EKSPEDISI REDAH 2: Selamat Pagi Matahari Broga!

23.01.11



Terjaga mendengar bunyi 'kecebur' di bilik air seawal jam 2 pagi. Rupanya Jihah sudah bangkit bersiap untuk ekspedisi hari ini.




Aku bangun kemalasan tepat jam 2.15 pagi menyeret tuala ke bilik mandi. Basuh muka dan 3 cebuk air disimbah ke badan. Sekadar cukup syarat.












Sambil bersiap aku mengejutkan Tirah yang nampak lena. Semalam kami tidak sempat berbual kerana dia pulang agak lewat. Nyaris aku sangka dia tidak ikut serta.












Hampir 2.45 pagi Myvi medalion grey tiba dan kami berkumpul di banglo Haji Leman, Kg Pasir.










Ipin sudah menanti di simpang masuk sambil menyedut asap di atas Viragonya. Arep juga sudah kelihatan di laman banglo itu.



Tepat jam 3 pagi, dua buah kereta sedu sedan bergerak perlahan melalui MRR2. Kami singgah di Pandan Indah untuk kutip Shahril sebelum meluncur laju menuju Kajang.



Perjalanan diteruskan ke Semenyih selepas beberapa siri 'persinggahan membuang toksin' di stesen minyak berhampiran.



4 pagi: tiba di Broga yang terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.






Setelah streching lebih kurang, kami menapak menyusuri ladang kelapa sawit sebelum memulakan aktiviti daki-kalau-berani.



Merentasi hutan berbukit dengan tanah yang agak licin, kami tiba di kaki bukit Broga dengan perasaan yang bercampur-campur.






Keadaan masih gelap dan hanya ditemani lampu suluh kecil dibawa oleh Luke. Pendakian ini aku anggap yang paling mencabar sepanjang aku melakukan aktiviti lasak.






Aku yang tiada pengalaman mendaki mula menyedari bahawa aku sebenarnya gayat dan serun dengan tempat-tempat curam. Langsung tak pandang bawah lepas panjat first stage bukit Broga ni. Nak luruh jantung bila sampai puncak dan tengok orang terkial-kial nak naik. (Orang yang kat atas pun tengok aku macam tu lah kot tadi).



Kitorang tabik sama minah ni sebab berjaya sampai puncak dengan hanya memakai


selipar jepun cap dua kaki!


Katanya (Luke cakap) Broga ni ada 4 stages/level. Masa tu kami dah sampai ke level 3. Macam dah tak sanggup nak naik lagi sebab nampak sangat curam.












Tapi akhirnya kami berjaya juga setelah memberi motivasi kepada diri masing-masing bahawasanya 'alang-alang dah naik, biar sampai puncak'.






Tiba di puncak Broga yang berbatu itu kira-kira jam 5 pagi (yang atas sekali tau, sebelum ke gunung Tok Wan tu!)






Aku, Jihah, Tirah, Ganu, Luke, Arip, Ipin dan Shahril bersidang menahan kesejukan angin fajar (ayat sastera disitu, harap maklum).









Setelah menyelesakan duduk, aku sesekali menjenguk manja ke arah lereng dan kaki bukit. Kelihatan talian keretapi manusia mula memenuhi laluan ke puncak yang kami daki ini.






Memang ramai ya ampun!






Dalam hati berkata 'takde hari lain ke kau orang nak datang?! Kalau semua nak naik kang siapa pulak yang nak turun?'



Yang benar, jam 7 pagi kami sudah berkira untuk turun pulang. Keadaan sangat sesak di sepanjang laluan (denai ke?) menuruni bukit (jalan yang sama untuk naik tadi).






Kami bersama rombongan lain yang datang seawal 3 pagi tadi bermasalah untuk turun kerana batch yang baru tiba berebut-rebut untuk naik. Macam tak ada istilah beri laluan. Punyalah selfish orang Malaysia ni kan. Kalau kita naik bas ka, keretapi ka, kapal terbang ka, kita kena bagi laluan kepada penumpang yang nak turun, bukannya tutup jalan dan berpusu-pusu untuk naik, betoi dak? Kalau tiba-tiba jadi tanah runtuh siapa nak jawab? (fantasi penulis memang agak ekstrim, harap faham).






Berbalik kepada topik turun bukit tadi, kami berlapan berjaya turun dengan selamat (walaupun baju dan seluar aku bercat tanah debu. Penuh.) Ada juga kalangan pengunjung yang turun dengan hanya menggelongsorkan punggung mereka di kawasan bukit berumput. Gila isim!



Bunyi seperti kuda berlari dalam pertandingan lumba kuda Sport TOTO. Nombor ekor. Bedebub! Bedebab! Bedebub! diakhiri bunyi garisan penamat "Aduh!" apabila punggung terhentak batu di tanah landai. Luke dan Ganu ada mencuba aksi tersebut namun mengalami tekanan perasaan dan emosi kerana dileteri jemaah lain yang mengklasifikasikannya sebagai 'unsafe act'.






Setibanya di bawah bukit, kami disambut oleh laungan "Air! Air! Beli air dik?"



Wah, Makcik Limah dan Pakcik Akob penjual air sudah bersedia dengan kotak sejuk beku berisi pelbagai jenis minuman. Memang buat duit sungguh mereka ini. Dalam kiraan aku, yang naik tadi lebih 500 orang dan mungkin cecah ribu. Pasti balik poket penuh punyalah Pak Akob dan Mak Limah harini. Mungkin Pak Akob boleh ajak Mak Limah tengok wayang di Metro Kajang tengah hari ni. Cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Kapel seat lagik!



Kami bersarapan di Bangi dan bertolak pulang ke Ulu Kelang untuk berehat sebelum aktiviti Kelab Bujang yang seterusnya awal petang nanti iaitu jemputan makan tengah hari di kedai ibu Rosanee.




Yang tak dapat diampunkan: subuh kami lebur. Matahari Broga punya pasal!






Moral of the story:


Menjaga kesihatan/bersukan itu dituntut dalam Islam, tapi janganlah sampai mengabaikan solat. Lepas ni kalau nak pergi lagi, solat subuh dulu. Bak kata pepatah 'Takkan lari gunung dikejar'.



1 comment:

xOxO~fixa~ said...

broga...aku dah penah naik gak...penat kan mas...aku separuh nyawa melayang gak..*bahana jarang eksersais*...huhuhu...=))

IRAMA HATI SAYA