IRAMA HATI SAYA

Warkah kah kah untuk Saudara 2

SEMEKOM,
KEHADAPAN, KE KIRI KE KANAN, KE TEPI DAN KE BELAKANG...DALAM ERTI KATA LAIN...MENEMUI SAUDARA YANG KINI BERADA DI SANA... SEMOGA SAUDARA SENTIASA BERADA DI SANA KERANA SAYA BERADA DI SINI...

SAUDARA,
UNTUK WARKAH KALI INI, INGIN SEKALI HAMBA BERCERITA TENTANG ASAL-WAL-USUL...ADAPUN PADA KALI INI HAMBA AKAN MENERANGKAN HAL EHWAL ASAL-USUL NASI LEMAK, NASI KERABU DAN NASI BERIYANI. DIHARAP SAUDARA SUDI MEMBACA DAN TERHARU DENGAN KISAH INI............

WAHAI SAU YANG DARA,
MARILAH KITA MULAKAN CERITERA INI DENGAN KISAH NASI LEMAK... ADAPUN DALAM SEBUAH KAMPUNG YANG TERPENCIL, DIAM SEORANG IBU TUA BERSAMA TIGA ORANG ANAKNYA YANG MASIH MUDA REMAJA. KETIGA-TIGANYA ADALAH PEREMPUAN...TETAPI MEREKA BUKANLAH DIPANGGIL TIDA ANAK DARA KERANA NAMA MAKCIK TERSEBUT IALAH KONAH...MAKA TIGA EKOR ANAKNYA DIGELAR 'TIGA ANAK KONAH'. MASING-MASING BERNAMA KIAH, JENAH DAN PE'AH (memang nama sebenar).

MALANG BAGI MAKCIK KONAH KERANA ANAK-ANAKNYA INI KURANG PINTAR DAN TIDAK SEBIJAK KANCIL. UNTUK MEMENDEKKAN CERITA, SUATU HARI MAKCIK KONAH TERPAKSA MELAWAT ADIK IPAR BELAH IBU TIRI KEPADA AYAH ANGKAT BELAH MAK MERTUA SEPUPU KANDUNG KEPADA AYAM PELIHARAANNYA YANG KINI MENETAP DI KAWASAN UTARA SEMENANJUNG GAZA...

PERJALANAN YANG JAUH ITU MEMAKSA MAKCIK KONAH MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN DAN ANAK PEREMPUAN KESAYANGANNYA...BELIAU BEGITU BERAT HATI KERANA MEREKA TIDAK PANDAI BERDIKARI, APATAH LAGI MEMASAK KARI...

MAKA BERANGKATLAH MAKCIK KONAH KE RUMAH ADIK IPAR AYAM PELIHARAANNYA DENGAN PENUH BERAT HATI. PADA HARI PERTAMA PEMERGIANNYA, MAKCIK KONAH TELAH MENELEFON KE RUMAHNYA KERANA BELIAU TERLUPA MEMBELI BERAS UNTUK SIMPANAN BEKALAN MAKANAN ANAK-ANAKNYA. TAMBAHAN PULA BELIAU TIDAK MEMBERI SEBARANG WANG SAKU KEPADA MEREKA. YANG TINGGAL DI RUMAHNYA HANYALAH SECUPAK BERAS DAN SEBELAH BIJI KELAPA YANG TIDAK SEMPAT DIPARUT.

OLEH KERANA ANAK YANG DITINGGALKAN ITU SANGAT LAPAR DAN DAHAGA, MEREKA TELAH MENGADAKAN A.G.M UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT. BAGI MENJIMATKAN MASA, KIAH SELAKU PRESIDENT TELAH MENCADANGKAN SUPAYA KEDUA-DUA BAHAN TADI DIMASAK SERENTAK. KELAPA TELAH DIPARUT DAN DIPERAH UNTUK MENDAPATKAN SUMBER MINUMAN YANG LAZAT. JENAH TELAH BANGUN MEMBERIKAN CADANGAN AGAR SANTAN KELAPA TERSEBUT DIMASUKKAN KE DALAM BERAS SUPAYA MEREKA DAPAT MENJIMATKAN MASA ATAU DENGAN KATA LAIN -"NGAP SEKALIGUS, MAKAN MINUM SEKALI HARUNG". INI ADALAH KERANA HOBI KETIGA-TIGA MEREKA TIADA LAIN MELAINKAN TIDUR SEPANJANG ZAMAN. PE'AH AKHIRNYA MENCADANGKAN CADANGAN DITUTUP.

