IRAMA HATI SAYA

Janji Seorang Kawan

Aku ada ramai kawan (dulu-dulu lah).

Sekarang masing-masing sudah beransur hilang. Sibuk. Dengan kawan baru, kekasih baru, keluarga baru, dan tempat baru.

Dalam masa-masa senggang aku ada terlintas ingatan pada mereka kawan-kawan aku. Tentang janji-janji yang pernah ditutur kepada aku.

Kata mereka: "Mas, nanti..."

...gaji pertama aku belanja kau Pizza, ok?

...kita pergi tengok wayang sama-sama.

...aku bawak kau jalan-jalan dengan Myvi baru aku.

...bila aku dah ada kereta, tiap hari aku ambil dan hantar kau pergi kerja.

...aku bagi kau CD gambar-gambar tu.

...aku datang jumpa kau.

...kita kumpul duit dan pergi Jepun sama-sama ye.

...aku bayar duit kau.

...kita main bot kayuh kat Titiwangsa.

...kahwin aku jemput kau.

Hmmm...Aku kira semuanya itu hanya cakap kosong yang tidak dimaksudkan. Mereka mungkin sudah melupakannya, atau melupakan aku.

Maka mulai hari ini aku juga mula mencari ingatan tentang kata-kata yang pernah aku lafazkan pada mereka kawan-kawan aku suatu masa dahulu. Mungkin kata-kata aku juga dianggap janji yang masih diingati oleh sesetengahnya.

Anda bagaimana?

1 tokok-tambah:

aznizaismail said...

janji seorang kawan yang ditepati:

Ja, nanti bila dapat gaji...

"aku blanja ko nando's k!"

TQ dear...

 
◄ Design by Pocket