Tawarikh: Aku dan Telefon Mudah Alih

081008/rabu
1:23 am


Siapa yang pertama kali tengok aku jawab call atau taip sms mesti akan pandang dua kali kat telefon yang aku sedang gunakan sekarang. Tapi, aku nak imbas balik sejarah aku dan telefon yang pernah berada dalam bimbitan aku.

Handphone pertama aku dibeli dan dihadiahkan oleh kakak aku. Masa tu aku first year di Matrik UIA. Nokia 3310. Diserahkan beserta simcard Hotlink.

Zaman tu simpack memang mahal. Aku punya berharga RM84. Itupun pek promosi (kad sim+kredit panggilan RM50). Dan nombor itu aku gunakan hingga ke saat ini (hampir 6 tahun kira-kiranya).

Lebih kurang 5 bulan selepas tu, kakak aku bagi Nokia 6510 bagi menggantikan Nokia 3310 sebab dia nak beli handphone lain.

Lama juga aku pakai telefon ni. Sampai masuk maincamp Gombak. Kecik tet je. Ringtone pun best-best. (monofonik je pun). Dalam pada tu sempat juga bertukar phone dengan seorang kawan ni. Dia bagi merasa Nokia N-GAGE dia selama dua bulan.
Seronok dan sangat teruja dengan true tones dan design ala game-boy. Tiap-tiap hari tukar ringtone dan message tone. [jakun].

Tidak lama kemudian, kakak aku bagi Nokia 6610 pula
(sebab dia dah pakai butterfly @Nokia 8250).
Aku sangatlah excited coz dapat pakai handphone yang ada skrin berwarna dan bernada polifonik. Masa tu MMS dan GPRS baru in-trend. So, aku pun sakanlah main MMS dengan kawan-kawan yang ada telefon skrin berwarna. Kadang-kadang tu nak cakap gudnite pun guna MMS, siap attach sekali dengan polyphonic ringtone lagi, Siot tol kan?

Ada satu lagu ni kawan aku bagi, sedap sangat. Tiap-tiap malam aku dengar sebelum tido. Tajuk dia “I Believe” nyanyian Yuko Yamaguchi. Aku punya taksub dengan lagu tu sampai pulun download mp3 dan hafal liriknya. Rupanya itu OST satu drama Jepun ni: OverTime.
Akupun apa lagi.. kemain sakanlah tengok drama bersiri lakonan si tua hensem Takeshi Sorimashi dan Esumi Makiko.Nota kuku: Cerita ni pun syiok. Aku bagi 5 bintang!

Aku guna Nokia 6610 tu sampai satu masa keypad dia ‘jammed’. Nak taip nombor dah tak leh, yang function Cuma button “receive” dan “end” call sahaja.

Balik rumah, aku ngadu kat kakak yang handphone tersebut sudah nazak. Esoknya, kakak belikan Samsung ssx430 second-hand. Warna putih.
Dia baru beli Samsung model A117.(kalau tak silap).
Maka merasalah aku upgrade sikit style handphone aku kepada jenis lipat atau ‘flip’(puh, waktu tu kalau pakai handphone flip memang kira canggih la).

Malangnya, umur dan hayat si Samsung SSX430 tidak begitu panjang bersama aku. Asyik terjatuh menyembah bumi saja handphone ni. Aku sendiri pun tak tahu apa fasal perangai dia macam tu. Letak atas meja, puk jatuh ke lantai. Buh tepi bantal, esoknya kelepuk terburai bawah katil. Pecah, terpelanting bateri tak usah cakaplah. Sampaikan kena pita selofan(selotep) keliling dia bagi bateri lekat balik. Pendek kata, memeng retak menanti belah. Sabar ajelah.

Kemudian, lepas satu, satu penyakit timbul. Keypad dia turut jammed (penyakit yang serupa macam nokia 6610 aku dulu tu). Mungkin juga kerana waktu itu aku gila SMS. Charger pun problem sebab tak dapat connect dengan bateri(kerana retak). Memang tak dapat dibantu lagi dah si Samsung samseng itu. Ajal dia dah sampai gamaknya.

Ahkirnya, aku terpaksa pinjam Nokia 2310 milik roommate aku coz Samsung aku tu dah tak dapat nak hidup lagi (unable to charge).
Dan kali ini aku decided untuk beli Handphone sendiri. [Takkan aku nak mengecek dengan kakak aku lagi kan?].

Maka akupun order la i-mobile 309 dari roommate aku si budak Thailand ni.
RM 350 untuk telefon bimbit pertama yang lebih kecil dari tapak tangan aku sendiri.
Alhamdulillah… i-mobile 309 ini masih terus mencurahkan jasa baktinya kepada aku sehingga ke hari ini.Dah hampir 2 tahun aku pakai.

Uniknya, i-mobile 309 ni bukan handphone biasa. Dia sebenarnya sebuah mp3 yang ditambah fungsi telefon; bukan handphone yang ditambah fungsi mp3 seperti yang kita biasa dengar.

Kadang-kadang banggak juga aku menayang telefon ini sebab setakat ini belum pernah lagi aku lihat orang lain gunakan model yang sama dengan aku. Dan hingga ke hari ini, pasti ada mata yang menjeling penuh curiga pada tangan comel aku setiap kali aku ‘godam’ atau ‘tet..tet.. I-mobile kesayangan aku ni.

Akan datang, aku menanam azam untuk sambar Nokia Navigator pula.
Aku suka coz ada peta, aku ni kan memang ‘failed’ bab mengingat pelan atau map. Function dan spec dia pun macam best je.
Perghh!!!! Tak boleh tahan.

Trivia: Aku tak pernah ada handphone berkamera.
(Tapi kalau dapat kusebat Nokia Navigator ni, memang lengkaplah hidup aku kot).

Dream No More.
Huh. Start Saving. Saving. Saving. Saving…

1 comment:

Adlan said...

Salam ziarah cik selampit.

wa. canggih itu Mp3 player dgn handphone feature..

tapi aku skrg ni target nk angkat Samsung Omnia. tu best jugak!

IRAMA HATI SAYA