A Wishing for The 23 year-old Budak Kecik

MONDAY/151208 - 00:02


Salam,

Selamat Hari Lahir, CINTA!!!

Kau Jangan Sedih-Sedih Lagi.

Kau Kena Kuat.

Kau Mesti Maintain Cool.

Kau Jangan Banyak Risau.

Kau Mesti Selalu Senyum Untuk Semua Orang.

Kau Kena Percaya Yang Kau Boleh Hidup Bahagia (dengan atau tanpa si dia).

Kau Mesti Kuatkan Hati Kau.

Kau Jangan Cepat Melatah.

Kau Mesti Tahan Sebak. Jangan Suka Menangis Sorang-Sorang.

Kau Jangan Rasa Ralat Sebab Melepaskan Peluang-Peluang Itu.
Sebab Kau Tahu "sesiapa yang dibukakan satu pintu rezeki maka hendaklah ia menekuninya,
Degan demikian bermakna, rezekinya ada di situ. Kerana siapa pun yang menekuni satu bidang nescaya akan datang kepadanya kemudahan, bantuan dan hikmah."

Oleh itu,

Lupakan Segala Resah.

Jangan Lagi Bersusah Hati.

Jangan Memikir Perkara Lalu.

Kalau Kau Percaya Pada Diri Kau, Teruskanlah Menapak Susuri Gerak Hati.

Semoga Sepanjang Umur Hayat Ini Kau Terus Diberkati.

Mastura,

Janganlah Kau Jadi Seorang Yang Berbangga Diri,

Sebaliknya Jadilah Seorang Yang Boleh Dibanggakan Oleh Semua Orang Disekeliling Kau.

Jadi Orang Yang Bagus-Bagus Tau!

SELAMAT HARI LAHIR.

Dari yang menyayanyimu selalu dan selamanya,
-MASTURA NORDIN-


KELAB BUJANG 4: UIA dan Stereotype tentangnya.

Lokasi : Bangi Kopitiam
Situasi : Makan Malam

“Saya nak tanya soalan peribadi sikit boleh?”

“Apa dia.”

“Dah ada boyfriend?”

(senyum). (geleng). “Tak Ada”

“Dah berapa lama single?”

(Jeling langit). “Hmm.. 22… nak masuk 23 tahun…”

“Maksud saya, lepas break.. Kali terakhir bercinta…?”

“Ya. 23 tahun lah.”

“Takkan tak pernah ada kot.”

(geleng). (senyum leper). “Masa belajar dulu aku busy. So, tak ada masa.”
(sambil menyudu bubur lalu sua ke mulut)

“Tak ada yang mintak?”

“Entahlah. Tak perasan.” (terus menyudu tanpa perasaan)

“Huh. Budak UIA memang sombong.”

(angkat kening sambil menjeling sinis lagi tajam ke arah suara itu)

“Erk..Bukan semua la, maksud saya..kebanyakannya.”

Now, that is called stereotype.
Stereotype = a conventional or formulaic conception or image.

Yang sombong itu mungkin benar silap aku. Tapi sombong itu bukan kerana aku ni budak UIA. UIA tak ajar pun aku untuk jadi sombong atau menolak cinta.


When you mention or make a remark on someone or something, please do not over generalize it or blame to the group it belongs. It is important to separate between individual and organizational attribution.

Dalam kes yang tersebut di atas, ingin dijelaskan dan ditekankan disini bahawa ramai lagi budak UIA a.k.a kawan-kawan aku yang tak macam aku, lahiriah mahupun sahsiahnya.

Ada yang tak pernah bertitle single, ada yang mencurang, ada yang terkenal kerna playboy dan playgirlnya mereka. Selain tanpa nafi ada jua yang sememang setia dan berakhir bahagia, ada juga yang berperangai tidak semenggah: bertudung cendawan tetapi bersosial mengalahkan haiwan (bahasa sedikit kasar, hanya mahu rima, maaf).

Aku ini bukan siapa-siapa. Tetapi aku tidak mewakili mereka. Cuma aku tidak betah mendengar kait sangkutnya perangai seseorang itu dengan tempat aku pernah bergelar siswazah. Tempat didiknya ribuan yang lain.

Namun, apa jua sifat sikap, jelik cantik mereka itu, baik buruk yang terzahir dimata kalian, jangan sekali disamatarakan dengan taman budi dan ilmu yang sohor itu. Jangan salahkan UIA jika yang jahat itu budaknya. Sebab, ramai lagi budak baik yang kamu tak nampak. Mereka pun bergelar budak UIA jugak.

Sama saja jika yang melakukan salah jenayah, rompak, bunuh, rogol, copek, itu orang Islam, adakah kita nanti salahkan Islam? Adakah Islam itu disalahkan jika pelakunya yang tidak mengamal perkara harus, sunat, dan wajib yang tertulis?

Muslim dan Islam ada bezanya.
Islam itu ajarannya, dan Muslim itu penganutnya, atau dalam bahasa reversenya, yang diajar. Maka, jika yang diajar itu tidak masuk ajar dan jadi kurang ajar, adakah kita salahkan pengajarnya?

Cuba tutup mata, pandang langit seketika, dan fikirkanlah.
Ini mentality yang perlu kita kikis dari otak karat kita.

Aku sengaja bawa kalian teliti isu seremeh yang di atas sana awal-awal itu.
Mula-mula rasa tak relevan kait-sulamnya. Macam berangkai tapi tiada kesinambungan. Tapi tak ada salahnya jika kita beri peluang minda kita untuk cari apa ada muhasabahnya.

Kan? Kan? Kan?

Notakaki:
Bagi aku, yang akan jadi cinta hati aku itu, yang nanti namanya kekasih aku itu, hanya layaknya untuk seorang insan bergelar suami. Suami aku. Noktah.

Selepet

Salam.

Sat tadi aku dapat call dari UIA.

Diorang panggil interview for English Teacher post kat CELPAD on this 16.

But then I don't know la.

I think I shouldn't miss the chance, tapi aku berat hati.

Sebab aku dah a bit stabil kat sini.Lagipun aku baru lagi kat sini.

Memang aku nak sangat kerja kat UIA, tapi.....hmmm.. entahlah..

Oh, confuse.

Pergi.
Tak Pergi.
Pergilah.
Tak kot.
Hish. Serabut.

It's a waiting

I am still waiting for my Laptop to be repaired and handed-in to me.

Sebab tu entry agak slow lately.

Nabil, Godam baguih2 laptop aku tu tau!

Tak sabar nak start mencoret (mencoret ok, bukan mencarut) dengan lebatnya (hopefully).

*pandang atas jap*

See you guys.

Surely tahun 2009 mesti dihangatkan.

Aku ada banyak story nak tepek kat sini before the end of the year 2008.

Selamat mencipta kenangan!!!

Monthly Report

15/10/2008: WEDNESDAY

1. Social : High
Environment yang nyaman semenjak ada 'geng' (Academic Assistant baru masuk, dulu sama interview dengan aku).

2. Mental : Medium
Ada seekor manusia yang suka cari pasal. Tapi aku selalu buat bodoh je.

3. Emotional : Unstable
-No Comment-

4. Pocket : Very Fragile

5. Makan : Very High
Sarapan dan makan tengah hari kat sini sangat sedap dan palatable sampai tak mampu nak puasa.

6. Pakai : Just so-so
Setiap isnin kena sarung coverall warna kuning. Dapat saiz M sebab saiz S dah tak ada stok. Sangat besar. Tak cun. =(

7. Safety and Health : Very Low and Risky
Berpotensi untuk dapat sakit paru-paru kerana menghidu asap kenderaan setiap hari sewaktu pergi dan pulang dari kerja.

p/s: Dalam buku stress management that I read, it says "Social Support" is one of the common strategies for coping with stress. that is:

Social Support = seeking support by talking to others (friends, loved ones, professionals)

See you next edition for more information on strategies for "Coping With Stress".
Adieu.

Ref: Teoh Hsien-Jin. (2004). Stress Management: A Simple Guide. Selangor: Hupak S/B.

KELAB BUJANG 3: Sempurna!

rabu/291008


Setakat hari ini, aku berjiwa sukacita. Ada juga terkadang jalan terkehel, tapi aku tidak begitu ambil kisah. Yang penting aku masih boleh berdiri dan mampu menapak.

