IRAMA HATI SAYA

Drama Orang Tua

14.12.11
Si Bedah SMS aku. Katanya nak ajak makan dan lepak di kedai chicken chop dengan Ahli Mesyuarat Tingkap Sidang Berempat yang lain esok. Janji lepas kerja terus ke sana.

15.12.11
Pagi ni aku confirmkan sekali lagi. Bedah kata jadi. Oleh itu, aku pergi kerja naik teksi je pagi ni sebab tak nak menyusahkan Si Bedah untuk ambik aku petang nanti. Ganu ada ajak aku keluar juga petang ni. Tapi sebab aku dah buat appointment dengan Sidang Berempat, maka aku tak available lah. Gossip Meeting is more important you know.

Hampir jam 530 petang, aku tengok satu pejabat dah senyap. Awal pulak diorang semua balik. Cuti sekolah, masing-masing ada yang menjemput gamaknya. Yang tinggal cuma aku, Bedah, Pah Joyah, dengan Mama Linda. Aku stay sebab akan gerak sekali dengan mereka.

Hujan boleh tahan juga kat luar tu. Mujur aku tumpang Si Bedah. Semasa menuruni tangga, aku nampak Mama Linda menuju ke kantin. Mungkin dia nak tunggu hujan reda. Aku membontoti (perkataan ni tak lucah kan? Ni perkataan biasa dalam novel kan?) ke arah yang sama.

Apabila aku mengangkat kepala, pergh..ramai betul orang!



Semua mata memandang aku sambil menyanyikan lagu hari jadi.



Rupanya semua mereka di pejabat tadi turun awal untuk buat persiapan. Ada kek dan jamuan. =’)

Rupanya juga, mereka dah plan baik punya dengan Si bedah. Tak guna kau Bedah, melepaslah aku nak makan Beef Steak ini hari.

Sambil makan, aku SMS Ganu. ‘Kalau nak keluar boleh la juga, diorang dah cancel lak meeting. Aku tunggu kat rumah.’

Selesai makan, aku paksa Bedah hantar aku balik (siapa suruh dia kelentong aku, kalau tak tadi pagi aku dah bawak Weng tau). Ganu tiba selang seminit kemudian.

“So, kau nak makan kat mana? Aku belanja.” Tanya beliau.

“Aku dah makan la, tadi diorang buat surprise party. Tapi aku boleh teman kau makan. Kau belanja.”

“Habis tu kita nak ke mana ni?” Soal Ganu sambil terus memandu.

“Aku nak beli barang sekejap, boleh? Kat Jusco Setiawangsa.”

“Ah, kau ni..Hari-hari beli barang. Tak jadi stor pulak rumah kau tu?” Ganu tak puas hati.

“Boleh lagi tu sumbat sikit-sikit. Ada ruang lagi.” Aku menjawab sambil ketawa.

Kedai kegemaran aku di Jusco Setiawangsa adalah MR. D.I.Y. Kadang tu bukan nak beli barang pun, just seronok jalan dalam kedai tengok barang macam-macam.

Aku ambil trolley (walaupun tak ada niat nak membeli) dan terus memulakan eksplorasi. Mula-mula Ganu ikut di belakang, sampai di row kedua, tempat barangan dapur, dia hilang. ‘Mana pulak la budak ni merayap?’. Aku patah balik sambil menyorong trolley yang masih kosong. Dari celahan rak barang-barang aku nampak dia berbual dengan awek cashier di kaunter bayaran. Tangannya pula menggawang-gawang seperti promoter. Aku berjalan perlahan mendekati mereka. Awek cashier itu hanya tersenyum memandang aku sambil menerangkan sesuatu kepada Ganu. Ganu toleh ke belakang. Nampak aku.



“Eh, kau pergi la sana. Jangan la dengar. Sibuk je.”

“La..kenapa nyer?”

“Ada la..aku ada hal dengan dia ni. Cuba kau tengok karpet kecil kat hujung sana tu. Pergi lah tengok nu..” Ganu seakan menghalau.

