IRAMA HATI SAYA

Royal Selangor Pewter

Macam mana nak mula ye?
Ok. Aku ringkaskan.
Nurul ajak aku pergi Family Day company tempat dia bekerja.
Aku tiada halangan. Hujung minggu memang bosan kalau bujang.
So aku ikut sahaja.

ROYAL SELANGOR Factory and Visitor Centre

Terletak di Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya. Kalau turun kat LRT Wangsa Maju, dalam 10 minit naik teksi dah sampai. (Aku rempit je dari rumah).

Menatang gedabak di belakang aku adalah landmark untuk Royal Selangor.Tankard atau kole logam ini boleh dilihat di perkarangan pintu masuk. Diiktiraf oleh Guinness Book of Records sebagai  World's Largest Pewter Tankard, kole ini dibuat pada tahun 1985 sempena seratus tahun penubuhan Royal Selangor.


Dengan ketinggian 1.987 meter, dan seberat 1557kilogram, tankard ini boleh mengisi sehingga 2,796 liter air. Replika ini telah dibawa dan dipamerkan di serata dunia seperti Kanada, Australia, Singapura dan China. 
(Apa macam? Ada tokoh dak aku jadi pemandu pelancong?)


Berbalik kepada cerita sebenar kita tadi.
Sebelum bertolak ke sana, aku dibekalkan dengan satu booklet kupon untuk digunakan semasa hari keluarga berlangsung.
Pelbagai permainan disediakan. Satu kupon hanya untuk sekali main sahaja.

So, kalau rasa nak replay game, pergi la curi kupon orang lain. Hehe..
Aku sendiri pun tak main semua game. Ramai sangat yang beratur menunggu giliran. Buang masa aku je.
Tengoklah ni. Mengalahkan budak-budak berebut nak main game.
Belon udara panas turut disediakan secara percuma.



Selesai memeluhkan badan di padang, Nurul ajak aku meninjau sekitar Visitor Center. Kalau ikut tahap kerajinan yang dah low, aku memang malas. Tapi sebab dia nampak excited sangat nak menunjuk, maka aku ikutkan sahaja.

Kaki dah penat, naik eskalator la kita kan?
Pada tahun 1885, seorang peniaga barangan logam bernama Yoong Koon  telah membuka sebuah gerai kecil yang dinamakan 'Ngeok Foh' atau Jade Peace.

Selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, beliau mula melebarkan sayapnya dengan menghasilkan produk tankards, ashtrays and tea services.
Produk ini mula dikenali dengan nama Selangor Pewter.
   
Ukiran nama pengasas dalam pinyin berbunyi 'Yang Kun'. 

Antara hasil kraftangan pewter yag dihasilkan.

Di ruang pameran ni ada satu sudut yang dinamakan
The Hall of Frames. Mempamerkan pelbagai jenis bingkai
dengan tema tersendiri seperti Disney, abstrak dan geometri. 
  
 
  







Replika ikon nombor satu negara, Menara Berkembar Petronas ini telah dihasilkan dengan 7,000 pewter tankards!



Selain menjamu mata, kami juga berpeluang merasai pengalaman membuat handcraft yang dinamakan 'Hammering Pewter'. Ada lagi satu corner tu nama dia  'School of Hard Knock'.
Kena bayar RM50 untuk belajar buat pewter dan akan dapat sijil on-the-spot.  


 

 
Yang ini paling menarik. Menurut kata si Nurul, mana-mana staff Royal Selangor yang berkhidmat lebih dari 5 tahun akan mengabadikan plaque tapak tangan mereka di dinding laluan masuk ke Visitor Centre.
Bak kata Boboiboy.. TERBAIK!!!!
 
Dengar cerita sekarang Visitor Centre ni dalam proses ubahsuai.
Mesti lagi mengancam after make-up.
Datang jangan tak datang!



0 tokok-tambah:

 
◄ Design by Pocket