Rumah. Isi rumahku hampir sempurna. Hujung minggu yang mesra bersama Kak Mas, Syila dan Cenie. Kami bertukar menu memasak dan menjamu seisi rumah. Aku cadang nak beli televisyen untuk rumah sewa ni. Terlalu bosan menatap dinding sehari-hari. Hari minggu yang lalu mujur saja Kak Mas tidak ke mana-mana. Maka dapat juga kami melayan CD dan klip-klip video yang menarik di laptopnya.


Oh ya, lupa mahu perkenal: isi rumah aku ada 4 gadis semuanya.


Kak Mas selaku ketua rumah dan financial controller. Jika ada belanja rumah lebihan boleh claim sama dia. Menariknya, nama beliau juga sebijik namaku-Mastura. Pernah aku tersilap membuka dan membaca kad raya yang sebenarnya ditujukan buat Kak Mas, patutlah pengirimnya aku tak kenal. =p.\



Syila - seorang pakar masakan yang tak pernah jemu memberi aku makan.

Hasnie atau Cenie, teman sebilikku yang selalu membawa aku meneroka keliling seksyen 2 Wangsa Maju.




Seronok. sungguh seronok bersama mereka. Aku rasa seperti punyai 'keluarga' yang sempurna untuk seorang aku yang tinggal di tengah kota perantau ini. Mereka prihatin, mereka baikhati, mereka tidak pernah mengabaikan walaupun selalunya aku ditinggalkan.
Oh, BAHAGIA!!!!



Dari kiri: syila, cenie,kak mas.
yang belakang tu anggap jela entiti tak diundang.
(gambar ni aku rembat dari friendster cenie tanpa pengetahuannya..hehe..sori.Urgent.)





Syila, Cenie dan Kak Mas
semua graduan UIA
(gambar ni pun sama..hehe..sekali lagi maaf ye)



Bukan Ayat Cinta

Isnin -071008

Hati sudah jauh.
Diri makin jarak.
Sesak. Sebak.

Mahu tinggal kamu, sanggupkah?
Pisah dari aku, relakah?
Berlalu hari tanpaku disisi, mampu?

Letih
Menanti tanpa jawapan pasti.

Mungkin
Sengaja tidak dimengerti
Atau sekadar beralas simpati.

Lalu
Pergi sahaja dengan senyap.
Lepaskan
Segala rasa tersisa. Tersiksa.

Biar
Cahaya itu beransur malap.
Hingga akhirnya langsung lenyap.

Hapus
Baki duri (yang ter) tinggal.
Lupus bisa-bisa sengal.

Siapa peduli?
Ini bukan ayat cinta,
Bukan juga kata memuja.
Hanya cebis nada kecewa (barangkali).

Yang hilang,
Lesaplah bersama angin
Sepertinya padam cahaya lilin.

*hembus angin kosong*

Tawarikh: Aku dan Telefon Mudah Alih

081008/rabu
1:23 am


Siapa yang pertama kali tengok aku jawab call atau taip sms mesti akan pandang dua kali kat telefon yang aku sedang gunakan sekarang. Tapi, aku nak imbas balik sejarah aku dan telefon yang pernah berada dalam bimbitan aku.

Handphone pertama aku dibeli dan dihadiahkan oleh kakak aku. Masa tu aku first year di Matrik UIA. Nokia 3310. Diserahkan beserta simcard Hotlink.

Zaman tu simpack memang mahal. Aku punya berharga RM84. Itupun pek promosi (kad sim+kredit panggilan RM50). Dan nombor itu aku gunakan hingga ke saat ini (hampir 6 tahun kira-kiranya).

Lebih kurang 5 bulan selepas tu, kakak aku bagi Nokia 6510 bagi menggantikan Nokia 3310 sebab dia nak beli handphone lain.

Lama juga aku pakai telefon ni. Sampai masuk maincamp Gombak. Kecik tet je. Ringtone pun best-best. (monofonik je pun). Dalam pada tu sempat juga bertukar phone dengan seorang kawan ni. Dia bagi merasa Nokia N-GAGE dia selama dua bulan.
Seronok dan sangat teruja dengan true tones dan design ala game-boy. Tiap-tiap hari tukar ringtone dan message tone. [jakun].

Tidak lama kemudian, kakak aku bagi Nokia 6610 pula
(sebab dia dah pakai butterfly @Nokia 8250).
Aku sangatlah excited coz dapat pakai handphone yang ada skrin berwarna dan bernada polifonik. Masa tu MMS dan GPRS baru in-trend. So, aku pun sakanlah main MMS dengan kawan-kawan yang ada telefon skrin berwarna. Kadang-kadang tu nak cakap gudnite pun guna MMS, siap attach sekali dengan polyphonic ringtone lagi, Siot tol kan?

Ada satu lagu ni kawan aku bagi, sedap sangat. Tiap-tiap malam aku dengar sebelum tido. Tajuk dia “I Believe” nyanyian Yuko Yamaguchi. Aku punya taksub dengan lagu tu sampai pulun download mp3 dan hafal liriknya. Rupanya itu OST satu drama Jepun ni: OverTime.
Akupun apa lagi.. kemain sakanlah tengok drama bersiri lakonan si tua hensem Takeshi Sorimashi dan Esumi Makiko.Nota kuku: Cerita ni pun syiok. Aku bagi 5 bintang!

Aku guna Nokia 6610 tu sampai satu masa keypad dia ‘jammed’. Nak taip nombor dah tak leh, yang function Cuma button “receive” dan “end” call sahaja.

Balik rumah, aku ngadu kat kakak yang handphone tersebut sudah nazak. Esoknya, kakak belikan Samsung ssx430 second-hand. Warna putih.
Dia baru beli Samsung model A117.(kalau tak silap).
Maka merasalah aku upgrade sikit style handphone aku kepada jenis lipat atau ‘flip’(puh, waktu tu kalau pakai handphone flip memang kira canggih la).

Malangnya, umur dan hayat si Samsung SSX430 tidak begitu panjang bersama aku. Asyik terjatuh menyembah bumi saja handphone ni. Aku sendiri pun tak tahu apa fasal perangai dia macam tu. Letak atas meja, puk jatuh ke lantai. Buh tepi bantal, esoknya kelepuk terburai bawah katil. Pecah, terpelanting bateri tak usah cakaplah. Sampaikan kena pita selofan(selotep) keliling dia bagi bateri lekat balik. Pendek kata, memeng retak menanti belah. Sabar ajelah.

Kemudian, lepas satu, satu penyakit timbul. Keypad dia turut jammed (penyakit yang serupa macam nokia 6610 aku dulu tu). Mungkin juga kerana waktu itu aku gila SMS. Charger pun problem sebab tak dapat connect dengan bateri(kerana retak). Memang tak dapat dibantu lagi dah si Samsung samseng itu. Ajal dia dah sampai gamaknya.

Ahkirnya, aku terpaksa pinjam Nokia 2310 milik roommate aku coz Samsung aku tu dah tak dapat nak hidup lagi (unable to charge).
Dan kali ini aku decided untuk beli Handphone sendiri. [Takkan aku nak mengecek dengan kakak aku lagi kan?].

Maka akupun order la i-mobile 309 dari roommate aku si budak Thailand ni.
RM 350 untuk telefon bimbit pertama yang lebih kecil dari tapak tangan aku sendiri.
Alhamdulillah… i-mobile 309 ini masih terus mencurahkan jasa baktinya kepada aku sehingga ke hari ini.Dah hampir 2 tahun aku pakai.

Uniknya, i-mobile 309 ni bukan handphone biasa. Dia sebenarnya sebuah mp3 yang ditambah fungsi telefon; bukan handphone yang ditambah fungsi mp3 seperti yang kita biasa dengar.

Kadang-kadang banggak juga aku menayang telefon ini sebab setakat ini belum pernah lagi aku lihat orang lain gunakan model yang sama dengan aku. Dan hingga ke hari ini, pasti ada mata yang menjeling penuh curiga pada tangan comel aku setiap kali aku ‘godam’ atau ‘tet..tet.. I-mobile kesayangan aku ni.

Akan datang, aku menanam azam untuk sambar Nokia Navigator pula.
Aku suka coz ada peta, aku ni kan memang ‘failed’ bab mengingat pelan atau map. Function dan spec dia pun macam best je.
Perghh!!!! Tak boleh tahan.

