New Love…Past History…?


*just nak share dgn semua. this is another comment of mine kat dalam blog friendster my Oniiki. He invited me to give some responses on the matter. This is the issue as posted by him:

DATE: December 11,2007

Semua orang ada kisah hidup masing-masing. Ada kisah yang gembira, ada yang kurang bernasib baik. Ada juga yang pernah mengalami zaman ‘kegelapan’, dan berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Bagi yang boleh meneruskan hidup dan positif, mungkin dapat melupakan kisah silam yang menakutkan. Tapi tak dapat dinafikan, ramai juga yang sentiasa dihantui sejarah hidupnya yang ‘gelap’, dan takut untuk meneruskan hidup, bimbang penerimaan orang ramai, bimbang terhadap masa depan sendiri. Maka, masing-masing merasakan bahawa sejarah hitam tersebut adalah lebih baik dirahsiakan dan dipadamkan sama sekali, supaya dapat meneruskan hidup tanpa rasa bimbang.

Satu contoh adalah mangsa rogol. Bagi mereka yang tabah, mereka dapat meneruskan hidup, walaupun dihantui trauma dan mimpi ngeri setiap malam. Bagi yang merasakan masa depan mereka telah hancur, terjun bangunan, kain cadar yang dijadikan tali dan diikat di kipas syiling bilik tidur, ataupun racun tikus dirasakan jalan penyelesaian yang terbaik. Alhamdulillah, jika ada insan yang mereka temui dan mahu menjadikan mereka isteri yang sah. Tetapi, perlukah mereka memberitahu kepada pasangan yang baru sejarah hidup mereka yang lalu? Berapa ramai yang masih sanggup menerima mereka setelah menegtahui hakikat sebenar? Jika ada pun, adakah keluarga pasangan mereka sanggup menerima? Bayangkan setiap hari mereka menerima cemuhan ibu mertua yang bencikan menantu mangsa rogol, walaupun suami sanggup menerima semata-mata kerana rasa cinta yang mendalam (ataupun simpati sebenarnya?). Persoalannya, adakah mengetahui kisah silam pasangan masing-masing adalah perkara yang penting?

Mungkin ramai yang mengatakan apa yang telah berlaku jangan dikenang kembali, kita mulakan hidup baru, lupakan sejarah lama… Ayat standard. Tapi, adakah anda tiada sedikit pun keraguan untuk mengetahui adakah pasangan anda itu bekas penagih, bekas pelacur, bekas banduan, bekas bohsia bohjan?? Jika anda begitu yakin dengan pasangan anda dan pasti mereka ‘bersih’ daripada segala ‘kotoran’ tersebut, alhamdulillah… tapi, sanggupkah anda menghadapi risiko menghidapi HIV/AIDS hanya kerana rasa yakin tersebut ataupun sikap tidak ambil kisah anda itu?

Mungkin persoalan di atas terlalu berat. Saya permudahkan sedikit. Bekas kekasih, bekas awek atau bekas pakwe pasangan anda sekarang. Adakah anda rasa anda perlu mengetahui sama ada pasangan anda sekarang mempunyai bekas kekasih? Siapa dia, kenapa mereka putus, berapa lama hubungan mereka dll.? Adakah penting semua itu? Ataupun sejarah keluarga pasangan anda, sama ada bakal ibu mertua / bakal bapa mertua pernah terlibat dengan jenayah atau tidak?

Saya terbalikkan pula situasinya. Sekiranya anda yang mempunyai sejarah silam, sanggupkah anda menceritakan kisah hidup anda yang ‘gelap’ kepada pasangan anda sekarang? Anda tidak takut risiko kehilangannya setelah dia mengetahui segalanya tentang diri anda? Saya perlukan pendapat anda dalam hal ini. Apa yang ingin saya tegaskan adalah, adakah mengetahui sejarah hidup pasangan anda perkara yang penting?


