IRAMA HATI SAYA

Awak, Saya...Tapi..

Saya nak cakap kat awak
Tapi saya tak pernah berani

Setiap hari saya bangun
Otak saya mesti berfikir
Kenapa la awak tak ingat kat saya
(erm...memang awak tak pernah ingat kat saya ker?)

Awak..
Saya ingat lagi (saya tak kisah pun kalau awak tak pernah ingat)
masa kali pertama saya tengok awak
Masa kebetulan awak kena duduk kat sebelah saya.
Saya jeling-jeling tengok awak
tapi awak tak perasan.
Tapi saya tak kisah pun.
Janji saya suka tengok awak.

Saya suka semuanya tentang awak (walaupun kadang awak ni begitu menyampahkan).
Saya suka dengar awak bercakap (awak membebel sebenarnya)
saya suka dengar awak ketawa (walaupun kadang nampak buruk)
saya suka tengok awak makan (walaupun kadang comot)
saya suka tengok awak berjalan (walaupun macam orang tak ada tulang lutut)
saya paling suka bila awak senyum pada saya dari jauh.
dan saya paling suka bila awak tercari-cari saya bila awak perasan saya tak ada.

Awak tahu tak saya selalu harap dapat tengok awak setiap hari
Saya selalu harap ada kebetulan yang menemukan kita
saya selalu mereka cerita dalam kepala saya yang saya akan terserempak ngan awak kat mana-mana.

Dulu kan, saya suka sangat kat awak
Tapi saya selalu rasa saya tak padan dengan awak
Awak budak pandai, selalu dapat markah tinggi
Saya pulak biasa-biasa je.
Jadi saya segan sangat dengan awak.
Tapi saya nak kawan dengan awak.
Saya nak kenal awak
Tapi lagi banyak yang saya tahu pasal awak,
lagi saya rasa rendah diri.
Tapi sebab awaklah saya banyak berusaha
sebab saya nak jadi macam awak.

Awak tahu tak
sejak saya sedar yang saya ada perasaan kat awak
saya berusaha keras
saya rajinkan diri saya
saya nak dapat markah yang bagus-bagus
walaupun dah agak lewat untuk perbaiki markah-markah hampeh saya yang dulu
tapi sekurang-kurangnya saya dah mula ada matlamat hidup
saya cuba ikut cara awak (yang rajin belajar)
senyap-senyap saya pasang angan-angan nak naik pentas konvo bersama awak

Dulu
saya selalu lepak kat masjid,
saya akan tidur di masjid sementara nak tunggu waktu kelas petang saya
saya suka duduk sorang-sorang dan jauh dari orang yang saya kenal.
(saya ada rasa nak ulangkaji, tapi mata saya dah tertutup lebih awal lalu buku menjadi bantal saya)

Suatu hari,
semasa sedang menapak keluar dari masjid (menuju ke kelas)
saya ternampak kelibat seseorang melintas depan saya
saya rasa saya kenal orang tu
saya toleh sekali lagi
saya nampak awak sedang beredar menghala ke perpustakaan
saya rasa macam nak menjerit tegur awak
tapi saya perlu segera ke kelas
saya batalkan saja niat saya
saya hantar awak dengan pandangan mata sahaja
dan awak pula langsung tak pandang kiri kanan.

Bila dah dekat waktu periksa
saya tanam semangat nak study betul-betul
sebelum ni saya tak pernah study kat library
tapi sejak saya nampak awak ke library
saya pun mula study kat sana
mula-mula saya pilih meja besar kat ruang utama
sebab saya tak biasa
lama-lama saya dah jumpa port yang saya suka
dan saya study kat box tu
dulu saya selalu juga jeling-jeling kalau-kalau awak pun ada
tapi lama-lama saya dah tak hairan lagi
saya dah tak kisah awak ada ataupun tak
yang penting saya belajar untuk diri saya
tapi kalau kebetulan awak ada dan saya ternampak awak
saya akan lagi bersemangat
pernah juga awak singgah di box saya dan tegur saya
masa tu saya tertidur sebab letih
kenapa la waktu-waktu hodoh macam tu awak datang jenguk saya?
malu betul muka selebet saya

awak ingat tak (mesti tak ingat punya)
saya pernah letak coklat cloud9 kat box awak
tapi hari tu awak tak datang pun library.
saya tunggu dari pagi sampai petang
sampai malam pun awak tak ada juga
rupanya awak ada paper esoknya, jadi awak study kat bilik aje.