“Haa....Ha...Kantoi..kau nak buat surprise kat aku ek? Kau nak beli hadiah ek? Tak payah la susah-susah..mana hadiah tu? Cuba tunjuk kat aku. Ko nak bagi apa ek?”

“Ish.. kau ni spoil la..mana boleh bagi tahu. Aku memang nak belikan kau benda tu, tapi tak sangka lak kau nak masuk kedai ni. Ingat tadi nak sorok-sorok beli hadiah time kau beli barang dalam Jusco.”

“Padan muka kau. You can do better! Haha!” Aku gelak jahat.

“Aku nak bagi, tapi aku takut kau tak suka pulak. Tapi aku rasa kau memang akan guna benda ni.” Katanya sambil mengajak aku ke suatu sudut.

“Aku nak hadiahkan kau kotak ni. Cuba kau tengok, ada banyak laci, sini boleh letak gelang, sini ada tempat cincin, cermin pun ada. Kotak ni lain sikit dari kotak yang lain sebab yang ni ada music box sekali. Aku nak beli yang ni tapi anak patung menari dia tercabut. Aku pergi kaunter tadi sebab nak tanya ada stok lain tak? Tapi budak tu kata tak ada. Frust aku. Nah, kau tengok la puas-puas.” Terangnya panjang lebar.

“Wah..touchy la konon ni? Hehe..terima kasih la..mujur kau tak beli lagi..boleh aku mintak hadiah lain buat ganti. Eh, nak tengok magic tak? Tadi kan aku sorong trolley..cuba teka mana trolley tu sekarang? Dah tak ada! Magic tak? Haaa...”

Kami keluar dari kedai tu tanpa membeli apa-apa. Trolley tu aku tinggal kat belakang rak pinggan mangkuk. Tak ada orang perasan time tu. Aku rasa la.

Lastly aku ajak Ganu pergi makan kat kedai chicken chop tu. Tapi malangnya Beef Steak dah habis. Apalah nasib..

On the way Ganu hantar aku balik rumah, dia ada cakap..



“Sebenarnya tadi aku dah budget tau. Nak keluar office awal supaya boleh jumpa kau pukul 8 malam. Aku tahu kau mesti nak tengok Tentang Dhia dulu kan. Bos aku bagi kerja pukul 5 tadi dan suruh aku stay tapi aku mintak excuse. Aku ingat nak singgah beli hadiah dulu kat Jusco sebelum datang sini. Skali kau cakap meeting kau cancel dan kau dah tunggu kat rumah. So akupun terfikir kalau aku singgah kang lambat pula aku sampai. Kau memang tak suka orang datang lambat. Kalau aku lambat karang sure kau mengamuk, apa pun tak dapat..itu yang aku decide untuk terus datang sini je. Maka, tak adalah hadiah seperti yang diharapkan. Aku memang terkilan la sebab tak sempat nak bagi hadiah kat kau. Dah la aku tak ingat nak wish birthday kau semalam.”

Ada aku kisah semua tu? Tak. Aku tak kisah pun. Hal kecik je ni. Lagi pun aku tak suka surprise segala. Nanti kena buat muka blushing la, syok sendiri la and what not. Wishing tu semua klise la beb. Bukan mati pun kalau orang tak ingat birthday kita. Aku sendiri pun tak pernah ingat birthday kawan-kawan.




16.12.11
Balik kerja Pah Joyah cadang nak tunjuk tempat Karaoke. Aku on je.Lepas sesi memekik, Naza ajak pergi makan ramai-ramai. Dekat Jombali. Dia dah book aku dari semalam lagi. Dia kata nak belanja aku. Orang dah bagi makan free takkan kita nak tolak pulak.

Sampai di Jombali kami duduk dalam 10 orang, sambung 3 meja. Kerusi sebelah aku kosong, tetiba Ganu muncul lalu terus duduk.

