Hujung Minggu Yang Penat, Sibuk dan Seronok

Salam,

Entri kali ini seriusnya tidak begitu ilmiah untuk kalian,
tetapi memberi kenangan dan ilmu untuk aku dan yang terlibat.

Ujung minggu baru-baru ni, aku telah menyibukkan diri untuk menyertai budak-budak pejabat aku untuk Kursus Melawan Kebakaran (Basic FireFighting Course). Sebenarnya kursus ini hanya untuk yang terpilih menjadi Emergency Respon Team untuk syarikat tempat aku bekerja. Dek kerana bosan dan takut berkulat di rumah, maka aku ambil keputusan untuk turut serta dalam kursus ni (tambah ilmu kan boleh tambah pahala juga).

Pagi sabtu itu aku paksa diri untuk bangkit awal untuk pergi ke Training Centre bersama rakan rumah dan pejabat.

-malas pulak rasanya nak cerita panjang-panjang, so dipendekkan cerita-

Kursus bermula dengan kelas teori.
Ya, belajar kimia sikit, bab bahan bakar, gas dan jenis-jenis api, pemadam dan peralatan yang bersesuaian. (aku banyak kacau kawan dikiri dan kanan kerana aku tak berapa nak faham istilah dan teori kimia kejadahnya tu..ngee)

Selesai kelas teori hampir satu jam setengah, kami dibenarkan rehat dan bersedia untuk mengambil 'coverall' bagi sesi seterusnya - praktikal.

Coverall ni semua buruk sebab subsidi ya.
Wajib dipakai bersama topi dan but yang disediakan untuk latihan amali.
Coverall rasmi aku warnya kuning tau.


Bab-bab praktikal ni aku memang segar semulajadi.

Pertama, amali panjat dan turun tangga semasa kebakaran.
Bahang dah mula terasa sebab kami kena berkumpul di tengah terik.

Kemudian kami diarah berada dalam kumpulan secara berlima untuk sesi simulasi ruang tertutup (Confined Space Simulation).
Bergaya diluar Confined Space Simulator tanpa ada idea apa sebenarnya yang akan berlaku di bilik sebelah kiri itu.
Ya, akulah yang terhalus dan hampir tenggelam!
Serius, aku berdebar, peluh panas bercampur kaget semua ada.
Kami diminta mencari jalan keluar dari bilik sempit yang gelap dengan hanya 9% cahaya.
(Kaedah menyelamatkan diri dah diterangkan semasa kelas teori).
Apa pun tak nampak. Duk meraba dan diraba saja lah selama hampir 30 minit di dalam bilik gelap tersebut. Kami terpaksa merangkak dalam terowong kecil, memanjat tangga, dan mencari pintu keluar dalam kegelapan. Aku? ada masanya hampir naik semput sebab kelemasan tanpa cahaya. Saya takut gelap.

Peluh macam haram lah sekeluarnya kami daripada bilik sempit tersebut.
Namun rasa puas dan seronok dengan pengalaman pertama itu membuat kami lupa kepada wajah hodoh kami yang dipenuhi debu, peluh dan kesan hitam.

Sesi terakhir adalah amali memadam api. Menggunakan fire blanket, pemadam api jenis powder dan air (ada lagi satu, tapi aku terlupa, yang untuk padam kebakaran pada barang elektrik itu).
Aku tak berjaya mengeluarkan bahan pemadam api dari botol halus itu. Kecewa!

-Kursus Tamat-
Jurulatih kami adalah En. Roslan (baju T hitam)
dibantu oleh Fire Warden En.Fauzi (berkacamata hitam tanpa topi)

Habis sahaja kursus, aku segera pulang ke rumah untuk mandi (rasa nak berbogel je balik rumah sebab berlengas sangat dengan semua aktiviti tadi).

Selesai mandi dan solat Zohor, Aku dan rakan rumah aku keluar semula untuk makan tengah hari. Mau tak lapar kalau dah seharian panjat memanjat, melompat lari dan mengangkat beban?

Kami tak lepak lama selepas makan, segera pulang ke rumah untuk berehat seketika. Masih ada urusan yang akan dijalankan.

Aku melelap hingga terdengar suara "Jom!". Aku buka mata malas-malas. Badan juga terasa berat mahu bangun.

Kami bersiap selepas solat asar, meneruskan agenda berikutnya.

Pergi Tengok Belon!!! Yeay!!!!

Bertolak kira jam 5 petang. Jalan sangat sesak di MRR2. Kami sempat melihat mangsa kemalangan yang ditutup dengan kertas/kain berwarna putih di atas jalan seberang. Sebiji kereta iswara kelihatan remuk di bahu jalan. Aku segera menadah tangan berdoa berkali-kali minta perjalanan kami ini selamat pergi dan pulang.

Sampai di Putrajaya kira-kira jam 630 petang. Terus kami meramaikan manusia yang sudah sedia berpusu-pusu di tapak karnival belon udara panas tersebut.

Perasaan aku pada ketika itu tidaklah begitu teruja, mungkin kerana letih sepagi tadi masih bersisa. Kaki dan tangan pula masih sengal dek terlalu bermain air semasa berenang pada hari sebelumnya.

Kami berlama-lama disitu sehingga kemuncak pada jam 10 malam padang itu digamatkan dengan dentuman bunga api yang maha asyik. Dan aku terpegun. Seronok. (dalam kepala teringat sesuatu, kenangan, dan seseorang. Ah, itu semua memori yang patut dilupakan.)

Kami bergerak keluar dari Putrajaya dan menerus perjalanan ke Kuala Lumpur.

Rakan aku bercadang makan malam di Kampung Baru. Teringin katanya.
Setelah berhenti solat di R&R Serdang, kereta terus dipandu melalui Cheras ke Jalan Pudu, dan kami terpinga-pinga di simpang lampu isyarat berdekatan Berjaya Times Square.
"tak tahu mana arah untuk kau menuju"
(macam dalam lagu perangkap cinta tu la).

Akhirnya, kami masuk ke arah Pandan Jaya, dan keluar ke MRR2, melalui Ulu Kelang, Setapak, Titiwangsa, Bulatan Pahang, dan ke kiri sebelum Jalan Chow Kit menuju Kampung Baru.
Gila kan?

Tapi nak buat macam mana, dah niat nak berjalan sampai subuh, nasib lah awak semua.

Eh, aku niat mahu coret sikit sahaja, berjela juga jadinya?

Belakang tu belon panas berbentuk Seluar Jeans Panjang daripada Levi'sKaki rayap yang terlibatSkaf telinga Mickey Lip-Lap ini dipakai oleh kebanyakan pengunjung pada malam itu.
So WOW!!!

*aku dapat rasa yang semua orang yang ada blog akan buat entry tentang karnival ini kerana beriban orang yang datang tau. silap-silap muka aku pun ada terselit dalam blog diorang. huhu.

No comments:

IRAMA HATI SAYA