tak lama lepas tu awak tamat belajar a.k.a graduated
awak tinggalkan saya
awak senyap
lama
saya tunggu awak
tunggu je
saya tak tahu awak di mana dan buat apa

saya tak bagitahu awak yang saya dah semester terakhir
saya nak sangat habis belajar macam awak
jadi saya sungguh-sungguh belajar
walaupun awak tak ada
saya tetap pergi study kat library
tiapkali masuk tingkat 4,tempat awak selalu duduk
saya akan terbayang awak ada kat situ
awak tengah tekun baca nota
saya cuma senyum pada box kosong tu
kadang-kadang saya singgah lalu di box itu
saya tahu awak tak akan ada kat situ
tapi saya pergi juga
(bodoh kan saya ni?)

awak ingat tak
awak pernah belanja saya air oren di kafe
petang tu kita baru balik dari latihan
awak ajak saya pergi kafe
awak kata awak nak belanja saya air
tapi awak tak nak minum dengan saya
jadi awak belikan air bungkus untuk kita berdua.
saya rasa pelik tapi saya biarkan aje
itulah kali pertama saya berjalan berdua dengan awak
dan kali pertama awak belanja saya
saya rasa macam tak percaya je
sebab saya segan dengan awak

saya ingat lagi (saya rasa awak pun ingat)
satu hari kat kolej saya tak ada elektrik
then saya mintak tolong awak cas bateri telefon bimbit saya
dan awak bawak masa latihan
malam tu awak pulangkan telefon dan charger saya dalam satu plastik
awak selit benda bulat warna kuning dalam plastik tu
bila saya picit atau lontar ke lantai, menatang tu melantun sambil keluarkan warna
saya bagi nama dia Uneng
itulah satu-satunya hadiah awak kepada saya
walaupun saya tak suka Uneng tu, tapi saya tetap gembira
sebab awak yang bagi
saya gantung Uneng kat dinding bilik saya

di satu hari yang lain pula
kawan saya tumpang tidur di bilik saya
dia ternampak Uneng yang dah berhabuk kat dinding
dia ambil dan main dengan Uneng sebelum tidur
esok paginya saya bangun
saya tengok Uneng dah mati
badan dia dah penyek
dah tak ada angin
jadi saya pulangkan dekat awak
sebab saya tak mahu simpan benda yang dah mati tu
saya tahu awak tak suka saya buat macam tu (pulangkan hadiah awak)
tapi saya peduli apa



awak tahu tak
sebenarnya saya pulangkan Uneng tu
sebab saya tak mahu ada kenangan dari awak
saya takut saya tak dapat lupakan awak
sebab masa tu saya dah tahu yang saya dah mula suka kat awak
saya tak suka perasaan saya tu

Awak nak tahu tak
awaklah orang pertama yang saya suka
dan awaklah orang pertama yang rejek saya

saya paling kecil hati
bila awak bandingkan jam yang saya bagi dengan jam tangan mahal pemberian kakak awak
masa tu jam yang saya bagi pada awak tu rosak, bateri dia mati.
awak kata jam yang kakak awak bagi tu bateri dia boleh tahan 10 tahun!
saya sedar saya mana mampu nak bagi awak hadiah mahal
jadi dengan muka tebal saya mintak balik jam murah cikai tu untuk dibaiki
selepas tu baru saya bagi semula pada awak
saya paling ingat bila awak cakap awak belum sedia lagi nak pakai jam.
entah apa-apa la awak ni
kalau tak nak tak payah la pakai
buang pun tak apa
saya tak kisah
langsung

Sejak saya rasa awak tak sukakan saya
saya cuba kawan dengan orang lain
orang tu bagi respon positif
dan saya rasa dia pun suka saya
saya dapat alihkan minat saya kepada dia
dan perlahan-lahan hilangkan perasaan saya pada awak
saya berjaya
tapi waktu tu kita tetap berkawan..baik
rasa suka saya pada awak tu saya simpan dalam hati.
saya bekukan je kat situ
dan saya tak fikir lagi.

