Buka Puasa Edisi Penuh Perut

Bulan Ramadhan biasanya diserikan dengan aktiviti untuk tekak dan perut selain menyempurnakan ibadah-ibadah sunah dan wajib.

Kami pun tak terkecuali. Aku dan beberapa orang ahli jawatankuasa persendirian bercadang buat program makan sampai lebam. Bertempat di Maisara Tom Yam Sri Gombak. Makanan kat sini sedap nak mampos. Tak percaya sudah. Ini kali kedua aku makan kat sini.

How to get there?
Masuk simpang ke Sri Gombak yang ada roundabout kecik (aku apa peduli korang dari arah mana pun). Amek jam 12. then straight je sampai jumpa roudabout lagi. Ambek jam 3. anda akan melalui masjid besar kemudian menyusuri Taman Tasik Sri Gombak. Teruskan perjalanan tanpa masuk mana-mana simpang hingga hujung jalan anda bertemu simpang 3. Masuk kiri. Dalam 5 saat terus masuk kanan ke kawasan letak kereta di sebelah surau al-jabar. Sampai.

Aku tak nak cakap banyak sebab bukan ada aktiviti pun selain makan dan bersembang. Tapi aku nak menunjuk sikit antara menu yang menarik dan dijamin menjilat siku. Korang pun boleh cuba. Serius tak rugi beb.

OMBOK
campuran yang tak dapat dikenal pasti. rasa pedas. kalau carik-carik jumpa macam-macam, udang, ayam, sotong, dan cili.

KAILAN CENDAWAN
menu berdasarkan nama. sayur kailan dimasak bersama cendawan butang. mungkin letak sos tiram dan lain2 rencah.


AYAM GORENG SERAI
memang sedap. macam ayam goreng kunyit, tapi dia letak bijan, dan diserabutkan dengan serai hancur. kena selak-selak sebelum makan.




SIAKAP DUA MUSIM
siakap dibahagikan kepada dua belah.
isinya telah dipotong mengikut musim.
tak dapat nak explain rasa dia, tapi sedap.








SIAKAP PEK SAK
ramuan yang tidak diketahui.
tapi dipenuhi halia
dan ada taburan ayam hancur
ikannya macam direbus.
pedas tapi sedap.







--memang susah nak terangkan masak ape, sebab aku sendiri pun tak tahuape yang aku rasa, tapi memang hawaw. aku makan dekat 3 pinggan..kalau terliur, pergi la singgah. la..la..la..---

1 comment:

Anonymous said...

"Makan sampai lebam" eh?
Nak lebam makan la penumbuk atau penyepak. Ha e2 baru la betul dapat lebam.

IRAMA HATI SAYA