Jujur Itu Perlu

Aku percaya kita semua lebih rela berkata bohong daripada menyakitkan hati orang lain.
Tapi kan, kita sedar tak yang sebenarnya cakap bohong kita tu sebenarnya akan makan diri kita walaupun menyenangkan hati orang lain?

Untuk diri aku yang sekarang, aku dah pencen dari segala ini.
Aku belajar menjadi jujur pada diri sendiri dan pada orang yang aku anggap berbaloi untuk berlaku jujur pada mereka (though i realize it really hurts them).
Aku mengaku aku masih tak jujur pada kebanyakan orang, kerana mereka tak layak dan tak akan dapat terima kebenaran yang amat menyakitkan.

Untuk kawan-kawan yang selalu 'pedih' kerana aku,

Aku itu jujur
Jika kamu tertusuk dalam.
Aku benar telus
Jika kamu rasa remuk
Aku memang ikhlas
Jika kamu terpanah tembus
Aku adalah diri aku
Jika kamu tersentap pada setiap patah yang keluar dari bibir aku.

Bukan aku tak mahu minta maaf, tapi untuk apa kamu maafkan aku jika berkata benar itu bukanlah satu dosa. Kita patut minta maaf dan maafkan diri sendiri atas apa jua perkara tidak jujur yang pernah kita buat pada diri kita. Kesian la kat diri sendiri woi!

Untuk tidak menghampakan hati seorang kawan yang dah banyak telan rasa bersalah disebabkan aku terlalu jujur berkata-kata, aku petik lah cerita yang dia cerita kat aku dan paksa aku untuk cerita sama korang.

Ceritanya begini (versi tokok tambah):
Ada dua orang sahabat baik, Markonah dan Jusoh (mungkin nama sebenar).
Jusoh ni selalu buat salah dan seorang yang cemerkap, dan Markonah pula sebagai seorang sahabat yang baik akan menegur, memarahi dan kadang-kadang menjentik kening Jusoh yang tebal tu setiap kali Jusoh melakukan kesilapan dan terpaksa diselamatkan oleh Markonah. Kira macam hero lah Markonah ni kan.

Oh ya, untuk pembaca yang mempunyai tahap IQ yang agak lemah, perkataan "CEMERKAP" dalam baris teratas tadi tu bukanlah membawa maksud cekap atau cemerlang, atau gabungan kedua-duanya, jauh panggang dari api, jauh punggung dari jamban tau. Adapun "cemerkap" bermaksud 'tidak cermat/lalai/sesuka hati (dalam melakukan sesuatu pekerjaan dll)' . Harap maklumat.

Nak dijadikan cerita, di satu petang Jusoh bersama Markonah bersiar-siar ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi language. Mereka berbual-bual, bercerita dan bergurau senda sambil mengacau kanak-kanak yang sedang membina istana pasir di situ. Jusoh kenyit mata kat budak kecil separuh bogel yang sedang memasukkan pasir ke dalam baldi kenit untuk renovate istana pasir separuh siapnya sebelum melempar segenggam pasir ke arah Markonah yang tengah tergelak sakan. Secara tak sengaja, pasir yang dilempar penuh perasaan oleh Jusoh itu telah terkena mata Markonah. Gila kau tak pedih? "Adus! Adus!" maka terjeritlah Markonah disaksikan budak separuh bogel yang terlopong melihat istana pasirnya yang hampir siap itu musnah dipijak-pijak oleh Markonah yang kesakitan. Jusoh segera mendapatkan Markonah dan tidak semena-mena 'PANNGGGGG!!!!' sebijik penampar jepun hinggap tepat di muka Jusoh yang tak berapa nak kacak tu disertai hujan air liur Markonah yang tidak berhenti membebel marah.

Jusoh redha menerima birat merah dipipi. Sambil menggosok-gosok sisi mukanya yang terkesan lima jari kecil, Jusoh melarik ranting pokok (mana datangnye ranting tu yer?) pada permukaan pantai berpasir disekelilingnya. "HARI INI KAWAN BAIK SAYA TELAH MENAMPAR SAYA". Dia duduk termenung ditengah-tengah tulisan yang diukir itu untuk beberapa ketika. Markonah segera mengajak Jusoh pulang kerana sudah senja.