Lama saya berkawan dengan dia
saya mula minat kat dia
tapi saya tak bagitahu dia

tiba-tiba dia hilang
dan satu hari dia muncul
tapi saya sangat terkilan
sebab dia dah berubah
rupanya dia dah ada yang istimewa
dia anggap saya kawan biasa aje
selama ni pun dia memang tak ada perasaan kat saya
saya yang perasan rupanya
saya rasa saya bodoh sangat
hati saya sangat sedih
sebab dia tipu saya
bila saya tanya, dia kata dia tak ada apa-apa dengan perempuan tu
tapi bila saya cakap saya kecik hati dengan dia
dia cakap dia dah tak boleh layan saya macam dulu
dia kena jaga hati perempuan tu
dia kata dia akan bertunang dengan budak perempuan tu dalam masa terdekat
saya sangat kecewa
dan saya rasa tak dapat nak bernafas
separuh nyawa saya hilang

masa saya tengah sedih tu awak tetap ada
saya cakap kat awak yang saya rasa susah nak hidup
tapi saya tak pernah bagitahu awak kenapa
saya rasa nak cerita kat awak
tapi saya tak mampu
saya takut awak ejek saya
saya takut awak cakap saya lembik
saya tak nak awak kata saya ni hegeh sebab lelaki

sejak itu
saya tak fikir langsung tentang perasaan dan soal hati
saya sibukkan diri saya dengan macam-macam kerja
saya tahu yang saya tengah sedih tapi saya tak ada tempat nak cerita
jadi saya diamkan aje
saya ubat hati sendiri

saya mula sedar
mungkin dia datang singgah dalam hidup saya
supaya saya sedar yang saya tak boleh berharap
pada sesiapa pun
termasuklah awak

sejak dia tak ada
awak saja yang saya nampak
dan awak saja yang saya nak tengok
walaupun awak tak pedulikan saya
saya tetap cari awak
bila awak tak ada hidup saya jadi tak berapa seronok

Tapi itu dulu.
Sekarang saya sendiri pun dah tak tahu nak suka awak ke tidak.
Saya takut
kalau saya suka kat awak, awak pulak suka kat orang lain.

Awak...
Kenapa awak tak pernah cakap awak suka kat saya?
Saya rasa saya selalu cakap yang saya suka kat awak.
Kadang-kadang saya perasan bila awak bagi respon positif.
Tapi lepas tu bila saya pikir-pikir balik, saya rasa saya kena kelentong aje.
saya rasa awak sama je macam dia
Jadi cepat-cepat saya buang rasa perasan tu.

Sekarang
saya rasa saya dah mula tawar hati
sebab awak dah jarang ada
awak datang dan pergi sesuka hati awak je
saya pun dah malas nak ambil kisah
bila awak cari saya, saya akan luangkan masa
bila awak senyap tanpa berita
saya pun tak paksa dan bertanya
sebab saya rasa saya perlu biarkan awak bebas
dengan hidup awak
dan saya juga harap dapat bebaskan diri saya
daripada rasa yang tak menentu ni

kadang saya rasa awak perlukan saya
tapi selalunya saya rasa awak tak pernah hirau saya
dan awak tak perlukan saya setiap masa
saya ikut saja rentak awak

selama kita berkawan ni
awak tak pernah cakap atau luah perasaan awak
dulu saya berharap juga
tapi saya takut akan kecewa
jadi saya pendamkan saja

dari kali pertama saya nampak awak
hingga kali terakhir saya tengok awak
saya tahu dan saya pasti saya akan tetap sukakan awak

selagi awak tak cakap yang awak tak sukakan saya
sampai bila-bila pun saya akan tunggu awak
saya cuma mahu satu kepastian
dari awak

walaupun saya dah lama tahu
tapi saya nak dengar dari mulut awak sendiri
tolong bisik kat telinga saya yang
awak tak pernah suka kat saya

2 tokok-tambah:

:x0x0:fixa: said...

mas...wlwpun aku baru baca post ko nih, tapi aku tersentuh wei...sian ko..
aku paham perasaan ko tuh...
kuat kan ati mas...ada yg lebih baik menanti ko...yakin pada Allah k...

CikSelampit said...

haiyoo..
this entry is not for sympathy.
it's merely a sharing moment.
we can't really keep huge thing forever kan?! apa org Melayu kata, "bangkai gajah tak boleh ditutup dgn kertas A4" ka? erks..ada kaitan ker??
anyway, it's my past
and it might be my future..
siapa tahu.

 
◄ Design by Pocket