Separuh Penuh?

Jemari aku dah mula kejang
Sebab dah berkulapuk rasanya tak jenguk laman sendiri.

Otak pun dah bersawang
Tanpa ada coretan mahupun carik-carik perasa untuk santapan mata kalian.

Waktu dan masa memang jahat
Cemburunya kuat
Tidak beri peluang sama aku mahu berkesima memikir ruang diri untuk dikongsi.

Andai aku punya waktu senggang lagi
Aku mahu hidupku yang lalu

Oh Sang Masa..
Hilangkan cemburumu.
Pulangkan waktu kosong itu
Untuk aku kembali riang.

IRAMA HATI SAYA