Trivia: Aku tak pernah ada handphone berkamera.
(Tapi kalau dapat kusebat Nokia Navigator ni, memang lengkaplah hidup aku kot).

Dream No More.
Huh. Start Saving. Saving. Saving. Saving…

LIFE SUMMARY

210908 – AHAD

For Aziz

Betul la cakap kau, aku dah lama tak update blog ni.

Actually entry tu ada, Cuma tak ada masa nak post. Maklumlah 2-3 bulan ni busy sikit.
Buat yang rindukan coretan aku, biar aku buat summary sikit tentang my life previously.

Masa sem akhir aku, yakni short semester, aku dapat jadi part-time English teacher kat IIUM EDUCARE. Masa tu awal bulan 6. Best jugak mengajar budak-budak umur 4 tahun. Aku ingat nak apply jadi fulltime lepas grad sebab aku minat bidang early-childhood education. Tapi bila aku tahu yang masa depan aku tak berapa cerah kalau aku terus kerja kat situ (gaji tak ikut kelulusan ‘coz this field requires Early Childhood Education Certificate/Diploma, makna kata: even ada degree pun gaji tetap sama dengan budak diploma jika degree kita tiada kaitan dengan bidang berkenaan. So?)

So, aku pun giat mencari masa depan. Dan dalam masa yang sama aku uruskan borang untuk sambung Master (atas permintaan keluarga). Plan aku: nak ‘rehat’ sambil kumpul duit sementara nak tunggu postgraduate enrolment bulan 11 ni.

Pertengahan Julai aku pergi interview di Menara Maxis KLCC. Post: Data Entry Personnel, Temporary 3 months contract basis. (Saje la nak cari pengalaman, cadangnya habis kontrak boleh terus sambung belajar seperti dirancang. Payment pun boleh tahan, sejam RM 8. berbanding RM 4 per hour kat Educare).

Then aku berhenti jadi cekgu tadika dengan berat hati after dapat offer dari Maxis Mobile Communication Sdn. Bhd. Walaupun sedih untuk tinggalkan anak murid yang aku dah mula sayang kat Educare tu, tapi aku blah jugak ‘coz NO MONEY NO TALK (lupakanlah nilai SENtimental kerana sekeping SEN adalah lebih bernilai! Hahah..)

Kerja kat Menara Maxis tu seronok juga. Environment nya ok aje walaupun aku terpaksa mengadap macam-macam ragam customer. Officemates pun semua sempoi dan very helpful. (Hal diorang dengan Tuhan tu biar la diorang tanggung sendiri kan).
Cumanya the task is sooooooooo monotonous. Boleh jadi bengong juga rasanya kalau aku duduk(kerja) kat sini lama-lama. Masa interview itu hari HR officer tu ada cakap kalau performance aku bagus, I might be promoted as a permanent staff kat bahagian Business Operation and Management after the 3-months contract ended.

Tak sampai sebulan aku kat Maxis, aku decided to pursue my career in a recognizable field which suits my qualification. Maka, aku nekad quit this job after so much thought dan bertimbang-tara.

Nota kaki:
Paling best semasa bekerja di Menara Maxis ni adalah ‘my hectic yet precious lunch hour’. Walaupun aku just bekerja selama 11 hari (tolak weekends), tapi my lunch hour was very meaningful. From the first day I reported to work until my final working day aku akan kuar lunch with my best-acquaintance-cum-partner-in-crime, AriffShah.

Well, he is not-that-nice guy tapi aku suka lepak dengan this boy. It gave me some sense of relief whenever I went lepak with him during our lunch hour (called it lepak because we’re sometimes tak makan sama; ada masa-masa dia berpuasa dan hanya teman aku melantak).

Our lunch hour is ours. It was kinda constrained dan sangat suntuk. We usually had lunch less than half-an-hour (setengah jam). Sebabnya waktu rehat aku pukul 1.30-2.30 petang sedangkan dia normal lunch hour 1.00 -2.00 petang. Thus, we would only be meeting each other from 1.30 – 2.00 pm. How fair it is.

So, can you imagine betapa terhadnya masa yang kami ada? Yet we used it wisely. Masa tu baru aku sedar dan paham apa yang dimaksudkan dengan ‘MASA ITU EMAS’. No. Masa itu lebih berharga daripada emas.

Aku sedih gak nak tinggalkan dia dan semua perkara-perkara baik kat sana, tapi I really have to move forward for a better future. Whatever it is, I would like him to know that those were the best moments of time for me – to have a good company like him. Thanks buddy!!!

After resign from Maxis, aku hantar transcript ke CELPAD untuk proceed my application as a part-time lecturer (so that aku boleh buat fulltime Master concurrently). Unfortunately masa aku forward transcript aku tu dah tak ada vacancy dah. I guess I was a little late. “We will contact you if there is any vacancy in the future”, kata Head Department memberi harapan. Sedih, terkilan dan yang sebaya dengannya tak payah cakaplah kan.

Head Department tu cadangkan aku apply for fulltime position. Kena submit different form, resume and transcript. Makna kata: do it all over again. And the condition is: aku tidak digalakkan untuk ada sebarang komitmen lain(contohnya buat Master) because I’ll be under probation for ONE YEAR! Wadehel?!

Dan lagi, result of the application hanya akan diumumkan for the next intake. Which means I will have to wait for nearly 4 months. Kau gila ker? Dah tu aku nak kena menganga je ke for the coming months ahead?! Aku ni dah la undoubtedly workaholic, kalau nak kena waiting for that long boleh berkulat aku. Diulangi, BERKULAT!

Meanwhile, life has to go on. Sambil berharap that there is still a vacancy for that f***ing part-time position for me, aku telah hantar resume kat this one particular college. CONSISTcollege (mungkin nama sebenar).

Tak sangka less than a week selepas tu aku dipanggil untuk interview, then I was called for the second time untuk ‘demo teaching’ pula. Lepas mock teaching aku diminta untuk report duty pada 2 September.

Maka bermulalah hidup baru aku sebagai pensyarah di kolej berkenaan. Stakat ini, I’m happy with my life dan sangat bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan buat aku. Hopefully everything is going to be alright.

May ALLAH be The Guide and Protector for me and for those around me. Amin.

KELAB BUJANG 2: CHARMING.. AM I?

160908 – TUESDAY


Ada sorang mamat Iraq ni tangkap cintan lak dengan aku. Tak pasal-pasal jer.(seriously, aku bukan perasan k).

Intro: Aku kenal dengan mamat ni masa tunggu bas nak balik kerja. Bustop tu kat depan Zoo Negara, so memang most of the time foreigners or tourists akan tunggu bas bersama dengan aku.

Satu petang ni masa sampai kat bustop tu ada beberapa orang lain yang tengah tunggu bas jugak. Termasuklah this guy. Seperti biasa, bas U34 memang lambat sampai. Semusim sekali je bas ni akan lalu. Siapa yang tak tahu tu memang berakar la punggung menunggunya.

Mamat ni duk membebel kat aku. Katanya dah setengah jam dia duduk kat situ. Aku sengih je. Sebagai rakyat Malaysia yang berbudi bahasa, maka wajiblah kita mempromosikan keindahan dan tempat-tempat menarik Negara kita ni kepada warga asing dan pelancong.

Yang mamat ni pun rancak juga bercerita. Lastly, dia tulis nombor telefon dia kat tiket bas aku. Pastu dia keluarkan tiket kapal terbang dia yang penuh dengan tulisan arab tu dan suruh aku catat nombor telefon aku (handphone dia tertinggal kat apartment). Kalaulah korang jadi aku, apa tindakan korang? Of course you have no choice but to write it on, kan? (memang by any chance kita tak dapat refuse).

Then, macam biasalah bermula episode berbalas sms… Tup! Tup! Dia kata dia suka kat aku. Gelabah la jugak, tapi buat-buat cool aje. Bila aku tanya kenapa, dia kata “because I found you are simple girl.”

Wadehel? Dia ingat aku ni ‘easy’ ker? I am simple, but I am NOT easy. Language barrier is a very BIG issue for me. Aku tak salahkan dia yang tak fluent in English, masalahnya, aku sendiri pun tak berapa pandai nak cakap omputeh. Kang terbalik kod pulak bila menyembang, tak ke haru? Lagipun, aku memang tak minat orang asing. Kata orang, laki-laki arab ni jealous kuat (laki tak arab pun sama). So, aku pun cakap kat dia, “I’m sorry, I cannot be your lover. We can only be friends.” Lepas tu aku bolayan je sms dia.
Aku memang tak ada hati pun kat dia. Kawan sudeh.

