to love or to be loved?

for Tahril:

this is the copy of my own comment in my fren's blog.. case of "menyayangi atau disayangi.."

Salam…

Sebenonye kes ni berlaku kepada hampir semua orang.dan mungkin di mana jua..cik pun slalu gak diberi soalan ini n kadang2 terfikirkan about this issue walaupun xder org yg suh pk..(ops..macam penah tlibat dgn this case jer..hmm..)

Well,4 me, kite tgk gender gak la..berdasarkan pemerhatian n penaakulan mantik cik la kan..kalo B adalah laki, maka dia perlu memilih orang yang disayangi..dan jika B adalah pompuan, maka seharusnya dan selayaknya dia memilih orang yang menyayanginya..this solution is applicable for all la kan..bukan utk wak sorang jer..

Sebab munasabab cik berpendapat demikian adalah kerana kita perlu menggunakan konsep “memelihara dan dipelihara”.. bukan semata-mata persoalan ‘disayangi atau menyayangi’..sebab..takat kasih dan syg ni seme org boleh cakap macam2..bg cik, memelihara dan dipelihara lebih kepada rasa tanggungjawab…sayang-menyayang tu cuma mainan perasan jer wak..bila2 masa jer boleh hilang..tapi rasa tanggungjawab ni lain sikit..bila ko dah sanggup tanggung,hah pastu ko jawab lah sendiri nanti..(xreti nak terang tp lebih kuang gitu la dari segi makna kasarnyer).

Okes, ngaper cik kata lelaki patut memilih insan yang disayangi rather than yang menyanyaginya? Sebabnyer cukup mudah, cuba kita kembali pada fitrah kita dan kaitkan dengan konsep dipelihara dan memelihara yang cik mention awal2 tadi k.. lelaki diciptakan sebagai pemimpin dan antara tugas2 seorang lelaki (yang sudah menjadi suami) adalah memelihara kebajikan isterinya..menyayangi dengan sepenuh hati..hmm..xpyh cakap pasal suami istri la kan..contoh paling senang, seorang lelaki yang bergelar abang dlm kuarga wajib menjaga kehormatan dan kebajikan adik perempuannya, kakaknya, dan yang paling utama ibunya..tanggungjawab yang terletak kat bahu lelaki ni Allah dah sesuaikan sgt dengan fitrah mereka sebagai pemelihara.. kalo kita nak memelihara,mestilah kita akan pelihara atau jaga sesuatu yang kita sayang kan? So, cik rasa sebagai lelaki, dia berhak memilih seseorang yang benar2 disayangi untuk berada dibawah pemeliharaannya…

Sama kes nye dgn pompuan wak..kalo kita tgk pompuan memang susah or xkan dapat orang yang dia suka walau dia dah buat macam2 utk tarik perhatian org tu..(ader gak la 2-3 kerat yang berjaya kan..tahniah la kat gadis yang bertuah itu.. memang kompem perasaannya amat bahagia tul tak?..)
Knaper agaknye pompuan susah sgt nak dapat laki yang dia suka? First, coz naturally wanita ni sifatnya adalah malu..malu tu adakah pakaian wanita..org pompuan ni walau macammana lasak atau kasar pun, dia tetap ada sekeping hati yang lembut..dia xkan terlalu berani untuk berterus terang..dan biasanya laki akan jauhkan diri lepas pompuan ni berterus terang..(kecuali laki tu pun sama2 memendam rasa).bila jadi kes camni, keadaan akan jadi bertambah buruk dan pompuan tu tadi akan seumur hidup menyesal dgn tindakan dia yang disifatkan sbgai ‘tak tahu malu’ tu..akibatnya, dua2 jadi xselesa lagi bila bertemu..cam ada gap..daripada berkawan baik terus jadi kawan biasa jer..sian kan…dengan itu kebanyakan girls akan pilih or I should say preferably terima orang yang menyayanginya.. rather than orang yang disayangi..

