinggal di rumah sewa, aku pasang radio ni buat teman aku memasak di dapur.

Cukuplah cerita sentimental setakat ni. Mata aku dah mula berkaca. (Siapa percaya ayat terakhir ni, dia memang bodoh. Kih! Kih!)

Hari ini, radio buruk tersebut hanya dipandang sepi. Terbengkalai dan berhabuk di dalam stor. Bunyinya juga sekejap kuat sekejap perlahan. 'Beliau' mula diabaikan sejak tidak mampu bersiaran kerana aerialnya patah sewaktu aku kalut mencari signal. Pusing ke kiri dan kanan, pulas sikit, tap! Patah. Kemudian aku guna buat penunjuk baca Qur'an boleh laras. Kau hado?

Dipendekkan cerita, aku mengambil keputusan untuk menginovasikan charger laptop yang tidak lagi mampu berkhidmat kepada tuannya. Maka, aku kerat wayarnya mengikut saiz yang aku suka.

Seterusnya aku memberanikan diri untuk jadi juruletrik tidak bertauliah. Aku ambil pemutar skru dalam bekas hardware, lalu dengan penuh yakin aku buka 'body' radio tukun itu.


Maka terbarailah papan litar radio malang ini. Aku sebenarnya tak tahu pun kat mana tempat sambung aerial radio ni. Masa sekolah dulu aku suka sangat tolong kawan-kawan aku pateri papan litar untuk buat kotak muzik. Mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Masa tu aku baru pindah sekolah. Rakan sekolah baru aku cakap aku buat soldering kemas dan memang selalunya berjaya. Dari bab sambung kaki LED, perintang, sampailah kepada complete circuit, memang serah kat aku. Confirm bernyala dan berbunyi. Waktu itu memang ada dua lagu sahaja iaitu Mozart dengan Love Story by Beethovan. Mereka ingat aku ambil Kemahiran Manipulatif Tambahan, padahal aku budak Ekonomi Rumah Tangga. Cumanya aku memang minat kerja kayu dan logam, jadi memang tak ada masalah langsunglah aku nak selesaikan kerja kursus tu kan. Eh, sekarang ni silibus Kemahiran Hidup masih sa-perti dahulu ke ha? Orang kata, kalau kita tak passed subject ni, maknanya kita ni memang tak layak hidup lah.

Berbekalkan ilmu yang cetek didada, aku ambil masking tape lalu aku tampal di atas sambungan yang macam nak lerai tu.

Anda perlu test dulu untuk pastikan tempat yang betul.

Setelah selesai, aku cantumkan kembali badan radio ni. Test power sekali.

Pastikan skru dipasang lengkap.

Wayar kat dalam tadi tu sepatutnya keluar ikut lubang ni tau.

Pergh.... memang menjadi. Siaran Radio Klasik Nasional sangat jelas. Cristal clear habaq hang!




Notakaki: Masa kecil dulu aku pernah baiki telefon kat rumah aku. Mungkin aku sesuai jadi juruteknik atau jurutera elekrik dan elektronik. Oh my, aku salah pilih kerjaya rupanya selama ni. Haih!

IRAMA HATI SAYA