Drama Orang Tua

14.12.11
Si Bedah SMS aku. Katanya nak ajak makan dan lepak di kedai chicken chop dengan Ahli Mesyuarat Tingkap Sidang Berempat yang lain esok. Janji lepas kerja terus ke sana.

15.12.11
Pagi ni aku confirmkan sekali lagi. Bedah kata jadi. Oleh itu, aku pergi kerja naik teksi je pagi ni sebab tak nak menyusahkan Si Bedah untuk ambik aku petang nanti. Ganu ada ajak aku keluar juga petang ni. Tapi sebab aku dah buat appointment dengan Sidang Berempat, maka aku tak available lah. Gossip Meeting is more important you know.

Hampir jam 530 petang, aku tengok satu pejabat dah senyap. Awal pulak diorang semua balik. Cuti sekolah, masing-masing ada yang menjemput gamaknya. Yang tinggal cuma aku, Bedah, Pah Joyah, dengan Mama Linda. Aku stay sebab akan gerak sekali dengan mereka.

Hujan boleh tahan juga kat luar tu. Mujur aku tumpang Si Bedah. Semasa menuruni tangga, aku nampak Mama Linda menuju ke kantin. Mungkin dia nak tunggu hujan reda. Aku membontoti (perkataan ni tak lucah kan? Ni perkataan biasa dalam novel kan?) ke arah yang sama.

Apabila aku mengangkat kepala, pergh..ramai betul orang!



Semua mata memandang aku sambil menyanyikan lagu hari jadi.



Rupanya semua mereka di pejabat tadi turun awal untuk buat persiapan. Ada kek dan jamuan. =’)

Rupanya juga, mereka dah plan baik punya dengan Si bedah. Tak guna kau Bedah, melepaslah aku nak makan Beef Steak ini hari.

Sambil makan, aku SMS Ganu. ‘Kalau nak keluar boleh la juga, diorang dah cancel lak meeting. Aku tunggu kat rumah.’

Selesai makan, aku paksa Bedah hantar aku balik (siapa suruh dia kelentong aku, kalau tak tadi pagi aku dah bawak Weng tau). Ganu tiba selang seminit kemudian.

“So, kau nak makan kat mana? Aku belanja.” Tanya beliau.

“Aku dah makan la, tadi diorang buat surprise party. Tapi aku boleh teman kau makan. Kau belanja.”

“Habis tu kita nak ke mana ni?” Soal Ganu sambil terus memandu.

“Aku nak beli barang sekejap, boleh? Kat Jusco Setiawangsa.”

“Ah, kau ni..Hari-hari beli barang. Tak jadi stor pulak rumah kau tu?” Ganu tak puas hati.

“Boleh lagi tu sumbat sikit-sikit. Ada ruang lagi.” Aku menjawab sambil ketawa.

Kedai kegemaran aku di Jusco Setiawangsa adalah MR. D.I.Y. Kadang tu bukan nak beli barang pun, just seronok jalan dalam kedai tengok barang macam-macam.

Aku ambil trolley (walaupun tak ada niat nak membeli) dan terus memulakan eksplorasi. Mula-mula Ganu ikut di belakang, sampai di row kedua, tempat barangan dapur, dia hilang. ‘Mana pulak la budak ni merayap?’. Aku patah balik sambil menyorong trolley yang masih kosong. Dari celahan rak barang-barang aku nampak dia berbual dengan awek cashier di kaunter bayaran. Tangannya pula menggawang-gawang seperti promoter. Aku berjalan perlahan mendekati mereka. Awek cashier itu hanya tersenyum memandang aku sambil menerangkan sesuatu kepada Ganu. Ganu toleh ke belakang. Nampak aku.



“Eh, kau pergi la sana. Jangan la dengar. Sibuk je.”

“La..kenapa nyer?”

“Ada la..aku ada hal dengan dia ni. Cuba kau tengok karpet kecil kat hujung sana tu. Pergi lah tengok nu..” Ganu seakan menghalau.

“Haa....Ha...Kantoi..kau nak buat surprise kat aku ek? Kau nak beli hadiah ek? Tak payah la susah-susah..mana hadiah tu? Cuba tunjuk kat aku. Ko nak bagi apa ek?”

“Ish.. kau ni spoil la..mana boleh bagi tahu. Aku memang nak belikan kau benda tu, tapi tak sangka lak kau nak masuk kedai ni. Ingat tadi nak sorok-sorok beli hadiah time kau beli barang dalam Jusco.”

“Padan muka kau. You can do better! Haha!” Aku gelak jahat.

“Aku nak bagi, tapi aku takut kau tak suka pulak. Tapi aku rasa kau memang akan guna benda ni.” Katanya sambil mengajak aku ke suatu sudut.

“Aku nak hadiahkan kau kotak ni. Cuba kau tengok, ada banyak laci, sini boleh letak gelang, sini ada tempat cincin, cermin pun ada. Kotak ni lain sikit dari kotak yang lain sebab yang ni ada music box sekali. Aku nak beli yang ni tapi anak patung menari dia tercabut. Aku pergi kaunter tadi sebab nak tanya ada stok lain tak? Tapi budak tu kata tak ada. Frust aku. Nah, kau tengok la puas-puas.” Terangnya panjang lebar.

“Wah..touchy la konon ni? Hehe..terima kasih la..mujur kau tak beli lagi..boleh aku mintak hadiah lain buat ganti. Eh, nak tengok magic tak? Tadi kan aku sorong trolley..cuba teka mana trolley tu sekarang? Dah tak ada! Magic tak? Haaa...”

Kami keluar dari kedai tu tanpa membeli apa-apa. Trolley tu aku tinggal kat belakang rak pinggan mangkuk. Tak ada orang perasan time tu. Aku rasa la.

Lastly aku ajak Ganu pergi makan kat kedai chicken chop tu. Tapi malangnya Beef Steak dah habis. Apalah nasib..

On the way Ganu hantar aku balik rumah, dia ada cakap..



“Sebenarnya tadi aku dah budget tau. Nak keluar office awal supaya boleh jumpa kau pukul 8 malam. Aku tahu kau mesti nak tengok Tentang Dhia dulu kan. Bos aku bagi kerja pukul 5 tadi dan suruh aku stay tapi aku mintak excuse. Aku ingat nak singgah beli hadiah dulu kat Jusco sebelum datang sini. Skali kau cakap meeting kau cancel dan kau dah tunggu kat rumah. So akupun terfikir kalau aku singgah kang lambat pula aku sampai. Kau memang tak suka orang datang lambat. Kalau aku lambat karang sure kau mengamuk, apa pun tak dapat..itu yang aku decide untuk terus datang sini je. Maka, tak adalah hadiah seperti yang diharapkan. Aku memang terkilan la sebab tak sempat nak bagi hadiah kat kau. Dah la aku tak ingat nak wish birthday kau semalam.”

Ada aku kisah semua tu? Tak. Aku tak kisah pun. Hal kecik je ni. Lagi pun aku tak suka surprise segala. Nanti kena buat muka blushing la, syok sendiri la and what not. Wishing tu semua klise la beb. Bukan mati pun kalau orang tak ingat birthday kita. Aku sendiri pun tak pernah ingat birthday kawan-kawan.




16.12.11
Balik kerja Pah Joyah cadang nak tunjuk tempat Karaoke. Aku on je.Lepas sesi memekik, Naza ajak pergi makan ramai-ramai. Dekat Jombali. Dia dah book aku dari semalam lagi. Dia kata nak belanja aku. Orang dah bagi makan free takkan kita nak tolak pulak.

Sampai di Jombali kami duduk dalam 10 orang, sambung 3 meja. Kerusi sebelah aku kosong, tetiba Ganu muncul lalu terus duduk.

“Woi..tipu apa kau ni? Tadi kata tak boleh join, cakap tak ada kereta.”

“Memang la tadi tak ada, tapi aku dah ambil lepas balik kerja tadi. Kebetulan kau cakap lepas kau orang karaoke nak pergi makan, so aku join lah. Lagipun Naza yang ajak. Kau ingat kau sorang je kawan aku? ”

Selesai makan tiba-tiba pulak ada pelayan restoran itu keluar dari dapur dengan menatang sebulat kek beserta lilin. Sekali lagi lagu Selamat Hari Tua dinyanyikan secara koir oleh kumpulan pelahap yang baru sahaja siap makan dengan aku tadi.

Ok. Aku terkesima la juga. Tapi masih mampu control macho apabila kek tersebut diletakkan di hadapan aku dan Jihah. (Kan aku dah cakap, leceh la bila kena buat muka terperanjat dan terharu bagai).Mau tak kembang hidung aku yang kemek ni dibuatnya?

Tiup lilin sikit, potong kek sana-sini, suap makan. Setel.

Rupanya (lagi) diorang dah plan nak celebrate birthday aku dengan Jihah kat sini. Aku memang tak expect la sebab kat office semalam pun muka diorang jugak yang organize. Lagipun hari ni dah masuk hari Jumaat, birthday aku dah basi pun.

Aku risik dengan Ganu..
“Ewah-ewah kau..ni belajar dari filem mana pulak? Novel ape yang kau baca sampai terpengaruh buat surprise macam ni?”

“Eh..mana ada aku tiru drama atau buku lah. Aku buat sendiri. Tiba-tiba je dapat idea. Cuba kau tengok atas tu, manager dia siap tutup kipas tau sebab nak bawak keluar kek dan lilin. Kau mesti tak perasan, kan? Hebat tak aku?” - masuk bakul angkut sendiri.