Sebenarnya dalam hati aku cuma ada seorang je. Dialah lampu hati aku. Cenderawasih aku. Aku memang bukan two-timer walaupun kadang-kadang aku ‘nakal’. Sejak aku jatuh hati kat si cenderawasih ni memang aku tak pernah pandang orang lain. Yang aku tahu, aku cuma nak dia sorang jer dan hanya dia. Noktah.

So, datanglah Iran ka, Iraq ka, Afghan ka, Singapura-pura ka, hatta sesiapa jua, minta maaf, Tak Layan! Section closed.

“Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan..”

p/s: Amaran keras untuk SEMUA:
Kalau tak suka, cakap je TAKNAK. Jangan bagi harapan pada orang atau main-main dengan hati dan perasaan orang. Kalau kita lukakan hati seorang, ada 10 orang lain lagi yang akan sakitkan hati kita pulak. Ha, nak ke?!

KELAB BUJANG 1: Potential Life Partner

090908 – Tuesday


Soft-spoken, articulate, intelligent and handsome. The standard criteria for a potential life partner every woman would dream of.

Does this type of guy still exist in our 21st century world?
Ada. Tapi susah nak jumpa.

Well, tell you what, I found this one guy who just suits the descriptions. (but the handsome part is rather lacking, I prefer to say that he is quite pretty. Hurm..beautiful boy). He is soft-spoken but not sissy. Melayu kata ‘sopan-santun’. He is articulate, but not in front of his superiors. He is undoubtedly intelligent and wise, but sometimes a bit ‘kalut’ over small matters. Pendek kata, he is everything-good-to-see type lah.

I think I like this pretty dude. But he is not what people observed him to be when he comes to me(betui ka ayat aku ni?). Whenever we’re both chattering, I can see his true colour. How he struggles to meet the demand of being a ‘perfect’ being in the eyes of the people around him.

I can hear he swears sekali sekala whenever he got pissed-off with somebody. And he bebel a lot though. His favourite word would be “macam taik!”. Erk. I think I like this fussy little boy because he presents himself very differently to me and I could always see him switching his hat. Kadang-kadang aku rasa dia terlupa yang dia sedang bercakap dengan aku yang perempuan. Whatever!

Bagi saya, dia kacak dan lawa biarpun orang kata dia lady-like. Biar saya terangkan, sebenarnya dia bukan si lembut, cuma dia seorang penyantun. Siapa berani cakap dia ‘aww..’ mari makan penampar jepun saya.. Watchaa!!!

Tapi..saya dan dia bagai langit dengan bumi. Dia lampai dan berdada bidang. Saya pula katik dan rendang. Dia berhidung mancung bak seludang, sedang saya berhidung kemek tak bertulang. Mata saya bulat, matanya pula kecil bersahaja.

Aku tembam dan bundar, dia cengkung dan lonjong. Namun, apapun yang buat kami nampak berbeza tetap tak akan merubah perasaan aku pada dia.. hahahahh…

Ramadhan BersamaMu

Terdengar sayupnya azan bergema
Tanda Ramadhan mengunjur wajahnya
Ku atur langkah menuju rumahMu
Ingin mencari hati yang kian beku
Mahu dididik agar rapat padaMu
Rahmati daku

Sejenak kutermenung di anjung rumahMu
Mencari bahagia dan damai

Betapa selama ini jiwaku kelam
Tidak pasti apa yang ingin digapai
Hingga akhirnya aku tenggelam.

Saat bergema laungan dari seisi rumah ini
Hatiku terdetik...
Terasa kekuatan kembali di sini
Aku terharu, terpana, terkesima sendiri
Melihat hambaMu berkumpul mencari
Redha, inayah, rahmat kasihMu nan suci

Betapa Agungnya kudratMu Ilahi
Perkenankan pinta kami
Moga kami kan sentiasa dinaungi dan diberkati

Ramadhan ini bersamaMu
Leraikan kekusutan dihati kecilku
Kurniakan ketenangan disisiMu
Moga aku tidak melupakanMu

When you crossed my thought

A childish poem from a little girl who has no guts to approach the boy she admires

Sometimes I really want to text you
But I have no idea on what to say
So all I can do is just praying
That you’ll always safe and sound
Hope that you are happy and blessed
Throughout the day

At moments I’m thinking of you
I long to see your smile
I remember seeing you in vain
Much sorrow did you wish to tell
More pain I know you’re bleeding inside

I wonder will we be staying, keeping in touch.
Do you ever have the same thought as mine?
Have you forgotten all the memories?
As time goes by…

It’s time to confess
I miss you for every second you crossed my mind
Let’s not betray
The friendship that was built in trust
It’s time to vow
This happiness shall never end

Hikayat Burung Kayangan

Pada zaman dahulu kala, ada seekor Tweety suka kat seekor Cenderawasih. Tapi Cenderawasih ni agak dingin kerana dia berketurunan bangsawan.

Maka, Tweety merajuk hati dan mula mendekati sang Merak. Mereka berkawan baik dan saling membantu. Merak baikhati, mesra dan pandai berjenaka. Tweety juga suka bergurau dan ramah. Lama-kelamaan, Tweety mula jatuh hati dengan kemesraan si Merak.

Mereka terus berkawan baik dan Tweety terus menyimpan perasaan. Tweety menanti waktu yang sesuai untuk berterus-terang.

Pada suatu hari, Merak telah menghilangkan diri. Mereka terputus hubungan hampir dua purnama lamanya. Tweety terus menanti khabar dari Merak. Merak yang suka merantau telah berhijrah ke merata-rata tempat. Merak telah pergi tanpa menginggalkan pesan. Tweety pula cuba merisik khabar dari sahabat-sahabat Merak.

Akhirnya Merak kembali dan menceritakan pengalamannya kepada Tweety. Tetapi, persahabatan mereka tidak lagi rapat seperti dulu. Tweety begitu sedih kerana Merak telah berubah. Walaupun Merak masih ramah seperti biasa, namun dia sudah jarang menjenguk Tweety. Tweety juga agak sibuk dan tidak berkesempatan berbalas berita dengan Merak. Maka keduanya leka dengan kerja dan urusan masing-masing.

Pada suatu hari, Tweety berhajat untuk melawat Merak.Beliau berasa kasihan tatkala melihat Merak yang sangat sibuk bekerja. Lalu, Tweety menawarkan diri untuk membantu walaupun pada waktu itu Tweety sebenarnya sedang gering.

Tanpa diduga, Tweety terserempak dengan Merbuk yang sangat cantik bergaya. Tuturnya juga sungguh berlemah-lembut. Merbuk juga selalu kelihatan di kawasan Merak. Merak nampak begitu mesra dengan Merbuk. Tweety yang agak cemburu mula bertanya kepada Merak. “Merbuk itu sahabat hamba, dia rajin juga datang membantu di sini..” kata Merak menjelaskan.

Tweety tersenyum berlega hati mendengar jawapan Merak. Dalam hatinya sudah berkira-kira untuk meluahkan perasaannya kepada Merak sebelum terlambat. Sungguhpun Tweety agak hairan melihat kelakuan Merak yang ganjil dan seperti merahsiakan sesuatu, namun dibiarkan sahaja sangsi itu. Dia tidak mahu bersangka yang bukan-bukan terhadap sahabat baiknya itu.

Lebih menghairankan lagi, Merak seperti enggan berbual dengan Tweety.
Lalu, di suatu hari yang tenang, Tweety dengan teragak-agak bertanya akan perubahan Merak. Tweety juga mengaku berjauh hati dengan sikap Merak itu.Tanpa disangka-sangka Merak naik berang dan mula menyalahkan Tweety kerana tidak melayan Merbuk dengan baik. Tweety terpinga-pinga menerima tohmahan Merak. Dalam hatinya mula terguris dengan kata-kata Merak.

Kata Merak, Merbuk itu bakal permaisurinya, maka Tweety wajib melayan Merbuk dengan selayaknya. Tweety terpukul dengan kenyataan Merak. Hatinya remuk berkecai. Dengan tidak semena-mena Tweety jatuh gering dan hampir mati. Tweety kemudian lari membawa diri meninggalkan Merak kerana dirinya semakin tenat.

