IRAMA HATI SAYA

Tentang Apa Yang Aku MAMPU

tersenyum.
ya. sangat aku.

penutup tahun 2009 ini
aku barangkali boleh rumus
apa yang aku mampu
untuk hayat aku setakat ini

1. tamat belajar
2. mengajar
3. menyimpan dana peribadi (untuk kepentingan sendiri)
4. membantu kawan dari apa saja segi terlarat
5. menjadi lebih matang
6. kurang baran(walaupun masih)
7. belikan baju raya untuk keluarga (kali pertama)
8. melawat beberapa tempat di Malaysia selain Pahang dan Kuala Lumpur (asbab pelbagai tujuan) antaranya Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.
9. mengumpul koleksi majalah Anjung Seri sepanjang tahun 2009.
10. memiliki/membeli harta dari titik peluh sendiri, antaranya Almari Kayu Sederhana Besar, Peti Ais, Televisyen 21" dan Motorsikal 130cc.
Semuanya TUNAI tanpa cengkeram.

Aku sesungguhnya bersyukur dengan rezeki yang telah Allah kurniakan kepadaku selama ini.
Moga segalanya mendapat keberkatan dan moga Dia limpahkan rezeki buatku untuk hari mendatang.
Semoga aku menjadi hamba yang tidak kufur nikmat.

Nota:
No.10 adalah pencapaian aku yang sangat memuaskan kerana aku merancang dan berusaha keras demi matlamat itu.
Dan aku akan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang aku ingin bila aku mampu.


Aku tidak pernah peduli
dengan apa kata mereka
tentang apa yang mereka miliki
berbanding apa yang aku mampu
Aku ada diri aku
Aku ada keluarga, kawan dan orang yang menyayangiku.
Hanya yang di atas ini sahaja
yang tahu apa dan kenapa aku ada apa yang aku mampu.

Ada yang berbisik kepadaku
'beli lah yang ini, lebih mahal, lebih standard, nanti orang pandang sambil angkat kening kepada kau'
Tidak.
Aku tidak perlukan kening sesiapa
kerana aku sendiri punya kening
yang tidak aku angkat ketika memandang orang yang lebih dari aku.
Tentang kualiti dan kuantiti,
tidak semua yang mahal itu berkualiti
dan tidak semua yang murah itu haprak
pokoknya pada kita yang membeli.
Aku biasanya pandang pada fungsi.
Jika dua barang pada harga yang berbeza tetapi punyai fungsi yang sama,
kenapa kita nak untungkan penjual dengan membayar harga yang tinggi?
kalau beli mahal-mahal tapi tak pandai jaga pun tak guna juga.
Mengaku saja lah
yang kamu mahu semua mata memandang pada tag dan jenama yang kamu gayakan.
Lagi kedana lagi hebatlah kamu dimata mereka.

Ada juga yang berkata kepadaku
'tak usah la beli yang tayar dua itu. Beli lah ini, tayar empat ini. lebih selesa, lebih bergaya, lebih segak.'
Tidak.
Aku bukan mahu bergaya seperti kamu-kamu
yang sebenarnya aku tahu
poket kamu itu sama saja dengan poket aku.
Sekurang-kurangnya yang tayar dua ini juga ada fungsi yang sama dengan yang tayar empat itu.
Yang penting aku tidak terbeban dengan 'duit kopak setiap bulan kerana sekian bayaran' seperti kamu-kamu
yang kononnya lebih selesa dan lebih segak.
Belum masanya lagi untuk aku bazirkan sisa RM untuk tujuan sepertinya.
Banyak lagi tujuan lain untuk aku labur dan leburkan dengan baki yang ada.

Juga yang bertanya kepadaku
'bila kau nak sambung belajar?'
biasanya kujawab 'tahun depan' tanpa perincikan tahun yang mana
kerana aku sendiri tidak pasti.
Kerana yang aku agak pasti
aku belum mampu
untuk tujuan itu
walaupun aku memang berkehendak. sangat.
Mereka yang rapat denganku memang maklum
akan perancangan dan impian awal aku.
Tetapi, rezeki itu ditangan Tuhan.
Setakat ini rezeki aku bukan di menara gading.
Layaknya aku diam disini dahulu
semampu aku
bekerja dan menimba pengalaman
menadah ilmu dari pengajaran.
Dengan izin Allah
suatu hari nanti
mungkin aku akan bersama kalian yang bertanya dan berjaya.
Aku juga ada azam itu. Sungguh.

Maka itu
aku teruskan hidup
dengan apa yang aku mampu.
Kamu tak usah susah-susah mikir bagi pihak aku.
Kerana setahu aku
aku tidak bebankan kamu.

Aku punya poket.
Walaupun tak penuh, tapi tak pernah kosong.
Yang paling penting,
aku tidak seluk poket kamu
yang nampak macam penuh
tapi pada akhirnya terpaksa dikosongkan
kerana apa yang kamu miliki
adalah apa yang kamu fikir kamu mampu
berbanding apa yang aku mampu.

Nah! sekarang kamu mahu gelakkan aku?
Telan balik air liur kamu tu, pandai!

Selamat Tahun Baru

5 tokok-tambah:

Anonymous said...

memang kawww.. la!I like your point of view and the way you expressed it, so cute yet so strong!

CikSelampit said...

kiut?
erk!

Ir A.Aziz said...

wah, sentap~ haha! Aku baru nak beli keter. :p

CikSelampit said...

kau memang patut beli keta aziz coz kau tak layak beli motor. Kau mana ada lesen moto kan? hehe

xOxO~fixa~ said...

mas...aku suka cara pemikiran ko...best...all da best mas...=)

 
◄ Design by Pocket