CERITA GANU
Menurut ceritanya, beliau memang tak dapat nak join sebab keretanya dipinjam orang. Semasa Naza mengajak tadi pun dia ingat nak datang dengan motorsikalnya sahaja. Dia minta Naza belikan kek. Malangnya Naza sedang bersama aku dan yang lain di pusat karaoke, tak sempat nak singgah kedai. Kebetulan pula keretanya sudah dipulangkan selepas kerja. Khabarnya selepas maghrib baru dinner. Maka Ganu singgah membeli kek lalu terus memecut ke Jombali.

Sampai di Jombali, dia membawa kek menuju kaunter.


“Kak..sekejap lagi saya nak celebrate birthday kawan saya, saya nak tumpang letak kek sini boleh.”

“Boleh. Berapa orang ye? Kami nak reserve meja. Kat hujung sana tu boleh? Encik duduk dulu la.”

“Erm..saya tak nak nampak sangat. Kami nak buat macam surprise. Begini, saya akan tinggalkan kek di sini, bila yang lain dah sampai nanti baru saya datang semula. Saya tak nak kawan saya tahu saya ada.”

“Baiklah. Kami simpan dulu kek ni. Nanti encik bagi ‘cue’ baru kami bawa keluar.”

“Bereh..”

Al-kisahnya...


(rupanya susah juga nak buat surprise kat orang kan? It really needs hardwork. Orang Kedah kata 'pulun'). Kadang-kadang benda-benda macam tu sebenarnya memberi lebih banyak kegembiraan kepada kita sendiri berbanding orang yang kita nak ‘suprise’kan. Then bila tengok orang yang kita surprisekan tu happy, automatik kita rasa bahagia, kan? Kan?

Notakaki: Kalau yang buat surprise itu adalah lelaki, orang akan kata “sweetnye dia..”

tapi kalau perempuan yang buat surprise, mesti orang akan kata perempuan tu “gedik dan hegeh”. Kan?

And because Ganu is a guy, so he deserved the following expression:

"Oh, how sweeettttttt......!!!!!"

Tak Payah Nak 'Frust' Sangatlah Kan...

Kenapa kalau putus cinta kita kena sedih? Kenapa ha?
Tak boleh ke kalau kita happy je?
Banyak sebab lain untuk kita jadi gembira.
Setakat putus cinta tu, come on la..it’s a norm. Esok-esok kau couple lagi. Kan? Kan? Kan?

Aku rasa once kita putus, kita patut bersyukur.

Satu: Sebab kita dah kembali single dan available.

(the singles always look hot and play hard-to-get, aren’t they?)

Dua: Kita dah tak payah fikir nak jaga hati orang. Nak pujuk dengan macam-macam jadah dan madah, nak reka ayat-ayat manis.

Tiga: Kita dah tak perlu nak report or share most of things in life. Kita dah boleh hidup dengan total privacy, tak ke seronok tu? (Aku rimas tengok kawan aku bangun tidur je kejut boyfriend solat subuh kononnya, pastu dia sambung lena - subuh dia sendiri entah ke mana.)

Empat: Kita kena gembira sebab banyak benda kita dah tahu tentang ‘bekas’ kita tu. So, kita tak payah nak hairan kalau lepas ni si dia bersama dengan orang lain because we’ve been through it.

Lima: Kita dah boleh mula love-hunting dengan pelbagai cara yang creative and adventurous (bukan dangerous tau!) Aku tengok si Jeri tu minggu lepas kemain lagi post lagu-lagu jiwaluka kat Facebook dia, siap buat ayat hati pecah bagai. Tup tup minggu ni dah tukar profile picture dengan awek baru bertajuk ‘CaYunK AwAK!’please lah..what a pathetic cum desperade guy are you? Kubur merah lagi kot.

Erk, aku rasa changing your Facebook status clumsily from ‘single’ to ‘in-a-relationship’ to ‘engaged’ to ‘married’ then to ‘single’ again is just a lame thing. Tapi tak apalah kan, dah ada application tu apa salahnya kita gunakan, ye dak?

But trust me, most people will say “Gedik betul, lepas ni sure duk post lapyu-lapyu kat wall pakwe or makwe dia every single minute. Tolonglah!”

Buat biasa-biasa je udah la kan? Orang lain pun ada cinta juga. Orang lain pun ada sayang dan benci. Tapi kami taklah annoying macam kau orang yang menayang sana-sini like we got nothing better to do in this world.

Lagi satu trend orang bercinta zaman sekarang ni, time lovey dowey tu mula la agungkan pasangan masing-masing sampai tara langit.

“Kaulah nyawaku.”

“Baby, I can’t live without you.”

“My mind can’t stop thinking about you. Honey you give me strength to live, the air I breath..”

Kemudian..Elok je sebulan dua bila break (putus) baru la nak ingat Tuhan, mula la duk buat ayat-ayat kecewa berbau islamik seperti...

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat diriku.”

“Oh Tuhan, aku pasrah. Terima kasih kerana menunjukkan kebenaran. Aku kini tenang di sisiMu.”

“Hidup yang penuh dugaan. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari mendatang. Moga ada sinar bahagia buatku.”


Get a life!
Takkan dah susah, dah kena dump, dah kecewa hidup sebab pakwe dan makwe lari baru nak cari Tuhan?

Sebelum ni masa mabuk bercinta, ada kau orang mintak dengan Tuhan untuk pelihara hubungan kau orang?

Dulu kau sendiri cakap pakwe dan makwe kesayangan kau tu lah nyawa. Kalau dia tak ada, kau tak boleh nak hidup. Sekarang, baru nak sedar ke yang udara dan nyawa tu sebenarnya Allah yang pinjamkan kat kita?

Urgh, terlebih emosi la pulak aku ni. Well, that’s what I’ve been observing lately.

Isn’t it facts?

Kalau macam ni lah perangai kau orang, elok pergi ambil gitar sambil duduk dekat serambi, nyanyi lagu ‘Aisyah – Cinta Beralih Arah’.


Itu je aku nak cakap kali ni. Sekian, Boleh Blah!



Notakaki: Elok la kau kahwin cepat, aku dah muak asyik dengar cerita pasal tunang kesayangan kau tu. Rimas!

Cikgu Sekolah Memandu


Percaya atau tidak, aku menghabiskan hampir dua tahun untuk mendapatkan lesen memandu. Well,aku register lesen kenderaan berat termasuklah lori dan bas. *sarcasm*

Sepanjang dua tahun tersebut, bermacam-macam perkara telah berlaku dan aku alami. Jadi aku sendiri tak pasti entri ini akan berjela atau tidak, bergantung kepada kekuatan memori aku.
Seriously two damn years? Orang lain dua bulan je dah settle. Oh, Pehhlissss!!!!)

Antara series of unfortunate events termasuklah:

1. Aku terlibat dengan kemalangan kecil. Cerita lanjut ada dalam entri Sapu . Kemalangan itu menyebabkan aku terpaksa menangguh tarikh ujian jalanraya untuk lesen motor aku selama tiga bulan.

2. Mendapat penyakit misteri yang tak tahu punca selama dua bulan. Boleh rujuk entri Tiga Kali Jumaat pula. Menyebabkan kelas dan ujian memandu pula tertangguh.

3. Sekolah memandu yang ‘mendiamkan diri’ hampir 4 bulan tanpa menghubungi aku.
Aku sendiri pula yang terpaksa mencari inisiatif untuk ‘menjejak’ kembali sekolah yang bertanggungjawab itu. Nak tahu apa yang berlaku?
Apparently sekolah tu dah tutup!
Suka hati je tutup sekolah tak bagi tahu kan? Kan?




Mujur la aku pergi cari,kalau tak..mau burn semua duit aku macam tu je.
Bila aku call dia cakap “Oh, kita dah pindah la..dekat bla bla bla..”
Aku terus ke tempat yang dinyatakan. Sampai sana dia cakap
“Ha..Mastura..akak cari nombor awak tak jumpa la..”
Ada unsur-unsur tak berapa logik di situ. Takkan la borang aku masa register dulu tak ada nombor telefon. Aku terfikir macam mana la nasib orang lain yang tidak dihubungi. Takkan dia biar macam tu je?

4. Oleh kerana lama sangat menunggu panggilan hangit dari sekolah tersebut, aku telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus bahasa di ITNM. It was done and completed after two months. Puas hati aku.

See? Macam-macam hal aku dapat bereskan between the time. Sabar aje lah.

Eh, cerita aku ni tak habis lagi. Yang atas-atas tadi tu semua mukaddimah je.




Cuba skrol atas sekali dan baca tajuk entri ini.

.





.






.

Dah? Ok bagus.




Cikgu yang aku maksudkan adalah cikgu latihan memandu aku. Namanya Faiz (memang nama sebenar). Dia agak muda, mungkin lingkungan awal 30-an. Rupa dan fizikal semua just-so-so la. Garang pun boleh tahan. Aku memang selalu je kena maki kalau enjin kereta mati lepas traffic light.

Cerita yang aku nak share ni sangat ringkas tapi bagi aku agak significant. Aku mulakan selepas aku berjaya mencari semula sekolah yang hilang itu. Aku dijadualkan mengikuti satu latihan akhir sebelum ujian JPJ bersama Cikgu Faiz dari jam 9 hingga 11 pagi.




source: yahoo image

Dah dekat 6 bulan aku tidak memegang steering. Banyak sangat yang aku dah lupa. Cikgu Faiz dengan muka serius terus minta aku memandu di dalam kawasan ujian di Cheras. Kemudian aku diminta memandu ke track ujian jalan raya di luar pusat memandu. Lagi dua hari nak ujian ni.
Cuak cam syial.