MAKA, SIAPLAH NASI BERCAMPUR SANTAN YANG DIMASAK DENGAN PENUH PERASAAN. SEBELUM SEMPAT MEREKA MEMBUAT SUAPAN PERTAMA, TELEFON RUMAH MEREKA BERBUNYI. LALU PE'AH MENGANGKAT TELEFON TERSEBUT...

"ASSALAMUALAIKUM...SIAPA DI SANA? PE'AH DI SINI...KALAU ANDA DI SINI, PE'AH DI SANA...KAIFA HALUKA?..."
BEGITULAH CERIANYA PE'AH MENJAWAB PANGGILAN DENGAN SECO'ET LOGHAT ARAB.

"HALUK...HALUK..." JAWAB MAKCIK KONAH DI HUJUNG TALIAN.. JUGA DALAM BAHASA ARAB. MAKLUMLAH..DIA KINI BERADA DI SEMENANJUNG GAZA.

"MACAM MANA KEADAAN DI SANA? MAK LUPA NAK BERI DUIT, BERAS PUN TINGGAL SECUPAK...BAGAIMANA ANDA SEMUA DAPAT SURVIVE?" SOAL MAKCIK KONAH PANJANG LEBAR...

LALU PE'AH DENGAN SELAMBA BADAK MENJAWAB; BADAK PUN TIDAK SELAMBA MACAM DIA...
"OH..BEREH MAK...KAMI MASAK NASI..."

"NASI? CUKUP KE? PANDAIKAH ANDA SEMUA@KALIAN MEMASAK NASI? WALHAL ANDA SEMUA TAK PERNAH PERGI KE DAPUR..." MAKCIK KONAH BERTANYA KEHAIRANAN...

"WELL MAK... YOU KNOW LAH WE ALL CLEVER-CLEVER BELAKA... KAMI TELAHPUN MEMASAK SEJENIS MAKANAN DAN MINUMAN BERNAMA NASI..."

"NASI APA YANG KAMU MASAK?"

"NASI LA..MAK.."

"YELAH...NASI APA? NASI GORENG ATAU GORENG NASI? ATAU MUNGKINKAH ANDA SEMUA MASAK NASI CAMPUR?"

"TIDAKLAH...KAMI MASAK NASI LER...MAK."

"NASI APA?"

"NASI LER..MAK.."

"NASI APA?" MAKCIK KONAH MENEKAN SUARANYA..

"NASI LER..MAK OII!!!"

BEGITUKAH MAKCIK KONAH DAN PE'AH BERBALAH SEHINGGA TALIAN TERPUTUS KERANA MAKCIK KONAH TELAH KEHABISAN KREDIT...BELIAU TERLUPA TOP-UP HOTLINK 'AKTIFKAN DUNIAMU'...

PADA KEESOKAN HARINYA TELEFON RUMAH ITU BERBUNYI LAGI...KALI INI KIAH PULA YANG MENJAWAB..

"HOLA...ALOHA..LOHAI..LOHAN...MOSHI-MOSHI..WATASHI WA KIAKUKA... ARIGATO GOZAIMASTURA!" KIAH MEMANG MINAT TENGOK CERITA JEPUN.

"MAK NI..SUNDAY SUZUKI TOYOTA COROLLA MOTOROLA?"
TERDENGAR SUARA MAKCIK KONAH YANG MEMANG HEBAT DAN TELAH MENGUASAI BANYAK BAHASA.

