Sempena menyambut Hari Raya ni cik nak ajak korang semua berdekoratif dan berkreatif bersama cik. Untuk entri kali ini cik nak share hobi baru cik. Cik mulakan sudut 'Mari Deko' ini dengan dekorasi balang kuih raya. Gerenti Syiokk!!!
BAHAN-BAHANNYA SIMPLE SAJA
Beli atau kutip(jika tak mampu) balang plastik kosong
mengikut saiz dan jumlah yang anda inginkan.
Cik cadangkan beli yang murah saja.
Balang yang ni cuma 80 sen saja seunit.
mengikut saiz dan jumlah yang anda inginkan.
Cik cadangkan beli yang murah saja.
Balang yang ni cuma 80 sen saja seunit.
Foam atau span nipis, kain satin, ropol,..
Bunga hiasan kecil, riben labuci kecil, riben lebar berwarna kontra,...
Gam UHU atau Gam tembak
(mengikut kesesuaian dan kemampuan)
Setelah berpuas hati dengan warna dan corak pilihan anda bolehlah mulakan kerja tangan ini.
Jangan lupa baca Bismillah banyak-banyak supaya kerja kita berhasil dengan elok.
MARI KITA DEKO

Mula-mula, tandakan bentuk dan ukuran penutup balang pada foam atau span nipis tadi.
Kemudian gunting span tersebut. Pastikan ada lebihan diluar bentuk yang telah dilukis.
(rujuk gambar)
(rujuk gambar)
Lekatkan span yang telah dipotong tadi ke atas penutup balang menggunakan gam.
susun elok-elok kalau tak nak bersepah yea
Letakkan penutup yang telah dilekat span tadi di atas kain satin.
Gunting satin dengan bentuk empat segi sama.
Gunting satin dengan bentuk empat segi sama.
Lekatkan kain satin tersebut disekeliling penutup balang dengan kemas.
Seterusnya lekatkan pula ropol mengelilingi penutup balang tadi.
Ropol tersebut akan menutupi sisi kain satin.
Seterusnya lekatkan pula ropol mengelilingi penutup balang tadi.
Ropol tersebut akan menutupi sisi kain satin.
Dan inilah hasilnya..
Itu baru bahagian penutup, sekarang kita teruskan dengan dekorasi berikutnnya.
Itu baru bahagian penutup, sekarang kita teruskan dengan dekorasi berikutnnya.
Balut badan balang anda menggunakan riben lebar.
Untuk kesan yang lebih cantik, anda boleh juga gunakan riben berwarna dan bercorak.
Untuk kesan yang lebih cantik, anda boleh juga gunakan riben berwarna dan bercorak.
Cik memilih riben warna krim dan jarang ini untuk tampak lebih ringkas.
Selain itu,boleh intai kuih raya kat dalamnya.
Selain itu,boleh intai kuih raya kat dalamnya.
Teruskan dengan melekatkan riben berlabuci di sekeliling badan balang anda.
Putar dan lekatlah mengikut kreativiti masing-masing.
Akhir sekali, tampal bunga hiasan di tengah-tengah penutup balang.
Bunga hiasan ini boleh didapati di mana-mana kedai hiasan pengantin.
Anda boleh menggunakan gam atau beli sahaja yang siap berpin.
Arakian, inilah hasilnya...Balang Kuih Raya Cikselampit
Hm..nampak macam tak berapa mengancam la pulak.
Mungkin padanan warna yang agak tak sesuai.
Tak apa, cik dah ronda-punya ronda sambil mencari.
Dan akhirnya....
Hm..nampak macam tak berapa mengancam la pulak.
Mungkin padanan warna yang agak tak sesuai.
Tak apa, cik dah ronda-punya ronda sambil mencari.
Dan akhirnya....
Cik cuma tukar ropol keliling penutup itu kepada ropol yang lebih besar dengan hiasan sarat.
Amacam? Nampak berbeza dan lebih wow kan?
So, anda juga boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kesedpan mata anda memandang.
Jadi, lepas ni tak perlu la nak membazir beli balang yang mahal-mahal.
Boleh jimat duit dan beli kuih raya lagi.
Jeling-jelingkan dan.. Selamat berdeko!
Boleh jimat duit dan beli kuih raya lagi.
Jeling-jelingkan dan.. Selamat berdeko!
7 comments:
cantiknye..
wei selampit! nampak aurat aku tu. haha!
kredit for jihah(dgn paksaan ni. thanks for the inspiration.
Hehe..
Selain dari men"deko" balang plastik kosong (yang dikutip atau dibeli), benda ape lagi yang kau boleh deko? Peti ais? akuarium ikan? tong gas kosong?
Aku rasa la kan, kau boleh wat lagi 1 blog iaitu, blog "MARI KITAR SEMULA BERSAMA CIK SELAMPIT" (kapal selam terpakai kau boleh deko semula x?)
Cantik n kreatif..nk cuba jugk la..
Thx for sharing.. :-)
Wah, nampak senang jugak..
Nak cuba ni..!
Tks for sharing..!!!
Post a Comment