Jam melepasi 1030 pagi.

“Ok. Berhenti tepi tu,” kata Cikgu Faiz mengarahkan aku bertukar pemandu.

Beliau terus memecut pulang ke Ulu Kelang (tentulah bersama aku. Haha!)

Sepanjang perjalanan pulang itu banyak betul persinggahan di kedai-kedai runcit. Cikgu Faiz nampak kalut mencari sesuatu sambil menelek telefon bimbit beliau. Pada tanggapan aku beliau mungkin sudah berkahwin dan barangkali isterinya memesan barang-barang runcit untuk makanan tengah hari. Setelah berhenti di tiga buah kedai, beliau memandu ke kawasan perumahan yang tidak begitu familiar dengan aku. Beliau tiba-tiba memberhentikan kereta kancil sekolah memandu itu di kawasan letak kereta. Sambil bergegas keluar beliau sempat berpesan, “Tunggu sekejap ek. Kalau kereta depan ni nak keluar, awak pandai-pandai lah reverse, ok?”

Dah aku pulak yang kena jaga kereta ni kan. Aku nampak dia berlari-lari anak menuju ke sebuah rumah. Menghantar barang runcit gamaknya. Aku memuji-muji dalam hati sikap beliau yang nampak bertanggungjawab itu.

Selang 15 minit, dia kembali ke kereta. Aku macam biasa buat muka sengal sambil memasang tali pinggang keledar.

Semasa dia masuk ke kereta, semerbak haram menusuk hidung. Entah bau minyak rambut Tencho atau minyak wangi Malaikat Subuh aku tak pasti. Tapi rambut beliau kelihatan lebih kemas dari tadi. Mungkin bini dia touch-up sikit sebelum sambung kerja.

Cikgu Faiz sempat memberitahuku kelas beliau seterusnya pada jam 12 tengah hari. Aku telek jam tangan. Hampir jam 12.

Sampai sahaja di sekolah memandu, aku berterima kasih lalu keluar dari kereta. Aku nampak Cikgu Faiz tersenyum ke arah luar kereta. Tidak. Dia bukan senyum pada aku.

Semasa menghidupkan enjin motor untuk bergerak pulang, kelihatan seorang gadis sedang berjalan pantas menuju ke kereta Cikgu Faiz. Awek cun dengan seluar ketat bawah lutut dan rambut lepas. Chinese-look itu berjalan sambil tersenyum lebar ke arah Cikgu Faiz. Dan mereka beredar meninggalkan aku.

No wonder la Cikgu Faiz siram perfume satu badan masa singgah kat rumah dia tadi!

Kisah Si Enon


Masa aku pergi bersosial dengan dua tiga geng aku kat satu shopping complex ni, aku terserempak dengan Sukri. Aku nampak Sukri tengah suap ais krim ke mulut minah rugged depan dia. Minah tu sikit punya senyum manja malu-tapi-mahu. Aku masuk gear reverse dan batalkan niat aku nak makan kat restoran tu. Tak mahu kacau daun.

Tapi member aku yang sorang ni merengek-rengek hentak kaki nak makan ais krim kat restoran tu. Mengidam katanya. Nak tak nak aku pun terpaksa la masuk demi melayan karenah budak bertuah ni.

Aku jalan selamba melintasi meja Sukri menuju ke kaunter pesanan. Aku sempat toleh sekali lalu, tapi Sukri nampaknya tak perasan. Dia tengah sibuk kesat mulut minah tu dengan tisu. Mungkin aku ni kecik sangat kot. Atau mungkin dia tengah ‘masyuk’ sangat beromantika sampai tak cara ke dunia sekeliling.

Selesai memesan makanan, aku beredar. Beli bungkus sudah. Ais krim je pun.
Sekali lagi aku ‘menyeberang’ meja manja Sukri (memang tak ada jalan lain sebab meja dia sebelah kaunter, so jangan nak tuduh aku nak kepoh ke apa tau!).

Pun dia tak perasan? Amboi kau!

Aku beredar dengan rasa tak puas hati.
Jelas la aku ni bukan attraction grabber kan? Haha.

Dia memang tak nampak ke aku lalu-lalang tadi? Atau sengaja dia buat-buat tak nampak.

Ish, nyesal pulak aku tak jerkah kat meja tu tadi.

Masa duk layan boring golek-golek sebelum tidur malam tu tetiba aku teringat something.
‘Eh, bukan ke Sukri tu boyfriend si Enon?’ getus aku dalam hati.
(getus? Macam ayat novel kan? Hik hik!)

‘Eh, tapi yang aku nampak tadi bukan Enon rasanya. Enon pakai tudung labuh. Kalau keluar dengan dia pun biasanya dia pakai baju kurung atau blouse labuh. Minah yang makan dengan Sukri tu kemain lagi bajunya tak cukup kain. Duduk kaki silang tonggek sikit, baju singkat, seluar ketat, rambut karat. Tak mungkin itu Enon anak Pak Said.’

Aku tak puas hati.

Aku terus pecut motor pergi rumah si Enon. Lepas borak mukaddimah lebih kurang, aku mula operasi melodi. Aku tanya dia ada pergi dating dengan Sukri tak ujung minggu lepas. Dia kata minggu lepas dia balik kampung sebab sepupu dia nikah.

“Kenapa kau tanya? Kau nampak dia dengan orang lain kan?” kata Enon bersahaja.

Aku terkejut la jugak dengan respon si Enon. Tapi aku buat muka selamba. Then aku tanya,
“Kau dah putus dengan dia ke? Kau tahu jela aku ni kan tak suka dengar gossip, aku nak dengar dari mulut kau sendiri.”

“Pempuan tu macam mana?” Enon minta keterangan lanjut.


Aku pun cerita la lebih kurang.

“Kalau betul la kau nampak dia, kau adalah orang kedua yang cerita something like this..” Enon meneruskan kata-katanya dengan nada kesal.

Aku semakin terkejut tapi still maintain cool. Aku korek lagi.

“Dah ada orang cerita kat kau ke? Kira aku ni outdated la ye Enon?”

“Bukan. Sebelum ni Aman ada cakap kat aku dia nampak Sukri lepak dengan sorang minah ni kat Syed Bistro. Tapi bila aku tanya Sukri mati-mati tak ngaku. Bila kau datang sini tanya soalan yang macam tadi, aku dah boleh agak dah. Aku dah lama bersedia untuk dengar cerita kau.”

Kesian si Enon. Punya baik macam dia pun boleh kena kelepet dengan lelaki. Masalahnya Sukri tu kalau korang tengok, muka pergi surau solat tak tinggal. Wajah kudus macam tak pernah pandang perempuan. Memang tak ada orang akan sangka orang muka macam dia tu akan ada potensi untuk jadi playboy.

Apa lagi la yang tak cukup pada si Enon tu?
Wanita mithali, gadis idaman Malaya, sopan santun, menutup aurat, pilihan mertua.

Aku rasa kalau diorang putus, sure beratur lelaki lain nak register jadi boyfriend baru si Enon tu. Bak kata Nora “I don’t deserve to be treated like that!” – Nora ni kalau bengang memang keluar kecek London.

Aku biarkan si Enon melayan rasa terkilan selepas mendengar cerita aku.
Aku rasa serba salah la pulak.

Mungkin aku tak patut bagi tahu dia yang aku nampak Sukri.
Mungkin aku tak patut jaga tepi kain orang.
Tapi, aku bukan nak menyibuk, aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan.

(aku rasa Enon yang kena tanggung, dan Sukri yang kena jawab pasni).

Salah ke aku berterus-terang?
Salah ke aku nak minta kepastian?
Adakah aku sedang merosakkan satu hubungan?
Dosa ke perbuatan aku ni ha?

Enon,
Aku minta maaf kalau apa yang aku bagi tahu kau tu membuatkan hubungan kau dengan Sukri goyang. Seriously aku tak ada niat apa-apa. Selagi aku tak bagi tahu kau, hati aku rasa tak sedap. Aku tak senang duduk kalau kau tak tahu perkara tu. Apapun yang berlaku antara kau dengan Sukri, apa pun tindakan kau untuk selesaikan hal ni (kalau ada), aku harap kau buat pertimbangan dengan betul. Mungkin kau patut bagi dia peluang kedua. Mungkin juga kau patut tinggalkan dia kalau dia tak reti nak hargai kau. Aku tak ada hak nak nasihatkan kau atau mempengaruhi kau. Cuma aku harap lepas ni kau lebih berhati-hati. Aku anggap apa yang aku sampaikan ni menjadi pengajaran dan ingatan untuk diri aku sendiri.

Enon,

kau jangan layan sangat perasaan tu.

Kalau kecewa ke, terkilan ke, buat biasa je. Jangan frust sangat, dia belum jadi suami kau lagi. Oh ya, untuk lebih touchy, aku cadangkan kau download lagu ‘Cahaya’ nyanyian Kris Dayanti. Aku tuju lagu ni untuk kau!



Notakaki: Dah la. Sorry for dragging you into this. I can handle it myself. As for now, I don’t want to talk about us ANYMORE. We’re done. Don't ever mention my name to whoeva. Neva.

1 Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace

Walaupun sangat lapuk tapi aku tetap nak share.