Arakian, Tweety memutuskan persahabatan mereka dan berusaha memulihkan geringnya tetapi gagal. Akhirnya Tweety mati sebelum sempat meluahkan perasaannya kepada Merak. Sekian.

Ribut


Kadang-kadang kita rasakan kita sudah buat pilihan yang terbaik untuk diri kita.
Tapi pada akhirnya kita mula rasa menyesal kerana merasakan pilihan itu telah mula membebankan kita.
Maka kita semakin buntu untuk meneruskan hidup.
Kaki juga mula terasa lemah untuk melangkah.
Hati juga semakin pudar ikhlasnya.
Jiwa sedikit-sedikit hilang semangatnya.

Sebenarnya,
hidup ini penuh dengan jalan simpangan yang tidak dapat kita temukan halanya.
Kerana tiap simpangan itu hanya akan dapat dilihat telus jika kita sendiri yang meneruskan langkah menelusuri laluannya.

Bagaimana kita mahu berteka apa ada dalam laluan itu jika kaki sendiri tidak marasainya.
Mungkin ada petunjuk asalnya, tetapi ditutupi oleh lalang menghalang perjalanan.
Onak juga bisa terpijak jika mata tidak teliti memerhati dan asyik saja ke depan pandang.

Oleh itu, beranikan hati juga kuatkan semangat
untuk harungi saja jalan yang kita telah pilih.
Meski ada bias-bias rasa hampa atau kecewa, simpan dahulu.
Yang baik untuk diri kita hanya diri kita yang sangat fahami.

Andai ada bisik- bisik berpatah arah,
pintalah petunjuk dari Yang Maha Mengetahui.
Agar hati kita dibantu untuk mencari ruang terbaik
buat diri kita, insan yang kita sayangi, juga untuk orang di sekeliling kita.

Hidup ini aturannya kadang tersumbing
Bikin kita seharian runsing
Mahu terus atau berpaling
Tanyalah sama hati yang tenang tidak terumbang-ambing.

I wanna be somebody

Nanti kan, bila saya dah besar, saya nak bagitahu awak sesuatu.
Saya ada rahsia. Dah lama saya simpan rahsia ni. Sebab saya kecik lagi, so saya tak dapat nak bagitahu awak.

Bila la agaknya saya boleh bagitahu awak rahsia ni ye?
Tak lama lagi kot.. Sikit masa je lagi.
Awak sabar la ye.

If you think somebody needs to know how you feel, best you tell them.

Aku yang tidak dapat melihatmu


Aku yang tidak dapat melihatmu
Kabur pandangan
Dibayangi kelam hari tanpamu
Jika telus ruang mata hanya ingin menatapmu
Biar silau terpancar sinar wajahmu.

Aku buntu.
Rela pejam dari celik tiada kelibat dirindu.
Sayu ini tak pernah ku adu.
Hanya kau kuperlu.

Isikan hari-hari suramku,
Bisikkan nada mesra berlagu,
Ku takkan pernah jemu.
Asal kau temani sisiku
Duniaku pasti indah selalu.

Kenapa awak..?

tues-220806

"At this point,
i dont know who's to love,who is loving me, or who is worth to be loved..

i dont really know.."

Entah kenapa saya asyik teringat kat awak.
Awak makin jauh.sangat jauh.jauh dari mata..jauh dari hati.
tapi kenapa awak juga yang ada dalam kepala otak saya?
Saya tak nak kat awak. tolong blah.
Saya tak suka awak. awak sombong.
Awak tak suka saya. Jadi, kenapa mesti saya suka orang yang tak suka saya?
Orang kata, hidup ni mesti adil. kita mesti adil pada diri kita sendiri.
Kesian kat saya, saya tak sepatutnya biarkan hati saya sakit macam ni.
saya kena bahagiakan hati saya.
siapa lagi yang akan bahagiakan hati saya kalau bukan saya sendiri?

Awak,
tolonglah pulangkan..
tolong pulangkan hati saya yang awak dah curi tu.
kalau awak tak nak pulangkan hati saya, sila bagi hati awak sebagai pengganti.
atau..awak nak saya curik hati awak macam awak curik hati saya?
saya tak mampu. saya tak mampu nak curik hati awak..
sebab saya tak mahu curi hati sesiapa
yang tak rela hatinya diambil...

My Sweet Small World

SALAM…

Selasa,03 Jun 2008.
Hari pertama mengajar anak-anak berumur 4 tahun di IIUM Educare.
Mula-mula rasa agak bosan juga kerana asyik mengulang perkataan yang sama kepada anak-anak yang berbeza. Tetapi lama-kelamaan keseronokan terasa tatkala melihat karenah mereka yang pelbagai.

Tak pasti juga bagaimana mahu menggelar mereka: terlalu muda untuk digelar pelajar, terlalu kekok untuk menggelar mereka ‘anak’, dan terlalu kebaratan pula rasanya jika menggelar mereka kids.
*fikir*
Hmm, mungkin enak juga memanggil mereka adik, tetapi mereka menggelarku ‘teacher’. Janggal lah pula nampaknya.

Baik. Untuk entri ini aku ingin gelar mereka sebagai anak. Anak kecil.Ya, merekalah anak-anak baruku.

Aku menapak ke Educare kira-kira jam 8.15 pagi.
Perasaanku tika melangkah ke sana sebagai bakal pendidik sukar nak digambarkan.
Ada rasa gementar, gembira, suspen, kaget, penuh tanda tanya dan sebagainya bercampur baur. I don’t know how to expect them. Will they accept me? Would there be any problems on my first day? What would the other teachers observe me as? How do I have to present myself in front of the kids and my new colleagues? Pergh, korang tak akan paham betapa aku berdebar and full of expectations.

Sebaik melangkah ke bilik persiapan (atau istilah normalnya, ‘bilik guru’), aku disapa lembut oleh Teacher Nurin, penyelia bahagian Kindergarten. Pagi di bilik itu nampak meriah, semua staff mesra. Namun aku hanya tunduk dan senyum sahaja sambil menyemaskini data-data anak-anak jagaanku.

Ini hari pertamaku, jadi aku tak mahu suasana jadi kalut. Sebab itu aku datang awal. Kufikir perlu buat beberapa persiapan sebelum memulakan sesi. ”Mas, pukul 9 boleh lah mula ya. ” Teacher Nurin bersuara sambil menyerahkan fail profil bakal anak-anak aku. Aku angguk dan senyum. Jam menunjukkan jam 8.30 pagi, tetapi suara anak-anak kecil sudah mula riuh di luar. Mungkin sedang seronok bertemu semula rakan masing-masing.
Aku terus sibuk menyusun atur dan melengkapkan fail yang baru kuterima tadi. Menurut penyelia, aku perlu mengajar kanak-kanak 4 tahun membaca menggunakan modul yang disediakan. Aku perlu uruskan kesemua kanak-kanak 4 tahun yang dibahagikan kepada 3 kelas –Daisy, Rose dan Tulip. Setiap kelas mempunyai 30 orang pelajar, maka jumlah keseluruhan pelajar aku adalah 90 orang (erkkk!!!). Tapi mujur juga sekarang ini musim cuti sekolah, jadi tidak ramai ibubapa yang meghantar anak mereka ke mari. Oleh itu, anak-anak yang tinggal hanya dalam 30-40 orang sahaja (Fuhh..at least my first day is not a disaster, Alhamdulillah).

Tepat jam 9 aku bergerak membontoti Teacher Nurin untuk mengambil murid pertamaku. Difahamkan aku perlu mengajar secara one-to-one, bermakna setiap seorang pelajar adalah tanggungjawabku. Walaupun aku prefer mengajar secara mass, tetapi personal approach sebegini mungkin dapat memberi peluang kepada guru baru sepertiku untuk mengenali setiap anak dengan lebih dekat.

Sebaik melangkah keluar dari bilik guru, seorang anak kecil berseragam biru menyapaku “Teacher!!!”.. Tergamam aku seketika. Alahai..adakah itu title baruku? Kekok sekali. Aku ni tak layak digelar guru. Belum. Aku belum apa-apa lagi wahai anak. Anak yang menyapa aku itu tadi bukan kalangan pelajar dibawah jagaanku kerana pelajar 4 tahun tidak perlu memakai seragam. Mungkin anak itu dari kelas 5 atau 6 tahun. Teriakan mesra itu buat jantung aku debarnya semakin kuat.