--------------------------------------------------------------------------------------------------

and my comment goes like this:

SALAM…

the loyalty we all feel to unhappiness, the sense that this is where we really belong..”

Sebelum saya baca this isu, just by looking at the title alone, saya mulanya berniat untuk bagi respons in santai and straight forward je..tapi nampaknya isu kali ni lebih serius and perlu consideration in various aspects..I’ll try my best to give my personal account on this matter, ok?

Saya lebih suka melihat this thing (in fact, many other things in my life) in religious point of view..(hish..cam ngader2 jer sepiking kan?..)

Sebenarnya dalam ape-ape hal sekalipun kita mesti kembali pada agama kita..jom kita tengok aper pendapat dan solution yang islam dah gariskan untuk kita buat rujukan..then baru kita boleh teruskan perbincangan ni dari aspek-aspek yang lain lak..dan akhir sekali nanti mungkin saya akan selitkan my personal opinion or perhaps my own experience if any la kan..(I will consider it as we go on).

Saya pernah terbaca tentang seorang pompuan ni yang bertanya kat ustaz ni samada perlu tak dia ceritakan ‘sejarah hitam’ dia pada bakal suami dia..pompuan ni kata dia pernah diperkosa masa kecik. Jadi ustaz ni bagi pendapat yang bagi saya sangat rasional..it goes something like this:

Memberitahu dan menceritakan kisah hidup lampau terutamanya yang mengaibkan bukanlah perkara wajib..maksud saya,terpulang pada individu tu sendiri..tapi,sekiranya dikhuatiri yang ‘kisah hitam’ itu akan mendatangkan atau will lead to masalah lain pada masa akan datang, maka eloklah pompuan tu simpan sahaja kisah tersebut dalam lipatan sejarahnya..biar saya bagi contoh supaya kes ni nampak jelas k? macam ni..kalo misal kata pada malam perkahwinan atau sebelum bernikah (let say time bertunang ataupun tengah hangat bercinta kan..) si isteri,awek atau tunang ni bagitahu yang di ‘bukan orang suci’ pada lelaki yang sepenuh hati (kononnya) sayang dan rela menerimanya..maka berkahwin dan hidup bahagia la pasangan ini tanpa sebarang ragu..namun fitrah hidup ni tak selalunya indah,langit pun tak selalu cerah..bayangkan jika pada satu hari berlaku pertelingkahan antara dua insan ini..dan sang suami di luar sedar atau dalam keadaan penuh emosi (laki bila naik hangin korang paham2 je la..) mungkin akan mula mengungkit ‘kisam hitam’ isterinya. Ha..kat sinilah masa dah tak boleh nak diundur lagi..aper yang dah menjadi kenyataan tak boleh lagi disangkal..bayangkan pulak aper perasaan si isteri ini di saat ‘kisah hitam’ yang mahu ditanam selamanya semasa ada yang sudi menerima dirinya yang ‘tak suci’tu diungkit,digali semula? Pada masa tu si isteri akan pastinya merasakan harga dirinya memang benar-benar tidak wujud..kerana suaminya,orang yang paling dipercayai itulah yang pada akhirnya ‘menodai’ dan mencalarkan maruah dirinya..jadi,untuk mengelakkan perkara seumpama ini berlaku,adalah disarankan si pompuan ni merahsiakan sahaja ‘kisah hitam’nya..kecuali jika si suami bertanya..

Tengoklah sendiri betapa Islam tu indah..Islam mementingkan keharmonian dan tidak menghukum orang yang tidak berdosa...pompuan tu tak mintak pun diperkosa, dia sendiri pun tak pernah duga benda-benda macam tu boleh jadi kat diri dia..jadi kenapa kita nak salahkan dia sebagai ‘bukan orang suci’? sedangkan kita sepatutnya menghukum lelaki yang menodai ‘kesucian’ dia..saya sedih la kalau cakap pasal hal ni..tapi realitinya manusia memang suka menghukum orang yang dah sememangnya jadi mangsa keadaan..kan? kan? kan?