Pada suatu masa dahulu, Ganu forward emel kat aku.
Dia ajak aku join explorace ni.

Nama dan details boleh tengok kat sini.

Tarikh:26 Februari 2011
Tempat: Menara Kuala Lumpur
Masa: 8 pagi.

Aku pun ajak la kaum kerabat Kelab Bujang.
Syaratnya satu kumpulan 2 orang, maka kami pun buat 4 kumpulan.



(Maro sanggup ambil MC semata-mata nak group dengan Jihah woo..hikhik!)

Subuh-subuh lagi kami sudah berkumpul di perkarangan rumah aku.
Lambat, tinggal!


Sampai di sana kami diberi goody bag berisi bekalan air dan baju T khas.


Saiz memang tak boleh pilih. Macam pakai baju kurunglah jawabnya.

Kemudian kami berkumpul di perkarangan menara untuk taklimat pertandingan, dan sesi warming-up.


Persembahan tarian kebudayaan sebelum pelancaran program.




Semua peserta dilepaskan jam 10.00 pagi.
Pelbagai aktiviti disediakan di sepanjang check-point dalam lingkungan 15 kilometer sekitar Kuala Lumpur dengan bertemakan 'culture and heritage'.



Tarian naga di tengah-tengah Dataran Merdeka.

Maro sibuk nak masuk pertandingan pencarian model.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan di dalam ruang berhampiran rumah tradisional Malaysia, Menara Kuala Lumpur.
Kami juga sempat mengusik pemain alat muzik tradisional yang menghiburkan pengunjung di kawasan tersebut.
Dan macam biasalah...bergambar kenangan sebelum beransur pulang.


Serius penat!



Keesokan harinya, kami ke Sungai Pisang, Gombak untuk sesi mandi-manda selepas senamrobik di Taman Tasik Titiwangsa.


Belajar teknik terjunam.


Membersihkan rongga



Melawan arus


Budak ni yang macam nenek kebayan ni tengah menangkap udang.

Dia bubuh belon dalam baju supaya tidak tenggelam jika dibawa arus.

(Agak bijak tindakan itu kan?)

What an enjoyable weekend!!


Hand-Made Veil (Siti Rope'ah Collection)

Salam,
Hai Kak Tijah, Kak Limah, Eton, Majidah dan semua yang mengenali Siti Ropeah. Hari ni kita ada edisi special tau. Siti Ropeah nak ajar cara-cara buat tudung.


Sekarang ni dah ada macam-macam spesis tudung, ada tudung Ekin, selendang Mawi, pastu trend latest tudung awning dengan pelbagai fesyen. Paling gojes kononnya sekarang ni style pakai selendang lilit-ubi. Ala..yang kita pintal dan bungkus kepala kita ikut arah pusingan jam tuh..kalau boleh buat 7 lapisan, colour pulak wajib ikut warna pelangi. Cik ada dengar yang jiran Cik pernah cuba nak tiru lilitan Hana Tajima kat youtube tapi dia tercekik sebab silap step. Berdarah-darah dagu dia tercucuk kerongsang, dan berbirat jugaklah leher dia terjerut selendang tu.



So, tudung yang Cik nak buat kali ni adalah tudung yang sangat ringkas. Boleh buat pergi sekolah, pergi mengaji, ke pejabat, mahupun menghadiri mesyuarat tingkap. Tudung ni basic dia biasa je, cuma Cik nak ajar korang untuk tambah hiasan supaya tudung kita tu tak nampak old-school sangat disamping membuat Kak Senah menegur di pasar dengan bertanya:


"Eh, fesyen baru..kau beli online ke?"



Uih..panjang pulak Cik membebel kan..let us go straight to the point..sila betulkan duduk anda dan baca dengan penuh minat. Dahi kerut sikit please...


Dah sedia? Ok..Mula-mula sekali, ambil gunting dan pastikan tidak tumpul.


Sebelum memotong kain, anda dinasihatkan untuk mengukur mengikut saiz yang bersesuaian. Kalau nak jadi ustazah pilihan, labuhkan sedikit sehingga paras pinggang. Kalau sekadar nak jadi sarung nangka, singkatkan hingga cukup-cukup bawah leher. Kain mestilah dipotong membentuk segiempat sama. Kalau susah sangat nak buat ukuran tu, tekap aje dengan tudung bawal, zap!

Potong kain mengikut ukuran dan bakar kelilingnya dengan lilin. (Kalau ada mesin jahit tepi lagi bagus)


Lipat dan cantumkan bahagian tengah tudung dengan jahitan suka hati. Cik tak tahu ape nama jahitan ni tapi ni memang standard jahitan untuk tudung sekolah dari dulu lagi.


Pilih renda yang tidak terlalu besar untuk kelihatan lebih ringkas. Dinasihatkan memilih renda dari jenis kapas(cotton) bagi mengelak anda kelihatan seperti cendawan atau tudung saji. Sambungkan renda pada hujung kain yang telah dililin(atau dijahit tepi).



Anda boleh menggunakan mesin jahit atau buat kemasan dengan jahitan tangan. Sebenarnya kain hitam ni agak licin dan renda pula halus, jahitan Cik agak lari jika menggunakan mesin, maka Cik jelujur halus sahaja. Habis cerita!

Akhirnya, siap sudah tudung klasik Siti Ropeah Collection. Kemas dan sweet-sweet kan?
Thanks to Jihah as the model. Dia tak ada mood tapi kena paksa. haha!



~Selamat Mencuba dan Bergaya~






Notakaki: Adakah kau tertunggu-tunggu entri aku, sebab kau ingat aku nak tulis pasal kau?
Well..Aku bukannya artis yang perlu bagi kenyataan balas dalam Melodi. You are just that pathetic.

Cekodok Bilis Dan Bubur Kacang

for Tahril




Semua itu nostalgia
Semua itu memori
Jika diputar ingatan
Pasti tersenyum sendiri

Suatu petang di waktu riadah
Berkelek bekalan menunggang sikalnya
Di atas bukit bertukar juadah
Bubur kacang kurang manisnya.

Si Adik mengidam cekodok bilis
Diadun siap lalu digoreng
Bercicah sos cili dan sirap manis
Bawahan pondok bergelak mereng.

Jika suatu hari dinda terlupa
Sila kanda tolong ingatkan
Jika suatu hari dinda menangis
Harap dapat dipinjam bahu
Andai kita berbeza rasa
Jangan duri menjadi nanah

Dalam buku yang tidak bertulis,
Kita sebenarnya
Klasik,
Berkala,
Berjanji
Berubah dan
Berbeza dunia

Tapi,






Kita tetap.............. LEGEND!

~120811~







Selamat Hari Lahir, Aniki Chan!


notakaki:
-kau ni obses la dik.
-aku tulis je, kau yang baca. So siapa yang OBSES ha?

Takkan lah Kau Tak Pernah 'COUPLE'?





Masa awal-awal bercinta, memang la kita akan rasa semua benda dan semua orang adalah ancaman kepada perhubungan kita.

Sikit-sikit nak merajuk,
nak kecik hati,
nak terasa,
nak mengungkit,
nak control,
nakkan perhatian.

Tapi lama-kelamaan kita akan belajar bahawa diri dia bukan untuk kita seorang sahaja.

Sebelum dia ada kita, dia sudah ada kawan-kawan, teman-teman rapat, dan keluarga dia.
Sama ada rapat atau tidak, kita tidak ada hak untuk cemburu selagi dia tidak melampaui batas atau menidakkan hubungan dia dengan kita.

Selepas kita hadir dalam hidup dia, kita patut faham yang dia perlu struggle untuk adapt dengan komitmen baru, tanpa mengabaikan komitmen sedia ada.

Bukan senang nak jaga hati semua orang.
Bukan senang dia nak pujuk kalau kita tiba-tiba merajuk tanpa sebab yang logik.
Bukan senang dia nak maintain hubungan dia dengan kawan-kawan rapat dia dan dalam masa yang sama nak luangkan masa, tenaga dan perasaan untuk kita.

Dia akan lebih hargai kita kalau kita beri dia sedikit ruang dan kebebasan dalam apa sahaja yang dilakukannya.
"His life is not all about you".

Dia memilih kita untuk mengisi hati dia,
untuk menjadi penenang lara,
dan untuk menemani pada sela-sela waktu yang dirasakan perlu.

Kalau dia asyik kalut memikir tentang kita yang tak sudah-sudah curiga dan berkecil hati dengan hal remeh,
apalah maknanya kita ni digelar seseorang yang istimewa untuk dia dan menjadi pilihan hati dia?

Menjadi seorang yang memahami bukanlah sesuatu yang mudah.
Kita perlukan kematangan akal dan kerendahan hati.
Ego kita ni kena la buang sikit.
Jangan asyik nak menang je dan jangan bertubi-tubi menyalahkan dia.

Setiap kali bertengkar dan bertekak, jangan takut untuk mengalah.
Asyik marah-marah pun tak elok juga untuk tekanan darah.
Kalau boleh gaduh tu jangan la lama-lama,seminggu sekali secukup rasa dah la.
Kalau asyik tak puas hati je lebih baik bermusuh daripada bercinta!

Lagi satu, kita ni kalau nak diikutkan dari segi hukumnya tak layak pun nak terasa or touchy lebih-lebih sangat.
Kita ni takde hak pun nak cemburu tak tentu pasal, apatah lagi nak mengawal hidup dia.
Lainlah kita ni sudah sah menjadi isterinya, time tu kalau kau nak kurung dia setahun pun tak apa.