Aku terus menuju ke kelas anak-anak 4tahun.Mereka sedang duduk bersidai di luar kelas sambil mendengar kata-kata teacher mereka. Teacher mereka juga punya seragam. Warna krim dan coklat cair. Hanya aku sahaja yang berbaju kurung. Anak-anak nampak agak cuak melihat aku berbisik dengan salah seorang teacher mereka. Aku meminta salah seorang daripada anak-anak itu untuk mengikutku ke bilik bacaan. Aku bebas memilih mana-mana bilik untuk mengajar.

Anak pertamaku akur sahaja sambil terus mencapai tanganku. Ku bawanya keluar dan terasa lembut sekali jari-jari kecil dalam genggamanku itu. Ada satu rasa sayang mula menjalar dihati kecilku. Sambil melangkah aku berdoa moga hari ini berakhir dengan baik sepertimana bermulanya. Dan dalam debaran itu aku memulakan tugas pertamaku sebagai seorang ’guru tadika’ separuh masa. Semoga Allah mempermudahkan urusanku dan memberikan kesabaran untukku menghadapi hari mendatang bersama anak-anak kecil ini. Amin.

Inilah dunia baru aku.

Itu Engkau


Mata yang kalut
Hati yang ribut
Itu engkau

Bibir dimanis ukir
Hati berolak usir
Itu engkau

Langkah damai girang
Hati kemarau gersang
Itu engkau

Tutur berpanjang kisah
Hati menepis resah
Itu juga engkau

Engkau itu
Usah lagi bernafas semput
Jika hati mula direnggut

Engkau itu
Usah lagi berpahit senyum
Jika hati tenangnya belum

Engkau itu
Usah lagi menapak gah
Jika hati berhujan bah

Engkau itu juga
Usah berpura sebalik kata
Jika gelisah bilang sahaja

Kepala Hotak Kau


Sampai bila kau nak tunggu dia
Kalau dah tahu orang tak suka
nak biar sampai kau mampos ternganga?

Hey, sedarlah sikit,
walau kau sayang dia berbukit, cinta kau melangit,
dia tak mungkin pandang kau walau sekenyit.

Katakan saja padanya:
Apa jeling-jeling?
Jangan harap aku nak paling.
Kalau aku dah mula geleng,
tak ada maknanya kau kerling.
Sebab hati aku kering.

Mengapa dikenang perkara lampau,
biarkan semua lemau,
jangan buat hari cerah jadi silau,
cubalah guna kepala hotak kau!

They Told Me

[Thursday - 150207]

They told me
to give up hope
to let you go
to leave something that is not worth for me.

Sick of...

[071006-tues]

My love is not for you
Though sometimes I believe it is so

Should I forget you?
Would it be difficult?

I'm sick of this nonsense!
The only thing to be a human is by having the feeling.
Is not it?

Need You No More

[280906-thurs]

I felt hurt whenever I'm thinking of you.

Now that I didn't need you anymore..
Go.. as far as you could..
Keep yourself away from me..
Please distance your soul apart from me.

"I shall not feel alone without you,
I can stand on my own without you,
So go back in your shell
I can do bloody well without you..."

note: I can't remember whether or not the last stanza is from me..(most probably not). cause this poem is too old, I can't really recall what happened back then. Maybe I did pick the line from a book. If the line is yours, please do tell me, thanks.

Mahu Kamu


"kita selalu tak hargai bila sesuatu itu di sisi kita.

then bila that thing was gone baru la nak menyesal."

Dearest my love,

Would you give me a chance to love you?
Can I love you?
I don't know when exactly I started to love you, but I know that the feeling is true.

Please allow me to love you...
And I promise that I won't disturb you
Or ask you to love me in return.

O my sweet.. sweet love...
I thought I would hate you in our first meeting..
Can't believe the change of feeling
It just couldn't make me stop smiling.

Oh.. I love the way I love you
Hope u feel the same way too...

I Shouldn't

"Kamu lama tak dengar berita, senyap jer..."

"Hmm..Aku slalu jugak nampak kau.. kau je yang tak nampak aku..."

sebenarnya aku tak nampak pun kau.
dan aku tak mahu nampak kau.
sebenarnya aku sangat rindu kat kau.
walaupun aku tak sepatutnya buat macam tu..

I shouldn't have called you last night..

Haven't You

I'm sorry that I hurt you..

But I can't help myself.

'Coz you're hurting me
most of the time.

I'd just tried it once
And I regretted it.

Haven't you ever be sorry for
what you have done to me?


210207 - wednesday

Don't be Sad

Once I saw you crying
I knew your heart is trembling
Thinking of the sorrow
Would there be hope for tomorrow

The confusion drives you
In desperation you seek for truth.

When no one gives you a hand;
Allah will always help you to stand.
When all the hopes were gone;
Remember Allah will never leave you alone.
In faith shall you remain
Sweet is the pleasure after pain.

Bila Sir Geleng Kepala

Tadi Sir geleng kepale macam nak nangis.

Kesian kat dia…

Ye ler, tengok anak murid camtu.

Mesti dia disappointed dengan kita kan??

Habih ler kalau dia failed kan kita semua…

Hish..dia takkan buat macam tu.

Dia ni baik sangat..sebab tu anak murid naik kepala..

Mungkin sebab tu dia bagi soalan susah kat kita..

Budak-budak ni borak time dia ngajar…bising.

Betul tu, dia baik sangat.

Yang bebudak ni tak insaf-insaf, asyik nak berborak jer.

Tak ada rasa segan dengan Sir, nak buat camner...

Nak borak tu boleh, tapi diam-diam la, jangan kaco orang lain...(macam kita..):p

Ye..betul tuh..

Ok, semangat Sir dah kembali.. dia ni ’short-tempered’, sekejap jer marah, sekarang dah cool...

Ala, orang dah tua, banyak experience lak tuh.

Maybe sebelum ni dia pernah kena lagi teruk lagi, ke...

Usia mematangkan kita la katakan, heheh...;)

Aku nak jadi orang tua la kalau macam tu..

Aku dah banyak experinces...hehee...

Aku on the way membeli tlepon baru...

Dalam process…maybe sem depan I’ll get it…huhu..

(asek cakap pasal fon je.)

Fon aper? Kau tengah kumpul duit ke?

Aku nak kerja shortsem ni. Amik 2 sabjek je kot.

Aku tengah cari bajet la ni.. Fon I-Mobile…

Cambest jer..

Baper dollar fon tuh ?

Dalam RM300 je.. tapi ada MP3 n radio…

Oooo…tapi tak pernah tengok la fon tuh.

Kau cari kat maner ?

Hah…Hah…ade le ‘cable’ aku…nanti bila dah pakai aku tunjuk kat kau... memang payah nak tengok fon tu kat sini..

Aku ngantuk giler.

Tak tau nak balik umah ke tak.

Maleh rasanya nak menapak.

Lah..kalau malas nak menapak ke umah, menapak la ke JJ...

Kalau ngantuk, tidur ler kang...

Apsal kau tak pergi kelas tadi?

Pasal jam aku, aku ingat awal lagi, bila jumpa Farah dia siap tanya ”ai, lambatnye gi kelas..” pastu aku tanya ”kenapa lak?”..

Pastu dia tunjuk jam dah pukul 9.15am. Tu yang aku maleh nak pi kelas tuh. Dah lambat sangat.

Kitorang (aku, ja n jiha) pun lambat bangun tadi..

Kul 8.40 baru bangun, tak pernah lambat macam ni... pastu kelam kabut berlari ke kelas... Sekali dah sampai sana, tengok-tengok kelas kosong... rupa-rupanya kelas tak ada... dia ada cakap hari rabu hari tu tapi kami tak dengar coz masa tu tengah ’Midterm’... Hampeh betul! Buat penat jer... Mandi pun tak puas...

Kesian korang. Mesti korang frust giler tengok kelas kosong.

Kalau aku ada kat situ, ketawa besar aku, hahaha!!!

Minggu depan ada library research orientation.. 30 names yang terawal dalam list jer yang kena pergi, yang lain tak payah..

Kulit muka aku tetiba kering lah… ketandusan… hah hah..