Itu cerita orang kawin..cerita yang benar-benar serius..mungkin kita boleh berfikir dan tafsir sendiri dengan akal yang Allah dah bagi kat kita masing-masing..Okeh..sekarang meh kita teruskan dengan melihat dari aspek yang lain pulak..berbalik pada persoalan pokok - adakah mengetahui sejarah hidup pasangan anda perkara yang penting?

Untuk budak-budak macam kita ni, kita mesti nak cakap pasal pasangan in the sense of awek-balak, pakwe-makwe atau gilafren-boyafren betul tak?.well,kalo gini senang sket la kijer saya…hehe..

First of all, kalo kita terdetik untuk mengetahui sejarah hidup pasangan kita..ataupun nak tahu sangat pasal “ex” kekasih kita tuh, cuba tanya diri sendiri adakah aku juga bersedia untuk mendedahkan dan menceritakan ‘kisah klasik’aku kat kekasih aku ni?..kalo dah korang sendiri pun kedekut cerita,watper nak mengada-ngada mintak kat orang kan? Lain la dia yang bersemangat waja nak cerita,jadi kita dengar jela kan..

Normally pompuan or si awek la yang selalu beria nak tahu sangat pasal bekas kekasih pakwe ni..si awek ni biasanya akan paksa gak pakwe dia ni bagitahu pasal ex- dia..bila tak bagitau kang mula merajuk..tarik muka sampai seminggu...pastu bila kita(eh,aku ni lelaki ker?) dah stat cerita sikit,mula la dia tanya macam-macam,nak mintak keterangan lanjut dan sebagainya..pastu kang, bila pakwe ni dah cerita dari A sampai Z (dengan susah payah recall), si awek ni akan mula buat congak,kira-kira,compare and contrast diri sendiri dengan so called ex- kekasih pakwe dia..lama-kelamaan hubungan mula la renggang coz si awek ni rasa diri dia banyak kurangnya berbanding ex- awek pakwe dia...(saper suruh korang rajin sangat cari penyakit.. sebab tu la pakwe korang malas bukak cerita tuh) sedangkan si pakwe ni tak pernah pun nak banding-bandingkan awek dia tuh..coz bagi lelaki,setiap percintaan adalah a new born baby..maksudnya, different books would not have the same story.. that’s why la laki cool jer and boleh handle their love affairs tanpa mencampuradukkan ’kisah-kisah klasik’ mereka. Mereka menerima cinta baru tanpa dipengaruhi cinta lama..

Mintak maaflah kalo saya nampak cam bias, tapi I bet the guys would agree with me..am I rite?.. For the girls, ngaku je lah,kita tak suka rasa terancam, walaupun ancaman tu sebenarnya kita yang cipta sendiri..fitrahnya kita(wanita) nalurinya memang begitu..suka mengada-adakan benda yang tak der..sebab tu lah kita berkedut cepat dari lelaki..banyak sangat pikir hal yang remeh daripada menghargai apa yang ada kat depan mata...

So? Aper susah-susah sangat? Saya cadangkan kita tak payah la korek-korek kisah silam pasangan kita tu..dia ada sebab sendiri dan dia berhak untuk merahsiakan..dia mungkin enggan berkongsi dengan kita kerana dia tak rasa yang kita perlu tahu semua tu..atau mungkin dia sendiri sedang struggle hard to forget it,jadi jika kita memaksa untuk mengetahui,kita mungkin sebenarnya akan menambah luka lama dia..dan dia akan merasa lebih tertekan..

Untuk korang2 yang tak pernah mangalami,let me tell you the truth.. ‘kisah pahit’ ni macam pedang tajam yang disimpan dalam sarungnya..mengenang kembali ‘kisah pahit’ samalah macam mengeluarkan pedang tajam tu dari sarungnya dan sakitnya sama macam korang hiris mata pedang tu kat dada korang..bunyik macam ekstrem dan sadis kan,tapi tu lah hakikatnya..pedih woo..kadang-kadang sampai rasa sesak nafas bila teringat kembali perkara yang melukakan hati ni..(mula la nak emosi ni..)