Kita sendiri pun tak tahu ape kesudahan hubungan kita ni.

sampai ke syurga atau akan terkelendat di tengah jalan.
Kalau hal-hal remeh macam ni pun kita tak boleh nak handle, macam mana kita nak menghadapai isu-isu besar setelah berumahtangga nanti?

Teman-teman pun kena la paham juga.
Kawan kita ni bukan selamanya 'single'.
Kita sendiri pun satu hari nanti akan berevolusi macam dia juga kan?
mungkin lebih dasyat lagi, siapa tahu?
So, bagi la peluang untuk dia membiasakan diri dengan dunia dia yang baru bertemu bahagia.

Jangan salahkan dia kalau tidak sensitif... kerana dia sudah keliru dengan pelbagai perasaan yang dialaminya.
Mungkin dia disoriented.

Jangan tuduh dia mengabaikan persahabatan..sebab hidup dia sudah berkongsi dengan orang yang mungkin lebih bermakna dari kita.

Jangan buat dia rasa serba salah... kerana dia mungkin sudah cukup tertekan dengan apa sahaja yang sedang berlaku disekelilingnya.

Kita sebagai kawan (yang telah kenal lama dengannya) harus faham
bahawa dia akan menghabiskan sisa hidup dia dengan pasangan pilihannya,
bukannya dengan kita.

Dan kita sebagai pasangan,
bagi la 'can' kat pakwe kita tu enjoy dan menikmati zaman bujangnya dengan teman-teman
yang akan ditinggalkan apabila dia mula hidup bersama kita nanti.
Dah la kita ni merampas separuh dari hidup dia, takkan la kita tergamak nak menyekat gelak ketawa dia pulak.
Sampai ke hati kita ni nak menghapuskan senyuman dan kegembiraan dia selama ni?

Come on!
Give and Take
Make this world a better place for all of us!




p/s: calling people you barely know as STUPID and ANNOYING really makes you sound so childish.
But hey, we forgive you because we're the grown-ups, aren't we?

Korang Memang Satu Sen Pun Tak Guna kalau...


1. dengan bangga tayang barang berjenama dan mahal-mahal seperti elvi,guccee, Jimmy Choo, Salvatore Ferragamo, Carlo Rino, upload gambar melancong ke sana-ke mari..

...tapi hutang kawan sepuluh ringgit pun liat nak bayar.


2. berlagak dengan kereta mewah, update status kat facebook via Blackberry, pakai iPad or iPhone latest edition yang harga beribu-ribu, then gebang pasal jawatan korang yang gaji tak habis makan...

...tapi tak pernah sekalipun bayar balik hutang PTPTN..woi, depa dah bagi ujrah kot..1% je interest

3. upload gambar korang berkipas dengan duit berkepuk-kepuk, berdiri sebelah Nissan Fairlady atau BMW 5 series dengan tagline “bekerja dari rumah, hari-hari goyang kaki, korek hidung dapat RM100”...

...tapi sebenarnya duit itu adalah hasil kelentongan korang dengan skim cepat kaya dan MLM haprak korang tuh.

4. masih giat melakukan perkara 1 hingga 3, dan mula menjemput rakan taulan sahabat handai ke majlis perkahwinan korang bersama pasangan yang akan diadakan secara gilang-gemilang 7 hari 7 malam...oh ya, sebelum tu jangan lupa upah cameraman untuk pre-wed and outdoor wedding photography dengan pakej yang paling mahal...

...padahal sebenarnya korang buat muka kesian mintak mak bapak korang sponsor majlis tersebut.. Ptui! duit bulan-bulan pun haram nak hulur, tup-tup time korang menggatal nak kawen pun mak ayah yang kena support? Tak habis-habis menyusahkan orang tua.


5. Dey! Get a Life, will you?!

Gadget Update: Edifier MP221


Dah lama aku tak post Gadget Update kan? Ok, this is the latest item I managed to grab.

Aku memang dah lama idam nak beli speaker ni, since zaman belajar lagi. Tapi dulu harga dia mahal sangat (budak sekolah, mana ada duit).

Selama ni aku duk usung speaker SonicGear MORRO 200 dengan kotaknya sekali ke kelas.

    Aku beli sebab itu jela speaker yang paling aku mampu masa mula kerja dulu. Masa tu RM25-30 sebijik. Boleh la guna walaupun kadang-kadang bunyi pecah-pecah.

    Baru-baru ni aku jalan kat Wangsa Walk dan nampak Edifier idaman kalbu ni kat kedai hujung tu. Ada offer. Tapi aku decide nak usha kat Low Yat dulu, mana murah aku rembat la.

    So, last weekend aku sempat la jenguk kat Low Yat, and aku tengok harga dia sama je. Mungkin kedai ni yang supply kat Wangsa Walk tuh. Then, intai wallet, duit ngam, terus sambar sekotak, lari ke kaunter. Lepas bayar terus singgah ‘testing area’. Cun!



    Balik senyum sorang-sorang. Lepas ni boleh la tayang movie dalam kelas.



    MP221 Portable Multimedia speaker

    Super slim and stylish, the MP221 is as versatile as it is elegant. Two bass reflex loaded 1.8 drivers with neodymium magnets, deliver clear crisp sound wherever you may go. A perfect carrying companion for your laptop, MP3, or CD player



    Features
    • Stylish, clear sounding, personal and portable multimedia speaker.
    • USB power supply which can also be powered by batteries (4 AAA).
    • High performance neodymium micro drivers.
    • 3.5mm line input connects to all types of portable PC, MP3, CD player, etc.
    * Carry bag is included



    Specifications
    • Power Output: RMS 0.8W x 2( THD=10%, fo=1KHz)
    • Signal to Noise Ratio: >=80dBA
    • Amplifier Distortion: THD+N<0.5%
    • Input Impedance: 10K Ohm
    • Input Sensitivity: 250+/-50mv
    • Volume Control: Potentiometer
    • Speaker Driver : 1.5" (40mm), magnetically shielded, 8 Ohm,
    • Dimension: 7.9"x2.8"x1" (200x72x25 mm) ( WxHxD ) (not including speaker stand)
    • Power Input: USB power or 4xAAA batteries
    • Gross Weight: approximate 1Lbs (0.4kg)


    source: www.edifier.com


    Aku sangat teruja dengan portable speaker ni sebab saiznya cuma sebesar kotak pensel, so senang aku nak simpan dalam charger pouch aku dan takde la aku asyik terlupa je nak bawak tiap kali ade viewing session (kalau Morro yang gabak tu selalu je akan tertinggal atas meja cuz my hand is too full).



    Puas hati aku. Kau Ada?

    Korang Pernah BUSUK?

    Busuk kat sini tiada maksud tersirat melainkan busuk which is associated with smell. Menurut kamus dewan, ‘busuk’ bermaksud ‘berbau tidak sedap' (kerana sudah buruk dll). In English means ‘smelly, unpleasant smell, stinking, rotten, decayed’.

    Sepanjang hidup aku ni terlalu banyak pengalaman berkaitan perkara busuk. Aku sendiri pernah jadi budak busuk masa sekolah rendah dulu (sebab aku tak suka mandi pagi. Sejuk). Tapi takkan la aku nak mengaibkan diri aku dalam blog sendiri kan? So hari ni aku nak share cerita pasal orang dan binatang busuk yang pernah aku jumpa.

    1.BUDAK MEJA DEPAN
    Budak ni memang suka bergaya dan sangat fashionable. Dari style baju dan tudung semuanya up-to-date. Aku jarang bercakap dengan dia sebab masing-masing busy dan kami tak ada apa-apa isu untuk dibincangkan.

    Satu hari, dia nak cerita kat aku pasal boyfriend dia. Akupun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai orang dalam kelas tu dia pilih aku. Suara dia waktu tu agak serak. Mungkin sebab dia selesema. Dia berdiri di sebelah aku. Dan apabila dia mula nak bercakap tu aku terbau semacam. Perghh....wa cakap lu..tak tahan syial...Sakit kepala aku terbau nafas dia yang menusuk kalbu. Dia pulak makin rancak bercerita bila tengok aku macam bagi respon positif. Aku? Terpaksa tahan jela.

    2.KUCING TEPI RUMAH
    Ini serius tak terbendung. Kalau ikut fikiran zionis aku ni, nak aje aku sembelih atau gantung dia kat pokok tepi court badminton tu. Kalau boleh buat tangga with electric shock lagi bagus, supaya kucing tu tak naik kencing berak tepi rumah aku. Yang peliknya, rumah orang kat tingkat 1 sampai tingkat 3 langsung tak ada kena najis busuk ni. Gagah betul kucing tu panjat tangga sampai tingkat 4 semata-mata nak berak kat tepi rumah aku!

    Mungkin juga sebab dua buah rumah di sebelah rumah aku kosong tak berpenghuni. Pernah sekali mak kucing bersalin kat depan rumah kosong ‘corner lot’ tepi rumah aku tu. Aku sendiri pernah dengar bunyi anak kucing merengek tanpa henti dari dalam rumah tu. Aku tak nampak kat mana kucing tu sebab grill dikunci. Daun pintu je yang terbuka. Bunyi tangisan anak kucing itu makin lama makin layu dan lenyap beberapa hari kemudian. Mungkin dah mati.