Di suatu hari yang lain pula, Jusoh dan Markonah berjalan-jalan di hutan. Ala-ala jungle trekking la gitu kan. Mereka merentas denai, sungai dan semak samun. Seperti biasa, Markonah lah yang akan lead (hero katanya). Semasa melalui curam di tebing yang agak tinggi, kaki Jusoh tersempat akar pokok yang melintangi laluan mereka. Bedebuk Jusoh terjatuh macam nangka gugur. Markonah sempat menarik tangan Jusoh yang hampir tergolek ke dalam gaung. Maka terselamat Jusoh dengan pertolongan Markonah. Jusoh duduk di banir pokok dengan muka pucat lesi ditemani Markonah yang sedang melonggarkan sendi-sendi lengannya yang sengal kerana menarik Jusoh tadi. 'Kuat jugak aku ni rupanya,' bisik Markonah dalam hati.

Jusoh meraba poket seluarnya dan mengeluarkan syiling 50sen yang biasa digunakan untuk menggaru dagu (sebenarnya dia nak belah dan buat tatu kat dagu, tapi tak pernah menjadi). Tangan Jusoh perlahan-lahan mengukir pada batu sungai sebelum keluar dari hutan tersebut, "HARI INI KAWAN BAIK SAYA TELAH MENYELAMATKAN SAYA".

Markonah yang agak hairan melihat kelaku sahabatnya itu terus bertanya, "Kenapa masa aku tampar kau dulu, kau tulis atas pasir? Tapi bila aku selamatkan kau, kau ukir atas batu pulak?"
Jusoh dengan lagak macam orang pandai pun menjawab sambil berfalsafah:

"Biarlah kesalahan orang pada kita pergi bersama angin kemaafan,sepertinya tulisan pada pasir di tepi pantai itu. Dan ingatlah selalu kebaikan dia pada kita sepertinya ukiran aku pada batu ini yang tak akan hilang..."(ayat kawan aku nih..eccewah!!!!)

Jadi, pengajaran daripada cerita ini adalah, kita janganlah berkira sangat dengan orang-orang disekeliling kita, mana yang buruk dari mereka tu kita lupakanlah. Jasa dan budi yang diorang pernah tabur kat kita tu kenang-kenangkanlah.

Ada masanya kita perlukan kawan-kawan yang menyakitkan ni untuk kita muhasabah diri kita. Untuk kita kaji dan buat post-mortem tentang kelemahan diri yang kita sendiri tak perasan. Kawan-kawan yang selalu buat kita terasa ni lah sebenarnya yang jadikan kita lebih banyak berfikir kesan dan akibat daripada perbuatan kita terhadap orang lain.

Lumrahnya kita sukakan kawan yang ringan mulut memuji setiap tindakan kita yang kita rasakan betul. Tapi pernah tak kita fikir bahawa tindakan yang kita rasa betul dan memuaskan hati kita itu mungkin mencalarkan hati orang lain? Walaupun dalam sudut hati kita tu ada secebis rasa bersalah, kita tetap akan pertahankan perbuatan yang kita rasakan betul itu dan berkata 'Korang peduli ape? Hidup aku, suka hati aku lah. Ada aku kisah?'.
Memang sekarang kau tak kisah, tapi esok,ape cerita?

Dalam cerita dan coretan yang berterabur ni harapnya dapatlah kita sama-sama ambil pengajaran bahawa hidup, kawan, lawan, dan tindakan, sebenarnya berasal dari emosi yang mungkin atau tidak dipengaruhi oleh akal kita sendiri.

Jangan takut untuk berterus-terang dan jujur dengan kawan-kawan yang kita sayang.




~erm..kalau kita selalu kecil hati dengan seseorang, maknanya kita suka kat dia ker???...~

No comments:

IRAMA HATI SAYA