Biar saya bawakan sekali lagi persoalan wak ni..adakah mengetahui sejarah hidup pasangan anda perkara yang penting?..kali ni saya nak bagi peluang kat diri sendiri lak untuk respon.. Allow me,please..

Bagi diri saya sendiri, secara klinikal(?) dan peribadinye, saya berpendapat bahawasanya mengetahui sejarah hidup pasangan saya adalah perkara yang agak penting..bukan sebab saya ni pompuan, tapi sebab saya merasakan yang sejarah la yang bertanggungjawab mencorakkan hidup seseorang..pengalaman lalu yang menjadikan siapa kita sekarang.

Personally,saya mungkin nak tahu gak ‘kisah klasik’ pasangan saya. Tapi saya mungkin akan hanya enquire aper yang saya nak tahu sahaja. I might not want to know the specific details of his past. Cukup la sekadar saya tahu yang dia pernah menyayangi seseorang sebelum saya..sebenarnya knowing this tiny fact (that I am not the first one) pun dah cukup untuk membuatkan saya rasa terkilan kot..jadi, buatpe saya nak mengguris hati sendiri dengan kisah silam dia? Saya patut strive harder untuk lebih memenangi hati si dia supaya I got him fully without any bayang-bayang silam.. I would have to make him loves me even more..(possible ke ha? I will try la..)

Rasanya tak payah taulah pasal dia punya sejarah atau ‘insan sebelum kita’ tu..coz bila kita dah tahu dia pernah bercinta sebelum ni, mula la kita nak tahu siapa org tu, kenapa dia,pasal pe putus, dan kenape lak dia pilih kita, dan akhirnya kita jadi takut yang ‘sejarah tu mungkin berulang’ dan kita pulak yang akan jadi ‘sejarah’ dia..hahahahha.. mungkin kita perlu ambek tahu sejarah dia for the sake of clarification..jangan sampai orang lain lak datang kat kita dan bisik-bisik eh, ko takkan tak tahu dia ni dulu bla..bla..bla..sekian..sekian..” tak ke ternganga kita dibuatnye..

Sebenarnya saya ni tak berapa reti dan tak berhak dan tak layak bagi personal opinion coz saya sendiri tak pernah berada dalam situasi ni..setakat imagine jer mana sama kan?..(being a single and lone-ranger for 22 years is much more depressing tau! You can’t even understand what percintaan is all about..sebab tu la asek guna perkataan mungkin je kat atas tuh.).

Tapi rasanya elok kita pandang ke hadapan dan jadikan sejarah tu sebagai perencah hidup..walau apa pun sejarah pasangan kita, dia sekarang bersama kita dan tiada siapa yang dapat mengubah sejarah tersebut..terima dia seadanya sebagaimana dia ikhlas menerima kita…kita sendiri pun tak sempurna,jadi tak perlu la nak mengharap lebih-lebih pada si dia..yang paling penting,mesti saling menghargai dan menghormati pendirian masing-masing..

Pokok-pangkalnya,tanya sama hati..kalo kita rasa nak cerita dan perlu cerita,maka ceritalah..it’s your own choice and ultimately you are the one who will be responsible for it..

Finally, I wish all of you who happen to read this comment, may you have a prosper love blessed by Allah..bersyukurlah kerana anda diberi peluang untuk merasai indahnya menyayangi, disayangi, melukai, dilukai, kecewa, sedih, terkilan, bahagia, semuanya dalam rangkuman percintaan..yang tak semua orang berpeluang menikmatinya. (aduh..sedihnyer aku, bila la agaknya aku dapat can untuk merasai semua ini? Uwaaaaa!!!!)


--------------------------------------------------------------------------------------------------

*so, ada sesiapa nak menambah? silakan...

No comments:

IRAMA HATI SAYA