    Beberapa minggu kemudian aku dapati pintu rumah sebelah telah dikunci dari luar. Mungkin tuan rumah datang bersihkan rumah tersebut untuk disewakan. Tapi sampai hari ini the cats still come and go to hell just to leave their poops at the house’s door. And I never get the chance to catch them in action.

    3.CLASSMATE + GROUPMATE = NERAKA
    Ok, kawan sorang ni memang tak boleh blah. Aku secara lahiriahnya kurang bercakap dan tak suka berkenalan dengan orang. Tapi kes yang akan aku ceritakan ni mungkin takdir aku. (Ape la dosa aku sampai terpaksa terima balasan macam ni?)

    Aku pernah ambil kelas Language Enhancement Program. Aku memang lone –ranger waktu tu. Aku diberitahu oleh coordinator kelas akan diadakan di tingkat lima. Sampai je kat jabatan tu aku terus meluru ke lift. Aku naik bersama seorang perempuan, mungkin awal 30-an. Dia bertegur sapa denganku. It happened to be that we are of the same class.

    Sampai di tingkat lima, aku terus masuk ke kelas dan mengambil tempat. Selang beberapa minit, kawan baru tadi masuk. Dia terus duduk betul-betul di sebelah aku. Aku hanya tersenyum padanya sambil meneruskan kerja aku (buat-buat busy).

    Segalanya bermula semasa sesi tutorial. Tutor meminta kami membuat latihan dengan rakan sebelah, secara berpasangan. Setiap kali dia bercakap, nafasnya sangat busuk seperti telur tembelang. Dalam hati aku berdoa semoga kelas segera tamat. Apabila aku tunduk untuk menulis nota, aku akan serta-merta terhidu aroma yang syahdu itu. Sesekali aku menutup dan menguis-nguis hidung aku. Aku suspek dia ade resdung. Bayangkan, aku terpaksa menahan gas beracun ini selama hampir lima jam. My air was contaminated. Help!

    Sebelum kelas tamat, terdengar tutor menjerit “Class, this will be your partner for the whole semester ya!”

    Shit!

    The hell is forever mine!









    notajarikaki: bau busuk yang aku takkan lupa adalah bau nanah masa aku diserang Lymph Node Abscess a.k.a Sinus dulu. Memang horror. Sampai sekarang aku haunted by the smell.

    F for Fella *1: YOU PAY FOR THIS?

    Prakata: I am planning to write a series about friends, acquaintances, foes or anybody I used to know and their unforgettable attitude (I leave it to the reader for judgement). Aku mulakan siri F for Fella dengan kisah ini.

    I wrote this because I don’t want to be any fakap.

    I can’t stand it. I can’t stand this kind of friends. This note is written so that everyone gets to learn their lesson.




    ****



    There was a student of mine. We were close for some times (call me scandalous, as you wish).

    One day he asked me to lend him RM300 bucks. At that time I’ve only RM200 in the bank. So I agreed to give him RM150 of my saving. (He said that he need the money for printing purpose and will pay me back once he get the claim). Hell yeah I trusted him then.

    Not long after, he left the college (in other word – he quit or dropped out). And so as my money. Gone. I chose to keep quiet dengan harapan he would realize and remember his debt. I waited for years to get what is mine.

    It’s 2011 and no news or any sign that my money will be returned. I decided to take action. I found him in facebook (thanks to the advancement of technology). I messaged to ask him nicely, reminding him that it wasn’t much of money (I can tolerate ‘bayaran ansuran’ and I did not put any ‘bunga’ anyway).

    No reply. Nothing.

    He kept silent for almost a week.


    Do you know that silence is a type of excuses and sometimes means refusal? (This is a theory I just created.haha!)

    Enough. I was so pissed-off.

    I trolled him on his fb.
    I posted on his wall.


    The next day I found it removed. And he disabled me from posting on his wall.

    (Fine).

    Another silence. No reply. Nothing.

    I’m getting more fakap and annoyed.

    The week later, I trolled his fb again. I commented on every post of his status update, video uploaded, or his friends’ comments (because I couldn’t post directly to the wall).


    The next day, it was removed. Again!

    FINE.

    I’m not gonna let this Hutang Lapuk gone easily. Dude, you really asked for it.

    I need to go even harsher this time.

    So I went all out in finding who the people around him are. I came across an fb account believed to be his girlfriend’s. Then I messaged her:

    “Salam,
    i believe u are a girlfren of Mirul Ali.
    He used to be my student at consist college.
    in 2008 he did borrow a sum of rm150 from me.
    Bukan banyak pun but it is still my money.
    I did message him to pay back but he seems to ignore.
    So, i think this is my last resort.
    Could you by any chance persuade him to just give what is mine.
    I tak de niat ape-ape seriously, I just need my money.
    I'll rest my case once this thing settled.
    (ni bukan meseg main-main atau ambik kesempatan tau, i did have the proof. please help me as a fren. TQ) “

    sounds desperade isn't it? and this is her reply:

    “wasalam,
    i'm so sorry...i don't think i can help u in this matter...
    im not the rte person to help u in this matter..
    since i dh dpt this msg,i'll just frward this msg to him..
    im just his girlfriend,this is between u n him,i x nk msuk cmpur coz he never tell me anything bout his debts,if die nk i taw surely he'll tell me rite?
    im so sorry again...salam.. “


    It finally helps. (sekarang baru aku faham kenapa Ah Long selalu attack the family members, because the debtor is so ignorant).

    The next morning I got an fb message from him.

    “bg akaun mybank”

    Sounds so ignorant and innocent, huh!

    But at least there’s response.
    I thank God for everything.

    I did give a little advice to the girlfy as a woman and a sister:

    “thanks for forwarding the message to him.
    it really helps me.
    i think this case is about to be settled.


    btw,
    i personally rasa u patut tahu what he was up to.
    kalau u serious dgn sumbody, of course u tak nak someone yg akan create problem in the future,rite?
    so, be a smart girl ya, and i wish u all the best..
    thanks again. “

    There’s another story.

    Apparently she did post it on her wall (wah, beraninya kau!)


    I just wanna make it clear here:
    Satu. I did introduce myself. So, am not ‘unknown’ to you dear.

    Dua. This is poyoism. Kau tak malu ke kalau orang tahu yang berhutang tu adalah pakwe kau?

    Tiga. Dumbass!

    Talking about debt, aku ni pun bukan anak orang kaya. Anak orang kaya pun takkan ‘sedekah’ duit dia kat kawan-kawan sesuka hati. Aku sendiri pun pernah pinjam duit dengan orang. Tapi aku akan tulis setiap sen dalam buku supaya aku tak lupa untuk bayar balik.

    Masa belajar dulu, kawan-kawan aku pun ramai je yang pinjam duit aku. Ade yang cecah RM1000 dalam satu masa. Aku pernah tak cukup duit dan terpaksa pecah tabung untuk makan sebab duit aku habis bagi pinjam kat orang (it’s hard for me to say NO). Tapi diorang bayar balik once diorang dah kerja dan ada duit. Yang penting kita tak lupa hak orang lain.

    Ramai yang akan bersetuju kalau aku cakap kita ‘yang bagi hutang’ kat orang ni akan lebih malu dan segan nak mintak balik duit kita. Tapi orang ‘yang berhutang time-mintak-menyembah-bumi-dengan-janji-segunung’ ni yang selalu buat muka tak malu. Dia buat-buat lupa pada hutang dia. Ada jugak yang berlagak macam banyak duit, tayang harta sana sini, tapi time kita mintak duit kita macam-macam alasan dia bagi. Liat sungguh nak bayar. Tak takut mati ke wei?!

    Orang tua-tua dah pesan “Hutang emas boleh wajib dibayar; hutang budi dibawa mati.” So, hutang budi je yang boleh bawak mati. Hutang aku bila lagi?

    Notakaki: Hutang Nyata vs. Hutang Kongsi Lelap

    Hutang Nyata : “Weh..pinjam singgit!”
    Hutang Kongsi Lelap: “Alamak, aku tak cukup cash tak ade duit kecik la, pakai duit kau dulu boleh? Nanti aku ganti balik.” Dan sampai sudah dia tak ingat nak bayar. “Kira halal la, bukan kau kata nak belanja ke itu hari?”

    *Till the moment I write this post, I haven’t received any cash in my account. I’m hoping to rest my case. A big thanks to you, Lissa Zarina. Jangan-jangan dia pinjam duit kau untuk bayar hutang aku. Gosh.





    p/s: jom tengok wayang? aku pinjam duit hosmet aku tadi.

    Perbezaan Poco-Poco dan Tarian Zapin

    Adakah senaman yang dibenarkan (atau disunatkan) di Malaysia ni hanya yang mempunyai gerakan takbiratul ihram, sujud, rukuk dan mengangkat dua tangan sahaja, dan gerakan-gerakan lain adalah haram?

    Adakah hanya lagu nasyid yang dibenarkan semasa erobik? (Well aku akan ade masalah dengan ini sebab aku die-hard fan erobics. Harap maklum.)

    Dulu masa di universiti, aku belajar Aikido. Dalam rutin latihan Aikido juga terdapat beberapa gerakan mengelak musuh dari pelbagai arah. Utara, Selatan, Timur, Barat, (eh, macam gerakan poco-poco dowh, serius!)

    Maka adakah seni bela diri Aikido ini juga dikira haram kerana ada unsur-unsur gerakan membentuk tanda campur (+)? (Aku taknak sebut salib sebab nanti jadi isu pula).

