IRAMA HATI SAYA

My Life at Present and in the Future

Aku orang Pahang. Kini menetap di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai seorang pelajar sepenuh masa. Aku merupakan pelajar tahun akhir dan bakal menamatkan pengajianku pada bulan Mei tahun hadapan.

Aku bercadang untuk menyambung pengajianku dalam bidang pendidikan. Aku juga berhasrat untuk berkhidmat sebagai salah seorang pegawai di Kementerian Pelajaran. Namun, buat masa ini, aku mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajianku dan berusaha untuk menamatkannya dengan sempurna.

Aku berbahagia dengan hidupku sekarang. Aku mempunyai teman-teman yang memahami, serta keluarga yang penyayang. Aku juga aktif berpersatuan di universiti ini sejak tiga tahun yang lalu. Aku meminati muzik dan menyertai salah sebuah kumpulan muzik tradisional di sini. Aku juga merupakan ahli kelab khidmat masyarakat yang membolehkan aku bergiat dalam pelbagai aktiviti komuniti.

Dalam perancangan masa depanku, aku bercadang untuk membuka sebuah pusat jagaan kanak-kanak jika kewanganku mengizinkan. Pusat jagaan tersebut akan bercirikan pendidikan berteraskan keislaman. Ini kerana aku percaya bahawa kanak-kanak yang diasuh dengan sempurna akan melahirkan individu yang cemerlang dalam masyarakat. Aku menitikberatkan nilai-nilai murni dan adab dalam pembentukan anak-anak.

Memandangkan aku masih lagi belajar dan mempunyai pelbagai perancangan masa depan, maka aku masih belum memikirkan tentang pasangan hidup. Buat masa ini, aku mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran, kerjaya dan keluarga.

Aku seorang yang lasak dan gemarkan aktiviti-aktiviti yang mencabar. Aku meminati pelbagai bidang termasuk seni bela diri. Aku juga berminat untuk mempelajari pelbagai bahasa asing. Setakat ini aku hanya fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mempelajari sedikit Bahasa Arab. Aku ingin mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan aku berkomunikasi dengan orang pekak dan bisu.Aku berharap segala impianku akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

I love myself. I am a student of the International Islamic University Malaysia. I am expected to graduate on this coming June. I planned to further my study in Master Degree of Education. I am currently taking Bachelor of English Language and Literature (BENL).

I took this programme mainly to improve my English language proficiency as well as competency. I am not really interested in literature especially the history of English. I am more interested in linguistic and language studies.

I am happy with my life recently. I have so many friends, best friends, and a number of enemies as well. I considered myself as an easy-going person and a humorous girl. I love to entertain my friends and indulge in various discussions especially on current issues. I do not usually bother about others beyond my circle of friends. I do not like people bothering and messing around with me unless they are welcomed to do so. I always have this kind of motto which I kept in my mind -“ My life is for itself and not for a spectacle”, that is to put things easier for others to understand clearly about me.

As an ambitious person, I do have my own plans and hopes for my future. It is quite a lot to be listed. But for the time being, I pray and work hard to complete my studies successfully with blesses from The Almighty Allah.

I intend to further my study as soon as I finished this Bachelor Degree. I also wish to have a good job with a stable financial condition. It would help me to make some saving to establish a children education centre. I would like the centre to have a conducive place for little children to be educated in Islamic environment.

As a normal female, I always hope for a good potential husband. However, getting into a marriage life is not my concern yet. I will have my plans fulfilled first before moving forward into another stage of a new life.

Finally, the ultimate aim of my life is to be a good muslimah who will never forget her religion and where will she be going in the afterlife.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah essei yang cik kena tulis dalam masa sejam waktu kelas Error and Constrastive Analysis. Pensyarah mintak semua pelajar tulis essei bertajuk "My Life at Present and in the Future" dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kami diminta merahsiakan identiti kami dan diberi nombor giliran.

And those are what i managed to produce. After submitting the essays, the lecture exchanged the essays of the whole class to be typed by others. The identities of the writers remained confidential. The essays were to be submitted after we finished typing. Nobody knows whose essay they were given to be worked on.

One day, while we're discussing about some language features in the class, the lecturer opened a document for example to be analyzed. To my surprised, it was my essay which on screen! I recognized the essay as mine the moment I saw the first sentence "Aku orang Pahang." and that was so shocking. Oh My God!. I can't tell how tebal my face at that time. Cik buat selamba ajer supaya tak ada orang tahu yang itu adalah essei cik.. Giler debar..

Finally I managed to trace back who typed my essays. And I still can't believe that these are what I had written... Dear Me!
(not bad, isn't it?)

0 tokok-tambah:

 
◄ Design by Pocket