“Woi..tipu apa kau ni? Tadi kata tak boleh join, cakap tak ada kereta.”

“Memang la tadi tak ada, tapi aku dah ambil lepas balik kerja tadi. Kebetulan kau cakap lepas kau orang karaoke nak pergi makan, so aku join lah. Lagipun Naza yang ajak. Kau ingat kau sorang je kawan aku? ”

Selesai makan tiba-tiba pulak ada pelayan restoran itu keluar dari dapur dengan menatang sebulat kek beserta lilin. Sekali lagi lagu Selamat Hari Tua dinyanyikan secara koir oleh kumpulan pelahap yang baru sahaja siap makan dengan aku tadi.

Ok. Aku terkesima la juga. Tapi masih mampu control macho apabila kek tersebut diletakkan di hadapan aku dan Jihah. (Kan aku dah cakap, leceh la bila kena buat muka terperanjat dan terharu bagai).Mau tak kembang hidung aku yang kemek ni dibuatnya?

Tiup lilin sikit, potong kek sana-sini, suap makan. Setel.

Rupanya (lagi) diorang dah plan nak celebrate birthday aku dengan Jihah kat sini. Aku memang tak expect la sebab kat office semalam pun muka diorang jugak yang organize. Lagipun hari ni dah masuk hari Jumaat, birthday aku dah basi pun.

Aku risik dengan Ganu..
“Ewah-ewah kau..ni belajar dari filem mana pulak? Novel ape yang kau baca sampai terpengaruh buat surprise macam ni?”

“Eh..mana ada aku tiru drama atau buku lah. Aku buat sendiri. Tiba-tiba je dapat idea. Cuba kau tengok atas tu, manager dia siap tutup kipas tau sebab nak bawak keluar kek dan lilin. Kau mesti tak perasan, kan? Hebat tak aku?” - masuk bakul angkut sendiri.



CERITA GANU
Menurut ceritanya, beliau memang tak dapat nak join sebab keretanya dipinjam orang. Semasa Naza mengajak tadi pun dia ingat nak datang dengan motorsikalnya sahaja. Dia minta Naza belikan kek. Malangnya Naza sedang bersama aku dan yang lain di pusat karaoke, tak sempat nak singgah kedai. Kebetulan pula keretanya sudah dipulangkan selepas kerja. Khabarnya selepas maghrib baru dinner. Maka Ganu singgah membeli kek lalu terus memecut ke Jombali.

Sampai di Jombali, dia membawa kek menuju kaunter.


“Kak..sekejap lagi saya nak celebrate birthday kawan saya, saya nak tumpang letak kek sini boleh.”

“Boleh. Berapa orang ye? Kami nak reserve meja. Kat hujung sana tu boleh? Encik duduk dulu la.”

“Erm..saya tak nak nampak sangat. Kami nak buat macam surprise. Begini, saya akan tinggalkan kek di sini, bila yang lain dah sampai nanti baru saya datang semula. Saya tak nak kawan saya tahu saya ada.”

“Baiklah. Kami simpan dulu kek ni. Nanti encik bagi ‘cue’ baru kami bawa keluar.”

“Bereh..”

Al-kisahnya...


(rupanya susah juga nak buat surprise kat orang kan? It really needs hardwork. Orang Kedah kata 'pulun'). Kadang-kadang benda-benda macam tu sebenarnya memberi lebih banyak kegembiraan kepada kita sendiri berbanding orang yang kita nak ‘suprise’kan. Then bila tengok orang yang kita surprisekan tu happy, automatik kita rasa bahagia, kan? Kan?

Notakaki: Kalau yang buat surprise itu adalah lelaki, orang akan kata “sweetnye dia..”

tapi kalau perempuan yang buat surprise, mesti orang akan kata perempuan tu “gedik dan hegeh”. Kan?

And because Ganu is a guy, so he deserved the following expression:

"Oh, how sweeettttttt......!!!!!"

0 tokok-tambah:

 
◄ Design by Pocket