Second, sebab fitrahnya wanita memerlukan perlindungan..(berbalik pada konsep memelihara dan dipelihara tadi la kan)..bila yang dipelihara berbahagia dan redha dengan yang memelihara..maka dengan izin Allah kedua2nya akan TERPELIHARA..

hmm..aper pendapat korang? Cik tahu memang susah nak membuat pilihan…memang kita rasa kita perlukan orang yang kita suka tu, kita nak sangat dia jadi milik kita..tapi masalahnyer dia tu perlukan kita ke tak? Dia tu ada perasaan ker nak sayang kat kita macam kita sayang kat dia? Tanya diri sendiri la ye.. kalo kita g giant n bawak duit selepet jer..mesti ler kita kena beli barang keperluan sahaja dan bukannya barang kehendak..nanti lari bajet lak kan..

Personally, cik rasa kita perlu berfikir secara matang la wak..walaupun cik xpenah ada pengalaman dalam cintanwalcintun nih kan..tapi bagi diri cik sendiri cik selalu bertanya dan berfikir “dengan siapa seharusnya aku hidup nanti?”..(hidup yang dimaksudkan adalah perkahwinan).maka kita kena jadi seorang yang realistik..hidup ni memang selalu dipengaruhi emosi..tapi hidup dengan emosi saja memang xkan aman wak..gunakan rasional..be practical n realistic..satu hari nanti kalau Allah izinkan kepanjangan umur kita ni, kita akan berkahwin dan ada pasangan hidup sendiri..Untuk kita berkongsi segala-gala suka duka payau pahit manis hidup bersama..tiap2 hari buka mata kita kena tgk muka dia..adakah kita dah bersedia untuk semua nih?

Kalo belum betol2 bersedia tak payah susah susutkan otak untuk pikir wak..kalo stakat nak bercinta dan nak main2 jer, xpayah pilih mana2..coz jelasnya nanti akhirnya tak ke mana..silap2 nanti berdosa lak kita..lagipun kita bukan monyet..bukan zaman nak bergayut dan hinggap kat mana2 pokok yang kita suka..(memang xsalah nak bershopping skali-skala tapi time sale je la..hik hik..cik pun kadang2 try gak ;p)

Ehem..so, kepada semua kaum adam sekalian, mula la berfikir siapa yang anda nak pelihara nanti…and for all girls.. carik lah orang yang sudi memelihara kita dengan seikhlasnya…semoga kita semua terpelihara dalam rahmatNYa..

Rumusannya : kalo dah bercinta jangan la curang..
Kalo nak mencurang..baik jangan bercinta..

(ni pesanan utk B..sian la kat A..sedangkan C belum tentu lagi akan menerima B sebaik A..jadi kenaper B menidakkan takdir?)

Wassalam..

-----------------------------------------------------------------------------

*benornyer byk lagi leh goreng pasal nih coz cik pun tgh runsing dgn hal yg sama, xleh la cik nak cerita kat sini kan..tapi kwn cik penah kata “mas, just follow the flow..”

{Cik slalu tenangkan hati yang miserable dengan lagu ni}

“SATU MISTERI” - Waheeda feat Brothers

Hadirnya bak hembusan bayu
Meniup lembut dan mengusik kalbu
Dibuai lena hingga terlupa
Semuanya ditelan masa

Namun ada yang memelihara
Bunga-bunga cinta disemai dijaga
Kerna percaya pada kembangnya
Yang akan mewarnai dunia

Cinta..
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta..
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Mungkin bukan cinta biasa
Bukan jua helah pendeta
Yang memuja..Yang terkecewa
Tampak kabus dipinggir senja

Terleraikah segalanya
Satu misteri di dunia yang fana
Namun harus dipelihara
Walau sementara tak mengapa

Yang tiada pernah memungkiri janjinya...
Yang kekal untuk selama-lamanya...

No comments:

IRAMA HATI SAYA