Sirih Pelupa

kalaulah ada sirih pelupa
dinda nak lupakan semua yang mengingatkan dinda pada kanda
kalau ada sirih pelupa
dinda nak lupakan semua tempat yang ada kaitan dengan kanda
yang pernah kita jelajah bersama

kalaulah ada sirih pelupa
hamba tak mahu ingat lagi
kenangan yang pernah kita hikayat bersama
yang mahu kita abadikan sampai bila-bila

kalaulah ada sirih pelupa
serahkan pada hamba
hamba nak kunyah sampai tiada lagi
ingatan dinda pada kanda
sampai kosong fikiran dinda
dan jikalau sirih pelupa itu benar mujarab

hamba tak akan berduka lagi

1 comment:

Nizam said...

mane org pakai sirih da... org pakai flash macam cite men in black da..huhu

IRAMA HATI SAYA