Ketandusan aper? Ketandusan kasih-sayang ke? He he..

Aku tak check nama lagi kat DELL, ko dah tengok?

Dah..Aku first group.. mesti best jalan-jalan kat library kan....

invitational entry by naD dA' emaERtYuesT

bukan mudah menggapai impian
bukan mudah meniti jalan-jalan kehidupan..
aku masih di sini menanti sebuah janji yang tak pasti
namun kini kutemui
jawapan pada yang tak pasti..
kini...
kupasti aku sudah kehilangannya
jauhnya dia dari hidupku..
membawa semua kenangan antara kami..
tidak ingin ku kenang semuanya
kerana ia hanya menyakitkan jiwa dan ragaku...
memusnahkan harapanku...
merubah arah hidupku...
kini ku pasrah pada sebuah ketentuan
yang pasti...mesti ada hikmah atas segala yang terjadi...
kesakitan yang terlalu mendalam ini...
cukup mengajarku erti sebuah kehidupan
erti sebuah kehidupan yg tiada kesudahan
hanya pada Allah tempat aku memohon pertolongan
minta diberi kekuatan yang berkekalan
pasrahku dalam ketentuan...
sabarku dalam kesedihan...
tabahku dalam kesunyian...
ku ingin jauh dari derita ini..
kuingin jauh dari derita ini..
kiingin jauh dari sengsara ini...
moga...
aku tabah dalam menghadapi segala
aku dipilihNya kerana aku mampu tuk menghadapinya
kerana Dia tahu aku ada kekuatan yang nyata
yang pasti...
ku tak mahu lagi terlibat dengan cinta murahan
cinta yang tiada nilaian
cinta yang tiada penghargaan..
cinta yang tiada kesetiaan...
cukuplah derita ini berakhir di sini....

yang terluka,
naD dA' emaERtYuesT

Kucar-Kacir Otak Hang!

Salam...




Kuch Kuch Hota Hai. Rasanya semua orang pernah tengok dan masih ingat cerita ni kan? (I never fancy hindi movies because for me it’s just a waste of time and basically have the same theme and jalan cerita). Namun, atas saranan seseorang, semalam cik telah meluangkan hampir 3 jam untuk menonton filem hindustan yang sangat popular pada tahun 2000 ni. Well, FYI, this is my first time watching hindi movie. I can say that this movie is typical yet unique.

Hmm, sepanjang menonton bersama 2 lagi rakan cik, cik dapat meneka jalan ceritanya sebab ada sesetengahnya resemble what had happened to me (orang lain pun sama kot). Sekali tengok, terimbas cerita-cerita adaptasinya seperti Kuliah Cinta, Heart dan Gerak Khas The Movie(eh, apa kes pulak cerita ni pun masuk list?). Secara keseluruhannya kami bertiga telah sepakat merumuskan moral of the story sepertimana berikut:
1. jangan mencurang,
2. jikalau sudah berpunya, tolonglah mengaku.
3.Jangan perasan dan
4.jangan buat orang perasan.
5.Jangan merosakkan rumahtangga orang (seperti budak kecik si Anjali tu).

Kesimpulannya, CINTA itu memang TAK ADIL. Cik tak berapa setuju dengan ending cerita ni sebab Aman(Salman Khan) tunangan Anjali(Kajol) tak dapat memilikinya sedangkan dia sangat cintakan tunangnya. Sanggup pulak tu dia serahkan orang yang dia cinta tu kat orang lain? Huh, sungguh sukar difahami, tapi itulah kehidupan.

Cerita ni tak perlulahlah diambil serius dari segi dramatisnya, namun fenomena ini ada kalanya berlaku (dah ada yang mula membayangkan dirinya ditempat Anjali, Rahul, Tina, atau mungkin Aman, kan? Kan?). Kita merasa gembira kerana disayangi seperti Tina. Kita merasa bahagia kerana berjaya memiliki seperti Rahul. Kita turut merasa sedih kerana pernah terluka dan salah mengerti seperti Anjali. Kita juga mungkin rasa terkilan seperti Aman kerana terpaksa melepaskan seseorang yang ingin kita miliki. Semua situasi yang tergambar mungkin pernah kita alami. Kita mungkin atau sedang berada ditempat salah satu dari watak yang tersebut. Betul tak?

Secara peribadi cik tetap rasa cinta ni tak adil dan sangat menyakitkan. Kenapa tak bagi je si Anjali tu kahwin dengan Aman dan berbahagia (aman bahagia)? Dan biar ajelah si Rahul tu rasa apa yang pernah Anjali rasa.(Ini adalah derivational ending atas perbincangan bersama). Again, there’s no such thing as happy ending in a hero-must-get-the heroin kind of story macam ni. (Suka hati aku la nak reka ending sendiri kalau tak puas hati kan?)

So I told the person who sarankan cik to watch this movie about my personal view. Lalu katanya: ‘Takpe lah kalau itu pendapat kau, tapi bagi aku, cerita tu lambing sebuah harapan dan takdir’.

Harapan dan takdir? Huh, hanya orang yang penuh harapan dan suka berharap je yang akan bagi jawapan macam ni. Orang yang terlalu berharap selalu bersandar pada takdir untuk mengubah kenyataan. Seperti mengharap bulan jatuh ke riba. Seperti harapan Romeo dan Juliet untuk bersama tanpa sengketa. Seperti ibu si Tenggang yang mengharap anaknya pulang. Seperti...apa-apa aje la yang sewaktu dengannya.

Namun hidup kita ini bukan seperti cerita lagenda, dongeng dan tragedi tersebut. Kebanyakan ending cerita kita sebenarnya kita sendiri yang menentukannya. Sebab kita yang bertanggung jawab memilihnya. Kitalah sebenarnya yang mencorak bahagia dan derita hidup kita tanpa kita sedari. Pada akhirnya kita tetap menyalahkan takdir. Betapa tak adilnya kita kan?.

Maka, buat semua yang terbaca coretan ni, marilah kita renung sama-sama dan menilai kembali. Adakah kita sedang berbahagia dan gembira? Atau adakah kita sedang dirundung derita lara? Dalam apa jua situasi kita berada kini, cuba paling kembali pada masa lalu kita. Apa sebenarnya yang telah kita lakukan atau keputusan apa yang telah kita buat sehingga memberi natijah keadaan kita hari ini? Adakah kita berbahagia tanpa melukakan sesiapa dengan atau tanpa sedar? Adakah kita sedang berduka kerana melihat kebahagiaan orang lain? Adakah jalan duka itu atas kesilapan kita dimasa lalu? Atau adakah kita kini gembira kerana melepaskan sesuatu/seseorang yang kita rasakan lebih layak berada ditangan orang lain?

Fikirkan sahaja. Renungkan sahaja...
Jikalau anda rasakan masa masih memberi peluang, maka silalah bertindak dan buatlah keputusan hari ini supaya kita tak akan terkilan dengan takdir kita pada hari esok.
Andai ruang waktu tidak mengizinkan. Dan peluang kita sudah tertutup, maka senyum saja pada takdir. Kerna masih ada sesuatu yang kita tak akan pernah tahu. Suatu suratan yang telah diukir buat kita oleh Yang Maha Mengetahui. Doakan sahaja yang terbaik untuk hari ini, esok dan masa hadapan yang belum dalam jangkauan kita.

Bicara Budak



Budak 1 : A atau B?CONFUSE

Budak 2 : Kenapa kau confuse?

Budak 1 : Tak tahu nak pilih siapa.

Budak 2 : Dua-dua ok. Aku prefer A tapi B pun ok gak.
Ko pilih la B, biar aku amik A, hoho…

Budak 1 : Memang ramai yang prefer aku dengan A.
50 vote for B, 50 pilih A..
But the problem here is that I don’t know which one prefers me..hoho..

Budak 2 : Kau rapat dengan A ke B?

Budak 1 : Dua-dua. Tak ada yang lebih.
Tapi yang lebih nak rapat dengan aku si A la. Dia manja.
But at the same time B is always asking for my help and advice in certain matters...

Budak 2 : Hmm.. A tu lagi muda dari kau ker?
Kalau aku, aku pilih yang matang. Dua-dua tau tak pasal kau suka kat diorang?