    Wah, maknanya aku ni dah banyak buat dosa la walaupun aku belajar di universiti islam? Maknanya juga aku berdosa belajar Aikido untuk mempertahankan diri? Mungkin aku patut belajar silat. Lebih afdal.

    Habis tu macam mana pula dengan seni bela diri silat yang mempunyai ritual atau rutin yang aneh-aneh? Penggunaan kemenyan, cadar putih, limau nipis, semangat keris dan sebagainya itu apa pula penjelasannya? Bolehkah kemenyan itu ditukar kepada setanggi?

    Kenapa kerajaan tak wajibkan wanita muslim pakai tudung padahal Allah dah suruh? Atau wajibkan purdah sekali sebab perempuan arab semua pakai purdah. Kita kena ikut budaya arab sebab mereka keturunan nabi.

    Apesal tak haramkan penjualan sanggul tu sebab aku ade terbaca yang sanggul itu menyerupai masyarakat arab zaman jahiliyah? Pandang kiri, pandang kanan..eh, ramai la pulak yang pakai tudung sanggul toncet tu. Habis kalau diharamkan jual, macam mana penjual tudung nak cari makan?

    Kepada kawan-kawan tudung cendawan, janganlah tuduh aku ni ahli neraka pula. Aku masih tahu bahawa perempuan takkan boleh jadi imam solat Jumaat, Amina Wadud je yang pernah buat. Aku masih tahu solat Subuh tidak batal kalau kita tidak membaca doa qunut. Eh, ke korang pun baru tahu?!

    Disclaimer:coretan ini ditulis selepas mendengar berita tentang pengharaman poco-poco di negeri perak. This is merely a personal thought with no intention to offend any party. Apepun, aku hormat segala keputusan ulama-ulama di Malaysia ni. Semua keputusan pun ada hujah masing-masing kan. Mereka lebih arif tentang hukum. Aku masih belajar (dari pemerhatian yang terkadang judgemental).

    Tiga Kali Jumaat

    Masuk hari esok cukup 3 kali jumaat aku sakit.
    Setelah macam-macam ubat masuk perut aku.
    Bengkak makin bisa.


    Lastly kelmarin aku tepek bedak sejuk buatan sendri.
    Cari bedak sejuk kat kedai tak jumpa.
    Malam tu jugak tumbuk beras dengan lesung.
    Jihah datang dapur dan dengan selamba bertanya 'Pakai blender tak boleh ke?'
    Aku gelak aje dalam hati.

    Habis blender terus aku perah asam limau.
    Tepek kat tempat bengkak yang dah mula merah-merah.
    Alang-alang dah buat bedak sejuk tu kan, terus la lajak ke muka sekali.
    Dah macam hantu kak limah le pulak.

    Esok paginye ade discharge dari tempat bengkak tu.
    Kelas lak sampai pukul 7.
    Lepas magrib terus aku jumpa doktor kat hospital.
    Mintak dia bersihkan ape yang patut.
    Doktor pelik sebab aku tak demam or sakit kat mana-mana tempat lain (which means I'm strong).


    Balik dari hospital terus melantak KFC (Lapar gila,ok!)
    Sebelum ni aku memang tak boleh nak mengunyah langsung.
    Semua makanan yang masuk mulut terus telan.
    Makan roti celup air atau sup aje la seminggu.
    Kebulur.

    Alhamdulillah harini aku rasa dah surut sikit.
    Dan buat pertama kalinya aku tak perlu lagi makan painkiller.

    Aku harap esok cukup la 3 kali jumaat aku sakit.
    Bila aku dah betul-betul sihat aku nak ...
    -makan sampai kenyang macam dulu. 44 kali kunyah
    -kemas bilik (sebab dah 2 minggu aku tak buat pape kecuali tidur)
    -pergi erobik (aku rindu kat instructor yang daboom tuh)
    -BERKEBUN (projek mesti diteruskan).
    -menjahit
    -swimming
    -shopping
    -reading attentively

    -and never stop smiling. ;)


    Ni la alat-alat rawatan aku. Nurse terlatih bernama Nazihah Rusli. Segalanya manual.


    *p/s: thanks to the students who gave me the tips to heal my illness. Aku buat bedak sejuk ni pun lepas sorang student bagi petua sebab adik dia pernah kena. Dulu masa aku accident pun kaki aku bengkak teruk berhari-hari. Finally ade sorang student ni bagi aku daun lidah buaya untuk sapu kat luka. Terus kering luka dan bengkak surut.




    My Life is Full of Bless. Praise be to ALLAH

    I Refuse to be Sick

    Last Friday I went to the clinic because there's sort of 'bengkak' around my jaw just below my left ear.

    The doctor gave me antibiotics,painkiller and ear drops.

    I had an enjoyful weekend with my fellas. Went to karaoke, pooling, mini basketball, bowling and dining together.

    The medication finished on Monday morning after breakfast.

    I went to the class at 5pm and ended an hour later.

    The pain started to strike back. I can hardly move my jaw.

    At about 8 pm I went to see the doctor again. She said the antibiotic doesn't seem to heal the disease. So she wrote a referral letter and advise me to see the specialist at General Hospital. She referred me to a surgeon at SOPD (Surgical Out Patient Department). I have no idea what's going on right then.

    I woke up early this morning to go to the General Hospital. (I don't like hospital or anything medic, seriously!)

    I took a bus with Jihah. Yes, I skip work and all the classes (another dislike).

    Arrived at the GH about 45 minutes later.
    Don't know where to go.
    Asking for direction from the security officer (who's holding quite long stick on his left hand.Scary.)
    "SOPD kat mana?"
    "Bawah sana..dekat dengan Emergency."

    which 'bawah' also I don't have any idea.
    so we just walked passed few stairs and went straight to the Jabatan Pesakit Luar.
    Wow! so many people! Semua orang sakit ape hari Selasa ni?

    Still don't know how to register. (This is my first time at the hospital,ok!)
    I went to the counter and showed my envelop. The officer said
    "SOPD bukan sini dik. Naik tingkat satu. Atas."

    So we walked out the department,and searching for the 'atas'.
    Where atas is atas actually?
    Finally I saw the word 'Pembedahan' on the signboard. Aha, the doctor did mention about pembedahan yesterday. Then we entered the Klinik Pembedahan Am.
    Hayya..So many people as well? (they are unwell,of course!)

    I asked the nurse at the second counter. (There are so many counters, its uncountable!)
    She said 'just put the envelope at the basket at that counter'. See? countless counter.

    Then I'm waiting.
    I saw the staff walk out of the counter and went somewhere, with my letter.
    10 minutes passed. My name called.
    "Dik, bukan kat sini ni. Adik keluar, terus ke kanan. Yang ade gambar telinga tu."
    Again..I walked out..

    Now at the Department of Otorinolaringology (ENT).
    Counters...where should we go?
    I saw the word 'pertanyaan'. so I handed-in the letter to the staff.
    "Kat mana bengkak?" then she touched my left jaw.
    "Antibiotik tak sampai seminggu lagi so kita tak boleh clarify. Isi borang ni".
    I filled the form and returned it to her.
    "Ok, jumpa Doktor V kat bilik 3 untuk appoinment. Kat sana."

    I went straight to the left (as instructed) and saw 'Room 03'.
    No doctor at the table. We sit and wait for Doctor V.
    I felt a bit awkward in the room. There's a plasma TV, and some toys on a small table at the corner.

    In about 5 minutes, a woman in lab coat enters the room.
    "Eh, apesal awak kat sini ni?"
    I just showed her the letter.
    "Bukan dekat sini. Bilik lain ni. Kenapa pakai kasut masuk dalam ni?"
    Hell how do I know that we should take off the shoes?! Tak de tulis pun kat luar tu.
    I don't talk much.
    So once again we step out. Dengan muka sebal.

    Finally we saw (another) 'ROOM 3' two doors after.
    This time I won't walk-in unless invited.

    A nurse was about tu enter the room and I quickly gave her the letter (this letter is really making fun of me. It is the spokesperson, yeah!)
    The nurse smiles and asked me to wait for a while.
    The next minute, still smiling, she said "Doktor V tak ade. Dia kursus. Awak datang balik 25hb nanti pergi kaunter buat pendaftaran."
    "Thanks"
    I said.

    At first I thought it will be this coming Sunday. So I just have to consume some painkiller towards the date. It wont take long.

    But the moment I went back and rechecked my appoinment date, it was actually on 24th MAY!

    Oh God..I would have to live like a drug addict for about one month?
    Seriously I can't bear the pain without the painkiller. I have to take it every 6 hours or else I would die crying in pain caused by the twinge.

    I hope this is just a dream.

    I wanna be healthy.
    I am healthy.

    3003: Menghadapi Kehilangan Seorang Sahabat


    Dalam kebosanan mesyuarat itu, Ariff memanggil perlahan sambil menghulurkan telefon bimbitnya. Aku agak berdebar tatkala melihat nama pengirim sms - 'Wak'.


    "Salam. Sahabat kita, Rudi Yanto bin Abdullah

    baru sahaja kembali ke rahmatullah. Al-fatihah."


    Aku memulangkan telefon Ariff dan menoleh kembali ke hadapan membetulkan duduk.


    Mesyuarat masih berjalan. Aku merenung buku nota. Kosong. Fikiran tidak dapat lagi aku tumpukan kepada isi mesyuarat. Tanganku mencatat beberapa butiran tetapi jari mula terasa lemah.


    Aku terbayang wajah Rudy, dan terkenang Wawa.


    Rudy dah tak ada?


    Wawa macam mana?


