Kebelakangan ni emosi aku agak kurang stabil.
Bukan aku tidak mahu mengawalnya
tetapi kerana ada banyak faktor yang sengaja mencari fasal dan mengipas bara-bara api dalam hati ini.
The Statement :Aku rasa aku tak suka dia.
Aku jarang sekali prejudis atau membuta benci sama manusia.
Dari segi normal aku sangat neutral pada sesiapa sahaja.
Aku tidak menghukum tanpa mengusul periksa
dan aku tidak menghakimi tanpa bukti yang nyata.
Ya, aku beranalogi dengan teori peribadi plus siasatan tidak rasmi.
Ada seorang makhluk bernama sungguh cantik. Tetapi para sopannya agak rendah.
Mendengar kata-katanya sahaja sudah cukup untuk merumuskan bahawa dia lahir untuk memperlekehkan yang lainnya.
Sedangkan hidupnya tidaklah sesempurna mana.
Segalanya harus standard. Cakap mesti lebat. Update mesti gempak. Gosip wajib hangat.
Hoi yang bernama;
Kau tu poket pun kosong janganlah nak gebang lebih.
Harta pun tiada, tak payah nak kutuk apa yang orang lain punya.
Kadang-kadang kau sendiri pun minta - meminta.
Kau tu tidak hebat mana, jangan kecilkan orang yang dah lama berjaya
walaupun kadang-kadang tidaklah setinggi menara..
Tolong sedar diri sikit ya.
Kau tu masih muda. Garam pun belum sekilo masuk ke mulut.
Banyak lagi yang kau tak nampak dalam dunia yang luas ni.
1 comment:
garam saya dah dua kilo..amacam?
Post a Comment