PETUA KECANTIKAN

Cut


Salam..
mesti ramai yang nak nampak cantik dan "flawless" especially pompuan.
macam-macam cara, cosmetics,petua,dan jenama yang korang guna..ada yang murah dan ada jugak yang mahal..ada yang berkesan,dan tak kurang juga yang memakan diri..

so kat sini aku nak invite korang seme untuk sama-sama berkongsi petua or rutin kecantikan atau kesihatan yang korang praktikkan...

apa kesannya pada korang dan ada tak side effect?
bagus ke tak produk tu?

kita nak tau gak macam mana lelaki jaga kecantikan diorang (kalau ader la..)
kalau ader yang very particular on their appearance,apa first thing that u'll take into account? would you consider yourself a metrosexual guy?

HOW IMPORTANT IS YOUR APPEARANCE TO YOU?

HOW INTERESTED ARE YOU IN MAKE-UP?

jom kita share amalan kecantikan dan kesihatan yang korang buat!

1 comment:

CikSelampit said...

MENGHILANGKAN KELEMUMUR:
Gosokklah kulit kepala anda dengan lima nipis yang telah dihiris.
Amalkan selalu sekurang-kurangnya 3 minggu.

KULIT LEBIH LICIN:
Kalau anda inginkan kulit lebih licin dan halus..banyak² kan lah makan tomato 'coz tomato dapat membantu memperbaiki struktur tisu kulit kita..

Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

MENGHILANGKAN JERAWAT:
1.Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.
2.Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
3. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu
hilang.

KULIT CERAH DAN BERSERI:
Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

KULIT MUKA YANG GEBU DAN LICIN:
Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

MENYERIKAN WAJAH:
sesiapa yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka.
Selamat mencuba!

IRAMA HATI SAYA