    Aku mengenali kedua mereka. Malah Wawa juga antara kenalan rapat aku semasa aktif dengan Cak Lempong dulu. Rudy penuh dengan gurauan dan sakat-menyakat.


    Hati sayu amat. Tapi airmata masih bertahan. Aku takkan menangis.


    Kembali ke bilik lecturer, aku terus mencapai telefon yang aku tinggalkan di atas meja. Seperti dijangka, Missed calls dan beberapa SMS. Muna dan Wak memaklumkan berita yang sama. 'Rudy dah tak ada'.


    Kurang 2 minggu lalu, beberapa hari sebelum pembedahan, Aku bersama Aziz, Wak, Kak Yana dan Ariff sempat menjenguk Rudy di wad kaji saraf Hospital Kuala Lumpur.


    Keadaannya pada waktu itu kelihatan sihat dan ceria. Dia asyik bergurau dengan rakan-rakan yang melawatnya. Aku hanya memerhati sambil tersenyum di katil sebelah yang kosong. Aku berbual dengan Manal untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang penyakit Rudy. Wawa juga nampak sibuk melayan pelawat, dalam pemerhatian aku kebanyakan rakan Rudy adalah juga kenalan Wawa. Aku kagum dengan mereka berdua. Sangat ramah dan tidak pernah menunjukkan riak sedih atau penat. Namun aku tahu dalam hati masing-masing sangat bimbang dengan sesuatu yang tidak pasti.


    Kami memberi laluan kepada semua rakan-rakan Rudy untuk bertanya khabar kepadanya sementara kami bersapa sesama sendiri di katil sebelah. Kami mahu jadi pelawat terakhir supaya dapat meluang masa lebih lama dengan Rudy. Hampir 2 tahun aku tidak bertemu Rudy dan Wawa. Wawa menegur aku terlalu diam dan kurang bercakap. Aku hanya senyum. Rudy pula masih seperti dulu, tidak lekang dengan usikannya. Dia berseloroh kepada aku dan Ariff "Ish..ish..kau orang berdua ni..dah lama sangat single!" Lawatan ke rumah sakit yang penuh gelak tawa. Tak dapat kat tempat lain beb.


    Rudy yang nampak letih menyebabkan kami tidak berbual lama. Aku hanya mengemas meja di sisi katilnya sambil melihat dia berbaring. Dia minta sikat dan menghulurkannya kepada Wak. Dia mahu Wak sikatkan rambutnya sebelum tidur. Aziz dan Ariff juga diminta berbuat begitu.


    Perlahan-lahan matanya ditutup dan dia melayan lena. Wak berhenti menyisir rambut Rudy dan kami mula beredar perlahan-lahan, bimbang dia tersedar. Belum pun sempat 2 langkah, matanya tiba-tiba dicelikkan lalu terus menjeling kami. Kami tahu dia sudah tidak larat lagi dan perlukan rehat. Rudy sempat menghantar kami dengan senyuman.


    Aku sama sekali tidak menyangka gurauan, gelak dan senyuman itu adalah yang terakhir. Mungkin Wak dan Aziz juga akan terkenangkan Rudy yang bermanja dengan sikatnya itu.

    Al-Fatihah


    Rudi Yanto bin Abdullah (1983-2011)

    EKSPEDISI REDAH 2: Selamat Pagi Matahari Broga!

    23.01.11



    Terjaga mendengar bunyi 'kecebur' di bilik air seawal jam 2 pagi. Rupanya Jihah sudah bangkit bersiap untuk ekspedisi hari ini.




    Aku bangun kemalasan tepat jam 2.15 pagi menyeret tuala ke bilik mandi. Basuh muka dan 3 cebuk air disimbah ke badan. Sekadar cukup syarat.












    Sambil bersiap aku mengejutkan Tirah yang nampak lena. Semalam kami tidak sempat berbual kerana dia pulang agak lewat. Nyaris aku sangka dia tidak ikut serta.












    Hampir 2.45 pagi Myvi medalion grey tiba dan kami berkumpul di banglo Haji Leman, Kg Pasir.










    Ipin sudah menanti di simpang masuk sambil menyedut asap di atas Viragonya. Arep juga sudah kelihatan di laman banglo itu.



    Tepat jam 3 pagi, dua buah kereta sedu sedan bergerak perlahan melalui MRR2. Kami singgah di Pandan Indah untuk kutip Shahril sebelum meluncur laju menuju Kajang.



    Perjalanan diteruskan ke Semenyih selepas beberapa siri 'persinggahan membuang toksin' di stesen minyak berhampiran.



    4 pagi: tiba di Broga yang terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.






    Setelah streching lebih kurang, kami menapak menyusuri ladang kelapa sawit sebelum memulakan aktiviti daki-kalau-berani.



    Merentasi hutan berbukit dengan tanah yang agak licin, kami tiba di kaki bukit Broga dengan perasaan yang bercampur-campur.






    Keadaan masih gelap dan hanya ditemani lampu suluh kecil dibawa oleh Luke. Pendakian ini aku anggap yang paling mencabar sepanjang aku melakukan aktiviti lasak.






    Aku yang tiada pengalaman mendaki mula menyedari bahawa aku sebenarnya gayat dan serun dengan tempat-tempat curam. Langsung tak pandang bawah lepas panjat first stage bukit Broga ni. Nak luruh jantung bila sampai puncak dan tengok orang terkial-kial nak naik. (Orang yang kat atas pun tengok aku macam tu lah kot tadi).



    Kitorang tabik sama minah ni sebab berjaya sampai puncak dengan hanya memakai


    selipar jepun cap dua kaki!


    Katanya (Luke cakap) Broga ni ada 4 stages/level. Masa tu kami dah sampai ke level 3. Macam dah tak sanggup nak naik lagi sebab nampak sangat curam.












    Tapi akhirnya kami berjaya juga setelah memberi motivasi kepada diri masing-masing bahawasanya 'alang-alang dah naik, biar sampai puncak'.






    Tiba di puncak Broga yang berbatu itu kira-kira jam 5 pagi (yang atas sekali tau, sebelum ke gunung Tok Wan tu!)






    Aku, Jihah, Tirah, Ganu, Luke, Arip, Ipin dan Shahril bersidang menahan kesejukan angin fajar (ayat sastera disitu, harap maklum).









    Setelah menyelesakan duduk, aku sesekali menjenguk manja ke arah lereng dan kaki bukit. Kelihatan talian keretapi manusia mula memenuhi laluan ke puncak yang kami daki ini.






    Memang ramai ya ampun!






    Dalam hati berkata 'takde hari lain ke kau orang nak datang?! Kalau semua nak naik kang siapa pulak yang nak turun?'



    Yang benar, jam 7 pagi kami sudah berkira untuk turun pulang. Keadaan sangat sesak di sepanjang laluan (denai ke?) menuruni bukit (jalan yang sama untuk naik tadi).






    Kami bersama rombongan lain yang datang seawal 3 pagi tadi bermasalah untuk turun kerana batch yang baru tiba berebut-rebut untuk naik. Macam tak ada istilah beri laluan. Punyalah selfish orang Malaysia ni kan. Kalau kita naik bas ka, keretapi ka, kapal terbang ka, kita kena bagi laluan kepada penumpang yang nak turun, bukannya tutup jalan dan berpusu-pusu untuk naik, betoi dak? Kalau tiba-tiba jadi tanah runtuh siapa nak jawab? (fantasi penulis memang agak ekstrim, harap faham).






    Berbalik kepada topik turun bukit tadi, kami berlapan berjaya turun dengan selamat (walaupun baju dan seluar aku bercat tanah debu. Penuh.) Ada juga kalangan pengunjung yang turun dengan hanya menggelongsorkan punggung mereka di kawasan bukit berumput. Gila isim!



    Bunyi seperti kuda berlari dalam pertandingan lumba kuda Sport TOTO. Nombor ekor. Bedebub! Bedebab! Bedebub! diakhiri bunyi garisan penamat "Aduh!" apabila punggung terhentak batu di tanah landai. Luke dan Ganu ada mencuba aksi tersebut namun mengalami tekanan perasaan dan emosi kerana dileteri jemaah lain yang mengklasifikasikannya sebagai 'unsafe act'.






    Setibanya di bawah bukit, kami disambut oleh laungan "Air! Air! Beli air dik?"



    Wah, Makcik Limah dan Pakcik Akob penjual air sudah bersedia dengan kotak sejuk beku berisi pelbagai jenis minuman. Memang buat duit sungguh mereka ini. Dalam kiraan aku, yang naik tadi lebih 500 orang dan mungkin cecah ribu. Pasti balik poket penuh punyalah Pak Akob dan Mak Limah harini. Mungkin Pak Akob boleh ajak Mak Limah tengok wayang di Metro Kajang tengah hari ni. Cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Kapel seat lagik!



    Kami bersarapan di Bangi dan bertolak pulang ke Ulu Kelang untuk berehat sebelum aktiviti Kelab Bujang yang seterusnya awal petang nanti iaitu jemputan makan tengah hari di kedai ibu Rosanee.




    Yang tak dapat diampunkan: subuh kami lebur. Matahari Broga punya pasal!






    Moral of the story:


    Menjaga kesihatan/bersukan itu dituntut dalam Islam, tapi janganlah sampai mengabaikan solat. Lepas ni kalau nak pergi lagi, solat subuh dulu. Bak kata pepatah 'Takkan lari gunung dikejar'.



    IRAMA HATI SAYA