IRAMA HATI SAYA

‎Surat Untuk Makpak Budak


Salam MakCik dan Pakcik,
Tanpa banyak mukadimah, saya nak straight to the point. Anak Makcik dan Pakcik sudah bikin saya hangin sejak minggu lepas lagi. Sebelum saya menuduh mereka sebagai anak tak kenang budi, ingin saya bertanya kepada Makcik mahupun Pakcik sekalian: adakah mereka memang biasa buat perangai macam ni? Adakah kerja mereka hanya untuk menghabiskan duit Makcik dan Pakcik sahaja?

Makcik dan Pakcik yang dihormati,
Saya sendiri tidak pasti sama ada mereka tinggal di asrama atau bersama Makcik dan Pakcik di rumah. Yang pasti, kelibat mereka tidak kelihatan di dalam kelas saya. Dan saya juga pasti Makcik dan Pakcik tidak bersubahat dalam gejala ponteng ini.

Makcik dan suaminya Pakcik,
Saya tidak mahu memaksa mereka untuk belajar, cuma saya kesian sama Makcik dan Pakcik sebab telah melabur wang kepada anak-anak Makcik dan Pakcik yang tidak reti menghargainya. Apa kata Makcik dan Pakcik beri sahaja wang tersebut kepada saya, boleh juga saya buat belanja kahwin kelak.

Akhir kata, izinkan saya menengking anak-anak Makcik dan Pakcik sekiranya saya bertembung dengan mereka. Kira saya ni wakil Makcik dan Pakcik yang jauh di kampung halaman lah. Ikut hati saya nak rotan je sekor-sekor. Diorang ingat aku ni tunggul? Eh, maafkan saya, terkasar bahasa pula.

Itu sahaja untuk kali ini. Diharap Makcik dan Pakcik redha jika anak-anak Makcik dan Pakcik sekalian pulang beraya bersama lima kesan jari di pipi masing-masing. Mungkin itu yang terbaik.

Sekian. Salam Satu Syawal 'Janji Diketupati'!

Yang Bengang,
-Cikgu Siti Rope'ah-

2 tokok-tambah:

xOxO~fixa~ said...

budak zaman sekarang, diberi kebebasan kena virus "culture shock" kalau terlalu dijaga terkena jangkitan "memberontak".

susah nak membntuk anak2 zaman sekarang. huh!

Anonymous said...

boleh nak menegur tetspi gunalah bahasa yang baik2..takut terkena pada keturunan kita juga. jangan lah kita marah anak murid kerana bengang..marahlah kerana sayang.

 
◄ Design by Pocket