EKSPEDISI REDAH 1: Alang Sendayu

Aku menerima jemputan Aslam sejak beberapa minggu yang lalu. Cadangnya mahu adakan aktiviti bersama Mentor (aku). Mereka-mereka Mentee aku dari Kumpulan B kebanyakannya lebih gemar sukaria dan sendaloka seperti boling dan karaoke serta perkara-perkara remaja yang kurang cabaran minda dan fizikal.



Maka kali ini aku dijemput menyertai Kumpulan A yang lebih gemarkan aktiviti lasak bertema environmental-friendly. Pada siri yang lalu, mereka telah mengadakan program mandi-manda seksi di hutan Kemensah bersama Mentor mereka, Encik Rahim (aku tidak terlibat, harap maklum).


Terus kepada hari kejadian:
Jam 8.00 pagi kami sudah berkumpul di tempat letak kereta Training Centre CONSIST. Sesi taklimat ringkas dan checking diadakan untuk mengelakkan gejala terpinga-pinga.


Lebih kurang 6 buah kereta bergerak perlahan melalui lebuhraya MRR2 arah Gombak.


Tiba di Alang sendayu kurang 30 minit kemudian.


Berkumpul dan agihan barang sebelum mula meredah hutan dara itu (dara ke?)

Seramai 20 pelajar (mentees) masing-masing dengan muatan yang setimpal dengan berat dan ketinggian mereka. Yang berbadan gempal ditugas membawa tong air manakala yang membawa beg galas disumbat seadanya dengan maggi, sosej dan bungkusan daging burger Ramly.



Ohya! baju oren ini adalah pakaian rasmi mereka setiap kali juga. Ditaja oleh kilang baju Jali Uptown Danau Kota.
Hutan kecil diredah merentasi beberapa denai dan sungai cetek berpasir. Sesekali kelihatan pacat dan lintah melentok-lentik di atas dahan dan batu-batu sungai. Aku sudah sapu minyak panas awal-awal lagi sebelum masuk hutan tadi untuk mengelak kaki dari disinggah ulat-ulat getis itu (geli dowh!) Kami berhenti di sebuah kawasan air terjun yang agak tinggi dan cantik. Namun perjalanan terpaksa diteruskan selepas terlihat kelibat 3 orang lelaki yang hanya berseluar dalam sedang asyik berkinja dan menadah badan di bawah air terjun tersebut.


sila tumpukan perhatian kepada 2 entiti di sebelah kanan foto ini


Mungkin juga rombongan kami yang ratanya 99% adalah lelaki, bimbang aku dan 2 lagi girls yang ikut serta akan mengalami gangguan emosi jika kami terus bertapak disitu.


Kami memanjat bukit bertentangan air terjun tersebut untuk mencari kawasan yang sesuai untuk berkhemah. Tali disediakan bagi memudahkan kami naik dan membantu sekiranya tergelincir.

5 minit kemudian kami tiba di kawasan yang kelihatan luas dan selesa. Encik Shahril selaku tracking guide memberi isyarat berhenti setibanya kami di kawasan jeram berbatu dan laluan sungai cetek.
Masing-masing yang berwajah gigih mula menurunkan muatan beserta keluhan lega. Kumpulan kecil pelajar kelihatan berpecah ke beberapa kawasan. Syafiq mengeluarkan tali dari begnya dibantu Ubi. Mereka merentangkan tali tersebut dari kanan ke kiri pokok di tebing sungai.


Ada yang mula memasang unggun api manakala yang lainnya mula mengeluarkan bekalan yang disumbat dalam beg mereka. Ada juga yang sudah memecat baju dan seluar masing-masing untuk lebih selesa. Tiba-tiba salah seorang daripada meraka menjerit "Weh, daging burger kita mana?"


Semua berpandangan sesama sendiri


"Siapa yang bawak tadi?"


"Aku dah pass ke belakang."


"Macam mana kau orang boleh tak perasan?"


"Eh, tadi ada la. Aku nampak"


"Bukan aku!"


"Aku bawak air je.."


Tidak sempat lama keriuhan mereka disenyapkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali. Dia muncul di atas bukit kawasan kami berhenti. Sambil menghulurkan bungkusan plastik yang agak besar, lelaki itu berkata sesuatu kepada Epul yang menyambutnya.


"Apa la kau orang ni..nasib baik dia orang jumpa dan pulangkan. Kalau tidak, berlapar lah kita." Kata Nizam selaku ketua penganjur.


Rupanya bungkusan itu telah ditinggalkan oleh salah seorang daripada kami semasa sibuk menaiki bukit dari kawasan air terjun tadi. Mujur juga lelaki separuh bogel yang mandi di situ menjumpainya dan ada ihsan untuk menghantarnya kepada kami. (Terima kasih Abang Seksi!)


Nizam mengarahkan semua peserta berkumpul dalam kumpulan yang telah ditetapkan bersamaperalatan masing-masing. 4 kumpulan tersebut diminta mencari tempat atau 'port' mereka.


3 pertandingan telah dirancang, iaitu:
Pertandingan 'Masak Air Paling Cepat'.

Juri: En.Rahim
Pertandingan 'Masak Megi Paling Sedap'


Juri: Aku

dan
Pertandingan 'Cari Guli Dalam Sungai'


Sumpah seronok amat tengok gelagat mereka satu persatu.




Dan aku? Usaha mencandat dan menjala ikan agak sia-sia apabila 2 ekor anak ikan yang kami berjaya tangkap telah terlepas dari celahan daun tempat mengisinya.

Aslam yang berbesar hati dan perut membantu juga gagal mendapatkan hasil.


Selain itu, ada juga insiden ngeri dan ketar lutut seperti kehadiran beberapa ekor ular yang akhirnya dicekup. (Budak-budak ni mana tahu takut beb!)


Selepas sesi penyampaian hadiah, kami keluar dari hutan Alang Sendayu kira-kira jam 2 petang. Kami menyusuri Lebuhraya Pantai Timur (LPT) seperti anak orang asli yang baru pulang dari memburu.

Masing-masing yang keletihan dengan perut yang kembali lapar seterusnya menyerbu ke hentian terakhir iaitu Rumah Zack bagi memenuhi jemputan majlis perkahwinan kakak beliau. Best woo makan nasi minyak, dapat goodies bag Vantage lagi.


Selebihnya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata....TERBAEK!!!
thanks guyz!

Photos Credit ---> Faiq and Nuar

No comments:

IRAMA HATI SAYA