"MAK CUMA NAK BERITAHU KEPADA ANDA SEMUA, DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWASANYA MAK AKAN PULANG PADA HARI KHAMIS. JADI, PANDAI-PANDAILAH KAMU NAK HIDUP YA!"
KLETAK! TALIAN TERUS TERPUTUS KERANA MAKCIK KONAH HANYA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN '3 SAAT' YANG DITAWARKAN OLEH MAXIZ PADA WAKTU ITU.

MAKA KIAH MENYAMPAIKAN PESANAN PENAJA ITU KEPADA JENAH DAN PE'AH. MEREKA MENGADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR DAN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENYIMPAN SEDIKIT SISA MAKANAN SEHINGGA KEPULANGAN MAKCIK KONAH PADA HARI KHAMIS .UNTUK MAKLUMAN, HARI KEJADIAN ADALAH HARI AHAD...MAKA MEREKA TERPAKSA MENYIMPAN NASI DAN SANTAN ITU HINGGA HARI RABU KERANA MAKCIK KONAH AKAN BALIK PADA HARI KHAMIS..LALU JENAH MENGELUH "HADOI LA... MAK BALIK HARI KHAMIS..MAKNANYA KITA KENA SIMPAN NASI SAMPAI LAH KE HARI RABU... NASI KE RABU..NASI KE RABU...NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..NASI KE RABU..." JENAH MENGELUH SEHINGGA TERTIDUR DAN BERDENGKUR DALAM POSISI TERSUNGKUR DENGAN KAKI TERLUNJUR..KADANG-KADANG LIDAHNYA TURUT TERJULUR...

TIBALAH HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU IAITU HARI KEPULANGAN MAKCIK KONAH DAN KAWASAN-KAWASAN YANG SEWAKTU DENGANNYA..KIAH, JENAH DAN PE'AH MENANTI DI DEPAN PINTU RUMAH MEREKA DENGAN PENUH HARAPAN... LAGAK MEREKA SEPERTI PELAKON-PELAKON 'BERSAMAMU - PENUHI IMPIAN..'. SEBENARNYA MEREKA MENUNGGU KALAU-KALAU ADA OLE-OLE-OLE..HERE WE GO!..ALE-ALE-ALE DARI SEMENANJUNG GAZA..

ARAKIAN PADA WAKTU YANG DIJADUALKAN, TIBALAH MAKCIK KONAH DI HALAMAN RUMAH KAYU BERATAP RUMBIA DAN DITAMPAL SEKEPING DUA ZINK... RUMAH GABUNGAN CIRI-CIRI MODEN DAN TRADISIONAL... MAKCIK KONAH MEMBAWA TIGA BEG BESAR..BELIAU MENGHULURKAN DUA BUAH BEG BESAR KEPADA KIAH, JENAH DAN PE'AH LALU BERKATA "NAH! AMBIL NASI NI...BERIKAN KEPADA YANI...JANGAN LUPA...BERI PADA YANI...BERI YANI...BERI YANI...BERI YANI..." KATANYA MERUJUK KEPADA JIRAN MEREKA YANG BERNAMA RINDIANI..YANI TELAH MEMESAN BERAS DAN NASI ISTIMEWA DARI SEMENANJUNG GAZA...

MAKANYA, BEGITULAH ASAL-USUL NASI-NASI SEKALIAN YANG TELAH DI 'MENTION' KAN EARLIER..
SEKIAN DAHULU UNTUK KALI INI...HAMBA TERPAKSA MENAMATKAN WARKAH INI KERANA DAKWAT PENA INI SUDAH KEHABISAN.SAMPAI KETEMU LAGI DI LAIN HARI...
WASSALAM.

YANG BETUL,
~Cik Selampit~
24/02/06

1 tokok-tambah:

MASJURNAL said...

ni pun aku buat masa mclead kat sungkai..time tu tengah ada group presentation. kerana kebosanan, maka laju lah jari aku melarik..

 
◄ Design by Pocket