Budak 1 : Kami semua sebaya.. A lagi matang, cumanya dia agak dependent. He needs somebody to company him; not to support, but just as a company.
Tapi B lak very independent, but he needs support in his affairs (business&studies). Dia akan mengadu kat aku bila dia rasa down.
I have no idea whether or not A dan B aware about this, entah-entah dua-dua tak ada hati kat aku..huhu…

Budak 2 : Laa, sian… Kau tak bagi hint ke kat diorang?
Lagi satu, sampai dua orang kau nak, “ape ke hei nye?”
Cuba kau clarify, kau nak A ke B??
Pastu kau tanya iman kau sendiri kau nak yang macam mana?
Mana boleh satu perempuan 2 lelaki, weh!
Dah la spesis Adam ni nak extinct, huhu.. cian aku ni..

Budak 1 : That’s why..If I could, then I would just want to have the one and only…
The problem here is that I don’t know siapa yang suka aku sebenarnya…
I cannot detect the hint (if any). I’m afraid that I might be loving the wrong person..
Kang aku pilih B, tengok-tengok si A rupanya yang suka kat aku..Tak adil la begitu.
Whatever it is, aku kena tunggu their confessions… Then I’ll assure it.
Preferably A…Ideally B…
[I am more in love with B kot, but it turns out that A is the one who treats me better].

Budak 2 : As you said that A is quite manja, kau kena ingat maybe he just treats you like his older sister. Aku tengok kau sesuai dengan B, tapi itu aku punya P.O.V la.
Kalau kau sanggup nak membelai si A tu, aku tak kisah tapi I think B is more matured and independent, better for kau yang macam budak-budak nih.
Tapi the decision is yours.

Budak 1 : Tapi B selalu tak layan aku…

Budak 2 : Yela, lelaki kan ego.

160207-fri

Aku.Dia.Hujan.Mentari.

Katanya dia tidak suka hujan kerana hujan membuatnya sedih teringat kisah lalu.
Tapi kukatakan padanya yang aku sukakan hujan.
Kerana hujan membuat aku merasa segar.
Aku suka menulis kala hujan. Aku paling suka hujan lebat.
Air yang mencurah-curah seolah membawa satu harapan untukku.
Kegembiraan pada hari yang tenang selepas hujan amat mendamaikan jiwa.
Burung-burung juga akan keluar berterbangan bebas selepas hujan.

Katanya dia suka hari yang cerah. Hari yang panas dan kering.
Mudah untuknya bergerak dan menjalani hari dengan ceria.
Kataku pula, matahari yang terlalu cerlang dan hari yang panas buat aku mengantuk.
Aku akan tidur dan bermalas-malasan sepanjang hari, kerja pun tidak menjadi.

Sungguhpun begitu,
kami tak pernah menyalahkan hari yang cerah mahupun kelam
Kerana kami memahami hukum alam.
Tanah perlukan mentari dan limpahan hujan.
Seperti manusia perlukan suka dan duka dalam kehidupan.
Mentari juga Hujan mewarnai bumi Tuhan.
Kegembiraan juga Kepahitan mencorak hati seorang insan.

Maka ayuh kita sama senyum.
Pada alam dan dunia
yang menjadi saksi perit derita lara,
yang menjadi bukti bahagia tawa ceria
Pada Satu Sisi Hati

Sesungguhnya
Hujan dan Mentari itu harus saling melengkapi
Seperti adanya manusia di bumi
Perlu saling menghargai.

KOSONG kerna TIADA

Dirinya sunyi
Dirinya sepi
Dirinya ingin teman
Tapi tiada siapa yang sudi
Dirinya sendiri
Ketawa sendiri, tangis sendiri
Tiada yang peduli
Dialah hatinya
Suka...Suka...Suka...
Sedih...Sedih...Tangis...
Suka...Tawa...Gembira...Bahagia...
Sunyi...Sendu...Tangis...Derita...Sengsara
Kesian la dia
Tapi padan muka
Ada orang ada teman
Ada orang kesunyian
Bila orang suka, dia tawa...
Bila orang sedih, dia tangis...
Bila orang sunyi, dia teman...
Bila dia sunyi, ada orang teman?
Tak pasti lah.

Dia sedih. Dia kecewa. Dia juga terkilan.
Dia dah tak ada tempat mengadu.
Dia dah tak ada airmata untuk meratap lagi...
Dia itu sungguh kosong...
Terlopong...Bengong...
Jalan-jalan cari gembira
Tak jumpa kat mana-mana pun.
Sia-sia perjalanan yang dekat..
Yang jauh belum dicuba lagi
Aduhai kasihan...
Pada hatinya yang dah terluka
Tak kuat seorang mahu berteman..
Cari teman...teman tak jumpa...
Teraba-raba dia mencari...
Masih tak ketemu
Akhirnya dia putus harapan.

Alamak!.. Kenapa air matanya keluar?
Dia dah cuba tahan tetapi gagal
Akhirnya dia menangis sebab tak mampu bangkit lagi...
Hanya airmata yang merawat lukanya saat itu..

[180205, 2:15 am]

-------------------------------------------------------------------------------------------------
note: masa kemas-kemas barang nak simpan dalam stor, cik terjumpa CoReTaN cik ni. bertarikh 18 FEBRUARI 2005. JAM 2:15 PAGI.
2005? lebih kurang 3 tahun yang lalu.rasanya inilah PUISI PERTAMA cik. tak ada tajuk.Maka cik judulkan saja "KOSONG kerna TIADA". (cipta tajuk selepas 3 tahun hasilkan puisi? hmm..unik. tapi sekarang cik biasanya mendapat ilham tajuk sebelum berfikir untuk mula melarik pena )

Andaikata

SaLaM….

Kali ni biar emosi aku yang bercakap…mungkin ada perkara yang not make sense to you.. but you don't have to accept it.. just enuf for me if you could simply read it..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

To my Dearest…………………….

Andaikata satu hari nanti kau jatuh cinta..atau suka kat seseorang…cuba dan berusahalah untuk dapatkan dia..sebab kau takkan tahu sama ada kau akan dapat yang lebih baik kalau kau lepaskan dia..dan kalau kau tak berjaya dapatkan dia,sekurang-kurangnya kau tak akan menyesal sebab kau dah cuba sedaya upaya buktikan kesungguhan kau..

Kalau perempuan tu tolak cinta kau, jangan la sekali-kali kau mengungkit.. let by gone be by gone…anggap la apa sahaja yang kau pernah buat bukan semata-mata untuk diri dia, tapi untuk kegembiraan kau sendiri sebab dapat melihat dia gembira.. just remember the sweet time and forget the bitter part..pasti kau akan tersenyum sendiri…

Dan andaikata selepas itu kau bertemu cinta baru dari orang yang menerima dan menyayangi ko sepenuh hati,maka jangan la pula kau banding-bandingkan si dia yang pernah melukakan hati kau itu dengan cinta baru kau.. simpanlah semua suka dan duka tu di sudut hati yang terdalam.. atau buang terus kenangan itu..kerana tak siapa tahu yang dia mungkin akan lebih kecewa dari saat kau dikecewakan oleh dia dulu…cinta lama biarkan pergi... ingatlah..cinta baru yang perlu kau jaga kini..

Andaikata cinta lama kau ingin kembali dan menerima kau semula..maka jangan pula kau perlekehkan dia.. jadilah seorang pendengar untuknya.. mungkin she just need a shoulder to rest for a while…dia mungkin sedang buntu atau perlukan tempat bersandar…dan kau adalah tempat yang dia rasakan paling sesuai untuk berteduh pada ketika itu.. walaupun rasa sayang kau pada dia sudah hilang,tetapi jangan sekali-kali hilangkan rasa HORMAT kau pada dia.. kerana dia tetap seorang insan yang punyai hati dan perasaan…treat her seadanya…jangan pula memberi harapan yang kau sendiri belum pasti boleh laksanakan…telus dan tuluslah dalam setiap kata-kata dan perbuatan kau…sebab waktu itulah dia akan belajar menghargai…lepaskan dan bebaskanlah dia jika kau rasa tidak dapat dan tidak mampu buat dia tersenyum dan ketawa seperti dulu lagi…

Just tell her…”jujurlah pada hati…kelak akan ada cinta menanti…yang penting kita ikhlas memberi..sesungguhnya kasih dan sayang itu milik Ilahi..”

----mas---2:38am----

260206/sun

=’(

IRAMA HATI SAYA