IRAMA HATI SAYA

Hikayat Burung Kayangan

Pada zaman dahulu kala, ada seekor Tweety suka kat seekor Cenderawasih. Tapi Cenderawasih ni agak dingin kerana dia berketurunan bangsawan.

Maka, Tweety merajuk hati dan mula mendekati sang Merak. Mereka berkawan baik dan saling membantu. Merak baikhati, mesra dan pandai berjenaka. Tweety juga suka bergurau dan ramah. Lama-kelamaan, Tweety mula jatuh hati dengan kemesraan si Merak.

Mereka terus berkawan baik dan Tweety terus menyimpan perasaan. Tweety menanti waktu yang sesuai untuk berterus-terang.

Pada suatu hari, Merak telah menghilangkan diri. Mereka terputus hubungan hampir dua purnama lamanya. Tweety terus menanti khabar dari Merak. Merak yang suka merantau telah berhijrah ke merata-rata tempat. Merak telah pergi tanpa menginggalkan pesan. Tweety pula cuba merisik khabar dari sahabat-sahabat Merak.

Akhirnya Merak kembali dan menceritakan pengalamannya kepada Tweety. Tetapi, persahabatan mereka tidak lagi rapat seperti dulu. Tweety begitu sedih kerana Merak telah berubah. Walaupun Merak masih ramah seperti biasa, namun dia sudah jarang menjenguk Tweety. Tweety juga agak sibuk dan tidak berkesempatan berbalas berita dengan Merak. Maka keduanya leka dengan kerja dan urusan masing-masing.

Pada suatu hari, Tweety berhajat untuk melawat Merak.Beliau berasa kasihan tatkala melihat Merak yang sangat sibuk bekerja. Lalu, Tweety menawarkan diri untuk membantu walaupun pada waktu itu Tweety sebenarnya sedang gering.

Tanpa diduga, Tweety terserempak dengan Merbuk yang sangat cantik bergaya. Tuturnya juga sungguh berlemah-lembut. Merbuk juga selalu kelihatan di kawasan Merak. Merak nampak begitu mesra dengan Merbuk. Tweety yang agak cemburu mula bertanya kepada Merak. “Merbuk itu sahabat hamba, dia rajin juga datang membantu di sini..” kata Merak menjelaskan.

Tweety tersenyum berlega hati mendengar jawapan Merak. Dalam hatinya sudah berkira-kira untuk meluahkan perasaannya kepada Merak sebelum terlambat. Sungguhpun Tweety agak hairan melihat kelakuan Merak yang ganjil dan seperti merahsiakan sesuatu, namun dibiarkan sahaja sangsi itu. Dia tidak mahu bersangka yang bukan-bukan terhadap sahabat baiknya itu.

Lebih menghairankan lagi, Merak seperti enggan berbual dengan Tweety.
Lalu, di suatu hari yang tenang, Tweety dengan teragak-agak bertanya akan perubahan Merak. Tweety juga mengaku berjauh hati dengan sikap Merak itu.Tanpa disangka-sangka Merak naik berang dan mula menyalahkan Tweety kerana tidak melayan Merbuk dengan baik. Tweety terpinga-pinga menerima tohmahan Merak. Dalam hatinya mula terguris dengan kata-kata Merak.

Kata Merak, Merbuk itu bakal permaisurinya, maka Tweety wajib melayan Merbuk dengan selayaknya. Tweety terpukul dengan kenyataan Merak. Hatinya remuk berkecai. Dengan tidak semena-mena Tweety jatuh gering dan hampir mati. Tweety kemudian lari membawa diri meninggalkan Merak kerana dirinya semakin tenat.

Arakian, Tweety memutuskan persahabatan mereka dan berusaha memulihkan geringnya tetapi gagal. Akhirnya Tweety mati sebelum sempat meluahkan perasaannya kepada Merak. Sekian.

2 tokok-tambah:

aaziz said...

Aper kesimpulan citer ni mas? Mcm tergantung jer. HUHU!

CIKSELAMPIT said...

oarng yang xder perasaan jer yang tak paham. (akupun tak paham..haha..)

 
◄ Design by Pocket